sewaktu duduk2 santai selepas solat asar di masjid agung di tengah2 kota bandung, aku memerhatikan persekelilingan masjid itu dengan perasaan yg berbaur2.. ada rasa gembira melihat meriahnya suasana masjid menjadi tempat pilihan org ramai berkumpul bersama anak2 mereka.. ada rasa kurang tenteram melihat deretan para penjual yg memperdagangkan barang jualan mereka di sebelah bangunan masjid.. ada rasa risau melihat manusia-manusia yg berkeliaran dan keluar masuk ke bangunan masjid..
Dari Amru bin Sy'aib ra dari ayahnya dari datuknya berkata, "Rasulullah SAW melarang berjual beli di dalam masjid." (HR Ahmad dalam Musnadnya dan Abu Daud)
Abdullah bin Amru al-Ass berkata bahawa Nabi saw melarang jual beli di dalam masjid. (Mafhum hadith riwayat Tirmizi).
ini adalah antara perkara yg selama ini aku mendiamkan diri dari berpendapat. hadis di atas jelas, namun terdapat beberapa perincian mengenainya; terutama mengenai bahagian urusniaga yg dimaksudkan dan batas suci yg memisahkan masjid dengan kawasan luarnya.
secara umum semua ulama kecuali mazhab hanafi, berpendapat urusniaga dlm masjid adalah haram. mazhab hanafi mensyaratkan barangan itu sangat diperlukan , seperti kitab2 agama yg diperluakan dalam kajian, dan nilainya adalah sgt kecil. ada pula pendapat ulama menyebut bahawa larangan itu bermaksud makruh jika yg diniagakan itu berlandaskan syariat.
terdapat pula pendapat yg mengatakan bahawa urusniaga yg dilakukan sehingga terjadinya akad diperselisihkan hukumnya antara haram dan makruh. jika hanya berlaku tawar menawar tanpa akad jual-beli maka hukumnya dipandang mubah. begitu juga jika hanya berupa iklan yg diharapkan hukum yg lebih ringan.
“Bila engkau mendapatkan orang yang menjual atau membeli di dalam masjid, maka katakanlah kepadanya, ‘Semoga Allah tidak memberikan keuntungan pada perniagaanmu.’ Dan bila engkau menyaksikan orang yang mengumumkan kehilangan barang di dalam masjid, maka katakanlah kepadanya, ‘Semoga Allah tidak mengembalikan barangmu yang hilang.’” (HR. at-Tirmidzi, no. 1321, dan oleh al-Albani dinyatakan sebagai hadits shahih dalam Irwa’ul Ghalil, 5/134, no. 1295).
satu lagi persoalannya ialah apakah batas yg memisahkan dalam masjid dgn luar masjid? antara pendapat ramai org adalah pagar masjid. ada pula yg berpendapat bahagian halaman masjid yg dikelilingi oleh longkang kecil. ada pula yg berpendapat bahagian ruang utama solat di dalam masjid. ada juga yg berpendapat ruangan yg dikhaskan utk sekolah agama terpisah dari bahagian masjid.
apa signifikan batas masjid ini? batas masjid ini bukan hanya utk memperjelas hukum jual beli di dalam masjid, tetapi juga utk memperjelas bahagian yg boleh dilalui oleh perempuan yg dlm haid dan berhadas besar. ini termasuklah mengenai orang2 kafir yg memasuki masjid.
maka terdapatlah satu pendapat bahawa yg menetapkan batas suci masjid adalah pengurus masjid. dalam konteks negara kita, ahli jawatankuasa masjid atau nazir masjid atau jabatan agama Islam yg berkenaan. maka dengan penetapan batas suci ini maka seterusnya dapat menjawab sekalian permasalahan tersebut. dengan jelasnya perkara2 ini maka setiap peniaga dan pembeli hendaklah berhati2 dlm urusniaga mereka terutama yg berhampiran dengan masjid.
