Verbena wrote:
it's hard to trust a Chinesse....
azlalchedin wrote:
aku tak dapat nak terima kenyataan ni .... coz dgn izin ALlah .... depa ni juga banyak bantu aku ....
Senang deal dgn depa ni .... cuma kita je kekadang tu buruk sangka .....
walau pun gitu ... ada juga yg macam komunis .....
weh ..... melayu pun ada yg teruk .....
Verbena wrote:
As said 'It's hard to trust a Chinesse' bukan bermakna saya 100% tidak trust. For some transaction saya lebih suka deal dengan Chinesse dari Melayu in certain occasion lah... tetapi ada certain subject saya have to put that statement. Dan ada jugak Melayu yang teruk, selfish malah lebih teruk dari sikap komunis cina. I've been in this kinda world and it hurts to see your own race sebegitu...
Saya sedar kekayaan negara kita pun sebahagian besar adalah penyumbangnya cina tetapi tidak bermakna bila saya kata ini, Melayu seakan dilupakan. Yes, Melayu contribute jugak as well as indians.
FYI, I always ambik contoh cina bekerja start from scrap sampailah jadi wealthy plus dari segi pembelajaran pun sama.. mereka ni smart and kuat kerja. Dan sikap itu yang patut dicontohi oleh golongan Melayu. Their growth of prosperity and the spirit to achieve their goal sangat saya kagumi.
Do not take my statement wrong... jika Lim benar benar begitu orangnya, maka saya respect dia dan berharap ianya kekal dan dapat membimbing para kroninya agar lebih terlus dan saksama, Insyaallah. Ini harapan saya bukan saja untuk Penang malah keseluruhan Malaysia. May good things happen and may the changes bring harmony to all.
Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk dari diri saya sendiri.
P/S: What I've said above is not to buy your statement but comes sincerely from my heart
susah kita nak "avoid prejudice' dlm komuniti berbilang kaum yg ditadbir oleh kerajaan yg 'berkongsi kuasa' dan perjuangan 'menegakkan agama' masih merupakan isu yg tidak jelas.. selagi keseimbangan ekonomi tidak wujud dan monopoli ekonomi masih menjadi kerisauan, kita masih jauh dari perpaduan nasional.. yg ada skrg nih hanya kosmetik saja..
ini berbeza ketika british masih menjajah tanah melayu.. pada waktu itu, setiap bangsa di tanah melayu ditindas.. bangsa lain masih sedar akan taraf mereka sebagai pendatang dan menghormati 'ketuanan melayu'.. tidak ada prejudis yg besar malah bangsa lain sangat berharap pada kekuatan 'ketuanan melayu' untuk memerdekakan tanah melayu dan terus menjaga 'kepentingan' mereka di tanah melayu..
kerna itu bangsa lain tanpa ragu akan menyetujui apa saja bentuk perjuangan kemerdekaan yg ditaja oleh melayu, waima setuju menghilangkan sisi budaya mereka dan bersetuju tanpa ragu dgn perlembagaan rakyat yg dicadangkan..
dasar memisah2kan kaum dlm negara ini dipelopori oleh penjajah sebaik sahaja membawa masuk beribu2 pendatang dari cina dan india.. kaum2 ini dipisahkan mengikut kasta ekonomi dan geografi.. cina di lombong2 dan india di ladang2.. berbeza keadaan ketika zaman kesultanan melayu dimana semua kaum tidak dibatasi oleh garisan daerah dan ekonomi.. malah beberapa pendatang diangkat menjadi pembesar mewakili kaum mereka di dalam istana..
prejudis yg kita ada skrg ini bukan sekadar antara kaum, tetapi juga antara ideologi politik.. maka bukan sahaja kita bersangka2 dgn bangsa lain malah sesama melayu juga.. inilah hasil dasar 'pecah dan perintah' yg diamalkan oleh penjajah.. mereka telah membina 'tembok besar' yg memisahkan antara kaum, dan juga menyuntik sekularisasi antara org melayu dengan cara memisahkan sultan dari pentadbiran kerajaan..
segala macam ketidakstabilan yg nyata sekarang ialah kerna org melayu sendiri tidak pasti antara keperluan menyeimbangkan ekonomi kaum atau mewujudkan persekitaran Islam.. kebiasaan manusia akan menyelesaikan masalah yg lebih 'berat' pada mereka.. apalagi dlm keadaan 'tekanan ekonomi' yg lebih menjerat perut berbanding 'tekanan aqidah' yg byk dari kita masih dalam keadaan 'selamat'..
jika kita menelusuri sirah hijrah Nabi saw ke madinah, yg pertama dilakukan beliau ialah membina masjid.. masjid bukan sekadar untuk dhadiri 5 kali sehari, tetapi sebagai pusat ilmu dan masyarakat.. berbagai masalah dipecahkan di masjid.. jika kita telitikan, malah terdapat satu kelompok 'pelajar' yg sentiasa berada di masjid untuk tujuan ilmu dengan bantuan masyarakat..
