misteri gua batu dan perigi buta


-interlude-

kita dah baca psal perbezaan lelaki dan wanita.. tentang bagaimana sikap lelaki dan wanita yg berbeza dalam menangani tekanan dan stress.. tentang perbezaan prioriti dalam menguruskan hidup.. perlu difahami bahawa jika berlaku keadaan ini tidak ada apa yang perlu kita perbesar2kan.. yg penting adalah kefahaman kita tentang perbezaan fitrah lelaki dan wanita..

kita sambung lagi.. kita tgok pula kelakuan lelaki dan wanita dalam perhubungan.. moga aku dapat tulis semuanya dlm bahagian nih, seringkas yg mungkin, dengan harapan dapat sedikit sebanyak jadi panduan buat kita bersama untuk memperbaiki diri dan hidup kita.. insya-Allah..

Men are like rubber bands

lelaki nih umpama getah gelung, dia hanya boleh meregang sejauh yg dia boleh dan kemudian akan kembali ke keadaan asal.

dalam sesuatu perhubungan, seringkali lelaki akan merasa perlu menjauh sebelum dia menjadi lebih intim. ini yg sukar difahami oleh wanita dan sering membuatkan wanita terkejut dan terkeliru. tiba2 lelaki menjadi dingin.

biasanya lelaki akan menjauhkan diri, walaupun wanita tidak berbuat apa2 kesilapan, bukan kerna lelaki tidak mempercayai atau tidak menyayangi wanita,tapi untuk menyalurkan fitrahnya berkaitan dengan kebebasan dan autonomi dlm hidupnya.

Peanuts by Schultzsetelah dia menjauhkan diri dengan secukupnya, dia akan merasakan wujud keinginan untuk berkasih sayang dan berhubungan intim. apabila keinginan ini wujud, dia akan kembali kepada wanita untuk berkhidmat menyintai wanita, untuk menjadikan dirinya merasa diperlukan semula. lebih jauh lelaki mengasingkan diri, lebih intim setelah lelaki kembali.

lelaki akan sering memperdebatkan tentang hak mereka untuk merasa bebas kerna mereka perlukan ruang untuk bersendiri. keperluan lelaki akan berubah2 diantara keintiman dan autonomi.

Women are like waves

aku interpretasikan 'waves' tuh sebagai ombak atau gelombang untuk menunjukkan pasang-surut emosi wanita. hanya saja dlm buku ini, wanita rujukannya mengatakan bahawa ketika surut dia merasa seperti berada jauh ke dalam perigi buta. jadi kita cuba untuk pahami nanti antara kaitan pasang surut air di dalam perigi, walaupun kita sama2 paham perigi buta takder air. ok kita sambung..

dalam suatu perhubungan, seringkali wanita, walaupun dalam keadaan bahagia, percaya dirinya tetap akan naik dan turun seperti ombak dilautan. bila waktu pasang, wanita merasa banyak kasih sayang yg perlu dikongsi. bila waktu surut, mereka merasa kosong, tiada harapan dan merasa bersendirian tanpa sokongan. ini yg biasanya membuat lelaki keliru dan naik angin.

sepertimana lelaki, wanita akan surut hingga ke dasar perigi, pada waktu sebegini kesilapan yg biasa dilakukan lelaki ialah cuba memahamkan wanita bahawa wanita tidak perlu merasa demikian. apabila wanita telah menjejak dasar periginya, wanita akan merasa perlu disayangi dan akan kembali kepada lelaki untuk mendapatkannya. lebih cepat wanita sampai ke dasar periginya, lebih cepat dia kembali ke permukaan.

wanita akan sering memperdebatkan tentang hak mereka untuk merasa marah dan bersedih kerna mahu difahami. emosi wanita akan pasang dan surut lebih kerana keperluan dalamannya, dan bukan sepenuhnya kerna org lain.

