the power of stranger


mungkin anda pernah mengalami betapa anda boleh memberi nasihat dan diterima dengan baik oleh orang lain tetapi tidak oleh adik-beradik dan malah oleh pasangan anda.. padahal apabila perkara yang sama disebut oleh orang lain, mahu pula mereka menerimanya.. mengapa ini berlaku?

semuanya bergantung pada pandangan mereka terhadap anda.. jika anda dilihat sebagai seorang yang mereka hormati pasti mereka mahu mendengar dan mengikuti saranan anda.. dan bagaimana mahu menjadikan kita dihormati oleh mereka?

perbaiki database yang mereka ada berkenaan dengan anda.. tenatu anda biasa mendengar ayat, "buktikan dulu, baru cakap.." bermakna mereka perlu suatu database baru tentang anda sebelum boleh mempercayai apa sahaja yang dikatakan oleh anda.. dan sesuatu bayangan, kata2 atau emosi yang anda hasilkan untuk database baru itu haruslah lebih kuat dari apa yang mereka rakam sebelumnya..

ini sama dengan taubat.. jika anda mahu mengatakan tidak mahu mengulangi kesilapan yang anda lakukan, rasakan adakah perasaan itu lebih kuat daripada perasaan anda ketika melakukannya.. sepertinya ketika menggunakan swish pattern (rujuk 'bermain dengan imaginasi')..

yang perlu anda tanggapi ialah seberapa kuat emosi anda ketika itu.. jika belum betul2 kuat, mulakan dengan berpura2, dan teruskan berlatih sehingga anda benar2 dapat merasakannya.. kerna itu kita harus taubat berulang2kali.. bukan hanya sekali.. (mungkin boleh hanya sekali jika anda benar2 merasakan emosi itu dengan kuat..)

kembali kepada cerita asal.. begitulah yang berlaku dalam hidup.. anda lebih mudah dipengaruhi oleh sahabat anda yang mempunyai pengaruh kuat dalam hidup anda.. bergantung pada database yang anda miliki mengenai dirinya.. ini asal kata 'hutang budi'.. ketika anda merasakan bahawa sahabat anda pernah melakukan sesuatu yang besar dan penting untuk anda, anda juga akan bersedia melakukan perkara yang sama..

pernahkah anda meminta nasihat dari seorang yang tidak anda kenali? bayangkan seorang berpakaian doktor dan pandai menggunakan istilah2 perubatan, mengatakan sesuatu mengenai kesihatan, adakah anda mempercayai kata2nya? bayangkan pula seorang yang berjubah dan berjanggut mengatakan sesuatu mengenai agama.. bagaimana pula dengan seorang yang berpakaian kot dan talileher, berkereta mewah, handphone mahal dan menawarkan anda peluang pelaburan? kepercayaan anda akan bergantung pada database anda.. aku percaya anda sudah memahami apa yang mahu aku sampaikan..

kerna itu dalam kebanyakan konflik hubungan, anda memerlukan orang ketiga untuk menjadi penengah.. dan sebaik2nya ialah orang yang anda berdua tidak mempunyai database yang banyak.. kerna anda tidak akan boleh mengasosiasikan apa yang dikatakan olehnya dengan apa yang ada dalam database anda mengenai orang tersebut.. this is the power of stranger..

sepertinya juga ketika anda mahu memulakan 'hubungan baru' dengan orang yang sama.. anda boleh melakukan itu bergantung kepada keupayaan anda untuk tidak mengasosiasikan segala tindakan dan kata2nya di masa hadapan dengan database yang anda punyai.. aku tak kata tak boleh berhati2 tetapi membuka diri dan bersangka baik itu lebih nyaman dan tenang berbanding bersikap prejudis dan meningkatkan 'self-defence'.. terutama kepada orang yang anda sayangi.. "sometimes you need to be a stranger, even to yourself," pesan seorang sahabatku..

Read On 0 ulasan

melayan cinta


ada seorang bertanya kepadaku bagaimana supaya anaknya mahu menolongnya di rumah tanpa perlu disuruh2, "minimal rapiin kamar sendiri," katanya..

aku bertanya, "kenapa disuruh2, biarin aja, paling kalo dah berantakan, dia sendiri merasa nggak enak, pasti dia rapiin"

"saya yang nggak enak pak.. pusing saya kalo liat kamarnya," jawabnya dengan emosi..

"terus kalo ibu pusing liat kamarnya, ibu yang rapiin dengan marah2"

"iyalah pak.. siapa yg nggak marah.."

anak ibu ini baru berusia sepuluh tahun.. secara normal, apa yang berlaku adalah normal kerna anda juga pasti pernah mengalaminya.. dan anda berpendapat anak itu baru sepuluh tahun.. ingat! anak di bawah sepuluh sangat mudah terbuka minda bawah sedarnya, apalagi ketika emosi melihat ibunya emosi.. ;)

dalam situasi ibu ini, anda perhatikan apakah yang masuk ke dalam fikiran anaknya.. seorang anak akan sentiasa menjadikan ibu dan bapanya model dalam mempelajari kehidupan.. apa yang ditanam oleh ibunya dengan mengemaskan bilik anaknya sambil marah2? pasti minda bawah sedarnya merakam bahawa mengemas bilik itu adalah aktiviti yang tidak seronok..

kembalikan memori anda mengingatkan masakan ibu anda.. bayangkan wajahnya ketika memasak masakan itu.. betapa gembiranya dapat memasakkan makanan kegemeran anaknya.. bayangkan betapa gembiranya wajah beliau ketika anda makan makanan itu dengan berselera.. senyumnya dan kata2nya yang menyuruh anda menambah lagi.. pasti sekarang anda menjadi rindu dengan masakan ibu anda..

mari kembali kepada situasi ibu tadi, sekarang bayangkan ibu itu mengemas bilik anaknya dengan wajah gembira sambil menyanyikan lagu kesukaan anaknya.. apa yang terakam dalam minda bawah sedar anak itu ialah mengemas bilik itu sesuatu yang menyeronokkan.. jangan terkejut jika anda melakukan itu di hadapan anak anda, tiba2 esok pagi anak anda akan mengemas biliknya sendiri..

kerna itu pentingnya melakukan sesuatu bersama anak2.. dan ketika mencuci pinggan contohnya, lakukan dengan perasaan gembira sambil menyanyi2.. kelakuan ini akan dirakam oleh minda bawah sedar anak anda.. dan ketika anak anda sedang melakukan perkara itu, beri pujian dan penghargaan.. kerana ini akan lebih menanamkan positif akan pekerjaan tersebut..

tanya pada teman atau anak anda mengapa dia tidak suka melakukan sesuatu.. tentu ada dalam fikirannya, bayangan ibunya penat atau suara ibunya membebel.. ketika peristiwa ini dirakam secara negatif, secara automatik dia tidak akan menyukai pekerjaan itu.. ini yang berlaku dalam hidup anda tanpa anda sedari..

