PPSMI: the result of 4th kohort

"result pmr dah keluar!" laung kawan aku, yg anak sulongnya baru sekolah rendah, menyeringai menghulurkan beberapa akhbar harian kepadaku.. tak lain dia nak suruh aku komen la tuh.. dia pun tolong bacakan untuk aku, terutama statistik subjek sains dan matematik yg hangat.. aku dah agak dah.. maka kuteruskan menghirup kopi O pagi aku sambil menalakan telingaku untuk menangkap suara dia..

sains
jumlah calon = 456,795
jwb dlm inggeris = 235,510 (51.2%) [2007 = 21.5%]
jwb dlm melayu = 141,658 (30.8%)
jwb bhs campur = 82,627 (18.0%)

matematik
jumlah calon = 462,051
jwb dlm inggeris = 124,209 (26.9%) [2007 = 4.6%]
jwb dlm melayu = 91,955 (19.9%)
jwb bhs campur = 245,887 (53.2%)

lulus bahasa inggeris 74.8% [avg 2003-2007 = 71.2%]

agak mengejutkan aku bila merenung statistik yg kawan aku tolong tulis atas tisu tuh pagi tadi.. nampaknya para pelajar melakukan sesuatu yg berbeza dari keluhan yg aku kerap dengar dari para ibubapa, para guru dan ahli2 politik..

dengan mata yg bercahaya kawan aku menepuk bahu aku, "ko nampak apa yg aku nampak?"

"jadi apa masalahnya?" spontan aku bertanya semula, sambil mencuba utk bersedia mendengar bebelan paginya.

maka bermulalah sessi dia-cakap-aku-dengar untuk beberapa ketika.. walaupun aku sedikit meluat dengan nada ceramahnya tapi dia punya point yg aku rasa agak kuat, itulah yg membuat aku bertahan mendengar analisanya..

bila lebih dari separuh pelajar menjawab soalan sains dalam bahasa inggeris, yg mempunyai bahagian subjektif yg memerlukan kemahiran membuat ayat, bermakna pelajar2 agak selesa dengan penggunaan bahasa inggeris.. belum dicampur lagi dengan jumlah pelajar yg menjawab menggunakan kedua2 bahasa melayu dan inggeris..

sangat menarik melihat peningkatan secara purata sebanyak 20% dalam kecenderungan para pelajar untuk menjawab dalam bahasa inggeris.. mungkinkah mereka menjawab sekadar menghafal apa yg mereka baca dan dengar sahaja? sebab tuh lebih mudah cut-n-paste dari buat ayat sendiri atau nak translate..

"tapi aku tak nampak pun statistik yg lulus? memanglah laporan sebut ada peningkatan tapi secara umum saja, tak bagi pun statistik.. mesti tak memberangsangkan," aku cuba mencuit bahagian minda yg biasanya skeptikal..

namun aku terbaca juga laporan yg mengatakan bilangan pelajar luar bandar yg mendapat gred A utk kedua2 subjek itu lebih tinggi dari pelajar2 bandar.. jadi apa maknanya semua ini?

antara pendapat kawan aku yg kadang2 bijak ini,

i- jurang pendidikan antara dua generasi..

generasi muda mampu untuk mencuba dan berubah, kerna itu bila mereka diajar dalam bahasa inggeris, mereka juga lebih selesa menjawab dlm bahasa inggeris..

berbanding generasi tua yg pesimis dan tidak mahu menyusahkan diri mereka.. generasi nih yg bising nih sebab mereka rasa sukar utk membantu anak2 mereka belajar, sebab beberapa istilah sains/math dlm bahasa inggeris tuh mereka sendiri tak paham atau keliru, sebab tak sama dengan apa yg mereka belajar dulu, sebab mereka rasa bersalah pada anak mereka, sebab mereka tak mahu kalah ego bila ditempelak anak sendiri, sebab mereka tak mahu belajar lagi..

ii- ada maksud lain yg tak kena mengena dgn pelajar

guru2 nih pun banyak yg gagap cakap inggeris, maka bila mengajar terasa sedikit bodoh, rasa malu pada diri sendiri walaupun pelajar tuh tak perasan..

