teguran dari timur tengah
kawan aku kata apa yg berlaku di timur tengah itu merupakan teguran keras kepada umat Islam seluruhnya.. "jangan kita pandang jauh kekacauan di negeri org selain mencerminkan semula diri kita tentang apa yg berlaku dalam negeri kita ini.. sori laa aku cakap psal palestin nih dlm konteks Islam bukan dalam konteks kemanusiaan sejagat.." perli kawan aku merujuk pada kata2 seorg aktivis palestin dlm suratkhabar yg kata isu palestin nih bukan isu Islam-yahudi tapi isu kemanusiaan sejagat.. whatever..
"dalam gesaan yg didengar akan pentingnya kekuatan ekonomi dalam pembangunan ummah, kita terlupa mengutamakan sesuatu yg lebih utama.. ekonomi adalah nombor dua, yg pertama ialah kekuatan persaudaraan.." sambung kawan aku tuh dengan semangat..
"Tuhan dah tunjuk terang kat kita.. negara2 Islam yg kaya di timur tengah hampir tidak mampu berbuat apa2 selain kasihan dan simpati terhadap penderitaan umat Islam di tebing gaza.. mengapa dengan kekuatan ekonomi masih saja umat Islam merasa tidak berupaya? kerana kita lupa bahawa urusan yg paling wahid ialah kekuatan persaudaraan.. ini lebih yg ada dalam zionis tapi tidak dlm diri kita.."
persaudaraan Islam
meninjau semula kemelut dalam negeri kita, betapa org melayu yg memegang tanggungjawab menjaga Islam juga berlumba2 memperkasa ekonomi.. betapa org melayu yang bersaudara seagama dan sebangsa itu menjunjung tinggi ilmu ekonomi kapitalis yg bersifat mengumpul kekayaan berbanding ekonomi Islam yang bersifat memberi semula kepada ummah.. begitu tebalnya cinta kita kepada dunia dan diri kita sendiri berbanding cinta kepada sahabat kita.. hingga sudah menjadi jampi serapah kita betapa wang boleh memutuskan persaudaraan..
hampir semua melayu setuju bahawa melayu berpecah sekurang2nya kepada dua parti.. maka setiap satu itu menganggap dirinya lebih baik dari yg satu lagi.. tak ubah pertelagahan sunni dan syiah yang mencetus perang saudara iran-iraq.. ini telah berlaku zaman berzaman.. runtuh kesultanan melayu juga akibat dari pergeseran kuasa dan harta yg memperlihatkan si adik menjemput british datang konon membantunya.. terkini kerna si kaduk berpecah undi, maka si kitul yg menjadi undi penentunya.. kita berharap org lain menyudahkan persengketaan kita.. kerana kita lupa yg numero uno itu kekuatan persaudaraan.. kita tak mampu nak menghadam kekuatan luarbiasa yg terdapat dalam diri Hasan ra ketika menyerahkan kekuasaan kepada Muawiyah ra demi keutuhan umat Islam..
krisis kepimpinan
umat Islam mencapai gemilang dlm pemerintahan khalifah, dari Umayyah, Abbasiyah hinggalah Othmaniyah.. walaupun mengalami naik turun namun tak pernah merasa terhina dan putus asa selepas kejatuhan khalifah Islam yg terakhir dari kerajaan Othmaniyah.. selepas itu kita teraba2 membawa panduan masing2 hingga mudah dakyah ditusukkan disetiap rusuk umat Islam.. tinggallah kepada kita yg akhirnya jadi keliru dengan Islam itu sendiri.. hampir sukar membezakan yg mana benar dan yg mana batil, segelintir memandang jijik kepada sunnah Nabi saw dek kerana terbiasa dengan tabiat para kafirun yg kita anggap lebih moden dan sesuai dengan zaman, nauzubillah..
ini kekurangan umat Islam.. ini punca umat Islam tidak mampu bersatu.. krisis kepimpinan.. kita sudah tiada khalifah.. tidak ada satu pusat yg menjadi kuasa pemutus dalam maslahat ummah.. maka kita berpegang pendirian sendiri2.. kita menerima fatwa hanya yg membolehkan apa yg kita mahu tanpa melihat lebih dalam.. ini yg perlu kita perbaiki.. tetapi bagaimana?

Post a Comment