palestina tanah melayu


membantu amerika dan israel

sessi minum petang jadi panas bila kawan aku bukak citer surat curahan perasaan seorg pekerja kfc tentang bagaimana dia dicaci kerna bekerja membantu syarikat amerika yang menggunakan keuntungannya untuk membantu israel.. begitu panasnya hingga kopi radix panas yg didepannya menyejuk tak bersentuh..

"ada dua isu kat sini tentang bagaimana kita menyikapi boikot nih.. satu, apa alternatif kita? alternatif untuk pengguna dan alternatif untuk pekerja.. dan dua, peranan kita terhadap yang terlibat, bukan sekadar sedap mulut kita bercakap tapi hakikatnya omong kosong.." berapi2 perkataan yg keluar dari mulut kawan aku..

aku teringat kisah dato onn mencebik para pejuang awal kemerdekaan dengan kata2 "nak buat jarum sebatang pun tak mampu, nak merdeka konon".. sindiran yg kemudiannya menjadi azimat penguat semangat hingga dato onn sendiri kemudiannya bersetuju akan keperluan tanah melayu untuk merdeka..

tanggungjawab menyediakan

"menyediakan pilihan nih adalah fardhu ain.. kita dah buat ker blum? kita tak bagi org makan kfc, alternatifnya apa? kita tak bagi org makan ayam cucuk hormon, kita buat tak ternak ayam yg tak pakai hormon? berapa kompeni halal org melayu berbanding kompeni halal milik org bukan Islam? kita marah cina tanam sayur pakai baja taik babi, tapi kat pasar kita beli sayur RM10 dapat 4 ikat kat cina-india sebab melayu jual RM10 dapat 3 ikat saja.."

"bukan tanak tolong melayu tapi kualiti tuh kdg2 teruk sangat.. buat keja bukan elok sangat tapi nak charge harga bukan main.. pastuh menipu banyak sangat.." keluh sorg lagi kawan aku..

"betul tapi kita tak boleh putus asa dengan bangsa sendiri.. takkan setandan pisang busuk semua, takkan serangkak telur semuanya tembelang.." seorg lagi kawanku bersuara..

"macam kopi radix nih.. ini contoh.. kalau kita nampak keperluan dalam ummah yg tidak disediakan oleh org Islam, kita kena buat.. kalau kita takleh buat kita kena bergabung dengan org yg berkeupayaan untuk buat.."

mungkin kumpulan arqam dulu boleh kita jadikan contoh juga.. bagaimana mereka bermula dari menyediakan yg paling asas.. kicap.. kalau takder makanan lain, tetap org boleh makan nasi dengan kicap.. simple and practical solution.. selepas itu baru buat benda lain..

tanggungjawab mendedahkan

hanya saja yg jadi masalah org melayu nih ialah kreativiti dan inovasi.. yg paling org melayu buat ialah copy-cat.. sorg buka kedai makan, berderet semua nak buat kedai makan.. satu kedai makan laku jual sate, semua kedai makan ada sate.. masalah berinovasi ialah keberanian..

kita hanya berani melakukan sesuatu yg dah jelas berjaya.. kita takut nak mencuba atau menyediakan benda baru, takut rugi.. sebab tuh perniagaan dan pekerjaan org melayu tuh satu pesen saja.. sorg buat semua buat.. sorg jadi cikgu, habis semua adik beradik jadi cikgu.. sorg jadi jutawan semua berangan nak jadi jutawan juga.. yg org kita perlukan ialah pendedahan.. ini yg kita kena buat..

bila kita buat jangan pula cepat putus asa.. mana ada org berniaga jadi jutawan sekelip mata.. kena rasa naik turun, untung rugi, baru kita jadi kuat dan lebih bersedia.. umpama pahlawan melayu yg tak akan mengalah sebelum mati.. walau luka penuh ditubuh, musuh tetap dirempuh.. sekali melangkah takkan mundur..

cakap macammana nak bikin

ini yg menjadi fardhu di atas fardhu.. menyediakan keperluan ummah disamping memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat..

"cakap senang beb.. tapi macammana nak buat? org kita mana ada modal?" sahut kawan aku seorg lagi..

"sebab itu kita perlu bergerak dalam kumpulan.. kita bergabung dalam kumpulan kecik dan cuba buat sesuatu.. atau kita bergabung dengan syarikat atau koperasi yg berhala tuju sama dengan kita"

"masalahnya org melayu nih mula2 ok pastuh nanti dah mula untung banyak, mula laa macam2 jadinya.. dah banyak contoh dah.."

