misteri tidur


waktu zaman aku nakal-nakal dulu, mak aku selalu masuk bilik aku masa aku tidur dan hembus-hembus kepala aku.. aku perasan tuh tapi buat-buat tak tahu jer.. bila aku dah ada anak, mak aku bagi tip hembus-hembus kepala anak nih kat aku suami-isteri.. dia suh kitorg buat kalau nak anak jadi baik dan ikut kata.. aku sengih jer masa tuh.. sebab aku tau aku masih nakal walaupun dihembus setiap malam.. hehe

bila aku paham psal minda bawah sedar, semua tuh jadi jelas pada diri aku.. dan baru aku tau kenapa aku masih nakal waktu tuh.. idea dan konsep mak aku dah betul tapi teknik dia kurang mantap.. dan sekarang aku nak kongsi teknik yang betul dgn anda..

waktu tidur nih waktu paling tinggi potensi untuk program minda bawah sedar.. kerna waktu anda tidur, minda bawah sedar anda sentiasa terbuka sehingga anda masuk dalam kondisi tidur nyenyak.. dan sebahagian dari anda kebiasaannya jarang memasuki kondisi tidur nyenyak.. tidur nyenyak nih tidur yang tiada mimpi.. dan kebanyakan dari anda bukan tidak bermimpi ketika tidur tetapi lupa anda mimpi apa setelah terjaga.. tidur nyenyak nih yang tidur berkualiti..

jika anda tertanya-tanya sama ada bolehkah kondisi ini diukur.. jawabnya boleh.. sudah ada teknologi yang boleh mengukur frekuensi gelombang otak yang menentukan sama ada anda dalam kondisi sedar, kondisi separuh sedar dan kondisi tidur nyenyak.. maka bila anda tidur, frekuensi otak anda akan berada diantara kondisi separuh sedar dan tidur nyenyak..

mungkin anda pernah mengalami waktu bangun tidur tidak dapat bergerak.. istilah biasanya 'kena tindih'.. (aku tanak citer bab jin sebab aku bukan pakar jin ;)..) fenomena itu berlaku kerna anda terbangun lebih cepat dari perubahan frekuensi otak.. apa yang terjadi ialah otak anda sedang melakukan pemindahan sama ada dari kondisi separuh sedar yang dalam atau tidur nyenyak ke kondisi sedar.. tubuh anda seakan lumpuh kerna otak anda belum sedia untuk memberi arahan.. setelah beberapa ketika, setelah otak anda memasuki kondisi sedar, anda pasti akan bergerak semula..

sebenarnya jika pada ketika itu anda memberi sugesti dan masukan apa pun, semua info itu akan langsung tertanam di minda bawah sedar.. jika anda mahu mengubah tabiat buruk anda, itulah waktu yang paling tepat untuk memberitahu diri anda bahawa anda mahu berubah.. jika nanti anda mengalami kondisi seperti itu, tarik nafas panjang dan katakan pada diri anda apa yang anda mahu ubah secara berulang-ulang sehingga anda boleh bergerak semula..

perkara yang sama berlaku jika dalam situasi itu anda memberitahu diri anda bahawa anda ditindih oleh jin.. maka secara visual, bayangan jin itu akan terbentuk.. bagaimana rupa jin itu akan bergantung pada database yang ada dalam otak anda.. jika anda telah terbiasa melihat filem hantu atau sering mendengar cerita seram dan membayangkan imej-imej hantu yang diceritakan, pasti itulah gambaran yang akan muncul..

kembali kepada cerita anak tidur..

bilakah waktu yang paling tepat untuk program minda bawah sedar anak-anak anda?

apabila anak menidurkan anak anda, perhatikan kelopak matanya yang terpejam.. jika matanya kelihatan bergerak2 bermakna dia telah memasuki kondisi separuh sedar.. semakin dalam anak anda dalam kondisi separuh sedar, lebih efektif sugesti yang anda masukkan.,

untuk menguji sama ada anak anda telah benar-benar tidur, angkat tangannya dan lepaskan.. jika tangan itu jatuh tanpa ada perlawanan bermakna dia sudah tidur. atau pegang dagunya dan geleng2kan kepalanya, rasakan perlawanan atau hanya lemah menurut.. jika anak anda tidak memberikan perlawanan, biarkan sekitar 15 minit hingga 30 minit.. supaya tidur anak anda lebih dalam dalam kondisi separuh sedar.. setelah 30 minit, katakanlah sugesti-sugesti positif yang anda mahukan dengan suara lembut ke telinganya.

bagaimanakah memasukkan sugesti positif ke minda bawah sedar anak-anak anda?

mulakan dengan memperkenalkan siapa anda dan bina hubungan positif.. katakan dengan lembut di telinganya. dengan nada yang mempunyai emosi.. anda harus percaya dan merasakan sendiri kata-kata yang mahu anda katakan..
contohnya: "assalamualaikum mamat.. ini ibu.. ibu sayang mamat dan mamat sayang ibu.."