sekarang, tanya anak anda kenapa dia tidak suka baca buku atau buat kerja sekolah.. lebih baik sekarang bayangkan bagaimana perilaku anda ketika mahu anak anda membaca buku atau membuat kerja sekolah.. adakah anda berada bersama disampingnya dan menunjukkan pada anak anda bahawa baca buku dan membuat kerja sekolah itu sesuatu yang menyeronokkan? ingat! jika anda tidak memasukkan rakaman positif ini, anak2 anda akan ditanamkan sifat yang didapatkan dari teman2nya di sekolah..

kenapa matematik susah? kenapa sains susah? kerna perkataan susah inilah yang sering dia dengar di sekolah.. hubungkan matapelajarannya dengan sesuatu kegiatan yang dia sukai.. jika anak anda suka bermain bola, beri sugesti bahawa belajar matematik itu sangat menyeronokkan seperti bermain bola.. jika anak anda suka menonton kartun, tanamkan dalam minda bawah sedar anak anda bahawa belajar sains itu seperti menonton kartun.. associate..

dan elakkan memberikan syarat.. "jika tak habiskan makanan, mama tanak bawa jalan".. "jika jaga adik, mama beri upah lima ringgit".. ini hanya akan mengajar anak anda conditional love, kasih sayang bersyarat.. jangan pula marah kalau selepas itu anak anda akan sentiasa meminta upah atau menghilangkan ikhlas dalam setiap pekerjaannya..

mari hari ini kita bereksperimentasi.. jika anda mahu anak anda mencuci kasutnya sendiri, tunjukkan kepada dia betapa seronoknya mencuci kasut.. minta dia menyanyikan lagu yang dia suka sambil membasuh kasut.. jika anak anda susah nak mandi, cipta suasana gembira dalam bilik mandinya.. tunjukkan kepada dia betapa segarnya dan wanginya anda selepas mandi.. dan jangan lupa puji dia setelah dia melakukannya.. ini yang dinamakan pelayanan cinta yang ikhlas.. unconditional love..

Read On 0 ulasan

menemukan jawapan


beberapa hari lepas, ketika mengendalikan satu sessi terapi berkumpulan, seorang peserta menceritakan cabaran (bukan masalah! ;)) yang sedang dihadapi dalam hidupnya.. oleh kerana itu adalah sessi terapi berkumpulan, maka perbincangan diadakan secara terbuka.. walaupun dari awal aku sentiasa mengingatkan bahawa setiap peserta tidak boleh bersikap prejudis dan membuat kesimpulan awal, namun kerana setiap peserta itu saling kenal-mengenal antara satu sama lain, mereka seakan tidak sabar untuk memberi pendapat masing2 terhadap cabaran hidup teman2 mereka..

aku katakan bahawa setiap orang berhak merasakan apa yang dia rasakan.. kalau dia rasa sedih, dia berhak untuk sedih.. begitu juga dengan marah, kecewa, sakit hati, dsb.. ini diri kita sendiri, kita tahu apa yang kita rasa.. apabila kita berkongsi dengan sahabat kita, kita mahu berkongsi perasaan itu, kita tidak mahu dihakimi.. sama ada kita benar atau kita salah.. ditahap pertama, kita hanya mahu berkongsi apa yang kita rasa.. hanya saja kadang2 kita terbawa2 oleh perasaan kita sendiri.. disaat inilah perlunya seorang sahabat menghentikan kita, menegur dan mengingatkan kita.. supaya kita tidak berterusan larut dalam emosi kita sendiri..

ketika kita sudah mengakui emosi yang ada dalam diri kita, maka barulah kita boleh mengambil sikap yang sepatutnya.. bayangkan anda sedang marah, dan kawan anda secara berterusan mengatakan bahawa anda tidak perlu marah.. disebalik kenyataan bahawa minda bawah sedar kita tidak boleh memproses perkataan 'jangan' dan berstimulasi terhadap emosi dlm perkataan 'marah', menyebabkan anda semakin merasa marah.. anda perlu mengakui bahawa emosi marah itu wujud dan memahami bahawa anda memang sedang marah.. lalu bertanyalah pada diri anda apa yang menyebabkan anda merasakan perasaan tersebut.. menjadi kritis terhadap diri sendiri..

menerima keadaan diri kita adalah menghargai diri kita.. menghargai dan mengkagumi diri kita bahawa kita mampu bereaksi terhadap cabaran yang sedang kita hadapi.. contohnya, emosi marah itu energi yang sangat besar.. rasakan apabila kita marah, jantung kita berdetak kencang, darah terasa mengalir laju, otot2 kita menegang, dan rasakan bahawa setelah marah kita anda menjadi penat.. maka mahu kita apakan energi yang sangat besar itu? bagaimana kita mahu menggunakannya?

seringkali ketika kita emosi, kita akan mudah mengikut apa yang dikatakan oleh orang lain.. disebalik kenyataan bahawa ketika kita emosi, minda bawah sedar kita terbuka besar, menerima semua input tanpa filter, dan merakam semuanya sebagai satu 'kebenaran'.. energi yang terhasil menyebabkan tubuh kita tidak mahu menunggu lagi untuk bertindak supaya tenaga yang terkumpul dapat disalurkan.. andai saja kita dapat mengendalikan energi ini dan menyalurkannya untuk apa yang boleh menjadikan kita lebih baik dan lebih hebat..

begitu juga ketika kita mendengar kisah mengenai cabaran yang sedang dihadapi oleh sahabata kita.. kerna kita mempunyai hubungan emosi dengannya.. kerna dia penting dalam hidup kita.. dengan mudah kita mampu menyamakan frekuensi emosi yang dia rasakan di dalam diri kita.. dan kita seakan tidak mampu menahan energi yang terhasil dari cetusan emosi itu untuk membantu dia.. apalagi bila kita mengetahui jalan untuk mengatasinya..

hanya saja kita lupa sesuatu.. itu agenda siapa? adakah agenda hidup kita atau agenda hidup sahabat kita? bagaimana dia mampu mengubah mind statenya yang penuh dengan emosi sedih dan marah menjadi tenang dan bahagia? mengikut cara kita atau cara dia? kita boleh kata apa saja tetapi itu hidup dia.. dari satu perspektif lain, adakah kita mahu mengatasi cabaran yang dia hadapi atau kita mahu menuntaskan cabaran kita? kita menghadapi diri kita atau dia? kita atau dia?

setelah peserta itu diberi kesempatan merasakan emosi yang dia rasakan dan memahami apakah perasaan dia sebenarnya, ketika itu aku mahu berekperimentasi lagi.. instead of changing his mind state drastically, as usual technique, i thought of using his own energy to achieve better result..

maka aku pun bertanya, "berapa besar rasa kesedihan kamu sekarang?"