"sebab tuh kita kena kaji betul2 kumpulan yg kita nak bergabung.. kalau tidak kita buat gabungan sendiri.. tak semestinya bila kita kena buat sesuatu kita kena buat yg besar dan hebat.. kita mula kecil.. yg kecil nih bila besar jadi kuat.. kita dedahkan diri kita dengan lebih berani.. kita kongsi risiko bersama.. tapi niat kena betul lah" kelihatan 2-3 org rakan yg lain mengangguk2kan kepala tanda bersetuju..

memungkiri mungkar

"ok laa itu jangkamasa panjang.. macammana dgn budak2 kfc yg kena maki nih? patut ke tak patut dia berenti?"

"itu bukan tanggungjawab budak tuh sorg jer.. sapa yg suh dia berenti tuh pun kena tanggungjawab.." kata kawan aku sambil mencecah roti bakar ke dalam kopinya..

"apahal pulak camtuh?"

"bila kita nampak org buat salah, kita kena tegur, halang dan bantu dia.. betul?"

"betul"

"makanya jika kita suh dia berenti keje kerna kita tanak dia bersubahat menyumbang membunuh anak2 palestin, bermakna kita juga harus bertanggungjawab sara hidup dia sementara dia nak dapat keje lain.. kita kena sanggup beri sebahagian dari rezeki yg kita dapat pada dia.. kena babntu kesusahan dia.. kena tolong carikan kerja lain atau kita kena bagi kerja kat dia.."

"sapa nak buat macam tuh.."

"sebab tuh aku kata omong kosong.. kita nih taknak rugi sikit pun.. berkobar2 cakap psal palestin, bila org hulur tabung derma kita cari2 duit lima ringgit.. ok laa biasanya seringgit jer.. haha" berderai pecah suara kami mengetawakan telatah diri sendiri..

"ini maksud aku.. kita kena bersedia untuk betul2 boikot.. kalau setakat tokeh kfc dan mcd tuh tak miskin diorg sebab mmg dah banyak untung.. tapi bagaimana dgn yg bekerja.. cuba tgok siapa yg paling ramai keje kat kfc dan mcd tuh.."

"nak boikot mmg sedap jer kita sebut.. sebab kita tak terlibat secara langsung.. kita hanya pengguna.. tak pakai tak guna pun dah ok dah.. kita leh beli barang lain walaupun bukan org muslim yg buat tapi bukanlah buatan amerika dan israel.. tapi yg bekerja bagaimana?"

"kita suh dia berenti.. pastuh kita nak dia cari keje.. kita lupa satu benda.. diorg keje kat situ sebab tak jumpa keje lain.. pekerja2 restoran fast-food nih kebiasaannya hanya sementara.. daripada tidak buat keje apa langsung.. atau mmg mungkin kita lebih suka tengok diorg nih bersidai kat pasaraya tak bekerja?"

apa lagi di zaman ekonomi tak berapa bagus nih.. berapa ramai org kena buang keje? tuh belum campur pati indo dan bangla yg kena buang keje.. bukan diorg nih nak balik pun.. bak kata mamat yg kena lempang dgn kawan aku psal cuba mencuri motor tahun lepas.. "nak mencuri nih pun kena lawan mat indon bang.. kalau kitorg tak cilok, diorg yg cilok.. abih tuh apa lagi kitorg nak buat bang.. mintak keje org tak bagi.."

apa yg kita boleh buat? ini soalan paling susah org melayu nak jawab.. dalam citer apa pun, soalan nih yg takkan terjawab..

bersatu memboikot

"ko rasa boikot nih boleh lemahkan org yahudi?" perlahan kawan aku melontarkan pertanyaan.. memecah hening perbicaraan yang tergantung..

"aku melihat boikot ekonomi nih dari perspektif bukan ekonomi.. bagi aku kita boikot nih bukan untuk lemahkan ekonomi yahudi dan kuncu2nya.. tapi sebagai satu cara mempersatukan ummah.."

ekonomi dunia mmg dikuasai oleh yahudi melalui jaringan antarabangsanya.. bagaimanapun mereka pasti menemui ruang untuk mendapat untung.. dan kita pula hampir tidak mungkin untuk tidak menggunakan hasil teknologi mereka.. mereka telah menyerap disegenap sektor hinggakan jika mereka yg boikot kita, kita boleh hancur.. ini hakikat..

