aku dapat beberapa emel yg hampir sama beberapa hari ini. tajuknya pun hampir sama. rayuan untuk menderma.. pembangunan sekolah, masjid, rumah anak yatim, dsu. entah kenapa bila aku baca tajuk rayuan nih, aku rasa tak sedap. mengapa institusi Islam harus merayu utk sedeqah dan infaq. mungkin baik guna tajuk, tawaran atau peluang.. sebab infaq utk surau nih tak perlu merayu, kalau Allah swt nak bagi akan cukup, cuma tujuannya untuk menawarkan peluang kepada org lain utk berinvestasi dalam saham nih.. bukan merayu..
namun apabila seorg sahabat membalas emelku dgn mengatakan bahawa kata 'tawaran' itu hanya mampu dilihat oleh hati yg hidup, aku terpaksa bersetuju bahawa kata 'rayuan' lebih mampu melembutkan hati utk terdetik menyambutnya dan menghulurkan sumbangan. aku berlapang dada menyetujui bahawa itulah realiti jemaah Islam pada zaman ini.
aku teringat kisah pasca tsunami aceh, aku penah citer nih dulu rasanya, waktu diorg buat pusat bantuan yg terima sedeqah dan infaq utk mangsa tsunami, setiap hari ada sorang pemulung (pemulung nih kerjanya kutip sampah mcm kotak, dan botol terbuang, mmg itu saja kerja dia, selalu dilihat bawa gerobak, seperti kereta sorong, yg bila malam itulah tempat tidurnya), pemulung nih setiap hari datang ke pusat bantuan dan beri purata Rph 10ribu (lebih kurang skrng senilai RM3.50), setiap hari tanpa gagal.
satu hari diorg nih tanya berapa dia dapat jual kotak/botol tuh setiap hari. dia jawab purata dia dapat Rph 20ribu.. org tanya kenapa dia masih nak bagi setengah dari apa yg dia dapat. Rph 20ribu itu biasanya membolehkan dia makan 2 kali sehari, bermakna jika dia beri separuh, dia hanya dapat makan sekali sehari.. dia cuma jawab, "saya masih boleh cari makan, tapi saudara2 kita di aceh sudah hilang segala2nya. saya masih bisa makan, tapi mereka belum tentu." ini hero aceh yg sebenar.
setiap kali aku teringat kisah ini, aku jadi malu pada diri aku sendiri.. kita hanya memberi setelah kita puas. kita hanya memberi setelah kita tidak memerlukan lagi, kita hanya memberi setelah nafsu kita terpenuhi. waima kita sering memberi hanya utk memuaskan nafsu kita sendiri. kita lupa bahawa apa yg kita ada hanya sementara, jika Tuhan mengkehendaki maka Tuhan Maha Agung boleh menarik semua kesenangan dan keselesaan yg kita punya dlm sekelip mata. jika Tuhan mengkehendaki maka Tuhan Maha Kuasa boleh merentap nikmat yg menghanyutkan kita dlm sekelip mata.
adakah ketika itu barulah kita mahu menyedari bahawa segala kesulitan yg kita hadapi sekarang, segala rungutan kita terhadap hidup yg kita jalani sekarang, yg menahan kita dari menyisihkan hak org miskin, anak yatim dan hak agama dari rezeki kita, tidak ada apa2nya. kita diuji dgn kesenangan dan kita digoda oleh dunia dan hartanya. sedangkan kita lupa bahawa semua yg kita kumpulkan itu tidak bermakna apa2 melainkan apa yg telah kita berikan. sedangkan kita lupa bahawa nikmat yg sebenar itu terkumpul dlm sedeqah dan infaq.
sore tadi aku bersembang dgn kawan2ku dan tercuitlah lagi bahasan mengenai rezeki. telah berkata seorg sahabatku bahawa janji Allah swt membalas setiap sedeqah tujuh puluh kali lipat. jika kita menyimpan hak org lain yg ada di dlm rezeki kita, maka kita terhutang, dan akan ditarik jualah oleh Allah swt. dan jika kita memberi sedeqah, maka Allah swt menambah dgn tujuh puluh. dan jika kita hanya mengikhlaskan satu ringgit maka hendaklah kita berharap sekadar tujuh puluh ringgit, dan bukan tujuh ratus atau tujuh ribu ringgit.
mengapa institusi Islam dan ramai org2 miskin terpaksa merayu2 dan meminta2 akan hak mereka pada kita? kerna ramai dari kita tidak menyempurnakan hak mereka. kita merasa hak mereka tidak wujud dlm rezeki kita. kita merasakan bahawa rezeki yg kita dapat itu adalah hak kita kerna usaha kita. kita lupa seluruh isi dunia ini bukanlah milik kita. kita lupa bahawa setiap rezeki yg dikurniakan kepada kita ini akan ditanya semula kepada kita akan setiap butir rezeki yg dipinjamkan kepada kita. dan apakah yg akan kita jawab pada hari perhitungan tersebut?
utk kita yg sentiasa dikurnia rezeki Allah swt setiap hari dgn lauk pauk yg sedap, dgn rumah yg selesa, dgn keluarga yg ceria, dgn sahabat yg menyenangkan, sudahkah kita menyempurnakan rezeki org lain yg ada di dalam rezeki kita hari ini? ingatlah bahawa dlm setiap rezeki kita ada rezeki mereka, segerakanlah menyempurnakan rezeki mereka sebelum Tuhan Rabbu Jalil merentapnya tanpa belas dan menterbalikkan kita di sisi mereka. jika kita tidak dapat melihat sedeqah dan infaq sebagai peluang, maka raih dan pujuklah hati kita supaya berlembut terhadap rayuan akhirat.
wallahualam..
Post a Comment