aku sentiasa terpesona dengan kisah-kisah persaudaraan ikhwanul muslimin.. apabila seorang sahabat menghantar emel mengenainya, aku teringat satu buku kecil yang aku beli beberapa bulan dahulu tapi masih berbalut plastik, bertajuk 'Syarah Doa Rabithah, menjelaskan tentang sistematika Doa Rabithah yang diamalkan oleh para pejuang dakwah di zaman itu sehingga berupaya mewujudkan satu persaudaraan yang kukuh dan akhlak yang tinggi seperti kisah yang diceritakan oleh as-Syahid Imam Hassan al-Banna..
Kisah 1:
Pada satu hari, saya melawat akhi Sayyed Abus Su'ud di kedainya dan melihat akhi Mustafa Yusuf membeli sebotol minyak wangi daripadanya. Mustafa berkeras untuk membayar 10 piaster (matawang) untuk minyak wangi tersebut, sedangkan Abus Su'ud mengatakan harganya hanya 8 piaster. Kedua-duanya tidak mahu mengalah. Saya amat terharu melihatkan keadaan ini, dan meminta invois daripada Mustafa untuk melihat harga modal minyak wangi tersebut. Harganya 96 piaster untuk satu dozen, bererti 8 piaster untuk satu botol.
Saya berkata kepada Abus Su'ud, "Saudaraku! Bagaimana anda ingin menyara hidupmu, sedangkan anda tidak mahu mengambil untung dari saudaramu, dan musuh pula tidak mahu membeli di kedaimu?."
Dia menjawab, "Aku dan saudaraku seperti badan yang satu.
Saya berkata pula kepada Mustafa, "Mengapa anda tidak menerima budi baik saudaramu?"
Dia menjawab, "Jika saya membeli di tempat lain, harganya ialah 10 piaster, jadi adalah lebih baik saya membayar harga yang sama kepada saudaraku!".
Akhirnya mereka bersetuju dengan harga 9 piaster.
Kisah 2:
Di satu pusat latihan Ikhwan bagi melatih sukarelawan-sukarelawan yang ingin berjihad di Palestin pada tahun 1947, seorang ahli Ikhwan, yang merupakan seorang petani, datang untuk mendaftar dan membawa bersamanya seekor lembu. Ahli Ikhwan yang bertugas di pusat pendaftaran amat terkejut, dan bertanya, "Saya faham yang anda ingin menyertai angkatan mujahidin, tetapi kenapa anda membawa lembu bersama?"
Dia menjawab, "Tidakkah Allah memerintahkan kita untuk berjihad di jalan-Nya dengan nyawa dan juga harta benda? Lembu ini sahajalah harta yang saya ada!"
Kisah 3:
Akhi Hafizh merupakan seorang tukang kayu. Pada suatu hari, dia diminta oleh Monsieur Saulant, seorang Pegawai Tinggi Terusan Suez yang berasal dari Perancis, untuk membaiki perabot di rumahnya. Pemuda itu menyebut kos membaiki sebanyak 130 qirsy.
Monsieur berkata, "Itu terlalu mahal. Penjahat kamu mengambil upah melebihi hakmu!"
Dengan tenang, Hafizh menjawab, "Saya tak akan mengambil upah melebihi hakku. Kalau tak percaya tanya saja orang bawahan anda. Kalau ternyata tuduhanmu benar saya bersedia bekerja tanpa dibayar. Namun, jika saya yang benar, anda bayar upah sebanyak yang saya minta, tanpa harus ditambah."
Ternyata, menurut orang bawahan, Hafizh berhak atas upah 200 qirsy. Maka, dia pun menyuruh Hafizh memulakan pekerjaannya.
"Baik, tetapi anda telah menghinaku. Maka, anda harus minta maaf dan mencabut kata-kata itu," kata Hafizh.
"Minta maaf padamu? Kamu ingat kamu siapa? Seandainya Raja Fuad pun, saya tak akan minta maaf," jawab si Perancis dengan bongkak. "Kalau saya tak meminta maaf, apa yang boleh kamu lakukan?"
"Mudah saja. Saya laporkan anda ke kedutaan dan konsulat anda. Saya juga boleh laporkan ke media massa Perancis. kemudian saya umumkan juga di jalan-jalan dan kedutaan-kedutaan asing yang lain. Saya akan berjuang mendapatkan hakku dengan apa cara pun," katanya tegas.
Monsieur Saulant terkejut mendengar jawaban tukang kayu itu. "Seolah-olah saya sedang bicara dengan seorang diplomat, bukan tukang kayu."
Akhirnya dia meminta maaf dan menarik balik tuduhannya. Apabila selesai Monsieur membayar lebih, 150 qirsy. Tetapi, Hafizh tidak mahu menerima tambahan. Dia mengembalikan 20 qirsy.
"Saya tidak mahu ambil apa yang bukan hakku, supaya tidak jadi penjahat!"
Monsieur kehairanan. "Mengapa tidak semua buruh Arab sepertimu. Kamu keluarga Muhammad, ya?"
"Monsieur Saulant, ketahuilah semua muslim adalah keluarga Muhammad. Namun, kebanyakan mereka telah bergaul akrab dan meniru monsieur-monsieur seperti kamu, akibatnya rosaklah akhlak mereka."
subhanallah! ini akhlak mereka..
kembali kepada kisah buku yang baru saja aku buka dan belek malam tadi.. kekuatan ukhuwah para ikhwan itu terletak pada amalan mereka.. dan salah satunya adalah amalan Doa Rabithah, sebahagian dari zikir al-Ma'thurat, yang disusun dengan baik oleh as-Syahid Imam Hassan al-Banna, guna khusus untuk mengalirkan semangat perpaduan, mengeratkan persaudaraan dan menyubur kecintaan di atas jalan dakwah..
moga ini menjadi amalan kita juga.. jika setiap dari kita menghadirkan wajah seorang saudara kita di dalam doanya, bayangkan betapa kukuhnya saf perjuangan kita.. mari kita lakukan bersama-sama.. semoga persaudaraan kita terus berlangsung dalam keberkatan dan dilimpahi rahmat Allah.. amin..
Post a Comment