"sama macam aku sebut sebelum nih.. buat gabungan, beri pendedahan, bantu org Islam untuk tinggalkan perniagaan dgn israel dan amerika.. tuh semua mmg bunyinya ekonomi tetapi yg paling penting bagi aku adalah pelaksanaannya yg memerlukan penyatuan, pengukuhan dan penyelerasan semula minda org2 Islam.."

"yg paling utama ialah masjid quba sebelum pasar ansar sebelum piagam madinah.. untuk bersatu kita perlu tujuan, perlu matlamat.. masa malayan union, org melayu bersatu sebab tak setuju org bukan melayu diangkat jadi warganegara.. ini asasnya.. melayu tolak jus soli.. bukan pertahan hak raja melayu sebagi raja dan bukan sebab nak halau british dari tanah melayu.. yg ramai org melayu berdemo tuh adalah sebab tanak jus soli.. walaupun takdirnya kita merdeka dengan jus soli.. kita berubah matlamat.. setiap matlamat itu ada harganya.. dan harga merdeka kita bayar dengan jus soli.."

mencari akar dan rotan masa lalu

"bukan nak citer umno nih.. aku cuma nak bagitau bahawa kita perlukan sebab untuk bersatu.. satu sebab yg dianggap penting oleh semua org.. sepertinya org2 cina dan india bersatu berpindah undi ke pakatan rakyat.. ada sebabnya.. bukan sekadar marahkan mca dan mic.. mereka berani berubah sebab mereka mmg punya satu keperluan yg sama, betapa ekonomi mereka mulai merudum kerna sikap haloba kroni2 umno yg menyapu semua projek besar dan kecil.. mereka ada sebab yg mereka semua setuju bahawa ianya penting untuk survival mereka.."

"sama juga sebab mengapa mereka membuat keputusan untuk memperjuangkan merdeka setelah mereka tahu hakikat mereka akan dihukum mati jika dihantar pulang ke china.. ada sebab, ada tujuan, yang jelas nampak dan dirasai kepentingannya.."

"evolusi perjuangan org melayu pula berbeza.. kalau malayan union psal nak tolak jus soli.. perjuangan merdeka pula kerna mereka menyedari betapa british sudah tidak begitu mengambil peduli tentang org melayu.. org melayu merasa keperluan untuk mentadbir sendiri.. untuk mentadbir sendiri maka british harus dihalau dulu.."

"perjuangan menentang komunis juga bersebab.. org2 melayu di kampung2 sudah tidak merasa aman.. kerna itu walaupun terpaksa bergabung dengan british tetap mereka lakukan kerana keperluan begitu mendesak.. 13 mei juga kita lihat org melayu bersatu kerana adanya keperluan.."

"begitu juga dengan isu palestin.. dari dulu mmg malaysia antara negara yg begitu perihatin dengan palestin.. tapi kita sekadar kasihan dan membantu dari jauh tanpa ada impak lebih besar dalam negara.."

palestin melayu atau melayu palestin?

"apa yg berlaku kali ini sedikit berbeza.. kalau dulu palestin dilihat sebagai isu kemanusiaan tetapi yg terkini org melayu mulai melihat dari konteks agama.. beza generasi beza pendapat.. generasi terkini mempunyai keinginan yg lebih kuat terhadap agamanya.. maka itu wajar kita gunakan isu palestin ini untuk mengukuhkan ukhwah dalam gerakan apa sekalipun.."

"maka jika ko nak aku jawab soalan boikot nih berkesan atau tidak, aku melihat ada sinar yg berbeza.. sebab itu kita perlu terus mempromosikannya.. biarkan zionis terus2an membedil gaza, kerana selagi mereka masih membuas, semakin kuat juga perpaduan umat Islam dan semakin jelas gerakan kebangkitan Islam di seluruh dunia.."

"ko nih macam suka pulak palestin hancur macam iraq"

"bukan itu maksud aku.. aku hanya melihat adri perspektif bahawa sudah ramai org merasakan perlu membuat lebih dari sekadar beri derma.. dan aku pasti kita semua juga tak mahu melayu jadi palestin di bumi melayu nih kan?"

"aku setuju dgn statement tuh" kataku diikuti dgn anggukan kepala kawan2 yang lain..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008