suatu malam yg sepi


subuh seperti jumaat

"kita nak sembang palestin lagi ker apa malam nih?" tanya kawan aku melabuhkan punggungnya ke atas kerusi plastik merah sambil mengacungkan jari telunjuk ke arah mamak bermaksud teh tarik halia seperti biasa..

"aku rasa time hidup kita nih skrg dah tak betul laa.. kalau cara hidup kita ikut jadual masa yg kita dok buat skrg nih sampai bila pun masjid takkan penuh waktu subuh.."

"aa.. ini still citer palestin gak nih.. hehe"

"bahagian mana yg tak betul?" sampuk sorg lagi ahli masyuarat tingkap..

siang dan malam

"pembahagian siang dan malam kita pun tak betul.. kan hari kita bermula lepas asar.. dan Nabi saw sendiri tak suka org2 mukmin bercakap2 lagi selepas isya'.. maknanya waktu isya' tuh dah patut dikira tgh malam.. waktu tidor.."

"kalau kita baca balik makan malam Nabi saw tuh lepas asar sblum maghrib.. sebab sunnah Nabi saw lepas maghrib lebih baik duduk terus hingga isya'.."

"malam pulak dibahagi tiga.. dan kita dianjurkan bangun beribadah pada dua pertiga malam atau lebih baik di sepertiga yang akhir.. maknanya secara umum skrg nih kita anggap malam dari maghrib sampai lepas subuh.. dari lebih kurang jam 7 hingga jam 7 esok.. ada 12 jam.. bahagi 3 maknanya dalam pembahagian 4 jam.. 3 periode.. 7-11malam, 11-3pagi, 3-7pagi.."

"katakan solat isya' selesai kira2 jam 9 malam, makna bahagian pertama ada 2 jam campur bahagian kedua 4 jam.. patut dah cukup 6 jam tidur utk org dewasa cam kita nih.. maknanya jam 3 pagi patut kita bangun dah selesai mandi.."

begitu bersemangat kawan aku menjelaskan perkiraannya pada para ahli mesyuarat yg lain..

jadual hidup mengikut sunnah

"kita bandingkan dgn mandi pagi kita jam 6 pagi.. maknanya bila masuk subuh pukul 6 pagi tuh keadaan kita sama dgn segar pkul 9 pagi.. maknanya solat subuh tuh akan rasa cam kita solat duha kita sekarang.. sama dgn time kita dah mula bersidai kat kedai minum pagi.."

"kalau kita skrg nih jam 9 dah boleh bersidai ramai2 kat kedai, maknanya kalau kita mulakan hari seawal jam 3 pagi tak mustahil kita bersidai kat masjid.."

"emm.. interesting.. kalau kira office hour 9 jam campur makan tghari sejam, masuk jam 3 pagi boleh balik keje jam 12 tghari campur solat subuh dan minum pagi sejam.. makna baru betul lepas solat zohor kita leh rehat tidur sekejap.." sambut kawan aku yg satu lagi menangkap rasional teori masa mengikut sunnah..

"betul tuh.. baru napak camna sunnah tuh semua berlaku dgn sempurna.. jam 3-5pagi ibadah khusus sendiri kat rumah, kemudian keluar gie masjid solat subuh jemaah kemudian terus tunggu solat duha.. terus bermasyarakat lepas tuh.. cantik.."

Islamika d'amore

"jadi maksudnya perjalanan hidup kita skrg nih tak Islamik laa.. sebab tuh sampai bila pun kita tak betul psal kita tak ikut sifir Islam. pandai org kafir atur kita, patutlaa susah betul kita nak buat camna ulama2 dulu buat.." sahut kawan aku yg sedang cuba mengikis tabiat merokok dengan membuat penjadualan semula perbelanjaan harian, hisap sebatang rokok kena sedekah rm5 kat org lain..

"tuh laa.. kita skrg nih pukul sembilan malam baru laa nak mula citer best2 kat tv.. dah isytihar prime time.. tuh sampai laa ke lepas tgh malam semua citer yg buat mata kita terbuntang.. masuk jam satu lebih baru laa citer tak best.. baru laa nak terlelap.. tuh yg bangun ngam2 jer.. tuh pun psal dengar azan subuh.. masa bila nak ke masjid kalo org azan baru nak terbangun.."

"kalo camtuh lepas nih kita kena tido awal.. paling lambat jam 3 pagi dah kena bangun.. solat tahajjud, baca Quran sampai subuh.. subuh jemaah kat masjid, pastuh terus buat keje biasa kita.."

Tuhan, keluarga, masyarakat dan diri sendiri

"jadi patutnya mmg kita nih buat keje cari nafkah dari lepas duha sampai zohor jer?"

selepas menikmati air kopinya kawan aku menjawab, "boleh laa nak kata macam tuh.. mmg hidup kena seimbang.. untuk Tuhan, diri sendiri, keluarga dan masyarakat.. dari bangun tahajjud sampai subuh tuh antara kita dengan Tuhan, dari duha sampai zohor tuh utk kita dengan masyarakat, lepas zuhur kita riadah dengan keluarga dan saudara mara.."

"sangat ideal tapi praktikal kah di zaman skrg nih?" rasional mula dipersoalkan..

"itu masalahnya kita nih dah terjebak sangat dalam sampai susah nak keluar.. ibarat kalo kita tak ikut cara kafir nih tak bernafas kita.. tapi aku tetap rasa kita leh buat sebab yg kita kena adjust bahagian malam saja.. kena ignore laa tv tuh.."

"woi.. itu bukan resolusi awal kita ker? nak tukar cara berhibur cara Islam.. apparaa.."

"haa.. yg tuh bila nak sambung bincang?"

"next round laa beb.. dah lambat dah nih.. tapi next round takleh jumpa malam dah.. kena jumpa lepas subuh.. baru betul kan?" sengeh kawan aku melambai2 tokeh kedai..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008