legasi pak kaduk


"tau tak citer pak kaduk?" sembang pagi dimulakan oleh kawan aku yg sudah sedia dianggap library kisah2 rakyat. tapi sapa pulak tak tahu kisah pak kaduk yg pasca pru12 nih dijadikan anekdot oleh umno untuk menyindir pakatan rakyat..

akan perihal pak kaduk yg mempunyai ayam sabung terhandal tak pernah kalah yg akhirnya mempertaruhkan kampungnya sendiri.. walaupun ayam sabungnya menang namun dia tetap kalah kerna telah bersetuju menukar hakmilik terhadap ayam tersebut sebelum sabung bermula..

belum cukup malunya diperdayakan kelicikan musuh ditambah pula malu dek kelakuan sendiri mahu kelihatan berbeza hingga ditempah baju kertas yg akhirnya koyak-rabak menelanjangi diri sendiri kerna terlampau seronok menyambut kemenangan ayam sendiri yg bukan hakmiliknya lagi..

"tau tak apa jadi pada pak kaduk selepas itu?" jarang org nak tahu cerita keseluruhan jika sudah bertemu klimaks cerita.. maka soalan itu mengajak segala teman yg ada memusatkan pandangan pada si penglipur lara..

"pernah dengar tak lagenda org kampung gajah di perak yg tak makan ikan tapah? mungkin diorg tuh keturunan pak kaduk.."

"walaupun banyak org menganggap pak kaduk adalah org yg bodoh tetapi kita lupa betapa baik dan jujurnya dia.. selepas kejadian menang sabung kampung tergadai tuh hidup pak kaduk tidaklah menjadi miskin hina papa kedana.."

"dikisahkan pada suatu hari pak kaduk menangkap ikan tapah dan dibawanya balik ke rumah.. setelah disiangnya ikan tersebut maka hadirlah padanya seketul emas di dalam perut ikan tersebut.. maka dia pun dapat membaiki hidupnya semula.. tapi sepertinya adat org melayu dahulukala yg berhutang budi, maka bersumpahlah pak kaduk bahawa dia tidak akan makan ikan tapah seumur hidupnya, dan begitulah jua pada sekalian keturunannya berlaku.."

"moral of the story?"

"ikan tapah tak pupus di perak.."

"boleh juga.. tapi kalau kita baca balik tentang bagaimana seorg yg pakar melaga2kan binatang boleh ditolong pula oleh binatang lain hingga selepas itu dia bersumpah utk tidak mengganggu binatang itu lagi.."

"apa maksud ko? tak paham laa aku.."

"pak kaduk tuh org perak ker?"

"kaduk naik junjung.. esok kita sambung.. hehe"

"sioot!"

Read On 0 ulasan

kisah tiga barisan

kisah umno..

"hahahaa.. dah buat dah.. bota masuk pkr," ketawa kawan aku.. entah ketawa seronok, ketawa sindir, atau ketawa sakit hati.. tak sure yg mana satu..

"elok gak macam tuh, banyak sket melayu dlm pr.. esok2 bila tak boleh tahan lompat balik masuk umno, bawak pulak melayu dlm pkr dan pas.."

"tuh laa sebab aku kelakar bila kecoh nak wat undang2 lompat parti nih.. tak nyesal ker? haha"

"yg nih pulak tak kelakar tapi aku tetap rasa nak ketawa.. bila veteran kata buang semua sayap, habih meloncat.. diorg nih paham ker apa maksud perkataan org tua tuh?"

"biasa laa politik melayu.."


kisah mic..

"tengok nih org buat perarakan besar2an nak kebumikan org yg disaspek geng pencuri kereta.. macam perarakan mafia pun ada gak.. apa yg kecoh sangat sampai demo depan rumah mayat.."

"yg bestnyer.. ada menteri kata yg dua lagi menteri tuh boleh didakwa tapi yg sorg bukan menteri kata dia akan sponsor lawyer terbaik utk pertahankan 2 menteri tuh.. macam wayang tamil"

"hehe.. yg naib nak lawan ketua kena pecat kata tanak merayu, alih2 rayuan diterima tak jadi pecat dan tiba2 ketua kata dia tak kisah naib nak lawan jawatan apa pun.. apa cer?"

"biasa laa politik india.."


kisah mca..

