menerima emel mengenai penipuan seorang orang kurang upaya, yang kudung sebelah kaki, mengesot di atas skateboard menjual simpati meminta sedekah di bazar ramadhan, ternyata sihat walafiat dan mempunyai kaki palsu utk merasa hidup berjalan normal. dan betapa mengeluhya para peniaga mendapati betapa mudahnya si penjual diri tersebut mendapat keuntungan RM60 dalam masa sejam berbanding pendapatan perniagaan mereka.
menipukah pemuda kudung tersebut? benarkah org yg memberi sedekah padanya itu sudah tertipu? benarkah pendapat para peniaga bazar ramadhan tersebut bahawa rezeki mereka lebih halal dari rezeki peminta sedekah tersebut? atau rezeki para pembeli yg digunakan untuk membeli makanan berbuka puasa itu lebih halal?
bukanlah tujuan aku membenarkan perlakuannya, dan bukan tujuan aku untuk menempelak siapa2, aku hanya mahu mengajak untuk merenung sedikit lebih lama, melihat sedikit lebih dalam, akan apakah kesan kejadian ini pada hati kita.. hanya mengingatkan aku akan sebuah kata2.. "kemiskinan itu lebih menakutkan dari kematian.."
menurut pemerhatian aku, ramai org miskin meminta2, mencuri dan menjadi sesat adalah kerna kita org2 kaya tidak mendekati mereka.. kita org2 kaya lebih seronok mengaku tidak kaya hanya untuk menghalalkan kita mengumpul harta lebih banyak.. benarkah?
kita org2 kaya yang lebih seronok mengaku hidup susah dan serba kekurangan hanya untuk menghalalkan kita utk berpakaian mewah, makan sedap sampai kenyang, berkereta besar ke masjid dan berumah besar setiap anak berbilik sendiri.. benarkah?
kita org2 kaya lebih seronok meratapi kesusahan dan kepayahan kita bekerja dan meniaga hanya untuk menghalalkan kita utk merasa cukup membayar zakat fitrah RM7 setahun sekali, sedekah RM5 kat badan kebajikan sebulan sekali dan infaq RM1 kat tabung masjid seminggu sekali.. benarkah?
kerna kita org2 kaya yg lebih seronok menunjuk salah kerajaan, persekutuan dan negeri, dan badan2 kebajikan atas ketidakcekapan mereka untuk menghalalkan kita utk merasa tenang melepas tangan kerna kita merasa sudah berbuat bahagian kita sehabis baik utk menolong org2 miskin.. benarkah?
sedang kalau benar pendapat kita, mengapa masih ada org2 miskin yg terpaksa menipu, mencuri dan berbuat maksiat? terasa haramkah duit kita dimakan oleh mereka2 itu? sedang kita terlupa betapa kitalah yg melupakan mereka..
org miskin itu nikmat pada org2 kaya.. dan jika kita pula merasa sederhana dan miskin, maka rasa2kanlah berat tangan kita waktu pulang dari bazar ramadhan petang ini menjinjing juadah berbuka puasa, maka renung2lah lebih lama lambakan kuih-muih dan lauk-pauk di atas meja kita ketika duduk menunggu azan maghrib.. adakah akan menitis airmata syukur kita melihat kesederhanaan dan kemiskinan kita itu? atau sememangnya kita tidak peduli lagi..
pernah diriwayatkan dari Aishah ra, beliau bertanya kepada Nabi saw akan maksud sederhana, baginda menerangkan betapa makan dua kali sehari itu sudah dianggap berlebihan..
dan ketika malam nanti kita bersandar rehat selepas terawih pandanglah lebih lama ke perut kita yg sederhana dan miskin itu.. ketika jika kita makan ubat kencing manis, darah tinggi atau sekadar membuat detox, maka beleklah ubat2 itu lebih lama dan syukurilah kesederhanaan dan kemiskinan gaya hidup kita.. sentuh baju kita yg lebih mahal dari sepinggan nasi buat anak yatim dan org miskin, dan insafilah bahawa dalam kesederhanaan dan kemiskinan ini, kita tidaklah sederhana dan semiskin yang kita sangkakan..
ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku tergolong dlm kalangan org yg telah menzalimi diri sendiri. wahai Maha Pengampun, ampunilah aku, ampunkanlah, rahmatilah.. :'(
Post a Comment