[quote="cloaked_reza"]
Why judge me? Aku adalah aku, dengan cara aku. Aku bukan alim. Aku bukan ustaz. Aku tidak seperti korang. Kenapa mesti aku jadi macam korang???
Kenapa mesti pendapat aku sama macam korang? Kenapa mesti aku cakap dan mengiyakan sahaja?
Kenapa? Sapa rasa macam ni? Tension bile ada pak2 alim ni dok suruh kita ikut jln dia. Kalau tak ikut, aku dikata macam2. Rosak akhlak la, apa la. Aku blaja tinggi woi!!
satu, kita kena tahu dan kenal sapa diri kita.. asas kena kuat..
dua, jgn tutup diri kita drpd terima pendapat orang.. walaupun pelik..
Tuhan jadikan manusia berbeza2.. beza rupa, beza suara, beza bau, beza akal, beza hati, dan segala macam perbezaan lagi.. tapi Tuhan turunkan nabi supaya kita bersatu atas asas yang sama.. Islam..
pernah dengar tak.. kawan yang terbaik adalah musuh kita.. kerna kita akan sering dikritik (nasihat) dan dicerca (cabaran) oleh musuh kita.. hanya musuh yg berani mengatakan sesuatu yg tidak baik ttg diri kita..
selalu kita cerita ttg adab org beri nasihat.. mungkin sekali sekala kita kena bincangkan juga ttg adab menerima nasihat.. aku cuba istiqamah benda nih.. jumpa org yg aku rasa lebih berilmu dari aku, aku akan minta nasihat dari dia.. apa2 saja yg dia nak nasihat aku.. kena atau tidak tak penting.. yg penting aku dengar org nasihat aku..
ini adalah antara proses yg aku cuba lakukan untuk lembutkan hati aku.. aku pernah skeptikal dengan org berserban dan berjubah nih.. dan mmg aku tak nafikan banyak yg mengotorkan Islam dengan serban mereka.. tapi aku cuba untuk memahami mereka.. cuba mengkaji cara mereka berfikir.. cuba melihat dari perspektif mereka.. tak jarang ada kebenarannya..
kita suka melihat sesuatu hanya dari perspektif kita dan tidak menerima sesuatu yg berbeza daripada apa yg kita telah fahami.. ini 'comfort zone' kita.. kita tanak berubah dan kita tak akan.. lama kelamaan hati kita jadi keras.. taklid kita jadi terlalu jumud.. sedang al-Quran diterjemahkan dalam berbagai bahasa dan berbagai budaya.. tapi kita hanya merasakan dunia yg benar itu hanya dunia kita..
sejauh mana pun kita menuntut ilmu, hanyalah umpama setitis air di lautan.. dan org yg menuntut ilmu ini akan sentiasa haus, bagai menelan air laut juga.. makin banyak kita minum air laut, bertambah dahagalah kita.. itulah perumpamaannya..
maka dengan itu tiadalah sempadan akan ilmu itu.. dan menginsafi akan luasnya ilmu mengapa kita sentiasa merasa apa yg kita tahu itu sudah segala2nya? rugilah kita jika kita jadi statik.. bodohlah kita jika kita berhenti dari menimba ilmu.. sia-sialah ilmu kita jika kita gunakan hanya untuk berbangga2..
nasihat tuh ilmu.. kalo kita tatau guna pun jangan buang.. kita simpan.. Tuhan tak jadikan sesuatu itu sampai kepengetahuan kita dengan sia2.. rugilah kalo kita buang macam tuh saja.. kita kena kaji dan canai.. mungkin saja ada sesuatu yg kita terlupa.. dan dengan cara penyampaian nasihat itu Tuhan sedang mengingatkan kita.. subhanallah.. Tuhan punya cara yang unik untuk menyentuh hati kita..
BETUL,sgt jarang orang fikirkan.. adab menerima nasihat...