salaam..
susah nak mula selangor nih.. sebab statistik dia menunjukkan taburan yg tidak senada.. tapi kita tgok laa pelan2 mana nak tau boleh napak sesuatu..
kalo ikut statistik, dari 56 kwsn dun, 32 adalah kwsn melayu dan 13 adalah kwsn cina.. makna ada 11 kwsn campur.. ikut kptsn pru, demografi kaum dlm dewan negeri ialah 36 melayu, 17 cina dan 3 india.. demografi parti, bn 20 (M-18,C-2), dap 13(C-12,I-1), pas 8(M-8), pkr 15(M-10,C-3,I-2).. secara total dlm ba melayu ada 18.. jumlah ini ada 50% dari wakil ba sendiri, dan juga 50% dari jumlah wakil melayu yg ada dlm dewan negeri..
menarik.. wakil melayu seimbang dlm kerajaan ba dan dlm pihak pembangkang.. nih betul2 kena tgok wibawa melayu ba nih.. suara mereka sama byk dgn melayu umno pembangkang dan juga sama banyak dgn jumlah wakil bukan melayu dlm ba.. sempurna.. nomor ajaib 18..
nih berbanding dgn wakil cina, dimana suara mereka diwakili oleh dap(12), pkr(3) dan bn(2).. jelas dap akan jadi suara bukan melayu di selangor.. ditambah lagi wakil india yg berada dlm dap(1) dan pkr(2).. tidak ada suara india dlm bn.. india selangor menolak mic secara total.. nih lupa komen, di penang dan perak pun sama.. mic takder wakil.. ratio di perak dan penang sama.. dari 5 wakil india, dap(4),pkr(1)
jadi secara umum, jadi gelanggang 3 penjuru, umno-melayu pkr-bukan melayu.. melayu pkr akan jadi penentu utk selangor.. ok jelas dah bab nih.. seimbang dah kuasa memerintah.. takyah ulas lagi bab nih..
kita tgok lak mana profil kwsn.. mula2 kwsn yg total melayu sebagai majoriti.. dikenal pasti ada 5 kwsn parlimen yg semua dun mempunyai majoriti melayu.. bn pegang kwsn sabak bernam (2 dun) dan tanjong karang (2 dun).. manakala ba pegang kwsn gombak (3 dun), ampang (2 dun) dan shah alam (2 dun).. ini pegang semua sekali dgn parlimen dan dun.. ini secara mudah kita tgok perbezaan sokongan antara melayu kampung dan melayu pekan di selangor.. terang dan jelas..
kwsn yg total majoriti cina ialah pj utara.. ada 2 dun, semua sekali ba sapu.. dan untuk kwsn yg bercampur2, sepang (3 dun) diwakili semuanya oleh bn, manakala ba pula mendapat kepercayaan yg sama di serdang (3 dun), kelana jaya (3 dun), pj selatan (2 dun), klang (3 dun) dan kota raja (2 dun).. nih cerita sama ada bn atau ba menang total nih.. boleh nampak gelombang ba di pekan2..
kategori seterusnya, kwsn bercampur2 tapi majoriti di kwsn parlimen adalah melayu.. 3 kwsn dikenalpasti sungai besar (2 dun), kuala selangor (3 dun) dan kuala langat (3 dun).. kita tgok satu2..
P093-sungai besar (M-68%,C-30%,I-2%) wakil bn(M), ada dua dun, sungai panjang (M-86%,C-13%,I-1%) wakil bn(M) dan sekinchan (M-42%,C-56%,I-2%) wakil dap(C).. sebab tmpt mantan menteri besar, maka jelas kenapa melayu pilih bn dan bukan melayu pilih ba..
P096-kuala selangor (M-61%,C-16%,I-23%) wakil pas(M), punya 3 dun, bukit melawati (M-56%,C-13%,I-31%) wakil pkr(I) lwn bn(I), ijok (M-50%,C-18%,I-32%) wakil pkr(M) lwn bn(M).. nih rasanya india dgn melayu nih tukar2 kwsn nih.. dulu ijok calon semua india dan bukit melawati calon semua melayu.. kali nih terbalik pulak.. nih remark utk melayu selangor.. sebab kedua2 kwsn tuh india punya kuasa penentu.. dan jeram (M-73%,C-16%,I-11%) wakil bn(M) lwn pas(M).. nih ba kena jengok2 jeram.. rasanya melayu jeram masih berpihak pada umno..