org2 berkepentingan pula tak mahu bila anak2 kena beri penekanan pada bahasa inggeris lebih lagi maka nanti terpaksa kurangkan penekanan belajar bahasa sastera ibunda mereka yg mmg dah susah syllabusnya.. lama2 nanti pupus pulak bahasa kebangsaan mereka sebab sibuk nak belajar bahasa inggeris.. generasi yg ada pun cakap 'broken english' saja, bunyi macam sedap tapi grammar berterabur sampai mat salleh pun tak paham..

org politik pula hanya ikut pendapat populis, terutama dalam era memposisikan diri nih.. mana2 yg hangat tuh semua nak jadi hero.. bukan tengok betul2 pun, semuanya hearsay.. bukan ada yg penah tanya budak2 sekolah tuh.. kalo tanya pun mmglaa jawapannya susah, dulu masa diorg sekolah pun bila org tanya kata susah juga..

iii- komen tuh fakta atau statistik tuh auta?

ada org komen kalo nak tingkatkan penguasaan inggeris kena beri penekanan pada subjek bahasa inggeris sendiri bukan penggunaan kat subjek lain.. tapi statistik tunjuk yg lulus bahasa inggeris meningkat signifikan dengan yg menjawab sains/math dalam bahasa inggeris..

nih namanya 'applied knowledge'.. macam sains kalo ajar teori saja tanpa beritahu macammana nak guna pun tak guna.. belajar algebra tapi bila budak2 tak nampak apa gunanya dlm kehidupan seharian pun tak bermakna.. sama dengan baca Quran tapi tak tahu maksud.. baca bukan main sedap tapi setakat kopiah atas kepala saja perangai lagi haru dari kutu simpang.. ilmu setakat tahu maksud tapi tak tahu pakai, tak dapat guna, tak jadi amalan..

iv- yg kecoh org bandar bukan org kampung

org bandar yg takut sangat kalo anak tak pandai sebab takleh nak ajar skill lain.. bila mak bapak keje pejabat, anak2 kena ada sijil bagus baru leh keje pejabat.. sebab tuh penting anak nih pandai.. nak ajar anak meniaga mana ada masa pagi dah pegi, balik dah petang.. skrg nih sebab malu dgn kengkawan, terpaksa antar anak gie tuisyen dari sekolah rendah lagi, kos tuh sapa nak tanggung?

org kampung biasanya dia paksa jer anak dia belajar, tanak belajar kena rotan, peksa dapat merah kena rotan, kalo teruk2 bodoh sangat sekolah pun diorg masih boleh ajar anak2 diorg skill tangkap ikan, cucuk tanam, atau skill2 kerja kasar menggunakan tulang empat kerat..

tuh yg sudahnya budak2 bandar nih yg stress.. stress budak kampung sama saja, dulu masa ajar matematik dan sains dalam bahasa melayu pun susah jugak main hapal saja.. tuh yg kita nampak jurang pelajar luar bandar dengan bandar makin rapat.. kiranya dlm 5 tahun lagi budak kampung bukan sekadar cakap "go straight don't belok2"..

v- manipulasi eksperimentasi

org kata kesian budak2 nih jadi bahan eksperimen kerajaan.. apa yg kita takut sebenarnya? takut budak2 nih tak pandai atau takut budak2 tak pass peksa? nih org zaman skrg nih terlalu 'paper-oriented'.. semua nak result 'high-fly'..

salah ker mencuba untuk berubah? kalau undi parti politik boleh pulak bereksperimentasi.. kalau pun eksperimentasi nih gagal dan budak2 tuh tak pass peksa tapi grup budak2 nih antara yg tahu sikit2 dah cakap omputih.. cemey2 bila besor esok taklaa gagap sangat bila kena urat dgn mek salleh, exposure dah ada.. sikit2 paham laa.. takder laa asik jawab "i don't know sepatah haram"..