"geng nih gak baguih tgah dok sambut tahun baru lagi.. katanya sambut sederhana tapi aku tgok bukan main pom-pang-pom-pang mercun meletup.. tahun nih cuti sampai seminggu napak.."

"sekurang2nya diorg concern laa psal statistik kata 30% amik loan utk sambut tahun baru.. punya laa nak pujuk anak-cucu balik.. apa punya tur?"

"biasa laa politik cina.."
Read On 0 ulasan

erdogan's walk


"President Peres you are older than I am. Maybe you are feeling guilty and that is why you are so strong in your words. You killed people. I remember the children who died on beaches."

Read On 0 ulasan

fikir2 sore


samun dan polis
kawan aku hanya mampu geleng2 kepala bila nengok berita tv kes india ramai2 berkumpul depan rumah mayat dan masuk bilik mayat dan buat post-mortem kali kedua psal tak puas hati dengan laporan mati pihak hospital dan polis. bagi aku semuanya betul dan takder yg salah. betul mungkin saspek mati sebab paru2 berair tapi betul juga dia dah kena bedal dlm lokap. sapa yg percaya org masuk lokap kes macam tuh tak kena bedal dgn polis dan aku pun takleh nak bayang polis boleh dapat maklumat dgn cara tanya saja, gengster2 besar nih tentu tak takut setakat kena herdik dan jerit. mmg betul tak patut laa 2 menteri tuh masuk campur tapi mmg betul juga kalo tak buat macam tuh polis nih makin menjadi2. persoalannya bukan betul dan salah tapi kenapa dan bagaimana?

aku berfikir..

lanun dan misc
dah masuk dua malam berturut2 kuau berita mangsa lanun somalia nak saman boss dia psal tak tunai janji nak bagi pampasan dan gantirugi barang hantaran 15k yg dirampas lanun. dah berbulan2 sampai terpaksa 2 kali tunda majlis. kawan aku kata mmg betul lama nak proses benda2 pampasan nih terutama time ekonomi tak berapa baik nih tapi betul juga mamat tuh kena tuntut janji. yg heran naper bbc lak beriya2 sampai sanggup tanggung kos peguam? dan heran juga mamat tuh tak kawin2 sedangkan aku biasa tengok kenduri nikah kawin kat kelantan nih simple jer? sekali lagi bukan persoalan betul atau salah tapi apa dan bagaimana?

aku berfikir lagi..

labu dan airasia
kawan aku kata bukan airasia yg nak buat airport labu tapi sime darby. bagi aku sama saja, sime darby pun besar share dlm air asia, dan airasia pun mmg dari dulu tanak guna klia. betul jugak tanak guna klia yg serba-serbi mahal sedangkan airasia nak maintain kos rendah. tapi betul juga kalo tak guna klia tuh nak buat hapa? lagipun kan airasia selalu forward kan additional cost tuh kat passenger dia. org sure tak kisah asalkan airasia lebih murah dari mas, nak buat airport dlm hutan pun org akan sanggup pegi daripada gie klia yg ada hutan dlm airport. bukan persoalan betul atau salah tapi kenapa dan macammana?

aku masih berfikir..

olmert dan israel
terbeliak mata kawan aku dengar ucapan tegas perdana menteri israel..

"We have re-established in the perception of the whole world and particularly in the perception of the neighbouring countries to the State of Israel, the power and the deterrence that Israel always enjoyed. Everyone knows how strong Israeli is, everyone knows how powerful we can be, and everyone I think knows that it's not worth while starting a war with the State of Israel because it can end up differently from what someone may dream,"

persoalannya apa dan macammana?

aku terus berfikir..

Read On 1 ulasan

suatu malam yg sepi


subuh seperti jumaat

"kita nak sembang palestin lagi ker apa malam nih?" tanya kawan aku melabuhkan punggungnya ke atas kerusi plastik merah sambil mengacungkan jari telunjuk ke arah mamak bermaksud teh tarik halia seperti biasa..

"aku rasa time hidup kita nih skrg dah tak betul laa.. kalau cara hidup kita ikut jadual masa yg kita dok buat skrg nih sampai bila pun masjid takkan penuh waktu subuh.."

