salaam..
nih kecoh perak nih.. maka utk yg kedua aku tengok psal perak pulak.. panas2 semua kat perak nih.. sekali dgr cam bn takder kuasa.. sekali dgr cam melayu pun takder kuasa.. sampai kena guna kuasa sultan.. apa yg panas sebenarnya? mari kita tgok sama2..
jumlah keseluruhan kerusi dun perak ialah 59 kerusi.. keputusan pru12, ba adalah majoriti dgn 31 wakil (dap-18,pas-6,pkr-7), lebih 3 wakil dari bn yg memang 28 kerusi.. maknanya boleh membina kerajaan campuran tapi tidak berkuasa di dewan negeri.. nih yg panas agaknya ya..
yg buat lebih panas lagi ialah gabungan ba yg menunjukkan dap punya 60% suara dlm kesatuan ba.. takmo guna perkataan 'pakatan'.. bunyi cam org pakat2 nak buat jahat..
kalo kita tgok demografi kaum dlm ba.. melayu cuma ada 9 wakil, cina 17 wakil dan india 5 wakil.. cina dlm ba nih 14 dari dap dan 3 dr pkr.. berbanding demografi dlm bn dimana 27 wakilnya adalah melayu dan hanya ada satu cina..
dlm dewan negeri melayu masih majoriti dengan 36 wakil.. cina 18 wakil dan india 5 wakil.. cuma dari 36 wakil nih hanya 9 dari ba (pas-6,pkr-3), jadi 9 melayu dlm ba nih akan sentiasa kena hentam dgn 27 wakil melayu bn dlm dewan negeri..
sekali lagi, mahu atau tidak, suka atau tidak, survival melayu di perak masih terletak di tangan umno.. secara total suara melayu masih tak sampai 2/3 dlm dewan negeri.. sikit jer lagi.. heheh.. skrg baru ada 61%, tak cukup 3 org jer lagi..
yg jadi panas nih, bila dap tak nampak benda nih.. dia ingat dia majoriti dlm ba maka dia kena berkuasa.. nih mmg kadok naik junjung.. kalaupun belum jadi beruk mendapat bunga.. perak masih negeri melayu.. meh kita tgok pulak sejauh mana kebenaran 'perak masih negeri melayu' nih..
dari jumlah 59 kwsn, 37 kwsn adalah kwsn melayu.. kwsn yg cina menjadi majoriti adalah 19 kwsn.. jadi hanya ada 3 kwsn dun yg panas.. buntong (M-6%,C-46%,I-47%,L-1%) wakil dap(I), chenderiang (M-37%,C-36%,I-26%,L-1%) wakil bn(C), dan hutan melintang (M-50%,C-17%,I-33%) wakil pkr(I)..
kalo nak ikut statistik penduduk nih, jadi persoalan mana hilang 1 lagi kerusi yg patut melayu menang.. jawapannya ialah N05913-kuala sepetang (M-60%;C-32%;I-8%;L-0%) dimenangi oleh wakil pkr(C) dan lawannya pun cina jugak (bn).. 3 kwsn panas tadi dah tentu habis semua ke india dan cina.. ini jer tanda merah utk melayu perak..
india yg beruntung kat perak nih.. selain 2 kwsn panas yg dia dapat sebagai kerusi rundingan kerna dia ada suara pemutus, ada 3 lagi kerusi yg dap bagi kat india.. N06633-tronoh (M-21%;C-66%;I-13%;L-0%) wakil dap(I) lwn bn(C); N07040-malim nawar (M-18%;C-73%;I-9%;L-0%) wakil dap(I) lwn bn(C); dan N07757-sungkai (M-23%;C-56%;I-21%;L-0%) wakil dap(I) lwn bn(I)..
secara keseluruhan, senario perak nih digerakkan oleh pengundi bukan melayu.. pengundi bukan melayu beralih arah memilih ba.. mungkin ini sebabnya dap beriya2 nak jadi mb, sebab diorg tau siapa yg ubah perak jadi negeri ba.. maka melayu kena buat keputusan betul2 dlm pru akan datang.. kalo nak sokong ba kena semua melayu perak pindah ba atau kalo tidak kena perbetul balik umno perak.. sebab melayu boleh buat kerajaan dgn 'simple majority' kat perak nih tanpa perlu undi bukan melayu..
situasi dewan negeri perak ialah ba mmg memimpin negeri tetapi kerajaan kesatuan yg dibentuk tidak kuat.. buat musim ini, melayu perak akan melihat pertandingan tarik-tali antara bn dan ba.. rasanya tak byk program baru yg boleh dilaksanakan sebab kedua2 pihak akan saling cantas-mencantas.. tapi kita tengok laa camna.. apapun semuanya tak mustahil.. bn pun kena menang semula keyakinan bukan melayu kat perak.. so dun perak akan bergantung pada permainan bn dan kebijaksanaan ba menguasai puak bn..
dari segi kerusi parlimen pulak, melayu ada wakil dlm 11 kwsn parlimen dari 12 kwsn yg mmg majoriti melayu dan sekali lagi di'curi' satu kerusi di P054-gerik (M-73%;C-18%;I-7%;L-1%) yg dimenangi oleh bn(C) melawan pas(M)..
manakala 4 kwsn mmg mempunyai penduduk cina.. dan mereka juga di'curi' satu kerusi di P065-ipoh barat (M-13%;C-64%;I-23%;L-0%) wakil dap(I)lwn bn(C)..
manakala 8 kwsn parlimen yg bercampur2.. satu pun tidak diwakili oleh melayu.. walaupun ada calon melayu bertanding, seperti P074-lumut (M-49%,C-38%,I-12%,L-1%) dimenangi oleh bn(C) lwn pkr(M) dan P077-tanjong malim (M-51%,C-30%,I-18%,L-1%) dimenangi oleh bn(C) lwn pkr(M)..
begitulah perak yg menggelegak, bukan kerna melayu hilang kuasa tetapi kerajaan negeri berpindah ketua.. dari bn ke ba.. yg panas sebab semua bukan melayu, kecuali bukan melayu di chenderiang, memihak kepada ba.. yg jadi persoalan ialah melayu dlm ba.. mereka ini hanya sedikit tapi merupakan kuasa penentu melayu perak.. mari kita kenali mereka dgn lebih rapat untuk memahami potensi transformasi melayu perak..
N05708-TITI SERONG: KHALIL IDHAM LIM BIN ABDULLAH (PAS)
N05709-KUALA KURAU: ABDUL YUNUS BIN JAMAHRI (PKR)
N05811-GUNONG SEMANGGOL: RAMLI BIN TUSIN (PAS)
N05812-SELINSING: HUSIN BIN DIN (PAS)
N05914-CHANGKAT JERING: MOHD OSMAN BIN MOHD JAILU (PKR)
N06120-LUBOK MERBAU: MOHD.ZAINUDIN BIN MOHD YUSOF (PAS)
N07451-PASIR PANJANG: MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (PAS)
N07656-CHANGKAT JONG: MOHD ANUAR BIN SUDIN (PAS)
N07759-BEHRANG: JAMALUDDIN BIN MOHD RADZI (PKR)
begitulah adanya..
wallahualam..
Post a Comment