jihad, boikot dan syurga..


kawan aku sebut semalam.. yahudi tahu dia buat apa pun dia akan menang sekarang nih.. diorg hanya akan takut bila org Islam solat subuh di masjid sama banyak dengan jumlah solat jumaat.. selagi nak bangkit solat subuh kat umah pun sakit urat belakang.. sama laa aku.. selagi kita tak sama2 gie solat jemaah subuh kat masjid lupakan solat hajat tuh.. jangan mengarut nak citer jihad.. kita belum sungguh2 lagi.. jom kita promosi solat subuh jemaah kat masjid.. insya-Allah..

aku terkedu mendengarnya.. astaghfirullah..


kawan aku tegur kenapa kita masih dengar lagu barat dan tengok filem barat sedangkan kita kata nak boikot amerika dan israel? kenapa boikot separuh2, benda yg mmg kita tak pakai pun.. kalo nak boikot, boikot benda yg kita guna tiap2 hari.. nih kita sebut boikot dan kutuk caci maki tapi kita dok menyanyi dan tercangak depan tv nengok citer diorg.. tapi sanggup ker kita nak wat jihad kecik camtuh? kalo nak buang cd dan dvd atau delete mp3 dan torrent pun kita teragak2, lupakanlah nak jihad halau duta atau nak suh anak kita berenti belajar kat amerika.. kita nih boikot mana yg kita tak rugi saja.. kalo ada untung kita dok cari sebab, cari alasan, nak bolehkan apa yg kita pilih.. subhanallah..

aku jadi malu pada diriku sendiri.. astaghfirullah..


maka berkata pula aku pada kawan aku tuh..
kita jihad bukan psal nak menang.. kita jihad psal nak syurga.. jihad tuh cara short-cut masuk syurga.. tuh pun kalo dapat syahid.. sama juga dengan buat benda2 lain.. bukan sekadar benci pada musuh Islam tetapi juga sebab rindu syurga dan takut neraka.. kita cari nafkah anak bini pun bukan sebab kita nak bagi makan anak bini, yg bagi makan Allah swt, kita usaha saja sebab usaha tuh dapat pahala, nak pahala supaya dapat redha Allah swt, dengan redha insya-Allah syurga milik kita.. tiada kekuasaan pada diri kita ini, semuanya kerna iradat Allah swt semata2.. Allah swt beri pilihan bukan sekadar utk kita memikirkan apa yg perlu kita pilih, kerna Dia tahu yg telah, sedang dan akan kita perbuat, tetapi memahami kenapa kita buat pilihan tuh.. kerna itu kunci rahmat itu ilmu.. kerna beramal tanpa ilmu itu adalah sebodoh2 manusia.. namun bukanlah alasan utk tidak beramal, hanya jangan sekadar mengikut2.. sesat kepala sesat ekor..

wallahualam..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008