"aa.. ini still citer palestin gak nih.. hehe"

"bahagian mana yg tak betul?" sampuk sorg lagi ahli masyuarat tingkap..

siang dan malam

"pembahagian siang dan malam kita pun tak betul.. kan hari kita bermula lepas asar.. dan Nabi saw sendiri tak suka org2 mukmin bercakap2 lagi selepas isya'.. maknanya waktu isya' tuh dah patut dikira tgh malam.. waktu tidor.."

"kalau kita baca balik makan malam Nabi saw tuh lepas asar sblum maghrib.. sebab sunnah Nabi saw lepas maghrib lebih baik duduk terus hingga isya'.."

"malam pulak dibahagi tiga.. dan kita dianjurkan bangun beribadah pada dua pertiga malam atau lebih baik di sepertiga yang akhir.. maknanya secara umum skrg nih kita anggap malam dari maghrib sampai lepas subuh.. dari lebih kurang jam 7 hingga jam 7 esok.. ada 12 jam.. bahagi 3 maknanya dalam pembahagian 4 jam.. 3 periode.. 7-11malam, 11-3pagi, 3-7pagi.."

"katakan solat isya' selesai kira2 jam 9 malam, makna bahagian pertama ada 2 jam campur bahagian kedua 4 jam.. patut dah cukup 6 jam tidur utk org dewasa cam kita nih.. maknanya jam 3 pagi patut kita bangun dah selesai mandi.."

begitu bersemangat kawan aku menjelaskan perkiraannya pada para ahli mesyuarat yg lain..

jadual hidup mengikut sunnah

"kita bandingkan dgn mandi pagi kita jam 6 pagi.. maknanya bila masuk subuh pukul 6 pagi tuh keadaan kita sama dgn segar pkul 9 pagi.. maknanya solat subuh tuh akan rasa cam kita solat duha kita sekarang.. sama dgn time kita dah mula bersidai kat kedai minum pagi.."

"kalau kita skrg nih jam 9 dah boleh bersidai ramai2 kat kedai, maknanya kalau kita mulakan hari seawal jam 3 pagi tak mustahil kita bersidai kat masjid.."

"emm.. interesting.. kalau kira office hour 9 jam campur makan tghari sejam, masuk jam 3 pagi boleh balik keje jam 12 tghari campur solat subuh dan minum pagi sejam.. makna baru betul lepas solat zohor kita leh rehat tidur sekejap.." sambut kawan aku yg satu lagi menangkap rasional teori masa mengikut sunnah..

"betul tuh.. baru napak camna sunnah tuh semua berlaku dgn sempurna.. jam 3-5pagi ibadah khusus sendiri kat rumah, kemudian keluar gie masjid solat subuh jemaah kemudian terus tunggu solat duha.. terus bermasyarakat lepas tuh.. cantik.."

Islamika d'amore

"jadi maksudnya perjalanan hidup kita skrg nih tak Islamik laa.. sebab tuh sampai bila pun kita tak betul psal kita tak ikut sifir Islam. pandai org kafir atur kita, patutlaa susah betul kita nak buat camna ulama2 dulu buat.." sahut kawan aku yg sedang cuba mengikis tabiat merokok dengan membuat penjadualan semula perbelanjaan harian, hisap sebatang rokok kena sedekah rm5 kat org lain..

"tuh laa.. kita skrg nih pukul sembilan malam baru laa nak mula citer best2 kat tv.. dah isytihar prime time.. tuh sampai laa ke lepas tgh malam semua citer yg buat mata kita terbuntang.. masuk jam satu lebih baru laa citer tak best.. baru laa nak terlelap.. tuh yg bangun ngam2 jer.. tuh pun psal dengar azan subuh.. masa bila nak ke masjid kalo org azan baru nak terbangun.."

"kalo camtuh lepas nih kita kena tido awal.. paling lambat jam 3 pagi dah kena bangun.. solat tahajjud, baca Quran sampai subuh.. subuh jemaah kat masjid, pastuh terus buat keje biasa kita.."

Tuhan, keluarga, masyarakat dan diri sendiri

"jadi patutnya mmg kita nih buat keje cari nafkah dari lepas duha sampai zohor jer?"

selepas menikmati air kopinya kawan aku menjawab, "boleh laa nak kata macam tuh.. mmg hidup kena seimbang.. untuk Tuhan, diri sendiri, keluarga dan masyarakat.. dari bangun tahajjud sampai subuh tuh antara kita dengan Tuhan, dari duha sampai zohor tuh utk kita dengan masyarakat, lepas zuhur kita riadah dengan keluarga dan saudara mara.."