Perbezaan interpretasi cinta antara lelaki dan wanita:
romantic old couple

wanita perlu:
1-diperhatikan (ambil berat)
2-difahami
3-dihormati
4-dikasihi sepenuhnya
5-diperakui
6-diberi kepastian

supermanlelaki perlu:
1-dipercayai
2-diterima
3-dihargai
4-dikagumi
5-dipersetujui
6-diberi galakan

rahsia dalam menguasai lelaki ialah dengan cara tidak cuba untuk mengubah atau memperbaiki diri lelaki. cara yang terbaik ialah memberi ruang untuk lelaki berkembang sendiri dlm memperbaiki hidupnya. jika lelaki merasa dia dalam keadaan terbaik dan dia sangat diperlukan, lelaki akan berusaha sehabis baik untuk memuaskan wanita.

rahsia dalam menguasai wanita ialah dengan cara memahami keinginan emosinya. cara yang terbaik ialah sentiasa menunjukkan empati terhadap keadaan emosinya dan tidak cuba untuk menolak keadaan emosinya. jika emosinya terisi dan merasa disayangi sepenuhnya, wanita akan memberikan seluruh kemampuannya untuk menyenangkan hati lelaki.

Apabila lelaki masuk ke gua..

Keluhan 1
"aku tak suka bila bini aku suka marah2 sebab benda kecik. kadang2 benda tuh bukan aku yg buat pun."

yg tersirat:
lelaki mahu merasa diterima dirinya seadanya.
sebaliknya, dia merasakan wanita mahu memperbaiki dirinya.

Keluhan 2
"ada saja yg bini aku nak aku buat. kdg2 aku rasa dia buat aku macam budak kecik."

yg tersirat:
lelaki mahu merasa dikagumi.
sebaliknya, dia rasa wanita memperlekehkannya.

Keluhan 3
"bini aku tuh nak aku paham apa dia nak. dia ingat aku leh tahu apa yg ada dalam kepala dia."

yg tersirat:
lelaki mahu rasa diterima dan dipersetujui.
sebaliknya, dia merasa telah gagal.

perbezaaan perspektif antara lelaki dan perempuanApabila wanita turun ke dlm perigi..

Keluhan 1
"aku tak suka laki aku tuh asik terlupa jer. bila aku bagitau dia kata aku membebel. mintak tolong macam mintak sedekah."

yg tersirat:
wanita mahu lelaki menghormati dan sentiasa mengingati mereka.
sebaliknya, dia rasa terabai dan tidak jadi keutamaan.

Keluhan 2
"laki aku tuh bila aku cakap macam tak dengar jer. buat macam aku tak wujud."

yg tersirat:
wanita mahu merasa yakin lelaki mendengar apa yg mereka perkatakan untuk menunjukkan bahawa lelaki mengambil berat tentang mereka.
sebaliknya, dia merasa diabaikan atau dihakimi/dihukum.

Keluhan 3
"aku tak suka bila laki aku tinggikan suara dan kata apa yg dia cakap tuh betul. dah la tak pedulikan pandangan aku, buat aku macam bersalah lak."

yg tersirat:
wanita mahu difahami dan dihormati.
sebaliknya, dia merasa tidak dipedulikan dan diperlekehkan.


Scoring points with women

secara kebiasaan, lelaki akan cuba untuk membuat sesuatu yg hebat supaya mereka rasa berhak untuk disayangi. akan tetapi wanita tidak memberi penghargaan yg diharapkan, kerana wanita perlu merasakan kasih sayang untuk merasa disayangi.

lelaki hanya perlu membuat pekerjaan2 kecil, yang memang diperlukan oleh wanita, untuk menunjukkan kasih sayang mereka. malah ungkapan cinta, sama ada penting atau tidak pada lelaki, boleh memuaskan perasaan wanita.