kemudian, Nabi saw memperkuat semua kaum2 yg ada di madinah di bawah nama ansar.. kaum yg berhijrah di bawah nama muhajirin.. kekuatan ansar ini merupakan tulang belakang Islam di madinah.. tidaklah seseorg itu menjadi org ansar melainkan agamanya ialah Islam.. penyatuan berbagai bangsa dan keturunan yg berpuak dalam ansar, ini yg aku interpretasikan dengan melayu.. bukan sekdar bangsa tetapi penyatuan ummah yg bergama Islam.. namun aku paham bahawa penjajah telah lama membenamkan dalam minda kita bahawa melayu adalah sekadar bangsa.. apalgi setelah mereka berjaya memisahkan agama dan pentadbiran dengan cara mensekularkan kuasa raja-raja melayu..
perpaduan ansar ini sama sekali tidak mewujudkan pemisahan siapa lebih Islam dengan muhajirin.. malah ansar menunjukkan satu sikap yg tidak pernah dilihat dalam sejarah dulu, malah pada waktu sekarang juga, tentang satu sikap kasih sayang yg berasaskan agama.. mereka tanpa ragu mengorbankan harta dan diri mereka demi Islam, kerna mereka sedar akan tanggungjawab mereka sebagai ansar.. mereka bertanggungjawab menegakkan Islam..
seterusnya, pembinaan pasar Islam merupakan satu langkah peningkatan ekonomi.. perpaduan ansar menjayakan pasar ini sehingga kekuatan ekonomi madinah berpindah dari pasar yahudi ke pasar Islam ini.. dalam konteks tanah melayu, kekuatan ekonomi melayu tidak akan terwujud selagi perpaduan melayu tidak terhasil.. kekuatan Islam bergantung pada perpaduan 'berbagai puak yg bersatu dibawah panji agama'..
apabila perpaduan Islam dan kekuatan ekonomi terhasil, maka 'negara' Islam diperakui di madinah.. kaum2 lain mula mengadakan perundingan dgn Nabi saw dan mengiktiraf 'kerajaan' Islam di madinah.. maka dasar 'luar negeri' Islam mula dijalankan.. terutama proses 'mengembalikan' mekah ke tangan muhajirin.. dan seterusnya kita melihat mekah sebagai pusat daulah Islam..
perjuangan dan perpaduan ansar ini tidak pernah kita lihat dari kacamata selain perjuangan dan perpaduan Islam.. malah ketika wafat Nabi saw, ketika ansar juga mengusulkan calon dari pihak mereka, jelas Abu Bakar ra menyatakan 'Quraish adalah pemimpin, Ansar adalah menteri2nya' berdasarkan hadis Nabi saw mengenai keutamaan org ansar dalam Islam.. dan bagaimana pula ansar memahaminya dengan jelas dan berbaiah dengan Abu Bakar ra.. bukan sekadar bangsa tetapi batasan hak dan tanggungjawab..
dalam konteks tanah melayu, menyatupadukan melayu bukan bermakna kita meninggalkan perjuangan menegakkan Islam.. pemisahan melayu dan Islam ini adalah hasil sekularisasi panjajah.. zaman berzaman telah dikisahkan dalam berbagai hikayat sejarah tentang fungsi melayu sebagai pengembang dan penegak Islam di nusantara.. kekuatan empayar Islam di nusantara bergantung kepada kesatuan dan kekuatan melayu ketika itu..
begitu juga tentang kisah bagaimana sang raja bermimpi bertemu Rasulullah saw, terus keesokan harinya menerima pendakwah Islam, secara langsung memeluk Islam, dan seterusnya seluruh melayu menganut Islam tanpa rasa ragu.. tidak ada kisah satu bangsa di dalam dunia ini yg tanpa ragu terus memeluk Islam kecuali kisah di madinah dan nusantara..
bukan aku memperkecilkan kelompok melayu yg memperjuangkan Islam, malah mmg patutlah melayu itu memperjuangkan Islam.. cuma mari kita lihat dimanakah situasi kita sekarang dalam sirah Nabi saw itu..
tidak ada jalan yg benar melainkan jalan yg ditunjukkan oleh Nabi saw.. baik dari sirah hidup baginda sehinggalah jalan yg ditempuh baginda dalam mewujudkan daulah Islam.. jika kita mahu 'kembali ke pangkal jalan' maka jalan Nabi saw lah yg harus kita telusuri.. tidak ada jalan lain..
sirah Nabi saw menunjukkan cara pembinaan pemimpin, dari cara kelahirannya disambut, tempat dia dibesarkan ketika bayi, aktiviti yg dilakukannya, menjaga kambing ketika kecil, berniaga ketika remaja, dan beruzlah ketika meningkat dewasa dan seterusnya dalam dakwah, hijrah dan pembinaan daulah..
aku tidak memperjuangkan melayu sebagai bangsa.. hanya melihat perpaduan melayu sebagai satu cara menegakkan Islam di tanah melayu, seperti konsep ansar di madinah, bukan seperti konsep sempit bangsa yg diinterpretasikan oleh penjajah dan ditanamkan dalam melayu zaman berzaman..
maka setiap perkataan melayu yg aku tulis bukanlah bermakna mengenepikan hak muslim dari bangsa lain, melainkan cuba menumbuhkan semangat ansar dalam bangsa melayu.. cuba menyuntik kesedaran akan tanggungjawab melayu dalam pembinaan daulah Islam yg ditunggu2..
wallahualam..
Post a Comment