"sangat ideal tapi praktikal kah di zaman skrg nih?" rasional mula dipersoalkan..

"itu masalahnya kita nih dah terjebak sangat dalam sampai susah nak keluar.. ibarat kalo kita tak ikut cara kafir nih tak bernafas kita.. tapi aku tetap rasa kita leh buat sebab yg kita kena adjust bahagian malam saja.. kena ignore laa tv tuh.."

"woi.. itu bukan resolusi awal kita ker? nak tukar cara berhibur cara Islam.. apparaa.."

"haa.. yg tuh bila nak sambung bincang?"

"next round laa beb.. dah lambat dah nih.. tapi next round takleh jumpa malam dah.. kena jumpa lepas subuh.. baru betul kan?" sengeh kawan aku melambai2 tokeh kedai..
Read On 0 ulasan

palestina tanah melayu


membantu amerika dan israel

sessi minum petang jadi panas bila kawan aku bukak citer surat curahan perasaan seorg pekerja kfc tentang bagaimana dia dicaci kerna bekerja membantu syarikat amerika yang menggunakan keuntungannya untuk membantu israel.. begitu panasnya hingga kopi radix panas yg didepannya menyejuk tak bersentuh..

"ada dua isu kat sini tentang bagaimana kita menyikapi boikot nih.. satu, apa alternatif kita? alternatif untuk pengguna dan alternatif untuk pekerja.. dan dua, peranan kita terhadap yang terlibat, bukan sekadar sedap mulut kita bercakap tapi hakikatnya omong kosong.." berapi2 perkataan yg keluar dari mulut kawan aku..

aku teringat kisah dato onn mencebik para pejuang awal kemerdekaan dengan kata2 "nak buat jarum sebatang pun tak mampu, nak merdeka konon".. sindiran yg kemudiannya menjadi azimat penguat semangat hingga dato onn sendiri kemudiannya bersetuju akan keperluan tanah melayu untuk merdeka..

tanggungjawab menyediakan

"menyediakan pilihan nih adalah fardhu ain.. kita dah buat ker blum? kita tak bagi org makan kfc, alternatifnya apa? kita tak bagi org makan ayam cucuk hormon, kita buat tak ternak ayam yg tak pakai hormon? berapa kompeni halal org melayu berbanding kompeni halal milik org bukan Islam? kita marah cina tanam sayur pakai baja taik babi, tapi kat pasar kita beli sayur RM10 dapat 4 ikat kat cina-india sebab melayu jual RM10 dapat 3 ikat saja.."

"bukan tanak tolong melayu tapi kualiti tuh kdg2 teruk sangat.. buat keja bukan elok sangat tapi nak charge harga bukan main.. pastuh menipu banyak sangat.." keluh sorg lagi kawan aku..

"betul tapi kita tak boleh putus asa dengan bangsa sendiri.. takkan setandan pisang busuk semua, takkan serangkak telur semuanya tembelang.." seorg lagi kawanku bersuara..

"macam kopi radix nih.. ini contoh.. kalau kita nampak keperluan dalam ummah yg tidak disediakan oleh org Islam, kita kena buat.. kalau kita takleh buat kita kena bergabung dengan org yg berkeupayaan untuk buat.."

mungkin kumpulan arqam dulu boleh kita jadikan contoh juga.. bagaimana mereka bermula dari menyediakan yg paling asas.. kicap.. kalau takder makanan lain, tetap org boleh makan nasi dengan kicap.. simple and practical solution.. selepas itu baru buat benda lain..

tanggungjawab mendedahkan

hanya saja yg jadi masalah org melayu nih ialah kreativiti dan inovasi.. yg paling org melayu buat ialah copy-cat.. sorg buka kedai makan, berderet semua nak buat kedai makan.. satu kedai makan laku jual sate, semua kedai makan ada sate.. masalah berinovasi ialah keberanian..

