what can we do? (part 2)

power of sultan

mmg tidak pernah berlaku dlm dunia mana sekalipun, namun hampir tidak dapat kita nafikan bahawa sistem kerajaan kesultanan melayu itu mirip sistem khalifah yg terdapat dalam Islam.. sultan diberi kuasa pemutus melampaui jurisdiksinya sekarang yg hanya tertakluk pada adat dan agama org melayu.. pentadbiran sehari2 masih dilakukan oleh pembesar negeri yg terdiri dari menteri besar, dewan undangan negeri, majlis mesyuarat negeri, dsb. hanya setiap pelaksanaan haruslah mendapat perkenan sultan yg akan bertanggungjawab penuh terhadap rakyatnya..

decentralisation administration

setiap negeri punya kuasa autonomi sendiri untuk mentadbir.. persekutuan sebagai pentadbir negara keseluruhan, memfokuskan pada dasar luar dan dasar antara negeri.. negeri punya kuasa penuh mentadbir tetapi boleh disyaratkan sumbangan kepada persekutuan.. pemusatan kuasa menyebabkan keadaan pilih kasih dan tidak seimbang.. tiada total kuasa pemutus di persekutuan.. maka kemajuan negeri terletak pada rakyat yg menetap di negeri tersebut, dan tidak perlu meletakkan setiap alasan dan kesalahan pada persekutuan.. hubungan antara negeri dipereratkan dengan hubungan raja2 antara negeri.. bagi negeri yg tiada bersultan, maka persekutuan yang menjadi naungannya.. persekutuan tidak boleh campur tangan dengan urusan negeri.. jika terdapat apa2 kepincangan dalam sesuatu negeri, teguran hanya boleh diberikan dengan sidang majlis raja2 melayu dan menyampaikannya kepada sultan.. sebarang keputusan majlis raja2 melayu adalah terpakai juga sebagai undang2..

draf sistem kerajaan negeri

sultan
|
-------------------------------------------------
| | |
penasihat sultan pentadbir negeri dewan
| | undangan
---------------- menteri besar negeri
| | |
mufti pembesar majlis
istana mesyuarat
negeri

pentadbiran umumnya terdiri dari dua kelompok, satu kelompok yg dinamakan penasihat sultan yang merupakan sekumpulan penasihat yg dipilih sendiri oleh sultan atau majlis penasihat yang telah diasuh dan mempunyai keahlian dibidang masing2.. dan kelompok kedua adalah yg dipilih oleh rakyat.. menteri besar bertanggungjawab penuh kepada sultan, sebagaimana perdana menteri bertanggungjawab secara terus kepada yang dipertuan agong.. sistem ini adalah sama seperti yg kita ada sekarang.. namun yg dikesalkan ialah had kuasa yg berada dalam kelompok penasihat sultan.. yg wujud sekarang adalah pemisahan kuasa antara kelompok istana dengan pentadbiran negeri..

begitu jualah sistem dlm persekutuan.. perdana menteri mempunyai kuasa dalam menjalankan pemerintahan negara secara umum dan tidak tertaklok pada kuasa negeri2 yang tiada bersultan.. manakala mufti negara yang merupakan entiti penasihat utama tidak hanya memantau urusan syariah sebaliknya turut memberi nasihat kepada yang dipertuan agong apabila perdana menteri atau parlimen mengusulkan sesuatu kepadanya..

rakyat mutlak boleh memberi usul melalui wakil2 yang mereka pilih, tetapi yang dipertuan agong bertanggungjawab penuh dalam menghalusi semula berdasarkan pikirannya pula, maka jika tidak dapat dipersetujuinya, yang dipertuan agong akan memulangkan semula dengan catatan, kepada parlimen untuk dibahas dan diperincikan semula..

majlis raja2 melayu
|
yang dipertuan agong
|
----------------------------------------------------------------------
| | | |
mufti negara perdana menteri wakil agong parlimen
| negeri2 tanpa sultan
kabinet

dan untuk negeri2 tanpa sultan.. wakil agong itu seumpama tindakan khalifah yg melantik gabenor dari kalangan sahabat2nya yg soleh..

wakil agong
|
-------------------------------------------------
| | |
mufti pentadbir negeri dewan
| undangan
menteri besar negeri
|
majlis
mesyuarat
negeri

non-muslim malaysian

maka mereka akan diwakili oleh wakil2 mereka dalam setiap pentadbiran kerajaan negeri dan pusat.. taraf kewarganegaraan mereka tetap terpelihara.. mereka dianggap mempunyai status yg sama dengan raikyat keseluruhannya namun mereka harus menjunjung langit dimana mereka berpijak.. kebajikan golongan miskin dikalangan mereka masih menjadi tanggungjawab kerajaan.. mereka akan terus diberi keistimewaan untuk meneruskan pegangan agama dan budaya mereka.. ini Islam yang santun dalam mentadbir setiap makhluk dengan adil dan saksama..
hikmah dalam teguran

malah dengan syaitan yg dilaknat sekalipun Allah swt memberikan peluang menentang hingga ke hari kiamat.. setiap yg berlaku itu datang bersama hikmah untuk sesiapa yg mahu merenungnya.. sesungguhnya ditegur itu satu rahmat, kecuali kita mencuaikannya.. maka rugilah siapa yg tidak dapat mempelajari kesilapan dirinya sendiri..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008