"seberapa lama lagi kamu boleh menerima kesedihan itu dan menyimpannya?"

"apa yang harus kamu lakukan utk menghilangkan kesedihan itu selamanya?"

"adakah setelah melakukan itu kamu yakin kamu dapat menghilangkan kesedihan itu?"

"jadi, apakah yang pertama sekali perlu kamu lakukan?"

subhanallah, tidak ada seorang pun perlu memberitahu dia apa yang perlu dilakukannya untuk menghilangkan kesedihan itu.. kerna dia sudah mempunyai jawapan dan solusi untuk cabaran yang sedang dia hadapi.. apa yang perlu teman2nya lakukan hanya mendokong dan memberi sokongan..

sungguh Tuhan tidak menjadikan cabaran itu untuk kita melainkan jawapan itu ada bersamanya.. Maha Suci Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang tidaklah sekejam yang kita bayangkan.. Dia tidak pernah mahu menyusahkan kita melainkan mahu mengajar kita menjadi diri kita sendiri yang lebih baik dan lebih hebat.. Allah Maha Besar.. maka setiap penyakit itu didatangkan dengan ubatnya, kecuali mati dimana penyembuhnya adalah Yang Maha Esa..

setiap yang berlaku itu ada hikmah dan pengajarannya.. dan aku belajar sesuatu, bahawa aku mungkin tahu setiap solusi dalam cabaran hidup seseorang, namun adalah sangat besar rahmat jika kita saling membantu menemukan jawapan yang paling tepat dengan melihat ke dalam diri kita sendiri dan membenarkan sahabat kita menemukan jawapan yang tepat dalam dirinya sendiri.. semoga Tuhan memberkati dan memberi rahmat dalam persahabatan kita.. amin..

Read On 0 ulasan

anda siapa?


siapa yang paling penting dalam hidup anda?

tanyakan ini pada orang keliling anda, anda akan mendapatkan beraneka ragam jawapan dan berbagai tona suara dan mimik wajah.. tanyakan pada diri kita sendiri, apakah jawapan kita.. tanyakan sekali lagi, adakah kita benar2 yakin dengan jawapan kita? sekarang, cari cermin, lihat orang yang ada di dalam cermin.. tanya pada dia, siapakah yang paling penting dalam hidup dia?

pandang sekali lagi ke dalam cermin.. amati sosok manusia yang ada di dalamnya.. (hati2 narsis lho ;)) pada pendapat anda, dia orang yang bagaimana? apa yang anda dapat lihat dalam orang itu? apakah kekuatan dan potensi yang ada dalam dirinya? bagaimana kita melihat diri kita sendiri...

begitu juga apa yang kita katakan pada diri kita sendiri.. self-talk.. self-talk adalah pertimbangan (evaluation/judgement) secara mental mengenai tindakan dan prestasi anda sendiri.. dengarkan apa yang kita katakan tentang diri kita.. adakah kita merasa bangga dengan diri kita sendiri? adakah kita puji atau kutuk diri kita sendiri?

self-talk ini adalah fikiran kita sendiri.. ada yang mengatakan bahawa kita mempunyai sebanyak 50,000 fikiran setiap hari.. (jangan tanya aku siapa yang buat statistik nih).. dan kebanyakan daripadanya adalah berulang2.. dan setiap kata2 kita kepada diri kita sendiri membina percaya diri kita sendiri, dan juga berupaya merobohkan tembok yakin diri kita.. semakin tinggi yakin diri anda, semakin tinggi keupayaan anda untuk mengatasi cabaran hidup..

saatnya berekperimentasi..

posisikan diri anda depan cermin, buka baju dan lihat tubuh anda sendiri.. apa yang anda katakan dalam hati anda mengenai diri anda sendiri? adakah kata2 itu negatif atau positif? pesimis atau optimis? apa yang anda tak perasan ialah anda telah mengatakan perkara yang sama berulang2 kali kepada diri anda sendiri, sebelum ini dan juga selepas ini.. adakah kata2 anda terhadap diri anda itu sesuatu yang memberi semangat dan dapat meningkatkan percaya diri anda? jika tidak, ubah kata2 itu!

jika selama ini anda merasakan bahawa begitu sukar untuk anda menembus kejayaan yang lebih gemilang, sepertinya ada sesuatu dalam diri anda yang mengahalangi anda.. atau anda berusaha untuk menyingkirkan tabiat2 buruk tetapi nanti akhirnya anda kembali kepada tabiat lama.. kaji semula gambaran dalam diri anda dan kata-kata anda, rasakan emosi yang terhasil.. kerna apa sahaja gambaran anda terhadap diri anda dengan emosi, itu adalah benar2 diri anda sendiri..

namun ingatlah.. ini hanya persepsi anda.. map is not the territory.. jika anda boleh mencipta imej begini untuk diri anda, anda juga pasti sangat boleh mencipta imej yang lebih hebat untuk diri anda..

jika anda mahu menyayangi orang lain, sayangilah diri anda dahulu.. jika anda mahu mengubah sekeliling anda, ubahlah diri anda dulu.. jika anda mahu anak-anak dan isteri anda bahagia, anda perlu merasa bahagia itu dahulu.. jika anda mahu menipu diri anda sendiri, tipulah supaya anda menjadi lebih baik, lebih hebat dan lebih luarbiasa.. amin.. ini bohong sunat, bohong positif.. ;)

Read On 0 ulasan

aku mahu berubah!


dalam satu sessi senam otak, seorang sahabat merujuk entry aku "bukan nasib dan kebetulan", yang mengatakan bahawa kalau nak ubah servo-mechanisme kena ubah belief system.. bagaimana nak ubah belief system? nih bukan main2 punya soalan.. susah aku nak jawab tapi kerna aku dah janji akan tulis maka beginilah yang dapat aku katakan..

perkara pertama yang harus anda lakukan ialah mencari dan menyedari bagaimana keyakinan anda mempunyai kesan yang sangat besar dan impak yang hebat dalam hidup anda.. dan yang kedua ialah mengubah cara anda menterjemahkan apa yang anda yakin dan percaya kepada diri anda sendiri.. perhatikan semua sub-modalities (rujuk 'bermain dengan imaginasi') yang berkaitan dengan apa yang anda yakini itu..

keyakinan (belief system) adalah suatu keadaan emosi (state of emotion) yang sangat kuat tentang sesuatu yang anda sudah pasti dan jelas mengenai perkara-perkara tertentu.. bagaimana anda mencipta kepastian ini? melalui sub-modality yang terbina dalam minda anda..