kita hanya berani melakukan sesuatu yg dah jelas berjaya.. kita takut nak mencuba atau menyediakan benda baru, takut rugi.. sebab tuh perniagaan dan pekerjaan org melayu tuh satu pesen saja.. sorg buat semua buat.. sorg jadi cikgu, habis semua adik beradik jadi cikgu.. sorg jadi jutawan semua berangan nak jadi jutawan juga.. yg org kita perlukan ialah pendedahan.. ini yg kita kena buat..

bila kita buat jangan pula cepat putus asa.. mana ada org berniaga jadi jutawan sekelip mata.. kena rasa naik turun, untung rugi, baru kita jadi kuat dan lebih bersedia.. umpama pahlawan melayu yg tak akan mengalah sebelum mati.. walau luka penuh ditubuh, musuh tetap dirempuh.. sekali melangkah takkan mundur..

cakap macammana nak bikin

ini yg menjadi fardhu di atas fardhu.. menyediakan keperluan ummah disamping memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat..

"cakap senang beb.. tapi macammana nak buat? org kita mana ada modal?" sahut kawan aku seorg lagi..

"sebab itu kita perlu bergerak dalam kumpulan.. kita bergabung dalam kumpulan kecik dan cuba buat sesuatu.. atau kita bergabung dengan syarikat atau koperasi yg berhala tuju sama dengan kita"

"masalahnya org melayu nih mula2 ok pastuh nanti dah mula untung banyak, mula laa macam2 jadinya.. dah banyak contoh dah.."

"sebab tuh kita kena kaji betul2 kumpulan yg kita nak bergabung.. kalau tidak kita buat gabungan sendiri.. tak semestinya bila kita kena buat sesuatu kita kena buat yg besar dan hebat.. kita mula kecil.. yg kecil nih bila besar jadi kuat.. kita dedahkan diri kita dengan lebih berani.. kita kongsi risiko bersama.. tapi niat kena betul lah" kelihatan 2-3 org rakan yg lain mengangguk2kan kepala tanda bersetuju..

memungkiri mungkar

"ok laa itu jangkamasa panjang.. macammana dgn budak2 kfc yg kena maki nih? patut ke tak patut dia berenti?"

"itu bukan tanggungjawab budak tuh sorg jer.. sapa yg suh dia berenti tuh pun kena tanggungjawab.." kata kawan aku sambil mencecah roti bakar ke dalam kopinya..

"apahal pulak camtuh?"

"bila kita nampak org buat salah, kita kena tegur, halang dan bantu dia.. betul?"

"betul"

"makanya jika kita suh dia berenti keje kerna kita tanak dia bersubahat menyumbang membunuh anak2 palestin, bermakna kita juga harus bertanggungjawab sara hidup dia sementara dia nak dapat keje lain.. kita kena sanggup beri sebahagian dari rezeki yg kita dapat pada dia.. kena babntu kesusahan dia.. kena tolong carikan kerja lain atau kita kena bagi kerja kat dia.."

"sapa nak buat macam tuh.."

"sebab tuh aku kata omong kosong.. kita nih taknak rugi sikit pun.. berkobar2 cakap psal palestin, bila org hulur tabung derma kita cari2 duit lima ringgit.. ok laa biasanya seringgit jer.. haha" berderai pecah suara kami mengetawakan telatah diri sendiri..

"ini maksud aku.. kita kena bersedia untuk betul2 boikot.. kalau setakat tokeh kfc dan mcd tuh tak miskin diorg sebab mmg dah banyak untung.. tapi bagaimana dgn yg bekerja.. cuba tgok siapa yg paling ramai keje kat kfc dan mcd tuh.."

"nak boikot mmg sedap jer kita sebut.. sebab kita tak terlibat secara langsung.. kita hanya pengguna.. tak pakai tak guna pun dah ok dah.. kita leh beli barang lain walaupun bukan org muslim yg buat tapi bukanlah buatan amerika dan israel.. tapi yg bekerja bagaimana?"

