bila isteri membebel dan suami mendiamkan diri..


-prelude-

dalam konteks rumahtangga tidak ada yg perlu berkorban melebihi pasangannya. kedua2nya harus sama2 memainkan peranan masing2 dalam menjaga harum mekar kasih sayang dalam rumahtangga. kena ada win-win situation. jika anda rasa anda lebih banyak berkorban dari pasangan anda, cubalah lihat dari perspektif lain. kerana jika satu bahagian sahaja yg rasa berkorban dan terkorban, maka sinar mentari cinta sudah mulai meredup di alam rumahtangga kita.

kita seringkali salah anggap bahawa jika pasangan kita menyintai kita dia akan bertindakbalas dan berkelakuan sama sepertimana kita bertindakbalas dan berkelakuan jika kita menyintai seseorang. suami dan isteri harus menghargai perbezaan antara lelaki dan perempuan. jika perbezaan ini dihargai maka cinta dan kasih sayang akan terus berkembang.

perkara2 kecil ini jika terus kita biarkan tanpa kita selesaikan atau pahami akan menjadi kurap dan kudis yg akhirnya akan membarah dalam rumahtangga kita. kita punya pilihan untuk mencipta syurga atau neraka dalam rumah tangga kita. menahan diri atau yg kita labelkan dgn 'sabar' adalah satu bom jangka yg menunggu masa untuk meledak.

sabar bukan sekadar pasrah menerima. sabar adalah berusaha terus memperbaiki keadaan. ini rumahtangga kita. kita yg bertanggungjawab dan kita jugalah yang akan menghadapinya.biarlah bahtera perkahwinan kita belayar dalam lautan kasih sayang melalui jejak cinta yang abadi.

dengan itu izinkanlah aku mengisahkan panduan yang aku pernah baca dalam satu buku yang aku pernah cadangkan pada korg. buku nih dah lama diterbitkan dan dijual berjuta
naskah. telah membantu jutaan pasangan dalam memperbaiki hubungan mereka. aku citer sikit2 saja.

Men are from Mars, Women are from Venus by Dr Jhon Gray

kalo jumpa buku nih belilah.. sangat baik untuk kita paham akan makna perbezaan. buku aku beli dah pinjamkan ntah pada siapa aku pun lupa, moga jadi manfaat buat kawan aku tuh. dan aku terjumpa balik seminggu lepas dalam edisi baru. jadi ada baik kalo aku kongsi maklumat, yg ringkas2, moga ada manfaat juga buat kita semua. insya-Allah.

Tajuk: Men are from Mars, Women are from Venus
Penulis: John Gray
Terbitan pertama: HarperCollinsPublisher Inc., NY. 1992
Terbitan terbaru: Thorsons, London. 1998




Lelaki dan wanita berasal dari planet yang berbeza..

Man are from Mars

lelaki menghargai kuasa, kemahiran, kecekapan dan keputusan, dan membuat sesuatu untuk membuktikan diri mereka dan meningkatkan kekuasaan dan kemahiran mereka. jati diri seorg lelaki terletak pada kemampuan dirinya untuk mencapai matlamat. ini yg boleh membuat mereka berpuashati dengan diri mereka sendiri. pakaian mereka (contoh: uniform) adalah menunjukkan kemahiran dan kekuasaan. mereka berminat tentang 'benda' dan 'barang'..

lelaki berorientasikan hasil. akan cuba menyelesaikan masalah mereka sendiri dan jarang memperkatakannya kecuali jika mereka memerlukan bantuan pakar. "mengapa perlu
melibatkan org lain jika aku boleh melakukannya sendiri?" berbincang tentang masalah adalah satu jemputan untuk nasihat. lelaki lain akan merasa dihormati jika diberi
peluang untuk menyelesaikan masalah lelaki lain. ini adalah cara lelaki menunjukkan kasih sayang dan memberi pertolongan.

memberi nasihat (yang tidak diminta) kepada lelaki akan memberi gambaran bahawa dia tidak tahu apa yg harus dilakukan atau dia tidak mampu melakukannya sendiri, merasa
org tidak yakin pada dirinya.

Women are from Venus

wanita menghargai kasih sayang, komunikasi, kecantikan dan perhubungan. menyediakan banyak masa untuk saling mendokong, tolong menolong dan nasihat menasihati sesama mereka. jatidiri wanita terletak pada perasaan dan kualiti hubungannya. pakaian mereka menunjukkan perasaan dan emosi mereka. mereka berminat tentang perhubungan dan perasaan. komunikasi adalah penting. berkongsi perasaan peribadi adalah lebih penting daripada mencapai matlamat dan kejayaan. berbincang dan memantapkan hubungan adalah suatu kepuasan.

wanita berorientasikan perhubungan, lebih menumpukan pada meluahkan kebaikan, kasih sayang dan saling mengambil berat. wanita sangat intuitif. mereka merasa bangga jika dapat mengambil berat keperluan dan perasaan org lain. kasih sayang ditunjukkan dengan cara memberi bantuan tanpa diminta. memerlukan pertolongan tidak dianggap lemah dikalangan wanita.