bayangkan otak anda mempunyai filing system, kiri dan kanan.. apa yang sudah anda yakin dan pasti anda letakkan di otak kiri dan apa saja yang anda ragu2 dan tidak pasti anda letakkan di otak kanan.. maka cara untuk mengubah belief system anda adalah umpama memindahkan perkara tersebut antara sebelah kiri dan sebelah kanan.. mengubah belief system adalah dengan mengubah apa yang anda yakin menjadi tidak pasti dan mengubah apa yang anda ragu2 menjadi sesuatu yang pasti..

soalannya, bagaimana nak ubah? mulakan dengan sesuatu yang anda benar2 pasti dan yakin.. yang mudah2 dulu, nama anda, umur anda, tempat lahir anda.. kemudian pilih sesuatu yang memang yakini tanpa perlu berfikir.. contohnya, 'Tuhan itu ada', 'Tuhan tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia2', 'sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmah buat anda', dsu.. pilih satu kenyataan yang anda percaya dan yakin.. jangan pilih sesuatu yang anda tidak percaya langsung.. (sesuatu yang anda katakan anda tidak percaya itu maksudnya anda percaya bahawa sesuatu itu tidak betul)..

sekarang, perhatikan sub-modalities mengenai perkara yang anda percaya itu.. run through all the visual, auditory and kinesthetic aspect of the thing you totally believe.. kemudian lakukan yang sama dengan perkara yang anda masih tidak pasti.. apa yang mahukan tetapi anda masih ragu2.. perhatikan dan rasakan perbezaan antara kedua-duanya.. bagaimanakah bentuk sub-modality bayangan anda itu? berada di sesuatu tempat berbeza? adakah bayangannya jelas dan berwarna lebih meriah berbanding perkara yang mahu anda jadikan motivasi? termasuk suara2 di dalamnya dan perasaan anda ketika membayangkan itu semua..

jika anda sudah mengenalpasti semua sub-modalities berkenaan perkara yang anda sudah yakin dan pasti.. sekarang, kita akan program semula perkara yang mahu anda jadikan motivasi tetapi masih ragu2.. tukarkan semua sub-modalities perkara tersebut supaya sama seperti sub-modalities perkara yang telah anda yakin dan pasti.. warna dan jarak bayangan tersebut.. tonasi dan tempo suara yang anda dengari.. bentuk, berat dan suhu suasananya.. jika anda mampu mengubah semua sub-modalities itu sama persis dengan sub-modalities tentang perkara yang anda yakini, anda akan berjaya mengubah belief system anda..

hati2, kerna mungkin saja dalam belief system anda, ada yang anda percaya bahawa perubahan memerlukan masa, tidak boleh tergesa2 dan harus perlahan2.. jika perkara ini ada dalam belief system anda, anda perlu mengubah ini dahulu.. do the other way around.. tukar sub-modalities nya supaya sama seperti sub-modalities perkara yang anda ragu2.. nih cara nak buang semua perkara negatif yang telah anda yakini sebelumnya..

anda boleh guna cara yang sama untuk mengetahui perbezaan antara perkara yang rasa anda faham dan perkara yang anda masih keliru dan bingung (rujuk 'menghargai kebingungan').. anda akan merasa bingung kerana gambaran dalaman (internal representation) anda masih tidak sejajar dengan bagaimana harusnya ciri2 sub-modalities perkara2 yang anda faham.. mungkin gambaran perkara itu masih kecil, jauh, malap, kurang terang, tidak tajam, dan hitam-putih..

ingat! sesuatu gambaran dalam otak kita hanyalah hubungan neuron2 antara emosi2 yang berbeda (rujuk 'inside your brain').. apa yang anda lakukan dengan mengubah sub-modalities itu adalah melabel semula sistem rangsangan anda (baca: hubungan neuron) yang memberitahu otak anda bagaimana harus bereaksi terhadap sesuatu.. otak anda bertindakbalas bergantung pada apa rangsangan yang anda berikan..

maka apabila para sufi mengatakan bahawa dunia ini adalah sesuatu yang sia2.. mereka tidak sepenuhnya salah.. kerna apa yang kita percaya bergantung pada persepsi kita, map is not the territory (rujuk 'tidak ada yang salah melainkan salah faham').. dunia ini hanya ilusi.. beriman itu percaya kepada perkara-perkara ghaib.. bagaimana perkara-perkara ghaib ini diterjemahkan dan digambarkan oleh sub-modality anda, sebegitulah percaya dan yakin anda..

mari berekperimentasi hari ini tentang beza gambaran sub-modalities kita antara ayat 'percaya bahawa Tuhan itu ada' dan 'percaya bahawa Tuhan sentiasa melihat apa yang kita lakukan'.. semoga Tuhan menemukan jalan yang lurus buat kita semua.. amin..

Read On 0 ulasan

jatuh cinta lagi


seorang sahabat bertanya padaku, "mengapa ketika bercinta semuanya indah?"

aku kata, "sebab kita hanya lihat yang indah-indah sahaja."

mari kembali ke masa anda mula2 bertemu dan bercinta dengan pasangan anda dulu.. apa sahaja yang dia lakukan, anda akan hubungkan dengan perkara2 yang anda sukai.. mata bundarnya terlihat sempurna, senyumnya manis terasa di hati, malah ketika dia marah dan merajuk anda tertawa, merasa seperti dihiburkan.. kerna anda hubungkan semua itu dengan perkara yang anda sukai..

dalam rumahtangga, apabila anda berasa hati dengan pasangan anda, amati apa gambaran yang ada dalam fikiran anda.. kadangkala hanya perkara kecil.. anda tak suka dia tak tolong anda basuh pinggan.. anda geram tengok dia sibuk tengok tv tak nak tolong jaga anak2.. anda sakit hati dia keluar rumah tak bagi tau.. dan apabila sesuatu berlaku, anda akan hubungkan situasi itu dengan perkara2 kecil ini..

satu hari dia balik lambat.. anda bukan marah dia balik lambat, tapi anda teringatkan segala macam benda lain yg dia pernah buat anda geram.. maka merepek2lah anda.. perasan tak, ada pasangan kalau bertengkar habis cerita zaman dulu semua keluar.. padahal tak kena mengena pun..

ada satu soalan.. bolehkah anda merasa marah pada pasangan anda jika ketika itu anda teringat sentuhan pertama dia atau perkara2 yang dia buat untuk menyenangkan hati anda? latihannya ialah apabila anda merasa sesuatu yang negatif terhadap pasangan anda,amati apakah bayangan yang ada dalam fikiran anda? positif atau negatif?

aku tak kata kena lupakan semua benda yang anda tak suka dia buat.. komunikasikan dengan wajar.. jika anda merasa marah, beritahu anda rasa marah dan bincangkan persoalannya kemudian.. tenangkan hati anda dulu.. atau jika pasangan anda mula merepek dan keluar dari isu asal, beritahu dia bahawa itu tidak membantu menyelesaikan masalah.. tanya dia sama ada dia mahu menyelesaikan masalah itu atau sekadar mahu melepaskan perasaan.. jika dia hanya mahu bercakap, duduk dan dengarkan apa yang mahu dia sampaikan tanpa prejudis.. jangan rasa dia sedang memarahi anda..