antara contoh perkara kecil yg memberi impak yg besar:
1-bila pulang kerja, sebelum melakukan apa2, peluk dan cium isteri, dicadangkan peluk isteri empat kali sehari;
2-bila isteri mahu berkata sesuatu, letak suratkhabar atau tutup tv dan beri isteri perhatian sepenuhnya. sabar ketika mendengar dan jangan asik tgok jam;
3-bila pulang lambat, telefon dan beritahu isteri;
4-sentiasa peka pada emosi isteri. bila dia merajuk, tunjukkan empati dan minta maaf. kemudian diam, biar isteri rasa suami memahami bahawa hatinya sedang sedih;
5-bila suami perlu bersendiri, beritahu isteri bahawa suami perlu masa untuk berfikir dan jika boleh beritahu berapa lama masa yg suami perlukan;
6-bila suami rasa dah ok, ceritakan pada isteri apa yg mengganggu fikiran suami, supaya isteri tidak berfikir yg buruk2;
7-perhatikan jika isteri letih, tanya apa yg dia mahu lakukan dan bantu apa yg boleh. biasakan membantu kerja2 rumah seperti cuci pinggan atau sidai baju;
8-sentiasa berpihak kepadanya jika isteri marah dengan seseorg;
9-tunjukkan kemesraan ketika di khalayak umum. cuba set masa untuk keluar berdua tanpa anak2;
10-apabila berpergian, beritahu secara terperinci jadual perjalanan, telefon bila sampai dan beritahu siteri bahawa suami merinduinya bila berjauhan.

why men give less than women

1-martian idealize fairness
jika lelaki merasa dia telah berbuat/memberi sesuatu, dia akan berhenti berbuat dan menunggu supaya wanita berbuat sesuatu yg setimpal dengan apa yg diberinya. berbeza dengan wanita yg sentiasa sedia memberi lebih banyak.

2-venusian idealize unconditional love
wanita akan sentiasa berbuat/memberi sebanyak yang dia mampu, dan hanya merasa tidak adil ketika dia merasa kekosongan dan dipergunakan. wanita harus tahu bila perlu menahan diri dan membiarkan lelaki memberi lagi.

3-martian gives when they are asked
lelaki tidak meminta bantuan jika dia tidak benar2 perlukan. memberi bantuan, jika tidak diminta, akan menyinggung lelaki. wanita harus memahami cara untuk memberi petunjuk kepada lelaki untuk terus memberi bantuan.

4-venusian say yes even when the score is uneven
lelaki sering salah anggap bahawa selagi wanita berkata 'ya' ketika lelaki meminta bantuan, bermakna wanita telah menerima bantuan yg setimpal (berpuas hati) dari lelaki. seringkali apabila wanita bersetuju dengan kehendak lelaki, tidak bermakna wanita juga menginginkan perkara yg sama.

5-martians give penalty points
wanita tidak menyimpan senarai markah ttg apa yg telah diterimanya. lelaki pula akan menolak markah jika wanita melakukan sesuatu yang membuat lelaki merasa tidak disayangi dan disokong. kerna itu kadangkala lelaki akan melupakan beberapa perkara baik yg dilakukan oleh wanita, jika wanita membuatnya marah.

cartoon from CartoonStock.comhow to get men support and get it

konsep wanita ialah kerna cinta maka tidak perlu meminta, maka wanita akan terus berharap, kerna pada lelaki, jika wanita tidak meminta apa2, maka dia berpendapat dia telah memberi secukupnya.

step 1: asking correctly for what you already getting

langkah pertama ialah wanita harus mengetahui apa yg telah diberikan oleh lelaki kepadanya. perkara penting ialah meminta lelaki melakukan sedikit lagi sesuatu yg dia pernah lakukan dan beri penghargaan. jangan minta lebih dari apa yg pernah dia berikan.

3 perkara penting yg perlu dingat oleh wanita ialah mencari masa yg sesuai, tidak meminta secara berlebihan dan minta dengan jelas dan gunakan perkataan yg pendek dan padat, serta berterus terang. cuba guna perkataan 'tolong' supaya lelaki merasa diperlukan.

step 2: practice to ask for more (even when you know he may say no)

sebelum meminta lebih, penting untuk memastikan bahawa lelaki telah merasa dihargai atas apa yg telah dia lakukan. jika lelaki telah biasa mendengar wanita tidak pernah meminta bantuan lebih dari apa yg diberikannya, dia akan merasakan kehadiran cinta wanita. lelaki merasa tidak perlu berubah untuk mendapatkan cinta wanita.

