samun dan polis
kawan aku hanya mampu geleng2 kepala bila nengok berita tv kes india ramai2 berkumpul depan rumah mayat dan masuk bilik mayat dan buat post-mortem kali kedua psal tak puas hati dengan laporan mati pihak hospital dan polis. bagi aku semuanya betul dan takder yg salah. betul mungkin saspek mati sebab paru2 berair tapi betul juga dia dah kena bedal dlm lokap. sapa yg percaya org masuk lokap kes macam tuh tak kena bedal dgn polis dan aku pun takleh nak bayang polis boleh dapat maklumat dgn cara tanya saja, gengster2 besar nih tentu tak takut setakat kena herdik dan jerit. mmg betul tak patut laa 2 menteri tuh masuk campur tapi mmg betul juga kalo tak buat macam tuh polis nih makin menjadi2. persoalannya bukan betul dan salah tapi kenapa dan bagaimana?
aku berfikir..
lanun dan misc
dah masuk dua malam berturut2 kuau berita mangsa lanun somalia nak saman boss dia psal tak tunai janji nak bagi pampasan dan gantirugi barang hantaran 15k yg dirampas lanun. dah berbulan2 sampai terpaksa 2 kali tunda majlis. kawan aku kata mmg betul lama nak proses benda2 pampasan nih terutama time ekonomi tak berapa baik nih tapi betul juga mamat tuh kena tuntut janji. yg heran naper bbc lak beriya2 sampai sanggup tanggung kos peguam? dan heran juga mamat tuh tak kawin2 sedangkan aku biasa tengok kenduri nikah kawin kat kelantan nih simple jer? sekali lagi bukan persoalan betul atau salah tapi apa dan bagaimana?
aku berfikir lagi..
labu dan airasia
kawan aku kata bukan airasia yg nak buat airport labu tapi sime darby. bagi aku sama saja, sime darby pun besar share dlm air asia, dan airasia pun mmg dari dulu tanak guna klia. betul jugak tanak guna klia yg serba-serbi mahal sedangkan airasia nak maintain kos rendah. tapi betul juga kalo tak guna klia tuh nak buat hapa? lagipun kan airasia selalu forward kan additional cost tuh kat passenger dia. org sure tak kisah asalkan airasia lebih murah dari mas, nak buat airport dlm hutan pun org akan sanggup pegi daripada gie klia yg ada hutan dlm airport. bukan persoalan betul atau salah tapi kenapa dan macammana?
aku masih berfikir..
olmert dan israel
terbeliak mata kawan aku dengar ucapan tegas perdana menteri israel..
"We have re-established in the perception of the whole world and particularly in the perception of the neighbouring countries to the State of Israel, the power and the deterrence that Israel always enjoyed. Everyone knows how strong Israeli is, everyone knows how powerful we can be, and everyone I think knows that it's not worth while starting a war with the State of Israel because it can end up differently from what someone may dream,"
persoalannya apa dan macammana?
aku terus berfikir..
alhamdulillah, berita semalam tunjuk kelasi kapal misc dah pun melangsungkan perkahwinan, dan aku salah, majlis kawin dia sama dgn majlis kahwin melayu kat negeri lain siap dgn bersanding.. i guess he is not pas member.. no wonder bbc beriya2 nak tolong.. Oops!