berbeza batin dan zahir..

bukan main meloncat2 kawan aku bila aku cadangkan bahawa donlod haram lagu barat pun satu cara nak buat kafir2 nih rugi.. dvd pirate pun buat diorg rugi.. maka eloklaa org tgok dvd cetak rompak dan burn cd mp3..

dengan mata yg berbinar2 kawan aku berkata, "itu sama laa macam ko curi babi kat atas bukit tuh dan jual kat pasar cina.. boikot bukan sekadar tak beli tapi juga tak promosi.. ko tanak makan kfc tapi ko kata kat org ayam kfc tuh sedap giler menjilat jari.. ko kesian tgok org miskin tapi ko masih beli baju harga beratus2.. apa yg kita fikir itu kena sejajar dengan apa yg kita buat dan kata.."

"hiburan barat nih adalah satu bentuk penjajahan minda.. kita kata kita tak terikut2 hanya sekadar mendengar dan tengok.. tapi lihat saja betapa kita menyerupai apa yg kita dengar dan tengok.. selain daripada hidung kita yg kemek dan kembang nih, semua yg boleh diadjust dah kita adjust.. kita kata kita tak puja pelakon penyanyi tapi most of the time lidah kita lebih basah dengan lagu barat daripada berselawat ke atas Nabi saw.. kita sentiasa kata mmg idola kita tapi ironinya bibir kita nih mengkumat-kamit lagu jeniper lopes, metallica, iron maiden, scorpion,.."

"mana ada budak2 skrg dengar iron maiden scorpion tuh bro.. lu citer zaman bila nih?" sorg lagi kawan aku mencelah..

"aa.. itu je yg aku tahu.. hehe.. contoh beb.. contoh.."

"ok sambung2.." aku menyingkatkan waktu mengarut..

"kita tengok dulu kenapa Nabi saw nih nak sangat berbeza dari org kafir.. ikat serban pun kena beza dari serban kafir.. nak panggil org datang solat kat masjid guna azan dan tak guna loceng.. sampai puasa bulan muharram pun Nabi saw sabda puasa juga sebelum dan selepas.. supaya tak sama dengan puasa org kafir.. potong misai dan bela janggut supaya berbeza dari org yahudi.. maknanya kita org Islam nih kena berbeza bukan sahaja jiwa dan fikiran tetapi juga secara fizikal.. bukan sekadar bersikap berbeza tetapi juga kena kelihatan berbeza.."

"tapi besar serban tuh bukan ukuran besar imannya, pakai tudung bercadur pun kena tangkap basah jugak," perlahan aku dengar kawan aku yg sebelah kiri menyahut..

"cuba tgok kopiah dlm keter ko tuh.. masa bila ko pakai kopiah tuh? masa solat jumaat jer kan? atau kadang2 bila gie kenduri arwah.. kenapa ko pakai kopiah masa tuh? sebab adat ker sebab ibadah nak ikut sunnah tutup kepala? kenapa ko minum nih tak pakai kopiah tuh? kenapa kat opis tak pakai kopiah? masuk mall, tengok wayang, tgok konsert.."

"tak sesuai laa bro gie dangdut pakai kopiah.. nanti org kata dunia nak terbalik pak lebai berdangdut.."

"thats the point.. bila ko pakai kopiah ko jadi malu kalo buat tak tentu arah.. ko malu nak buat maksiat.. ko bayangkan ko pakai serban pastu gie melepak sebelah minah salleh topless kat tepi pantai.. sesuai tak? ini yg kita namakan sunnah.. bila kita ikut sunnah, insya-Allah kita terpelihara.. sekurang2nya kita masih ada malu.. ada malu tuh tanda ada iman.. pakai tudung buat maksiat pun masih sorok2, kalau tak pakai tudung dia cemolot depan 7-11 jer.."

"isk ko nih.."

"hehe.. sowi tershashul.. yg aku cuba nak sebut ialah kita kena berbeza.. hiburan kita pun kena berbeza.. dan kita tak boleh selama2nya hanya menentang dgn hati tapi mulut kita bersiul lagu diorg.. tak tengok wayang tapi kita hayati agenda diorg.. ubat yg baik camna pun kalo ada alkohol kita leh avoid, kasut cantik camna pun kita leh tak beli psal ada kulit babi, kita cari juga alternatif lain utk hiburan.. takkan benci kita hanya sekitar anjing dan babi sahaja.."

keadaan hening sebentar, aku menyuap lambat roti canai sambil cuba menghadamkan pendapat kawan aku..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008