pada ketika ini, lelaki akan sanggup berubah dan mempertingkatkan kemampuannya. dan wanita boleh meminta lelaki melakukan sesuatu yg lebih tanpa meninggalkan kesan bahawa lelaki tidak berbuat cukup baik.

i love you, you're perfect, now changelelaki akan lebih mudah mengatakan 'ya' jika dia mempunyai kebebasan untuk mengatakan 'tidak'. maka wanita harus tahu bagaimana untuk menerima jawapan 'tidak'.

step 3: practice asserting asking

dalam fasa ini, wanita tidak sekadar menerima jawapan 'tidak', tetapi meyakinkan pada lelaki bahawa adalah sesuatu yg normal untuk lelaki mengatakan 'tidak', dan menunggu hingga lelaki memberi jawapan 'ya'. ini berbeza dgn fasa 2, selepas menerima jawapan 'tak', wanita hanya diam dan menunggu.

dengan tidak menolak penolakan lelaki, wanita lebih berpeluang untuk menerima jawapan 'ya'. wanita harus menjangka lelaki akan merungut, dan harus difahami bahawa rungutan lelaki itu tidak kena mengena dengan kesediaannya utk membantu. itu hanya proses seorg lelaki untuk menjadi lebih fokus. wanita jangan salah faham.

-interlude-

lelaki merasa sensitif bila diminta bantuan bukan kerna mereka malas tetapi kerna keinginan mereka untuk merasa diterima seadanya. lebih banyak permintaan hanya akan memberi gambaran bahawa diri/cara mereka tidak diterima. setiap tindakan untuk memperbaiki diri lelaki akan dianggap sebagai suatu tindakan untuk mengubah diri mereka kerna mereka tidak cukup baik.

wanita harus pintar dalam meminta perubahan pada lelaki, kerna jika tidak, tindakan itu akan menhantar mesej bahawa lelaki tidak cukup baik / rosak (berpandukan pada moto lelaki: "don't fix unless it is broken"), dan ini akan membuatkan lelaki merasa wanita tidak menyintai dirinya sebagai dirinya, apa adanya.

lelaki akan merasa bahagia jika mereka merasakan bahawa mereka telah memberikan yg terbaik buat pasangannya. lebih banyak dia merasa begitu, lebih banyak lagi yang akan lelaki sanggup lakukan.

kita akhiri cerita kita dengan sebahagian dari yang dikisahkan pada bahagian awal buku:

i had no idea that her day had been so awful. when i returned home she was very upset. i misinterpreted the cause of her distress and thought she was blaming me.

sehe said, "i've been in pain all day.. i ran out of pills. i've been stranded in bed and nobody cares!"

i said defensively, "why don't you call me?"

she said, "i asked your brother, but he forgot! i've been waiting for him to return all day. what am i supposed to do? i can barely walk. i feel so deserted!"

at this point i exploded. my fuse was also very short that day. i was angry that she didn't call me. i was furious that she was blaming me when i didn't even know she was in pain. after exchanging a few harsh words, i headed for the door. i was tired, irritable, and heard enough. we both reached out limits.

then something started to happen that would change my life.

Bonnie said, "stop, please don't leave. this is when i need you the most. i'm in pain. i haven't slept in days, please listen to me."

i stopped for a moment to listen.

she said, "John Gray, you're a fair-weather friend! as long as i'm sweet, loving Bonnie you are here for me, but as soon as i'm not, you walk right out the door."

then she paused, and her eyes filled up with tears. as her tone shifted she said, "right now i'm in pain. i have nothing to give, this is when i need you the most. please, come over here and hold me. you don't have to say nothing. i just need your arms around me. please don't go."

i walked over and silently held her. she wept in my arms. after a few minutes, she thanked me for not leaving. she told me that she just needed to feel me holding her.

at that moment i started to realize the real meaning of love -unconditional love...

-stop-

About this entry

  1. Anonymous said...

    does this apply to a new relationship? the rubber band concept. Sebabnya, lelaki nmpk xkisah ingin membantu tapi macam ragu2 menunjukkan dia ambil berat. walaupun selalu bersedia membantu, tapi kurang mempamerkan rasa ambil berat. keliru antara kasih dan kasihan. mcm mn tu?

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008