sex : the ultimate energy


ketagihan seks menjadi isu perbincangan hangat semenjak insiden tiger wood.. apakah maksud ketagihan seks? bukankah sejak zaman berzaman orang kita sendiri sibuk dengan segala macam herba yang mengkhusus untuk meningkatkan prestasi seksual? adakah orang kita semuanya ketagihan?

seorang sahabatku memberi berpendapat bahawa ketagihan bermaksud sesuatu yang boleh menyebabkan kita tidak mampu mengawal diri.. contohnya ketagihan rokok boleh menyebabkan seorang perokok merasa tak tentu arah apabila tidak merokok.. ketagihan kerja menyebabkan seorang tidak mempedulikan perkara lain dalam hidup selain kerjanya.. maka dia berpendapat, untuk mengetahui sama ada kita ketagihan seks atau tidak, bergantung kepada kekuatan kita menahan diri daripada berhubungan seks..

seorang sahabat yang lain mempunyai pendapat yang berlainan, katanya ia bukan hubungan seks tapi ketagihan untuk berejakulasi.. keinginan seks adalah suatu fitrah.. keinginan semulajadi.. tidak mampu ditolak sama sekali.. dan apabila seseorang kehilangan bahagian nafsu yang satu ini, ghairah untuk hidup juga akan mula meredup.. akan berlaku vacuum dalam jiwanya.. kerna itu manusia, lelaki dan perempuan, memerlukan ghairah seks..

seawal penciptaan Hawa as, menunjukkan bahawa seksualiti itu suatu yang penting. mengapa Tuhan tidak menjadikan satu lagi lelaki jika penciptaan tersebut hanya untuk mengisi kesepian dan menjadi pendamping? ini antara persoalan dasar, disebalik berbagai hikmah lain dalam penciptaan wanita.. begitu juga dengan tragedi buah khuldi.. namun kita akan bincangkan itu dalam tempat yang lain..

seks adalah tenaga yang tertinggi.. berulang kali disebut dalam sejarah bahawa hampir semua kejatuhan empayar besar dunia disebabkan oleh wanita.. begitu juga dengan ungkapan, dalam setiap kejayaan seorang lelaki pasti ada seorang perempuan dibelakangnya.. secara sedar atau tidak, kita sudah pun mengakui kekuatan energi ini..

hubungan lelaki dan perempuan didasarkan oleh keinginan seks, ini tidak salah walaupun merupakan taboo dalam masyarakat kita.. kita melabel seks sebagai suatu yang tidak baik hingga kita merasa jijik utk memperkatakannya secara terbuka.. namun itu tidak menghalang berlakunya penyimpangan dan jenayah seksual.. kita mengabaikannya hingga kita gagal memahami kekuatannya..

ada satu cara menggunakan kehebatan energi seksual ini dengan lebih efesien, di istilahkan sebagai 'sex transmutation' diterangkan oleh napoleon hill dalam bukunya 'Think and Grow Rich'.. bagaimana kita boleh mengubah bentuk tenaga ini dan menggunakannya utk melakukan aktiviti lain dengan hasil yang lebih baik dan berkesan.. satu kaedah yang hebat jika kita dapat mengaplikasikannya..

ayat mengenai nikah bermula dengan "kahwinlah empat.." jelas menunjukkan betapa pentingnya hubungan seksual ini.. begitu juga dengan pengkisahan ribuan bidadari syurga yang sentiasa perawan dan memiliki kecantikan yang melebihi daripada apa yang boleh kita gambarkan.. apakah maksud ayat Tuhan ini?

seks akan sentiasa menguja manusia dan merupakan sumber ghairah dan energi yang paling besar dalam manusia.. namun kita lihat pula kaedah mencari isteri dalam Islam, pilih rupa, harta, keturunan dan agamanya.. walaupun agama diletak diurutan terakhir namun bersambung pula kata bahawa yang terbaik adalah yang terbaik agamanya.. begitu juga ayat suruhan menikah, pada penghujungnya dianjurkan menikah hanya satu, jika tak mampu maka kita disuruh berpuasa..

jelas menunjukkan bahawa keinginan seksual itu energi yang tidak boleh kita pandang mudah, namun energi itu datang dengan tanggungjawab.. jika kita tidak dapat mengawal energi ini, ia mampu membuat kerosakan besar.. maka dalam setiap hubungan, ghairah seks harus diasosiasikan dengan cinta.. dan kalau kita telusuri dengan cermat, cinta adalah isi utama hidup.. cinta pada Tuhan, cinta sesama manusia, antara lelaki dan perempuan serta sesama sahabat.. ini pernah aku sebut secara jamak suatu masa dahulu (Risalah Cinta: Bersatu dalam cinta)..

berbalik pada persoalan ketagihan seks.. ada seorang sahabatku berpendapat bahawa jika kita dapat menahan ejakulasi dan menangguhkannya sedikit lebih lama, kita akan dapat kepuasan yang lebih tinggi.. malah beliau menyatakan bahawa jika kita teruja secara seksual sebelum setiap pekerjaan kita, dan kemudian dapat menangguhkan keinginan seksual itu dan mengalihkan fokus pada pekerjaan, kita akan mampu mewujudkan hasil yang lebih baik dari biasa..

jika boleh aku buat kesimpulan, ketagihan adalah berkaitan dengan pengawalan diri.. kita mengalami ketagihan jika kita tidak dapat mengawal diri.. dan sebaliknya perkara tersebut yang mengawal dan mengatur diri kita.. ini maksud hidup.. sejauh mana kita mampu mengawal diri kita diantara jalur pahala dan dosa..

wallahualam..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008