"tau tak citer pak kaduk?" sembang pagi dimulakan oleh kawan aku yg sudah sedia dianggap library kisah2 rakyat. tapi sapa pulak tak tahu kisah pak kaduk yg pasca pru12 nih dijadikan anekdot oleh umno untuk menyindir pakatan rakyat..
akan perihal pak kaduk yg mempunyai ayam sabung terhandal tak pernah kalah yg akhirnya mempertaruhkan kampungnya sendiri.. walaupun ayam sabungnya menang namun dia tetap kalah kerna telah bersetuju menukar hakmilik terhadap ayam tersebut sebelum sabung bermula..
belum cukup malunya diperdayakan kelicikan musuh ditambah pula malu dek kelakuan sendiri mahu kelihatan berbeza hingga ditempah baju kertas yg akhirnya koyak-rabak menelanjangi diri sendiri kerna terlampau seronok menyambut kemenangan ayam sendiri yg bukan hakmiliknya lagi..
"tau tak apa jadi pada pak kaduk selepas itu?" jarang org nak tahu cerita keseluruhan jika sudah bertemu klimaks cerita.. maka soalan itu mengajak segala teman yg ada memusatkan pandangan pada si penglipur lara..
"pernah dengar tak lagenda org kampung gajah di perak yg tak makan ikan tapah? mungkin diorg tuh keturunan pak kaduk.."
"walaupun banyak org menganggap pak kaduk adalah org yg bodoh tetapi kita lupa betapa baik dan jujurnya dia.. selepas kejadian menang sabung kampung tergadai tuh hidup pak kaduk tidaklah menjadi miskin hina papa kedana.."
"dikisahkan pada suatu hari pak kaduk menangkap ikan tapah dan dibawanya balik ke rumah.. setelah disiangnya ikan tersebut maka hadirlah padanya seketul emas di dalam perut ikan tersebut.. maka dia pun dapat membaiki hidupnya semula.. tapi sepertinya adat org melayu dahulukala yg berhutang budi, maka bersumpahlah pak kaduk bahawa dia tidak akan makan ikan tapah seumur hidupnya, dan begitulah jua pada sekalian keturunannya berlaku.."
"moral of the story?"
"ikan tapah tak pupus di perak.."
"boleh juga.. tapi kalau kita baca balik tentang bagaimana seorg yg pakar melaga2kan binatang boleh ditolong pula oleh binatang lain hingga selepas itu dia bersumpah utk tidak mengganggu binatang itu lagi.."
"apa maksud ko? tak paham laa aku.."
"pak kaduk tuh org perak ker?"
"kaduk naik junjung.. esok kita sambung.. hehe"
"sioot!"
Post a Comment