salaam..
emm.. tgh dok pikir nak ulas selangor atau kedah dulu.. memandangkan situasi selangor lebih kompleks maka kedah dulu lah.. transisi kedah nih mmg agak mudah.. sama cam melayu salin baju.. heheh.. macam penang pulak.. tapi byk sebab di dalamnya.. antara perubahan melayu yg mahukan Islam dan masalah dlm umno kedah yg sangat parah..
nih nak cerita panjang, aku rasa org kedah lebih tau.. aku nih buat analisis secara umum saja.. org kedah kena tambah bagi lengkap..
kedah nih disifatkan sebagai negeri melayu.. dari 36 dun, 29 adalah kawasan majoriti melayu.. yg bukan sikit2 majoritinya.. semua diatas 70% adalah melayu.. yg betul2 kwsn cina ialah N00913-kota darul aman (M-34%,C-60%,I-5%,L-1%) wakil dap(C) lwn bn(C)..
catatan sket, N001118-tokai aku takder data.. rasanya kwsn melayu sebab calon yg bertanding dua2 melayu.. dan menang kat pas.. kalo tgok dun2 sebelah dia mmg kwsn melayu.. lagipun pendang mmg kwsn melayu kan? so kita anggap kwsn melayu, maka ada 30kwsn melayu..
so baki 5 kwsn:
N00811-derga (M-55%,C-40%,I-4%,L-1%);
N01425-bukit selambau (M-50%,C-19%,I-30%,L-1%);
N01528-bakar arang (M-43%,C-48%,I-8%,L-1%);
N01529-sidam (M-39%,C-40%,I-20%,L-1%);
N01835-lunas (M47%,C-30%,I-22%,L-1%).
nih lupa nak bagitau camna aku bagi kata mana kwsn sapa majoriti..
komposisi atas 55% - aku kata dia majoriti
antara 30%-54% - aku anggap berpotensi
antara 20%-29% - aku anggap boleh jadi penentu
bawah 20% - aku anggap minoriti
ok clear..
dari 5 kwsn bercampur2 nih.. hanya kerusi lunas jadi milik melayu (pkr).. derga, bakar arang, sidam dapat wakil cina (bn-1,pkr-2).. dan kerusi bukit selambau dapat wakil india(bebas).. calon lawan dlm 5 kerusi nih semua bukan melayu.. maka boleh kira pkr dapat bawak balik satu kerusi utk melayu..
kita patah balik citer psal kerajaan baru kedah.. keputusan pru, bn memegang 14 kerusi, sementara ba dpt 21 (pas-16,pkr-4,dap-1), dan bebas ada 1 kerusi.. tak banyak masalah nak tentukan kerajaan negeri sebab pas mmg menang majoriti dan melayu dlm ba ada 17org (pas-16,pkr-1)..
dlm dewan negeri, ba menguasai 58%, campur bebas dapat 61%.. yg non-bn nih kurang 2 wakil lagi untuk menguasai 2/3 suara dewan negeri.. tapi melayu dlm dewan negeri ada 29org.. lebih dari 2/3.. mungkin geng mukhriz boleh perkuat usul pas, insya-Allah..
tak banyak yg aku leh sebut.. sebab obviously, pas kedah akan buat pas kelantan sebagai model.. yg jadi fokus kat kedah nih bukan pas, tapi puak2 dlm umno kedah.. meh kita cuba lihat kat mana umno menang kat kedah nih..
kita tgok parlimen dulu.. dari 15 wakil parlimen hanya 2 parlimen diwakili oleh bukan melayu.. P017-padang serai (M-55%,C-22%,I-22%,L-1%) wakil pkr(I) lwn bn(C).. nih kerusi nego.. kira melayu sini sokong ba lah.. dan P009-alor star (M-62%,C-33%,I-4%,L-1%) wakil bn(C) lwn pkr(C).. walaupun kwsn melayu tapi rasanya sebab bn nak kena lantik satu menteri cina dari kedah, terpaksa laa bagi kerusi nih kat cina.. lagipun pkr pun letak cina jugak..
ok.. kalo kita tgok berdasarkan pada wakil yg menang dlm parlimen.. ada 3 kwsn diwakili oleh umno.. langkawi, jerlun dan kubang pasu.. tempat suku sakat che det situ penuh.. heheh.. dan campurlaa alor star.. 4 kwsn nih jer bn menang kerusi parlimen..
kalo kita tgok ratio yg menang dlm kwsn yg cina ada lebih dari 20% penduduk dan melayu kurang dari 55%, bn cuma menang 1 kerusi kat derga, dan 4 lagi menang kat ba (pkr-bakar arang, sidam, lunas; dap-kota darul aman)..
parlimen pokok sena nih boleh kira kwsn pas nih.. dua dun bawah dia yg melayu majoriti 90% mmg dapat kat pas, cuma derga yg mmg cina punya kuasa menentu (40%) bn menang.. maka boleh tak kalo aku katakan, melayu kat kwsn nih mmg undi pas sedangkan bukan melayu masih undi umno walaupun pkr letak calon cina bukan calon pas..
nih sama senario dgn parlimen alor star.. dun alor mengkudu terang pas(M) menang majoriti byk, rasanya sebab melayu (75%).. tapi dap(C) memang seram kat kota darul aman walaupun kwsn cina (60%) dan bn(M) menang lagi seram kat bakar bata walaupun kwsn melayu (68%).. mungkin saja undi melayu yg buat bn menang kat bakar bata campur undi2 bukan melayu di 3 dun yg lain yg boleh buat bn(C) menang parlimen alor star..
kita tgok balik psal kwsn umno nih.. langkawi dan kubang pasu mmg kubu kuat umno.. parlimen jerlun : dun ayer hitam dan kota siputeh pas/bn sorang satu menang nipis, tapi bn menang parlimen selesa.. ibnu mahathir bertanding situ.. kwsn lain bercampur2..
lagi sekali kita tgok.. kecuali langkawi, kubang pasu dan jerlun.. dan kecuali dun pedu, sg tiang dan guar chempedak, wakil umno yg lain menang semua dgn majoriti seram di dun kuala nerang, bakar bata, belantek dan bayu.. nih semua kwsn melayu kuat, kecuali bakar bata yg ada 32% suara bukan melayu..
maka kesimpulan yg aku boleh buat psal kedah nih ialah mungkin saja org melayu kedah sedang merawat barah dlm umno kedah.. barah nih kena buang takleh simpan.. haa itula kedah buat, barah nih bukan ada ubat, dia kena potong buang.. yg bukan melayu tuh aku rasa tak main peranan sangat dlm gelombang bersepadu rakyat kedah.. harapannya akan jadi semakin pulih laa..
adat org sakit nih kita kena melawat dia.. dan melawat org sakit nih kena doa kat dia.. semoga cepat sembuh.. dan org sakit pun kena doa.. sebab doa makbul.. maka marilah kita bersama2 berdoa semoga kedah sembuh dari segala penyakit.. aminn...
Post a Comment