P112-kuala langat (M-55%,C-26%,I-19%) wakil pkr(M), dilengkapi oleh 3 dun, sijangkang wakil pas(M), teluk datuk wakil dap(C) dan morib wakil bn(M).. morib nih sentimen dia beza sket psal dulu mantan menteri pengajian tinggi, dato dr shafie, selalu balik situ 2 minggu sekali buat kenduri dan jengok2 org kampung.. walaupun yg wakil pas tuh pun bagus jugak.. sentimen org kampung lain sket.. nih aku tau sebab kampung org umah aku dlm kwsn tuh.. heheh
ok kita sambung pada kwsn yg taburan penduduknya lebih kompleks.. kwsn campur melayu-cina yg sama ramai.. nih kategori terakhir, ada 7 kwsn dikenalpasti..
bahagian satu, kwsn dun melayu lebih banyak dari kwsn bukan melayu seperti kwsn hulu selangor, selayang, subang dan kapar. 4 kwsn nih ada 3 dun, kecuali kapar ada 4, dlm posisi 2 dun yg punyai majoriti melayu..
bahagian dua, kwsn yg ada 2 dun dan hanya satu dun adalah majoriti melayu, iaitu pandan, hulu langat dan puchong.
P094-hulu selangor (M-54%,C-27%,I-19%) dimenangi oleh pkr(M) tapi semua adun dibwhnya dimenangi oleh bn(M-2,C-1).. kemenangan pkr diandaikan kerna sokongan penuh bukan melayu.. ini sama seperti P097-selayang (M-45%,C-38%,I-16%,L-1%) wakil pkr(C), dimana kwsn melayu (kuang dan taman templer) dimenangi oleh bn(M-2), manakala rawang (M-19%,C-56%,I-23%,L-1%) dimenangi oleh pkr(C)..
berbeza pula dgn subang dan selayang.. nih kwsn dah jadi kwsn ba.. sebab tuh bn hanya menang di paya jaras (M-60%,C-27%,I-12%,L-1%) dgn majoriti cemas dan di sementa bernasib baik menang tanpa bertanding..
P101-hulu langat (M-53%,C-36%,I-10%,L-1%) wakil pas(M), nampak percaturan secara umum, melayu sokong bn dan bukan melayu sokong ba.. kwsn dusun tua dan semenyih (purata melayu 54%) diwakili oleh bn(M-2) manakala di kajang (M-47%,C-44%,9%) diwakili oleh pkr(C)..
sama jelas dengan situasi P100-pandan (M-49%,C-45%,I-5%,L-1%) yg dimenangi oleh bn(C) sedangkan kedua2 dun chempaka dan teratai dimenangi oleh pas(M) dan dap(C).. bn menang secara umum dgn undi melayu..
P103 puchong (M-44%,C-41%,I-15%) wakil dap(I), mmg dah jadi kwsn ba. walaupun kinrara (M-27%,C-58%,I-14%,L-1%) diwakili oleh dap(C) tapi seri serdang(M-52%,C-32%,I-16%) berjaya juga dimenangi oleh bn(M) dengan majoriti gigil, 45 undi..
secara keseluruhan, boleh aku katakan taburan undi dlm selangor nih berterabur.. yg jelas, kaum bukan melayu mmg beralih sokongan ke ba sedangkan sokongan melayu berpilih2 mengikut kawasan.. pada umumnya, melayu di pekan2 beralih sokongan ke ba sedangkan di kampung2 masih berpihak kepada bn.. dan nampak mana tempat melayu dan mana tempat bukan melayu kat selangor nih..
rasanya strategi ba di selangor agak mudah, hanya perlu membuat program2 yg berkesan yg menyentuh penduduk2 kampung.. pembangunan yg pesat di selangor nih tertumpu pada kwsn bandar.. di situ letak kekalutan hidup, sedangkan di kampung2 terutama di kwsn yg berteraskan pertanian, padi dan kelapa sawit, memandangkan harga jual masih ditahap bagus, mereka masih teragak2 dgn ba, terutama imej dan fungsi ba di kampung2 yg tidak jelas dan meragukan.. kebykan org2 kampung memerlukan program yg lebih berkesan dari sekadar ceramah..
rasanya pemilihan dato khalid sebagai mb adalah langkap mantap dalam memakmurkan selangor yg berterabur pentadbirannya sebelum ini, untuk memimpin dlm perkongsian kuasa yg seimbang.. insya-Allah..
wallahualam..
Post a Comment