“Di rumah-rumah yang di sana Allah telah memerintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, di sana ber-tasbih (menyucikan)-Nya pada waktu pagi dan waktu petang. Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingat Allah, mendirikan shalat, dan membayarkan zakat. Mereka takut pada suatu hari yang (di hari itu) hari dan penglihatan menjadi goncang.” (QS. an-Nur: 36-37).
dan yg menjadi galau di dalam hatiku ialah bila melihat persis berhadapan dengan tiang di pintu masuk utama tempat sandaranku, seorang peniaga menjual seluar dalam dan baju dalam, dengan memperagakan pakaian dalam itu di sebuah patung tak berkepala.. mungkin hukumnya tiada salah namun bagiku tiada adab. samalah seperti keadaan pengunjung2 yg lalu lalang dan keluar masuk ke dalam masjid itu. tidakkah mereka mengertikan apakah maksud masjid itu?
jika di malaysia, masjid hanya penuh ketika waktu solat dan adanya majlis ilmu yg biasanya diadakan setelah waktu solat, setelah itu maka akan kosonglah masjid tersebut hinggalah pak bilal melaungkan azan semula menyeru segala umat Islam, apalagi tidur di masjid sudah menjadi larangan. manakala situasi masjid dikebanyakan tempat di indonesia sangat berbeza dengan situasi masjid di malaysia. oleh kerana ramainya penduduk Islam, masjid hampir tidak pernah kosong pada bila-bila masa.
antara yg sering aku sebut akan perbezaan yg paling ketara ada dua bangsa serumpun ini ialah kekuatan masing2. muslim di Indonesia mempunyai kekuatan tauhid yg sangat mengkagumkan aku. kerna itu jarang muslimnya yg meninggalkan solat walau dalam keadaan apa sekalipun dan walau dimana sekalipun. berbanding dengan muslim malaysia yg terkesan meringan2kan perkara solat.
namun kekuatan muslim malaysia ialah feqahnya. waima jika waktu solat sudah habis sekalipun mereka akan menitikberatkan feqahnya. tentang keadaan, tentang kebersihan, tentang pakaian, tentang hijab, dsu. kerna itu hampir tidak berlaku di malaysia keadaan bagaiaman seorg wanita seksi yg berseluar ketat dgn baju sendat, ataupun wanita berseluar pendek dan berbaju dedah dada, berambut basah dek wudhu' menuju ke bahagian dalam masjid utk solat.
muslim malaysia terkesan feqah imannya, sedangkan muslim indonesia terkesan tauhid imannya. tiada yg benar dan tiada yg salah, tiada yg lebih baik dari yg satu lagi, sebaliknya kedua kelompok muslim seharusnya saling bersatu dan belajar dari satu sama lain.
berbalik semula pada pemerhatianku ketika bersandar di salah sebuah tiang di pintu masuk masjid agung bandung, suasana meriah di dalam dan di luar masjid. anak2 muda sedang bersolat dan mengaji di dalam masjid. manakala anak2 muda yg lain pula berpasar ria di luar masjid. terasa hidup masjid. mungkin ada beberapa perkara yg perlu ditegur dan diperbaiki, namun nuansa sebegini sangat berbekas di hatiku.
dan inilah yg menjadi dilema dalam pelestarian masjid, antara lebih rela masjid2 menjadi kosong utk mengelakkan keserabutan adab atau menjadikan masjid sebagai pusat masyarakat sambil berharap dan berdoa lebih kuat supaya yg menghadir diri di masjid akan tersentuh dan diberi petunjuk menjadi lebih baik. semoga masjid dapat menjadi pusat dakwah dan ilmu bagi kita untuk memuji dan memuliakan Allh swt, dan bukan sekadar menjadi satu lagi pusat pelancongan atau pasar malam yg lebih menyesakkan nafas dan meracaukan jiwa.
“Yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. at-Taubah: 18).
ya Rabb! lembutkanlah jiwaku dan ikatkanlah hatiku di tiang2 rumah-Mu supaya aku menjadi rindu pada-Mu dan kekasih-Mu, Rasulullah saw. takdirkanlah aku agar termasuk dalam golongan orang2 yg diberikan petunjuk-Mu, takdirkanlah aku semoga termasuk dalam golongan hamba-Mu yg sentiasa berjemaah di masjid-Mu, dan seterusnya takdirkanlah aku utk bersama mereka memasuki syurga-Mu tanpa hisab, seperti janji-Mu pada golongan tersebut. Amin. Amin. Amin.
Post a Comment