mari lihat evolusi dalam tahap komunikasi anda dengan pasangan anda.. (rujuk 'kata anda kata siapa').. ketika anda bercinta, apa pun yang dibicarakan anda ambil positif walaupun kata2nya agak kasar.. bagaimana pula setelah menikah? setelah mempunyai anak? setelah lima tahun perkahwinan? setelah ulangtahun ke-sepuluh? adakah tahap komunikasi anda semakin baik atau semakin menurun kualitinya? sedari ini dan perbaiki..

mampukah anda jatuh cinta kali kedua dengan pasangan anda? sudah tentu.. mulakan hari ini menghubungkan segala2 mengenai pasangan anda dengan perkara2 yang anda sukai.. fokus pada perkara yang anda suka.. elakkan fokus pada kekurangan yang ada dalam diri dia.. jika sekarang anda seddang berjauhan dengan pasangan anda, ambil dua kertas, satu tulis kebaikannya dan apa sahaja yang anda suka tentang dia, dan satu lagi tulis semua yang anda tidak suka.. setelah selesai, koyakkan kertas yg anda tulis apa yang anda tak suka tentang dia, keronyok dan buang dalam tong sampah.. sebelum bertemu pasangan anda hari ini, baca kertas yang anda tulis mengenai apa yang anda sukai tentang dia..

rumahtangga anda adalah pilihan anda.. jika anda mahu hidup bersama dengan apa yang tidak anda sukai, itu adalah pilihan anda.. jika anda mahu mengubah sesuatu, anda perlu mengubah diri anda dahulu.. bahagia itu hanya untuk siapa yang mahu, jika anda tidak mahu tidak mengapa.. itu hidup anda.. pilihan anda.. ;)


Read On 0 ulasan

kata anda kata siapa?

apa beza komunikasi dengan bercakap? apa pulak maksud bersembang? berborak? berbincang? mengadu? memujuk? curhat (curahan hati)? membebel? boleh bezakan tak antara semua perkataan nih? banyak perkataan yang merujuk perkara yang sama bermakna teknologi komunikasi nih dalam masyarakat melayu dah sampai tahap tinggi..

aku nak citer psal tahap komunikasi.. ada 4 tahap komunikasi antara anda dengan orang sekeliling anda.. kita pakai contoh satu ayat yang sama digunakan dalam tahap komunikasi yang berbeza-beza.. bayangkan anda baru beli rumah.. anda nak menonton pertandingan bola pasukan yang anda minat.. anda masuk ke dapur untuk ambil minuman.. bila anda kembali ke ruang tamu, ada seorang yang tidak anda kenali sedang duduk di sofa favourite anda, sedang memicit2 remote control.. apa perasaan anda? tiba2 dia kata, "rumah ko nih buruk laa.. serabut susunannya..".. apa perasaan anda?

bayangkan pula minggu depannya, anda mahu menonton perlawanan separuh akhir pasukan yang anda minati.. anda masuk ke dapur untuk ambil minuman.. dan apabila anda kembali ke ruang tamu, jiran yang anda kenal sedang duduk di sofa kegemaran anda dan bermain2 remote control.. dan bila anda tegur dia, dia kata, "rumah ko nih buruk laa.. serabut susunannya.." apa perasaan anda?

bayangkan lagi minggu depannya lagi, dalam perlawanan akhir pasukan yang anda sokong, anda masuk ke ruang tamu dari dapur, ada sahabat baik anda yang sudah beberapa tahun anda tidak bertemu duduk di sofa anda dan bermain2 dengan remote control anda.. dia juga mengatakan perkara yg sama, 'rumah ko nih buruk laa.. serabut susunannya.." apa pula perasaan anda?

katakan setelah itu, anda merasa mungkin ada kebenarannya kata2 mereka.. dan minggu depannya lagi anda memanggil seorang interior designer datang ke rumah anda untuk menata semula ruang tamu anda.. dia juga berkata yang sama, "rumah ko nih buruk laa.. serabut susunannya.." apa perasaan anda mendengarkan itu?

nih semua contoh tahap komunikasi anda.. tahap satu, dengan orang yang anda tak kenal dan tidak penting kepada anda.. tahap kedua, orang yang anda kenal tapi tidak penting kepada anda.. tahap ketiga, orang yang anda kenal dan penting kepada anda.. tahap empat, seorang pakar yang mengatakan kepada anda.. anehnya, anda boleh memberi reaksi yang berbeza terhadap ayat yang sama tentang perkara yang sama terhadap orang yang berbeza..

anda sering mengatakan bahawa anda bekerja mencari nafkah untuk anak dan isteri anda.. anak isteri anda adalah yang paling penting dalam hidup anda.. sekarang bayangkan anda sedang dalam mesyuarat penting di pejabat, anak anda atau isteri anda menelepon anda.. adakah anda akan melayani panggilan telefon orang yang anda cintai? atau anda hanya kata, "tgh meeting nih, nanti ya.." apakah tahap komunikasi anda dengan orang yang anda kata anda cintai?

secara purata sekitar 68% kes perceraian dalam rumahtangga berlaku kerana salah berkomunikasi.. bayangkan jika si suami dan si isteri mempunyai cara komunikasi berbentuk 'mengajar' dan mereka berdua mengunakan cara yang asma setiap kali mereka berkomunikasi.. apalagi kalau sama2 bercakap, siapa pula yang nak mendengar? adakah anda menggunakan cara berkomunikasi yang wajar dengan lawan bicara anda? perhatikan dan dengarkan kata-kata anda sendiri..

mengikut kajian, kata-kata yang keluar dari mulut manusia adalaah sekitar 2,000 perkataan sehari, namun manusia berkata-kata di dalam hati sekitar 6,000 perkataan sehari.. adakah kita sedar apa yang kita katakan selama ini? adakah anda benar2 maksudkan apa yang anda katakan? adakah sejajar (align) antara apa yang anda mahu katakan dan apa yang ada dalam hati anda? sejujur manakah kita dengan diri kita sendiri?

satu lagi tips hari ini, apabila anda menemui hikmah dalam sesuatu yang berlaku adakah anda mengunci (lock) hikmah itu dalam diri anda? kerna jika anda tidak kunci, hikmah itu hanya akan bertahan beberapa waktu sahaja.. bagaimana caranya mengunci hikmah yang anda pelajari? broadcast! katakan dengan mulut anda sendiri pada diri anda atau beritahu orang lain.. kerna itu Islam ajar kita kena cerita benda baik.. dapat mimpi baik, ceritakan.. dapat ilmu baru, kongsikan.. kerna itu cara mengunci supaya ilmu itu tidak hilang dari dalam diri kita..

mari kita sama2 jenguk dalam kehidupan kita.. apakah yang kita broadcast kan? apa yang kita komunikasikan kepada orang sekeliling kita.. dalam ertikata lain, apakah yang kita kunci dan simpan dalam diri kita? perkara baik atau perkara buruk? sungguh besar hikmah mengapa Nabi saw haramkan kita mengumpat saudara kita sendiri.. kerna jika kita kunci perkara buruk dalam diri kita, sudah pasti tentu perkara itu akan jadi sebahagian dari hidup kita.. sama ada kita mahu atau tidak.. sama ada kita sedar atau tidak.. nauzubillah..