"kita suh dia berenti.. pastuh kita nak dia cari keje.. kita lupa satu benda.. diorg keje kat situ sebab tak jumpa keje lain.. pekerja2 restoran fast-food nih kebiasaannya hanya sementara.. daripada tidak buat keje apa langsung.. atau mmg mungkin kita lebih suka tengok diorg nih bersidai kat pasaraya tak bekerja?"

apa lagi di zaman ekonomi tak berapa bagus nih.. berapa ramai org kena buang keje? tuh belum campur pati indo dan bangla yg kena buang keje.. bukan diorg nih nak balik pun.. bak kata mamat yg kena lempang dgn kawan aku psal cuba mencuri motor tahun lepas.. "nak mencuri nih pun kena lawan mat indon bang.. kalau kitorg tak cilok, diorg yg cilok.. abih tuh apa lagi kitorg nak buat bang.. mintak keje org tak bagi.."

apa yg kita boleh buat? ini soalan paling susah org melayu nak jawab.. dalam citer apa pun, soalan nih yg takkan terjawab..

bersatu memboikot

"ko rasa boikot nih boleh lemahkan org yahudi?" perlahan kawan aku melontarkan pertanyaan.. memecah hening perbicaraan yang tergantung..

"aku melihat boikot ekonomi nih dari perspektif bukan ekonomi.. bagi aku kita boikot nih bukan untuk lemahkan ekonomi yahudi dan kuncu2nya.. tapi sebagai satu cara mempersatukan ummah.."

ekonomi dunia mmg dikuasai oleh yahudi melalui jaringan antarabangsanya.. bagaimanapun mereka pasti menemui ruang untuk mendapat untung.. dan kita pula hampir tidak mungkin untuk tidak menggunakan hasil teknologi mereka.. mereka telah menyerap disegenap sektor hinggakan jika mereka yg boikot kita, kita boleh hancur.. ini hakikat..

"sama macam aku sebut sebelum nih.. buat gabungan, beri pendedahan, bantu org Islam untuk tinggalkan perniagaan dgn israel dan amerika.. tuh semua mmg bunyinya ekonomi tetapi yg paling penting bagi aku adalah pelaksanaannya yg memerlukan penyatuan, pengukuhan dan penyelerasan semula minda org2 Islam.."

"yg paling utama ialah masjid quba sebelum pasar ansar sebelum piagam madinah.. untuk bersatu kita perlu tujuan, perlu matlamat.. masa malayan union, org melayu bersatu sebab tak setuju org bukan melayu diangkat jadi warganegara.. ini asasnya.. melayu tolak jus soli.. bukan pertahan hak raja melayu sebagi raja dan bukan sebab nak halau british dari tanah melayu.. yg ramai org melayu berdemo tuh adalah sebab tanak jus soli.. walaupun takdirnya kita merdeka dengan jus soli.. kita berubah matlamat.. setiap matlamat itu ada harganya.. dan harga merdeka kita bayar dengan jus soli.."

mencari akar dan rotan masa lalu

"bukan nak citer umno nih.. aku cuma nak bagitau bahawa kita perlukan sebab untuk bersatu.. satu sebab yg dianggap penting oleh semua org.. sepertinya org2 cina dan india bersatu berpindah undi ke pakatan rakyat.. ada sebabnya.. bukan sekadar marahkan mca dan mic.. mereka berani berubah sebab mereka mmg punya satu keperluan yg sama, betapa ekonomi mereka mulai merudum kerna sikap haloba kroni2 umno yg menyapu semua projek besar dan kecil.. mereka ada sebab yg mereka semua setuju bahawa ianya penting untuk survival mereka.."

"sama juga sebab mengapa mereka membuat keputusan untuk memperjuangkan merdeka setelah mereka tahu hakikat mereka akan dihukum mati jika dihantar pulang ke china.. ada sebab, ada tujuan, yang jelas nampak dan dirasai kepentingannya.."

"evolusi perjuangan org melayu pula berbeza.. kalau malayan union psal nak tolak jus soli.. perjuangan merdeka pula kerna mereka menyedari betapa british sudah tidak begitu mengambil peduli tentang org melayu.. org melayu merasa keperluan untuk mentadbir sendiri.. untuk mentadbir sendiri maka british harus dihalau dulu.."

"perjuangan menentang komunis juga bersebab.. org2 melayu di kampung2 sudah tidak merasa aman.. kerna itu walaupun terpaksa bergabung dengan british tetap mereka lakukan kerana keperluan begitu mendesak.. 13 mei juga kita lihat org melayu bersatu kerana adanya keperluan.."

"begitu juga dengan isu palestin.. dari dulu mmg malaysia antara negara yg begitu perihatin dengan palestin.. tapi kita sekadar kasihan dan membantu dari jauh tanpa ada impak lebih besar dalam negara.."

palestin melayu atau melayu palestin?