Mrs Home-Improvement

ketika wanita cuba memberi nasihat dan bantuan kepada lelaki, wanita tidak sedar bahawa lelaki menganggap tindakan mereka itu sebagai kritikan dan tidak menunjukkan kasih sayang. lelaki memerlukan kasih sayang dlm bentuk menerima keadaan mereka bukan dengan nasihat dan kritikan.

wanita dianggap cuba mengubah kelakuan lelaki, yg telah melakukan kesilapan, dengan memberi nasihat yg tidak diperlukan oleh lelaki. lelaki menghargai nasihat dan kritikan wanita hanya jika lelaki meminta pendapat. ketika lelaki melakukan kesilapan, mereka lebih memerlukan penerimaan wanita, bukan nasihat, supaya mereka boleh mempelajari sesuatu dari kesilapan tersebut. jika seorg lelaki merasa wanita tidak cuba untuk mengubah dirinya, lelaki akan lebih terbuka pada komen dan nasihat.

Mr Fix-It

biasanya apabila wanita mengadu atau bercerita, wanita hanya mahu berkongsi perasaan mereka, tapi ramai lelaki berfikir mereka boleh membantu, dengan cara memotong cerita wanita, dan memberi nasihat dan bantuan yg dianggap boleh menyelesaikan masalah.

lelaki dianggap cuba untuk mengubah perasaan wanita, yg sedang marah, dengan cara memberi jalan untuk menyelesaikan masalah menyebabkan wanita merasakan lelaki tidak mengerti perasaan mereka. wanita menghargai nasihat lelaki selagi nasihat itu tidak diberikan ketika mereka sedang marah. lelaki harus memahami bahawa ketika wanita sedang marah dan mahu berbincang tentang masalah mereka, bukanlah masa yg baik untuk memberi solusi kepada maslah mereka. mereka mahu didengar dan diberi perhatian, dan kemudian nanti mereka akan berasa lebih baik. wanita tidak mahu dibetulkan.




bila masalah mengundang resah:

:women talks

wanita akan berkumpul dan berbincang secara terbuka tentang masalah mereka. wanita yg sedang tertekan tidak akan terus menumpukan perhatian mereka kepada penyelesaian tetapi lebih tertumpu untuk menenangkan diri mereka dengan cara menjelaskan perasaan mereka dan mahu difahami. untuk melupakan dukacita, wanita biasanya akan melibatkan diri secara emosi dengan masalah org lain.

wanita akan merasa lega jika dapat meluahkan masalah mereka secara terperinci.

:men goes to their cave

lelaki akan menyendiri untuk cuba menyelesaikan masalah mereka sendiri. jika lelaki buntu dlm menyelesaikan masalah mereka, lelaki akan cuba mengalih perhatian mereka dengan melakukan berbagai aktiviti untuk melupakan sementara masalah mereka dan mengurangkan tekanan, kemudian mereka akan cuba menyelesaikan masalah mereka semula.

lelaki akan merasa lega dengan cara membuat rancangan terperinci untuk menyelesaikan masalah.

gua hira
satu bahasa lain makna..

when men goes to cave..

Situasi 1
wanita: ada yg tak kena?
lelaki: semua ok
wanita: saya tau ada yg tak kena. ceritalah.

maksud lelaki:
"abang ok, abang boleh atasi masalah abang. abang tak perlukan bantuan, kalau abang perlu bantuan, abang bagitau"

wanita paham:
"abang tanak kongsi masalah abang dgn awak. awak bukan leh tolong abang pun."

Situasi 2
wanita: ada yg tak kena?
lelaki: takde apa-apa laa..
wanita: saya nak bantu. saya tau ada yg merisaukan abang. ceritalah.

maksud lelaki:
"takde apa yg merisaukan abang. abang boleh atasi masalah nih. jangan tanya lagi ok."

wanita paham:
"abang tak tahu apa yg merisaukan abang. awak kena tanya abang soalan yg tepat untuk tolong supaya abang boleh cari apa masalah yg merisaukan abang."

Situasi 3
wanita: ada yg tak kena?
lelaki: takpa. bukan masalah besar sangat
wanita: tapi itu mengganggu fikiran abang. saya boleh bantu.

maksud lelaki:
"abang boleh selesaikan masalah nih. jangan citer lagi psal nih, nanti abang jadi pening. abang akan bertanggungjawab selesaikan masalah nih. abang pun rasa gembira kalau abang boleh selesaikan masalah nih."

wanita paham:
"awak nih suka besar2kan masalah kecil. takder kena mengena dgn awak. jangan nak menyibuk."


when women talks..

