Cauvinis Melayu dan Ekstremis Islam



seorang kenalan yg bukan melayu dan bukan warga malaysia hairan mengapa perkauman dan agama merupakan isu sensitif di Malaysia berbanding di negara mereka. maka aku terpaksa, buat kesekian kalinya, memberi ceramah sejarah Tanah Melayu, yang aku pun dah banyak kali menulis untuk memperjelas kenapa, mengapa dan bagaimana.

hanya saja terkini, setelah beberapa lama mencuit perkauman, bara dihangatkan semua dalam isu agama. aku sendiri tidak pasti sama ada kita benar-benar bersedia untuk mencipta sebuah negara Malaysia yang benar-benar Malaysia, yang bukan bermaksud Tanah Melayu lagi.

awal mulanya kita diminta menerima bahawa setiap warga Malaysia yang berbilang bangsa adalah penduduk Tanah Melayu. bukan lagi bangsa melayu, cina, india dan sebagainya. secara logiknya, bangsa cina dan india sewaktu era awal kemerdekaan boleh kita anggap sebagai pendatang yang kita kurniakan hak istimewa sebagai warga Tanah Melayu. tetapi generasi mereka yang terkemudian - yang lahir di Tanah Melayu dan membesar di Tanah Melayu, tidak pernah mengenal tanah China dan India, walaupun masih menganggap diri mereka bangsa cina dan india dan dengan seluruh kekuatan dan kemampuan mahu mempertahankan budaya cina dan india mereka - agak sukar untuk kita menidakkan taraf bukan pendatang terhadap mereka.

aku faham bila ada pula bangsa bukan melayu ini menggunakan alasan bahawa melayu di Tanah Melayu juga pendatang dari Indonesia dan sekitar kepulauan Melayu. aku faham kerana mereka buta sejarah dan menganggap Tanah Melayu hanya tanah semenanjung. aku faham kerana mereka tahu benar bahawa tidak penting untuk mengerti bahawa seluruh kepulauan di daerah ini merupakan kesatuan dalam empayar Melayu zaman dahulu kala. aku faham jika mereka tidak mahu tahu kalau berpindah-randah dalam lingkungan kepulauan ini tidaklah dianggap pendatang. aku faham perspektif mereka, jadi tidak perlulah diperbincangkan dengan terperinci lagi.

yang sejak dari dulu tidak aku fahami ialah mengapa bangsa yang masih berbangga dengan keturunan mereka menganggap orang melayu itu bersifat perkauman, sedangkan orang melayu sendiri yang memberi hak kepada mereka di Tanah Melayu. maksud aku, mereka masih boleh mengekalkan jatidiri keturunan mereka tetapi seharusnya mereka sudah berbenah dalam budaya Tanah Melayu. mengapa mereka masih perlu sistem pendidikan dalam bahasa mereka dan memaksakan orang melayu untuk menerima budaya dan cara mereka? bagaimana mereka boleh menganggap mereka warga Tanah Melayu bila mereka masih pelat bercakap melayu malah ramai dikalangan mereka masih tidak memahami budaya melayu, malah tidak memahami makna papan tanda dalam bahasa melayu sehingga mahu papan tanda dalam bahasa dan tulisan bangsa mereka sendiri. ini sebenarnya yang menjadi asas kesangsian orang melayu. 

namun kerana logika kelahiran Tanah Melayu mereka, maka segelintir orang melayu memahami betapa keperluan untuk menganggap mereka juga warga mutlak Tanah Melayu, bukan sebagai bangsa yang diberi hak istimewa sebagai warga. namun bukan itu yang mahu perbincangkan kali ini. 