vi- mendaulatkan bahasa kebangsaan

daulat kemendenyer? yg lahir dan membesor kat malaysia pun ramai yg tak fasih cakap melayu.. tuh yg jadi wakil rakyat pun cakap melayu pelat.. org melayu korporat pun rasa keparat sebut istilah ekonomi dlm bahasa melayu.. hatta bawa novel inggeris dianggap lebih educated dari yg baca novel melayu.. toksah cakaplaa kalo papan tanda kat tepi jalan pun nak kena tulis segala macam bahasa yg ada.. daulat berulat..

tengok statistik.. peningkatan kelulusan subjek yg paling tinggi ialah punjabi (56.2%) dan iban (30%).. bayangkan yg dapat semua E (maknanya termasuk bahasa melayu) sebanyak 440 org.. memang 0.1% tuh kecik tapi ada patut ker ada lagi org yg gagal bahasa melayu lepas setengah abad malaysia merdeka? mungkin org melayu risau bila baca statistik lulus arab komunikasi menurun..

tapi tengok gak statistik wayang melayu berbanding wayang dari luar negara yg tak dialihbahasa pun.. tv tuh berapa peratus citer yg cakap melayu, tinggi tak ratingnya? tuh daulat laa tuh.. byk ruang lain kenapa sibuk yg ini?

kenapa tak sibuk bila baca statistik lulus menurun untuk pelajaran geografi yg diajar dlm bahasa melayu? buat2 tak napak? ke pasal tak penting? patutlaa ada anak dara melayu teringin sangat nak gie main salji kat bangladesh..

vii- tukar balik ajar dlm bahasa melayu

bukan tak boleh.. tapi kosnya pun bukan kecik.. kata ekonomi tengah teruk, kerajaan takder duit, bila tukar, maknanya kena tukar buku teks.. bukan sikit2 tuh.. kalau tahun nih saja pelajar2 pmr dari sekolah bantuan kerajaan berjumlah 442,791 org.. satu buku RM10 pun dah makan RM4 juta ++.. tapi elok gak kot utk merangsang ekonomi so org meniaga buku dan printing boleh bidding projek baru, apalagi tgh musim tender terbuka nih..

mudah dipaham org risau sebab dua subjek nih subjek core, subjek penting, hidup mati laku atau tidak sijil tuh nanti.. budak2 nih amik 7-9 subjek.. maknanya tolak sains/math, tolak subjek bahasa, rasanya kurang2 ada 5 subjek yg diajar dalam bahasa melayu.. maknanya 60%-70% pendidikan di sekolah diajar dalam bahasa melayu.. so apa sebenarnya?

Viii- keputusan pmr vs keputusan kementerian pendidikan

rasanya yg lebih utama ialah keputusan para ngo, sebilangan ibubapa dan guru2 dan ahli politik.. upsr ari tuh pun dah tunjuk statistik yg hampir sama.. polanya signifikan dengan keputusan pmr..

kesimpulannya ialah budak2 nih boleh, kalau susah pun masih boleh.. yg tak bolehnya kita nih yg otak dah mulai beku dan minda yg sibuk memikirkan segala macam masalah negara serta hati yg marah pada geng2 yg sokong sangat program nih, almaklum dulu tak berapa berani nak sebut, sekarang dah takder buntut diktator yg perlu dijilat lagi..

budak2 skrg nih lagi pandai dari kita dulu.. diorg tengok kartun bahasa inggeris ketawa dengar ayat2 jenaka, kita dulu ketawa tengok kartun tuh meloncat2, nak ikut sebut pun berpintal lidah nak paham, haram..


"alaa soalan senang kot? tak macam soalan masa kita sekolah dulu," tempelak aku cuba memainkan perasaan kawan aku tuh..

"allo kawan! baca star nih, pakar dari britain (Cambridge International Examinations) yg buat evaluation process dan setting standard pmr pun mengaku kata kertas soalan tahun nih lagi tinggi standard dari negeri dia."

"mamak! kasi budak nih roti banjir!"

"aku tau kau setuju dgn aku, tapi tanak mengaku," kata kawan aku dgn muka 'puas hati'..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008