Read On 0 ulasan

bermain dengan imaginasi



adakah anda seorang yang dianggap 'moody' oleh kawan2 anda? adakah seseorang pernah mengatakan kepada anda bahawa anda seorang yg pemarah atau mudah marah atau panas baran? adakah anda menyedari kondisi anda itu? atau adakah anda mahu menghilangkan kebiasaan buruk menggigit kuku anda? adakah anda mahu menghilangkan rasa gementar ketika berhadapan dengan orang?

aku belajar satu teknik menyelesaikan masalah itu dalam tempoh beberapa minit.. teknik ini dinamakan 'swish pattern'.. syaratnya ialah anda mampu membayangkan keadaan yang tidak anda sukai itu, lebih baik jika anda dapat merasakannya dengan terperinci semua submodalities nya..

apa 'sub-modality'? aku bagi contoh, katakan anda membayangkan suasana tenang berada di atas perahu di sebuah teluk yang tenang.. dalam visualisasi anda, perhatikan/rasakan sama ada visual itu berwarna atau hitam-putih.. perspektifnya kecil atau besar, maksudnya gambar tuh dekat atau jauh.. dalam keadaan laju, biasa atau slow-motion.. adakah anda membayangkan anda yang sedang berehat atau anda melihat diri anda sendiri sedang berehat?

seterusnya, dengarkan pula bunyi2 yang hadir.. bunyi kayuhan perahu.. bunyi burung2.. bunyi angin.. perhatikan/rasakan/dengarkan apakah tonasi bunyi tersebut.. adakah bunyi itu kuat atau perlahan.. sayup2 atau kedengaran dekat dengan telinga anda.. jika anda mendengar suara orang lain, bagaimana pula bunyinya.. kemudian anda rasakan pula angin yang berhembus.. bagaimana rasa angin tersebut, adakah lembut atau kuat.. rasakan airnya panas atau dingin.. jika anda mampu, perhatikan pula bau dan rasanya.. ada rasa masin atau tawar tak? ada bau sesuatu tak? ada rasa segar tak? rasakan nafas anda.. adakah lebih puas menarik nafas dan menghembuskannya.. ini semua sub-modality..

nih memang nampak macam main2 berangan-angan.. memang itu pun tujuannya.. kita nih umpama pengarah kepada filem dalam minda kita.. jika sesuatu yang berlaku dan kita leh flashback sebegitu rupa, bermakna kita boleh ubah atau edit semula filem tersebut.. bila pengalaman buruk kita dapat kita edit, emosi dan perlakuan kita juga boleh kita edit..

satu lagi syarat, anda perlu mencari atau mencipta bayangan baru yang lebih kuat untuk menggantikan bayangan habit yang anda mahu ganti itu.. bayangan baru itu mesti powerful dan memang anda inginkan.. contohnya membayangkan anda berpakaian seperti korporat dalam sebuah kereta bmw.. atau imej anda sedang mengerjakan umrah di mekah.. apa sahaja yang boleh memotivasi anda..

aku hanya kongsi contoh yang kawan aku bagi kat aku.. katakan anda mahu membuang habit menggigit kuku.. kata dia, kawan dia nih suka gigit kuku, dan biasanya tak sedar dia sedang gigit kuku, sehingga kawan2 lain tegur.. dia malu dan nak buang tabiat tuh.. ok.. mari kita belajar teknik swish pattern untuk menghilangkan tabiat ini..

rilekskan tubuh anda, tarik nafas panjang, tutup mata dan lepaskan nafas anda perlahan2.. bayangkan/rasakan anda sedang melihat kedua2 bayangan tabiat anda yang mahu anda tinggalkan dan bayangan imej diri anda yang anda mahukan.. bayangkan seperti anda melihat dua tv sebelah menyebelah.. kecilkan bayangan imej baru anda dan posisikan dia mengecil dibahagian bawah, dan besarkan bayangan tabiat anda.. seolah anda melihat tayangan filem di tv dimana ada dalam filem yang besar ada kotak kecil dibawah menunjukkan iklan.. boleh bayangkan itu?

ok, dalam filem yg besar anda melihat diri anda mahu menggigit kuku... anda lihat diri anda sedang mengangkat tangan, membawa jari anda ke mulut anda dan mengigit kuku anda.. rasakan anda sedang mengigit kuku tersebut.. sekarang, lihat kuku jari anda.. bayangkan rupa kuku jari anda setelah di gigit.. rasakan betapa kotornya perbuatan anda itu, betapa buruknya bentuk kuku dan jari anda, rasakan jijik dan rasa bodoh kerna melakukan perbuatan tersebut..

skrg, anda besarkan imej kecil kat bawah layar besar tuh.. nih kena lakukan dengan cepat.. dan cuba tambah dengan bunyi 'bling', 'woosh', 'kababom', atau apa saja.. kena buat bunyi tuh utk tambah rasa excited and fun dalam proses tuh.. ok, anda buat bunyi tuh dan secepat kilat imej kecil tuh takeover imej yang besar tadi.. dalam satu atau dua saat.. cepat.. 'kababom' terus imej tabiat anda bertukar dengan imej baru anda..

ok, skrg bayangkan imej baru anda.. imej korporat contohnya.. anda dgn kot dan talileher.. duduk dlm kereta bmw.. ada driver kat depan.. anda lihat jari anda.. bayangkan jari anda sangat cantik.. kuku anda terjaga rapi.. terasa halus hujung jari anda.. rasakan perasaan anda melihat semua itu.. nikmati perasaan itu..

dan buka mata anda.. jangan lama2.. macam kelip mata jer.. nih sebenarnya utk break-state tuh.. then pejam semula mata anda.. bayangkan yg sama macam tadi.. 'kababom' tukar imej.. rasakan perasaan itu dan buka mata balik.. dan pejam mata lagi.. kababom.. buka mata.. buat tujuh hingga sembilan kali.. rahsianya ialah speed and repetition..


aku dah tahu dah kenapa kena tujuh hingga sembilan kali.. (sama dgn hitungan lapan kali waktu buat teknik anchoring dalam entry 'aku seorang paranormal').. kata tok guru aku, otak manusia nih leh handle multiple focus dalam sifir 7(+-)2.. maknanya antara 5 hingga 9 benda jer dalam satu masa.. pastuh mesti overload.. bila dah overload, dia akan terima saja apa yg masuk, sebab otak dah penat nak proses..