Situasi 1
wanita: kita tak pernah keluar
lelaki: bukankah minggu lepas kita keluar?

maksud wanita:
"saya rasa kita patut keluar berdua. seronok keluar dengan abang. jom kita keluar lagi"

lelaki paham:
"abang nih asik sibuk dengan keje abang jer. abang macam tak suka keluar dengan saya. awak nih dah jadi pemalas, tak romantik dan membosankan."

Situasi 2
wanita: semua org tak pedulikan saya hari nih
lelaki: abang yakin ada org perasan apa yg awak buat

maksud wanita:
"hari nih saya rasa tak dipedulikan. saya tahu ada org perasan tapi diorg tak peduli pun. saya pun sedih abang kebelakangan nih sibuk. saya hargai abang buat yg terbaik
untuk keluarga tapi kadang2 saya rasa saya tak penting lagi buat abang. saya takut kerja abang lebih penting dari saya. boleh tak abang peluk saya dan bagitau betapa istimewanya saya pada abang."

lelaki paham:
"saya tgh sedih. saya tak dapat perhatian yg saya mahukan. semuanya tak berguna. abang pun tak pedulikan saya lagi. abang nih patut malu sebab awak sepatutnya menyayangi saya. saya tak pernah buat camnih kat abang."

Situasi 3
wanita: saya penat hari nih, tak larat nak buat apa pun
lelaki: takkanlah takder org tolong awak

maksud wanita:
"macam2 saya dah buat hari ni, rasa nak rehat sebelum selesaikan kerja lain. bertuah saya ada abang. boleh tak abang peluk saya dan bagitau saya bahawa saya dah buat kerja bagus hari nih dan saya patut berehat."

lelaki paham:
"semua saya dah buat, abang asik duduk saja. abang nih tak nak tolong apa2 langsung. matilah saya kena buat semua. menyesal lah saya kahwin dgn abang."




a loving couple from planet of the apes-interlude-

ini asas perbezaan lelaki dan wanita yg biasa kita nampak.. kita label wanita suka membebel tanpa kita paham mengapa.. dan kita label lelaki ego tanpa kita paham kenapa.. baca perlahan2 dan cuba lihat semula dalam keluarga kita.. sama ada rumahtangga kita.. rumahtangga kawan2.. malah rumahtangga ibu dan bapa kita.. cuba pahami perbezaan ini.. tidak ada yg salah mengenainya melainkan kita salah paham..

untuk lelaki,
cuba jangan bagi pendapat bila wanita tengah meluahkan perasaan mereka.. gigit lidah atau kunci mulut rapat2.. apalagi kalo kita lihat isteri membebelkan anak2.. ajak dia duduk dan suh dia citer kat kita.. kalau perlu, bantu wanita ceritakan dengan terperinci masalah mereka.. berikan perhatian dan biarkan dia luahkan semua apa yg dia nak cakap.. cuba jadi pendengar yg baik dan empati..

adalah sukar wanita memahami jika lelaki dingin dan berdiam diri, kerana wanita merasa dia tidak dipedulikan dan tidak disayangi. perasaan ini akan membuat mereka menjadi semakin tertekan. wanita mahu rasa dibahagiakan, diberi perhatian dan rasa disayangi.

untuk wanita,
cuba biarkan saja bila lelaki kelihatan nak menyendiri.. dia baca buku ker, main internet ker, tengok tv ker.. bagi dia ruang dan masa.. kalau perlu, bila lelaki nampak cam buntu, boleh cerita benda lain yg menyenangkan hati dia tanpa desak dia untuk cerita masalah dia.. alihkan perhatian dia kepada benda lain supaya dia dapat 'rehat' dari maslah dia.

adalah sukar lelaki untuk mendengar dengan baik jika wanita sedang marah dan tidak gembira, kerana lelaki merasa mereka telah gagal. kegagalan menjadikan lelaki merasa tidak berguna. perasaan tidak berguna ini akan membunuh lelaki secara perlahan2. Lelaki akan membuat perubahan jika mereka rasa mereka adalah jalan keluar kepada masalah, bukan sebagai masalah..


perlu difahami bahawa jika pasangan kita dingin terhadap kita, itu bukan kerna mereka tidak mahu menerima nasihat kita, tetapi hanya kerana kesilapan cara dan salah masa. jangan cepat salah paham dan berfikir yg bukan2.

panjang sangat dah nih.. lain kali kita citer pula, mengapa lelaki nih seperti getah gelung dan wanita umpama ombak, perbezaan emosi lelaki dan perempuan, dan rahsia tersembunyi dalam pertengkaran rumahtangga.. insya-Allah..

-pause-

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008