tidak ada yang salah melainkan salah faham


"map is not the territory"

amende pulak yang aku nak mengarut nih? hehe.. ini antara presupposition utama dalam NLP.. mari kita tengok apa relevannya dengan hidup kita.. 'map' tuh dimaksudkan sebagai 'representation of reality' dan 'territory' tuh pulak dimaknakan sebagai 'absolute knowledge of reality' atau mduahnya 'kebenaran sebenar'.. apa cerita nih? ;)

semua orang akan sentiasa buat generalisasi (kesimpulan umum) atas setiap perkara yang berlaku.. semua orang punya pendapat sendiri dan mempertahankan pendapatnya.. nak contoh mudah? tanya apa pendapat orang keliling anda tentang Dr Mahathir? yang puji melangit pun ada dan yang macam nak membedal pun ramai.. nak contoh lebih mudah? tanya apa pendapat kawan anda tentang anda dan tanya orang yang suka pada anda pendapat dia pulak.. apa pula pendapat anda tentang diri anda sendiri? macam2 komen ada.. tapi yang benar yg mana? adakah anda kata pendapat anda yang benar sebab anda sepatutnya yang paling tahu diri anda.. tapi benarkah anda kenal diri anda sendiri? does it matter?

toksah risau.. takder satu pun yang tidak benar melainkan semuanya benar belaka.. setiap dari pendapat itu terhasil dari persepsi yang berlainan.. anda tak suka laksa, anda kata laksa tak sedap, tapi kalo betul tak sedap, apahal kawan anda melantak laksa dua mangkuk bagai nak rak? anda kata rasa masing2.. subjektif.. apa maksud subjektif nih?

maka bila anda bertekak dengan kawan anda.. atau anda bertengkar dengan pasangan anda.. siapa yang betul? siapa yang salah? kalau dua org bergaduh tanya aku, aku kata takder yang salah, dua2 betul.. kalo betul apahal bergaduh? hanya berbeza persepsi.. atau memang dua2 salah.. salah apa? salah faham.. itu saja..

solusi? kena align balik persepsi.. macam mana nak align persepsi?

ok.. bayangkan masa anda bertengkar.. anda dengar pihak lawan bercakap (bila anda anggap org yagn anda lawan bercakap tuh 'pihak lawan' nih mmg otak anda akan automatik masuk 'defense mode' ;)), apa yang anda fokuskan dalam ayat yang dia sebut? adakah anda mencari ayat2 yang tak selari dengan pendapat anda? tanya dalam diri anda kenapa anda cari point2 yang bercanggah? anda nak betulkan pendapat dia?

bila anda nak betulkan pendapat orang, maka orang tuh pun akan tekan suis 'defense mode'.. maka berbolak-baliklah anda dan dia memberi pendapat masing2 dari pagi sampai ke petang membawalah ke malam.. tak selesai.. sebab anda dan dia saling membetulkan.. sama-sama rasa betul, sama2 rasa lawan dia salah.. tak align..

seni berkomunikasi, fokus pada benda yang anda dan dia setuju.. dalam banyak2 point yang anda dan dia bahaskan, takkanlah takder satu pun yang anda sama2 setuju.. kalo tak jumpa benda yang sama2 setuju, cari point yang sama2 tak setuju.. bila jumpa point nih, berpegang padanya.. fokus perbahasan anda sekitar point tuh..

lupakan sebentar benda2 yang saling berlawanan tadi.. fokus kat benda yang sama2 setuju.. dan bahaskan benda yang anda berdua setuju.. kembangkan lagi point tuh.. tahan diri dari bincang benda yang bertentangan.. kalo masa bahas benda setuju nih jumpa lak benda bertentangan, cari lagi apa yg sama2 sependapat.. nih dah mulai align..

kena praktik nih.. macam korang baca blog aku nih.. takkan semua korang main setuju jer.. mesti ada yang tak setuju.. tapi korang baca jugak.. sebab ada point yg sekufu dengan pendapat korang.. sebab ada point2 nih laa korang terus baca blog aku nih.. anda beri perhatian kepada apa yang anda setuju mengikut persepsi anda..

bila ada beberapa persepsi dah align, maka anda merasa lebih terbuka untuk dengar apa yang aku nak mengarut.. kemudian anda akan mulai kritikal.. what if he is right? anda akan argue dgn pendapat anda sendiri.. anda lebih terbuka untuk menerima idea baru dan mahu melihat dari perspektif yang berbeza.. dan persepsi kita dah sejajar (align).. dan kita berkomunikasi dengan lebih baik.. saling berkongsi persepsi..

bila anda marah atau sedih.. perhatikan dan rasakan apa sebenarnya yg buat anda marah? anda balik kerja masuk rumah tengok rumah bersepah2, anda marah anak anda.. adakah anda marah sebab anda tak suka anak anda? atau anda tak suka perbuatan anak anda? atau anda tak suka rumah anda? atau anda marah psal petang tadi anda kena marah dengan boss anda? atau anda marah kerna anda penat dan anda tak larat nak bersihkan rumah? ini yang kadang2 anak2 anda pun keliru.. dia ingat anda marah psal anda tak suka dia.. padahal yang anda marah anda itu dipicu oleh benda lain.. atau ada pula yang sebab marah, dia diam..

kejap.. apa yang aku nak cerita awal2 tadi?

map is not the territory.. intinya apa yang berlaku dalam hidup kita, baik atau buruk, bergantung pada persepsi kita.. maka apa yang kita rasa pada masa itu bergantung pada kondisi kita masa tuh..

benda yang jadi tetap jadi.. bergantung pada anda nak pilih rasa macammana.. syurga dan neraka tuh anda yang pilih.. maka bila kita tengok sesuatu benda yang kita rasa tak betul, mungkin ada yang kita tak tahu atau tak faham.. realiti mengikut persepsi kita tidak sepenuhnya kebenaran yang mutlak..

sebab itu aku berpendapat kita tak berhak menghakimi orang lain.. bila orang buat sesuatu, apa yang kita kata kebenaran tuh hanya persepsi kita.. sejauh mana persepsi kita betul? sebab tuh Nabi saw ajar kita jangan bersangka buruk.. sebab bila kita bersangka buruk, sebenarnya dalam hati yang something wrong.. sebab orang baik takkan skeptikal bila orang kena kan dia.. dia kata Tuhan uji.. sebab tuh dia boleh senyum walaupun orang caci maki dia.. hidup dia tetap tenang dan dia sentiasa cari kebaikan dan hikmah dalam setiap dugaan dan cabaran yang dia hadapi dalam hidup dia..

mari kita hargai perbezaan pendapat.. kita sejajarkan pendapat2 kita.. dengan sedikit kebenaran dari persepsi aku dan sedikit kebenaran dari persepsi anda, maka kita akan menemui kebenaran yang lebih mantap.. kalau rasa ada yang salah, bermakna bukan tak betul, tapi hanya kurang memahami.. mari kita saling memahami sesama kita tanpa perlu saling tidak bersetuju.. aku bersetuju dengan anda untuk tidak bersetuju dengan pendapat aku ;)








About this entry

  1. Anonymous said...

    Took me time to read the whole article, the article is great but the comments bring more brainstorm ideas, thanks.

    - Johnson

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008