setelah itu masukkan sugesti yang anda mahukan.. pilih perkataan yang positif dan elakkan menggunakan perkataan 'jangan' atau 'tidak'.. kerna harus anda ingat bahawa minda separuh sedar hanya memproses kata-kata yang ada emosi dan tidak memproses kata 'jangan' atau 'tidak'.
contohnya:
"mamat budak baik dan bijak" dan bukan "mamat tak nakal"
"mamat sentiasa dengar cakap ibu" bukan "mamat jangan degil"

katakan sugesti itu dengan berulang-ulang selama beberapa minit. semakin kerap anda mengulangnya semakin minda bawah sedar anak anda menyimpannya dengan kuat. jangan memasukkan terlalu banyak sugesti. mungkin anda boleh mencuba 2 atau 3 sugesti terlebih dahulu untuk melihat perubahan. kerna jika anda dapat melihat perubahan itu, maka anda akan lebih yakin untuk melakukannya. jangan lupa untuk memberikan pujian diselang selikan dengan sugesti anda.
contohnya:
"mamat anak yang rajin solat setiap hari"
"mamat anak yang sabar dan selalu ceria"

setelah anda memasukkan sugesti tersebut, hendaklah anda membuat apa yang dinamakan penutup.
contoh: "bagus. mamat dapat memahami ibu dengan bagus. nanti bila mamat bangun untuk solat subuh, mamat akan merasa tenang dan segar. sangat tenang dan sangat segar. mamat akan rasa bersemangat. lebih bersemangat. dan mamat akan lebih mudah menerima pelajaran yang cikgu ajarkan. mamat adalah budak yang bijak. ibu dan ayah sayang mamat. adik-adik sayang mamat. mamat juga sayang ibu, ayah dan adik-adik. baiklah. sekarang mamat tidur dan berehatlah."

berapa lamakah anda harus melakukannya?

lihat perubahan pada anak anda setiap hari setelah anda melakukannya.. buat setiap malam hingga anda melihat perubahan tersebut.. jika anda tidak melihat perubahan, kaji semula sugesti yang anda gunakan.. mungkin anda harus menggantikan beberapa kata-kata dalam ayat anda. mengikut pengalaman, untuk mengubah tabiat yang paling susah boleh mengambil masa hingga seminggu atau dua minggu. namun kebiasaannya jika dilakukan kepada anak-anak, kesannya boleh dilihat lebih cepat.. satu hingga tiga malam anda melakukannya sudah terlihat kesannya.

aku melabur sejumlah bayaran yang agak besar dan masa yang agak lama untuk mendapatkan ilmu ini. dan aku hanya mahu berbahagi secara percuma. boleh saja aku buat e-book dan kenakan bayaran tapi aku lebih pegang janji Tuhan. jika aku jual satu, aku hanya akan dapat bayaran untuk satu. tapi Tuhan kata kalau aku beri satu, Tuhan akan beri aku 70 kali ganda. manusia janji nak bayar tapi dia boleh saja bohong, maka aku lebih memilih untuk memegang janji Tuhan kerna Dia tidak pernah bohong.. ;) nikmatilah ilmu ini semoga dapat memberi kebaikan dalam hidup anda dan anak-anak anda.

About this entry

  1. Anonymous said...

    Menarik dan teruja aku nk praktikkan.....tp biasala manusia mana penah puas..apa kata adakan satu analysis yg tepat tentang MIMPI....aku nk tahu sgt..sbb saban hari aku mimpi tp aku x tahu mimpi itu pasal apa...kdg2 mimpi itu menjadi kenyataan / mimpi membawa panduan -istikharah ( nk kawin etc)....dll....Terima Kasih atas Misteri Tidur ini..dan pasti aku akan praktiskan ...Salam..

  2. nak analisis mimpi panjang bro.. cara mudah ko cari buku psal tafsir mimpi karya ibnu sirin.. tuh boleh jadi panduan asas.. insya-Allah..

  3. Anonymous said...

    aku setuju ngan suggestion mak ko tu.. sebenarnyaa dalam islam pn di galakkan sebelum tido atau anak2 dh tido usap2 kan rambut kat pale anak2 kita dan bacakan doa... tu laa cara yg terbaik.. alaa tak payah anak2.. cuba ko orang suruh wife masing buat kat kita as suami.. apa ko rasa.. tenang lega rasa di sayangi ... tu laa yg di kehendaki... tak percaya kita usap2 kepala isteri kita dengan penuh kasih sayang.. tanya apa dia rasa...

  4. err.. aku citer kegunaan utk anak supaya tak disalahguna kepada pasangan.. mmg betul boleh guna teknik yg sama.. nanti ada yang takleh tidur nyenyak pulak.. hihi..

    perbuatan usap kepala boleh dijadikan anchoring.. maka setiap kali kita usap kepala dia lepas tuh, dia akan rasa sama seperti apa yang kita dah programkan dalam minda bawah sedar.. begitu juga hembusan..

    dan doa yang disebut itulah sugesti yang aku maksudkan.. kan setiap perkataan kita tuh doa.. that is the power of word.. power of suggesstion.. sebab tuh doa kena ulang tiap2 hari.. 'repetition' penting.. nanti aku jelaskan dalam bab yg lain.. ;)

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008