terkini, setelah keterbukaan kita untuk melampaui batas perkauman dan berlapang dada untuk menerima mereka sepenuhnya tanpa prejudis bangsa, mereka mahu keterbukaan kita pula tentang beragama. katakanlah kita telah bersetuju untuk menghapuskan hak keistimewaan orang melayu dari perlembagaan, dan mewujudkan keadilan sosial berdasarkan merit seperti yang dicanangkan, adakah kita juga bersedia untuk menghapuskan keistimewaan Islam sebagai agama rasmi dan membuka keadilan beragama seperti yang mereka dambakan?

aku sering dianggap cauvinis bangsa dan ekstremis agama hanya kerana tidak bersetuju dengan keterbukaan sebegini dalam konteks Malaysia. walaupun berkali-kali aku menjelaskan bahawa ketidaksetujuan aku mengenai perkara ini bukan kerana kebencian, tetapi kerana keperluan dan kerana semua bangsa, termasuk bangsa cina dan india, tidak bersedia untuk merealisasikan perkara ini. masih banyak yang perlu dilakukan untuk merobohkan kesangsian bangsa melayu terhadap bangsa-bangsa lain yang telah mereka wargakan sebagai warganegara. situasi Tanah Melayu sangat berbeza dengan Indonesia dan Filipina.

walaubagaimana pun, mungkin juga ada benarnya kita harus menukar perlembagaan kita menjadi seperti perlembagaan Indonesia dan Filipina. semua bangsa dianggap sama dan semua agama dianggap sama wibawa. dan mungkin kita akan menjadi lebih baik dari mereka kerana mereka tidak punya sekolah berbahasa cina sedangkan kita punya sekolah dengan bahasa pengantar cina dan india. atau mungkin juga kita akan jadi lebih baik jika kita mengangkat bahasa mandarin dan bahasa tamil juga sebagai bahasa kebangsaan. 

mungkin dengan keterbukaan dalam perlembagaan yang sebegini generasi Malaysia yang terkemudian akan menjadi lebih hebat kerana menguasai tiga bahasa utama. dan mungkin Malaysia boleh menjadi contoh kepada dunia mengenai toleransi beragama apabila masjid, gereja dan kuil juga akan dipenuhi oleh bangsa melayu. maka tidak akan ada lagi ekstremis agama, terutama di kalangan bangsa melayu, yang akan menghalang-halang usaha dakyah agama lain. mungkin Malaysia akan menjadi benar-benar 'truly asia' apabila orang melayu tidak lagi terhalang oleh undang-undang syariah yang hanya dikhususkan untuk orang melayu.

mungkin ini yang perlu orang melayu bayangkan dan hadirkan dalam impian mereka demi untuk melihat pembentukan bangsa 1Malaysia yang sebenar. mungkin dengan terwujudnya semua ini, maka Malaysia lebih progresif dalam menuju untuk menjadi sebuah negara maju dan makmur. mungkin orang melayu perlu mula menyediakan minda mereka untuk menzahirkan semua ini. mungkin sudah sampai waktunya kita menjadi realistik untuk membuang semua perkara ini yang menghalang kemajuan orang melayu. mungkin benar kita tidak perlukan ketuanan Melayu dan selaras dengan itu mungkin kita juga sudah seharusnya bersedia untuk menganggap kesetaraan wibawa dan menghormati sepenuhnya akan hak dan keperluan agama-agama lain. 

mungkin kita sudah tidak perlu lagi menganggap kita ini orang melayu, tapi sebagai bangsa 1Malaysia, dan kita tidak perlu terlalu mengangkat-angkat Islam kerana sudah sampai masa kita harus menganggap Islam hanyalah salah satu teori beragama sama seperti agama lain. 

dan ketika ramai orang melayu mahu bersetuju dengan kemungkinan-kemungkinan di atas, sejujurnya maafkan aku kerana aku lebih rela dianggap cauvinis melayu dan ekstremis Islam untuk tidak bersetuju dengan semua itu.