ok.. mari kita berekperimentasi lagi.. bermain dengan imaginasi.. tukar jer bayangan tuh.. kena pastikan bayangan imej baru tuh lebih 'powerful'.. dan bunyi tuh pun buat yang sesuai dgn anda.. contoh aku 'kebabom' sebab aku bayangkan imej lama meletup dan terbakar, baru keluar imej baru.. bila ini dah mantap dlm minda anda, bila2 masa rasa benda tuh, pejam mata dan 'kababom'.. mood kita akan swing jadi lebih baik.. insya-Allah.. tak cuba mana nak tahu berkesan atau tidak.. kan? ;)


Read On 0 ulasan

merungkai punca


ada seorang sahabat bertanya kepadaku semalam.. soalan yang sudah banyak kali aku dengar sepanjang hidup aku.. "bila nak berhenti merokok?" dan jawapan yang biasa aku bagi, "aku belum nak berhenti".. dan berkisahlah dia tentang kesihatan dan duit yang aku habiskan pada rokok.. aku hanya senyum dan berkata dalam hati, "adakah dia tahu kenapa aku merokok?"

jangan buang masa cerita psal keburukan merokok pada aku.. aku dah buat kajian pasal rokok hampir 20 tahun dulu.. aku tau sangat.. nak cerita psal hukum, aku pun akan berhujah macam2.. nak cerita psal membazir duit, simply aku akan tanya berapa banyak org yang tidak merokok menyimpan berbanding aku.. tanya pada semua perokok tegar, dia akan ada banyak jawapan untuk hujah anda.. bottom line, belum nak berhenti merokok..

begitu juga bila ada kawan2 perokok yang mengatakan tak boleh berhenti merokok secara mendadak, harus bertahap, teknik makan gula2, dsb. maaf tapi aku kata mengarut.. bila kita boleh tetiba jadi perokok, maka kita juga boleh tetiba berhenti merokok.. bayangkan masa bulan puasa boleh pulak kita tahan tak merokok sepanjang hari? dalam kapalterbang selepas makan boleh pulak tahan sampai destinasi.. maknanya memang boleh.. persoalannya adakah kita mahu atau tidak? aku re-phrase.. persoalannya adakah dalam diri kita benar2 tahu dan mahu berhenti merokok?

mengambil keputusan bukan sekadar kita sebut tapi adakah dlm diri kita align dengan apa yang kita sebut.. cakap tak serupa bikin bukan bermakna kita munafik, tetapi dalam diri kita, adakah diri kita yang bawah sedar akan sabotaj apa yang kita fikirkan dengan sedar? kerna itu ramai dari kita nak berubah tapi merasa seluruh alam akan memeranginya.. kalau kita boleh berubah pun hanya bertahan beberapa waktu.. sebahagian aku dah sebut dalam 'bukan nasib dan kebetulan'..

ini berlaku bila kita hanya mengubah 'kesan' (affect) dan tidak meruntuhkan dasar2 'belief system' yang menyebabkan kesan tersebut.. aku akui ada yang berjaya melakukan dengan cara begini.. kerna memang benar dalam membuat perubahan apa yang diperlukan ialah keberanian membuat keputusan.. hanya saja adakah keputusan yang kita ambil itu berdasarkan sebab yang benar? jika tidak kita akan kembali semula ke keadaan lama..

beberapa hari lalu, seorang kawan bertanya bagaimana nak menghilangkan habit dia menonton porno.. aku hanya kata, "buat keputusan walau sekecil apa pun".. aku minta dia delete semua filem porno dalam laptop dia.. patahkan semua vcd/dvd porno dia dan buang dlm tong sampah.. its not an easy task for him.. apalagi bila aku minta dia search lagi dlm harddisk dia, kot2 ada lagi tersorok dlm directory lain, dan delete semua url link porno dlm browser dia.. walaupun dia bagi alasan dia boleh cari lagi, aku hanya kata, "do one thing at a time"..

setelah selesai itu aku tanya dia kenapa dia menonton porno.. selepas beberapa lama bersembang seputar itu, aku dapat menyedari bahawa dia menonton porno ketika dia merasakan dia tidak dapat mengendalikan/mengawal sesuatu keadaan.. seks dan masturbasi adalah satu cara dia mengatakan pada diri dia bahawa dia 'in control'.. aku simpan itu utk next session aku dgn dia ;)

berbalik pada cerita semalam.. akhir pekan kemaren, seseorang menggunakan teknik 'paris window', bermula dengan soalan "mengapa aku merokok?".. i play along, for the sake of others to learn the technique.. tapi aku memahami mengapa aku berhenti merokok.. walaupun aku beri jawapan yang mereka mahukan ketika sessi itu, tetapi dalam diri aku, aku menjumpai sebab yang sebenarnya..

maka semalam aku meneruskan sessi self-therapy, aku pun berekperimen pada diri aku.. aku bawa diri aku kembali kepada saat pertama aku menghisap rokok dan merasakan apa yang aku rasakan ketika itu.. kenapa aku bersetuju dengan diri aku ketika itu untuk merokok? the interesting part is how my whole life change after that decision.. maka aku faham mengapa aku terus merokok..

dan aku teringat ada satu keadaan yang buat aku tak jadi hisap rokok.. satu ketika aku keluar rumah untuk menghisap rokok di buaian di bawah pokok di luar rumahku.. tiba2 anak aku datang.. aku suh dia masuk dan tak bagi dia dekat aku sebab aku nak merokok.. anak aku yang comel ini dengan senyum2 manja tetap datang dan duduk sebelah aku dan kata, 'papa tak payah hisap rokok dulu, sophia sayang papa.." aku hanya senyum, simpan rokok balik dlm kotak, peluk dan cium dia, lalu kami bersembang..

malam tadi, aku faham mengapa aku merokok dan apa fungsi rokok dalam hidup aku.. aku dah 25 tahun merokok.. bukan perokok biasa.. sesiapa yang kenal aku mmg tahu aku merokok bersambung puntung.. bapak aku dah penat nak nasihat aku.. isteri aku pun dah tahu kalau aku dipaksa berhenti malah akan makin menjadi2.. entah berapa banyak kali dlm hidup aku batuk sampai takleh bernafas, tetap juga aku hisap rokok..

