what can we do? (part 3)

pelasterian instrumen ekonomi Islam..

salah satu sumber asas ekonomi Islam ialah zakat.. zakat bukan sekadar dikumpul tetapi digunakan sepenuhnya.. mewujudkan perkampungan org miskin yg dibantu penuh rumah dan pembangunan ekonomi untuk rakyat yg daif dan tidak berumah.. pembinaan hospital pakar dan sekolah berasrama khusus untuk org miskin dengan prasarana yg sebaik yg ditawarkan oleh institusi swasta.. dengan cara ini setiap zakat yg terkumpul dapat disalurkan dengan lebih cekap dan berkesan..

begitu pula halnya dengan institusi infaq dan waqaf yg harus menjadi suatu peluang yg ditunggu2 oleh setiap rakyat dalam membina kemakmuran ummah.. semua ini adalah apparatus yg boleh memperkukuh ekonomi ummah dan meleraikan kebergantungan pada yang lain..

benarlah sukar untuk kita menerima namun beginilah pendapatku.. bahawasanya apa sahaja yg kita perkerjakan itu adalah menjadi hak kita untuk menikmati keuntungannya.. namun dlm Islam harta dunia ini hanyalah amanah dan dipinjamkan oleh Allah swt, maka kerna itu nanti kita akan dipersoalkan akan tentang kemanakah kita belanjakan harta2 tersebut.. adapun apa yg kita dapatkan itu bukanlah kerna usaha kita tapi kerna rahmat Tuhan semata2.. adalah benar segala takdir itu adalah milik Tuhan dan Tuhan akan memberikan rahmat-Nya pada yg berusaha bukan sekadar berharap dalam malas.. namun masih janji Tuhan bahawa Dia akan menyempurnakan rezeki hamba-Nya sebelum dijemput maut..

perihal harta yg ditinggalkan

ramai yg suka meriwayatkan hadis yg mengisahkan nasihat Nabi saw kepada Saad bin Waqas ra, "adalah lebih baik meninggalkan harta kepada anak2 kamu daripada membiarkan dia miskin dan meminta2".. tapi ramai yg tidak tahu siapa Saad bin Waqas ra dan mengapa Nabi saw menasihatkan begitu kepadanya, sedangkan kita sedar dan faham bahawa Nabi saw tidak meninggalkan apa2 kepada isteri dan anak2nya ketika baginda wafat.. adapun Saad bin Waqas ra itu adalah seorang yg kaya tetapi dia mahu menghibahkan semua hartanya kepada Islam.. kerna itu beliau ditegur oleh Nabi saw kerana tidaklah adil membiarkan anak2 beliau dalam kemiskinan sedangkan sebelum itu tidaklah mereka pernah tidak cukup makan.. meletakkan hak pada tempatnya..

jika kita telusuri hidup Nabi saw dan para sahabat ra yg begitu takut dipersoalkan tentang harta yg dikumpulnya.. hingga Nabi saw sendiri mengingatkan bahawa setiap org harus membuat wasiat sekurang2nya dalam selang waktu 3 hari.. membawa makna setiap dari kita harus melihat semula harta yg kita kumpul sekurang2nya dalam selang waktu 3 hari.. bukan untuk kita menghitung2 kekayaan apalagi bermegah2.. tetapi supaya kita menginsafi bahawa perlunya kita mewasiatkan 1/3 daripada harta kita untuk Islam.. bukan sibuk membahagi2kan harta dikalangan waris kerna hak waris sudah terperlihara dalam faraid..

maka berpendapat juga aku bahawa walaupun 2.5% itu hak zakat yang khusus asnafnya, namun ada lagi 1/3 bahagian dalam harta kita yg sebenarnya perlu kita kembalikan kepada ummah.. hak waris adalah 2/3 bahagian setelah ditolak zakat dan pembahagian faraid bukan menunjukkan harta untuk pemilikan sebaliknya atas hak untuk dipertanggungjawabkan..

kapitalis Islam..

ini beza langit dan bumi antara sistem modal kapitalis yg menjunjung demokrasi dan sistem modal dalam Islam.. dalam sistem ekonomi moden yg kita paham dan ikut, betapa dimana ada kehendak di situ ada pasaran, maka berniagalah mendapat untung dan modal terkumpul pada individu.. dlm sistem ekonomi Islam, dengan berbagai instrumen seperti zakat, infaq, waqaf dan sedekah, kapital ekonomi berada pada ummah, bukan pada individu..

jika kita mahu melakukan sesuatu, modal itu boleh diberi dari ummah, maka berkreatiflah kita melipatgandakan modal tersebut, namun setelah itu kita kembalikan ia semula kepada ummah melalui instrumen yg wujud.. sekali lagi, modal itu pada dana ummah, baitul-mal, dsb.. bukan individu.. dengan itu seluruh ummah mengecapinya dan bukan dimegah2kan oleh sekelompok kasta tinggi dalam masyarakat..

sosialis Islam..

adalah benar ada yg mengaitkan keserupaan sistem ini denga sistem sosialis yg didukung oleh hampir semua negara komunis terutama rusia dan china.. pokok asas yg penting dlm sistem ini ialah pentadbir, atau yg kita sebut khalifah.. kegagalan sistem komunis kerana tiadanya jiwa Islam dlm pentadbiran dan pelaksanaan.. kerna itu sekali lagi kita tekankan bahawa ekonomi adalah urusan kedua selepas kita perkukuh urusan wahid iaitu kekuatan persaudaraan..

dan pertanyaannya sekali lagi ialah selepas perbincangan panjang, selepas faham dan selepas melihat pilihan yg kita ada.. bolehkah kita melakukannya? dan aku sangat teruja dengan pendapat sahabatku.. "walaupun mungkin bukan dalam generasi yg ini, tetapi kita perlulah memulakannya.. masih banyak kelemahan di dalamnya yg perlu dibahas dan diperincikan lagi.. dan jangan lupa menyiapkan generasi seterusnya yg lebih mampu melakukannya dari kita.. ini tanggungjawab kita sebagai generasi pencetus.. insya-Allah.."


[copy : i-Planning ]

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008