About this entry

  1. Anonymous said...

    Salam,

    Contoh terbaik sepanjang zaman sikap Cauvinis bangsa dan extremis agama ialah yahudi. Keingkaran tertinggi menentang perintah Allah swt apabila Allah swt menerangkan dlm kitab taurat akan kedatangan nabi saw sebagai penutup kerasulan dan membawa agama yg melengkapkan semua agama2 samawi sebelumnya. Ingkar kerana nabi saw bukan dari bangsa mereka yg dianggap tinggi dan suci tetapi dari bangsa arab dan menolak apa2 ajaran yg dibawa oleh baginda.

    Contoh persaudaraan islam terbaik sepanjang zaman ialah persaudaraan kaum ansar dan kaum muhajirin yg mengutamakan sahabat dari diri sendiri dan menolak perbezaan kaum dan keturunan demi Allah dan rasul. Hal ini disebut dan dipuji oleh Allah swt didlm ayat2 suciNya dan mereka serta keturunan mereka dijanjikan syurga. Disebabkan persaudaraan inilah perjuangan nabi saw berjaya menghancurkan pengaruh dan putar belit kaum yahudi di kota madinah, berjaya menawan mekah dgn aman dan islam berkembang pesat keseluruh dunia sehingga kehari ini.

    Islam yg dibawa oleh nabi saw bukan hanya utk bangsa arab jahiliyah ketika itu tetapi utk semua manusia keturunan adam as yg dihidupkan oleh Allah swt dimuka bumi ini, termasuklah arab, melayu, cina, india dan bangsa2 lain di dunia ini.

    Yg buat silap besar ialah orang melayu yg belum cukup islam memilik negarakan islam seolah2 bangsa lain tiada hak kepada islam. Bukan ke tugas melayu yg telah diberikan hidayah patut bersyukur dan atas kesyukuran itu meneruskan da'wah nabi saw supaya setiap manusia yg menghirup udara Allah dimuka bumi ini diberikan peringatan dan ajaran tentang islam, kerana itu hak mereka yg belum islam terhadap kita yg telah islam. Ingatlah hal ini akan ditanya oleh Allah swt nanti dan bersedialah kita dgn jawapan.

    Sebenarnya melayu/islam lupa akan tugas utama iaitu menegakkan ajaran islam dgn berteraskan perintah Allah dan rasul. Apa yg ada dimuka bumi ini utk semua manusia baik hal agama islam mahupun anugerah kekayaan negara. Islam mensyariatkan melayu berlaku adil sebagai "tuan" kpd negara ini. Tunjukkan kecantikan dan keharmonian islam supaya hati2 mereka yg belum islam tertarik kalau pun mereka tidak menerima islam kerana itu kerja Allah, tetapi mereka merasa selamat hidup bersama melayu islam. Pasti lambat laun mereka ingin mengetahui lebih mendalam tentang islam kerana mereka akan sedar bahawa beragama dlm islam tak sama dgn agama mereka. Sirah rasul saw semasa menyeru islam jelas melihatkan contoh terbaik bagaimana kaum jahiliyah menjadi pengikut islam yg taat kpd Allah, sehingga diangkat sebagai generasi terbaik islam.

    Hal hati yg ghaib semada seorang itu berniat baik atau jahat, bukan urusan kita. Kita hanya diperintahkan berurusan dgn manusia dgn perkara2 zahir dan nyata. Kita hanya diberikan pengetahuan oleh perkara2 yg telah berlaku dan adalah salah besar mengandaikan perkara yg sama akan berlaku dimasa hadapan, seolah2 kita mendahului kudrat dan iradat Allah swt. Kita lupa akan kekuatan yg ada pada kita iaitu islam yg menuntu kita berserah diri kpd Allah swt kerana Dia maha mengetahui dan maha teliti akan perkara yg berlaku dan akan berlaku. Jika ini mampu kita laksanakan didlm keimanan kpd Maha Pencipta maka tak perlulah kita bersikap cauvinis dan extremis kerana ianya hanya berkiblatkan hawa nafsu yg dipandu oleh iblis laknatullah.


    Wallahu'lam

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008