tapi malam tadi, aku faham aku bukan ketagihan.. aku boleh berhenti bila2 masa yang aku mahu.. apa yag perlu aku lakukan ialah hanya dengan membuat keputusan.. dan aku tahu aku boleh melakukan itu.. aku boleh meninggalkan semua kebiasaan buruk aku yang lain dengan sekelip mata.. namun ternyata rokok mempunyai sebab yang lebih mendalam dalam diri aku.. aku pernah beberapa buang sekotak rokok yang masih penuh dalam tong sampah.. tapi aku merasakan sesuatu yang aneh dlm diri aku.. bukan rokok itu yang aku sayangkan tapi ruang kosong yang ia tinggalkan dalam diri aku.. ada sesuatu yang lain yg perlu aku tuntaskan sebelum diri aku setuju bahawa aku tidak memerlukan rokok..

aku boleh nampak banyak sebab lain orang merokok.. lain orang lain sebab dia merokok.. sebab itu aku tahu sama ada kawan2 aku benar2 mahu berhenti merokok atau sekadar cuba berhenti merokok.. aku? ketika aku sedar mengapa aku merokok, aku makin kuat merokok.. merokok adalah petunjuk kepada inner system aku mengenai beberapa perkara lain yang berlaku dalam hidup aku.. ketakutan dan kerisauan aku.. juga antara sebab mengapa aku jadi food-craving di tengah malam, and so on..

aku mesti selesaikan masalah aku dengan diri aku sendiri.. aku buat keputusan2 kecil untuk menanam keyakinan lain dalam diri aku bahawa apa yang aku rasakan itu hanya masa lalu dan sekarang segalanya sudah semakin membaik.. pagi ini, aku lihat ashtray aku, aku hitung berapa banyak aku merokok semalam.. aku tahu kenapa.. dan aku tahu aku belum mahu berhenti merokok.. tapi aku juga tahu bahawa sudah semakin menghampiri keputusan itu.. doakan aku..

Read On 1 ulasan

terima kasih Tuhan..


setelah sekian lama tetiba hari nih aku bersetuju dgn diri aku untuk menonton wayang.. preview yg aku cari dr internet pun sekerat jer aku tengok.. sinopsis aku baca pun macam aku tak paham.. tapi aku ikut jer hati aku hari nih.. ada beberapa sms masuk yg mengusutkan hati.. so what the heck.. aku pun perlukan temporary diversion.. beli tiket, coke dan pop-corn, aku pun masuk panggung wayang..

'the book of eli'.. denzel washington.. (ada subliminal message dlm citer tuh, maka hati2 bila menonton..) kisahnya 30 tahun setelah perang besar yang menghancurkan peradaban dunia.. watak protagonis merasa perlu membawa sebuah buku (bible) ke daerah sebelah barat untuk dilestarikan.. dan watak antagonisnya pula mencari buku tersebut dengan tujuan mahu menggunakan kata-kata di dalamnya untuk menguasai orang lain..

aku tertarik dengan keadaan yang dipaparkan bagaimana benda2 yang kita anggap remeh dan tak penting di masa ini digambarkan begitu berharga pada waktu itu.. seperti syampu ukuran botol hotel, selendang, tisu basah dan buku, menjadi barang langka.. situasi yang sama dalam filem 'waterworld'.. bagaimana jika semua barang2 yang kita punyai hari ini, yang kita anggap tak penting, benar2 pupus dan menjadi barang yang sukar dicari lagi..

bagaimana pula dengan keluarga dan kawan2 kita yang ada disekeliling kita? we never know until we lose it.. tapi bila semua dah tak ada, apakah gunanya kita menyedarinya ketika itu? kita kerja pergi pagi balik malam, kita kata untuk isteri dan anak2 kita, kita kerja keras dan berusaha gigih hingga kita tidak ada masa untuk mereka.. tapi apa gunanya semua itu jika ketika kita mendapatkan semua yang kita usahakan itu, mereka sudah jauh dari kita..

kita kata kita nak bahagiakan ibu bapa kita, kita buat semua yang kita buat untuk balas jasa mereka, kita jadi sibuk hingga tak sempat nak ziarah mereka.. jumpa pun waktu hari raya sahaja.. kita nak buat mereka bangga.. namun yang mereka perlukan ialah masa kita.. bukan harta dan pangkat kita.. bukan rumah besar dan kereta mewah kita.. mereka hanya mahu menatap wajah kita, mendengar suara kita memanggil mereka dan merasa pelukan kita.. dan kita baru sedar itu setelah mereka tiada?

adakah terlalu besar permintaan pasangan kita untuk mendapatkan satu ciuman setiap hari sebelum kita berangkat kerja? adakah terlalu banyak permintaan anak2 kita untuk mendapatkan satu pelukan erat sebelum pergi ke sekolah? terlalu beratkah hanya untuk menyisakan lima menit selama lima kali sehari dan terlalu susahkah untuk membaca dua lembar ayat Tuhan setiap hari berbanding nikmat sempurna sihat tubuh badan, lengkap pancaindera dan kecerdikan akal?

setiap malam tatkala kita mahu tidur dan setiap pagi kita bangun, bersyukurkah kita dengan hidup kita? adakah kita menikmati setiap detik hidup kita? bagaimana kita mahu mengejar yang lebih baik sekiranya kita tidak dapat menghargai apa yang kita ada?

bagaimana jika kita bangun pagi esok dan kita kehilangan satu dari pancaindera kita? apakah nilai kesegaran seteguk air ketika kita kehausan? apakah nilai nasi yang kita tumpahkan hari ini dikala kita kelaparan? bagaimana jika kita kehilangan segala yang kita kumpul ini dalam sekelip mata, seperti mangsa gempa dan tsunami? bagaimana jika anak yang kita marah2 itu hilang wujud esok pagi? bagaimana jika pasangan kita tidak bergerak lagi esok hari?

merenung kembali apa yang kita perbuat setiap hari.. bahagia yang kita cari itu dimana letaknya? apa yang paling penting dalam hidup kita? adakah kita lakukan sejajar dengan apa yang kita cari? apa yang kita perjuangkan? adakah kita sentiasa melihat kebaikan dalam hidup ini? atau adakah kita terlalu sibuk dengan segala kekurangan kita? sibuk dengan perkara yang tidak wujud?

malam ini aku melihat ke sekeliling bilik aku.. membaca semula catatan-catatan di tepi cermin mejaku.. aku buka blog nih dan baca semula sekali lagi beberapa tulisan2 lamaku.. aku belek buku2 dan majalah yang berselerak di atas meja.. apakah harga semua itu pada diriku? apakah nilainya pada diri aku jika semua itu hilang dari hidupku?

Ya Allah, Ya Rahim, puji dan syukurku hanya untuk-Mu.. terima kasih telah mengurniakan kehidupan yang indah buat aku.. atas segala nikmat yang Kau anugerahkan kepadaku.. keluarga yang sabar, tabah dan tetap terus memberikan aku semangat dan sokongan.. para sahabat yang tanpa jemu mendokong dan memberi nasihat.. terima kasih Tuhan kerna memberi aku hidup dan peluang untuk memahaminya..


Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008