"apa yg berlaku kali ini sedikit berbeza.. kalau dulu palestin dilihat sebagai isu kemanusiaan tetapi yg terkini org melayu mulai melihat dari konteks agama.. beza generasi beza pendapat.. generasi terkini mempunyai keinginan yg lebih kuat terhadap agamanya.. maka itu wajar kita gunakan isu palestin ini untuk mengukuhkan ukhwah dalam gerakan apa sekalipun.."

"maka jika ko nak aku jawab soalan boikot nih berkesan atau tidak, aku melihat ada sinar yg berbeza.. sebab itu kita perlu terus mempromosikannya.. biarkan zionis terus2an membedil gaza, kerana selagi mereka masih membuas, semakin kuat juga perpaduan umat Islam dan semakin jelas gerakan kebangkitan Islam di seluruh dunia.."

"ko nih macam suka pulak palestin hancur macam iraq"

"bukan itu maksud aku.. aku hanya melihat adri perspektif bahawa sudah ramai org merasakan perlu membuat lebih dari sekadar beri derma.. dan aku pasti kita semua juga tak mahu melayu jadi palestin di bumi melayu nih kan?"

"aku setuju dgn statement tuh" kataku diikuti dgn anggukan kepala kawan2 yang lain..

Read On 0 ulasan

back door to riba?

[moved: i-Planning ]
Read On 0 ulasan

Peluang atau Tanggungjawab?

[moved: i-Planning ]
Read On 0 ulasan

the illusion of money

[moved: i-Planning ]
Read On 0 ulasan

salesman melayu


sazammd@
last year aku pegi ler belek Honda CRV kat KB...punya la sombong dia nyer salesmen...sket pun tak layan aku...mungkin sebab aku pakai seluar pendek & selipar jepun kot...pegi plak dgn Satria...langsung depa buat dek dgn aku. Org yg masuk lambat drpd aku pun depa layan. Padan muka depa...aku beli Nissan. Aku sebenarnya teringin nak beli Bugatti Veyron...duit tak cukup ler...hehehe (berangan jer la)

boonchert@
biasa laa salesman.. ada satu masa alphard baru kuau, aku gie laa usha, salesman tgok aku atas bawah, bila aku tanya harga, dgn muka cebik dia cuma kata "mahal bang".. hangin satu badan aku.. aku tanya berapa mahal, dia leh tanya balik abg keje apa.. siut tul.. siap tak bagi aku test duduk kat driver sit sebab anak aku tgh makan eskrem.. tak pa laa.. aku tak rugi apa2.. (sebab mmg bukan byk sgt duit nak dibazirkan kat keter pun..)

yattslilkitchen@
ni kes opismet aku masuk showroom toyota pakai tshirt & track bottom & selipar la. buat dek je memasing..esp salesman melayu. bila cina masuk dorg layan pulak. round punya round n layan diri tgk2 vios & altis satu salesman ppuan cina, balik dr mana tah... approach kwn aku. kwn aku ni dah nk blah je cari showroom lain, tp sbb nyonya tu layan baik... dia close deal dgn nyonya tu. ambik hilux. disebbkan nyonya tu x songeh lgsung n manis mulut, within a week...dia dpt sorg lagi customer thru kwn aku tu, ambik fortuner. siap hulur komisen pulak tu kt kwn aku...

kwn husb aku..gi honda sg pencala. salesman melayu tu desak2 dia soh ltk booking fee. mamat ni mmg nk beli tp sbb menyampah dgn saleman melayu tu, x nyempat2...kwn husb aku balik umah mlm tu dia call lagi tanya camne, dh decide ke nk beli or not..boleh???
tetiba dia teringat kat we ol so dia tnya kitorang ambik kete kat mana. terus laju je la kitorang rekemen bruce lee hensem tu.... end up kwn husb beli kat cina ni gak. now tgh tunggu stok kaler yg dia request. lps CNY ni dpt
bukan xnk tlg saleman melayu tp sblm ni masa aku nk trade in kelisa aku, semua bagi best deal (kononnya) ttp aku kena top up finance dlm 2-3 ribu. pastu package pun x cun
si bruce ni ambik kelisa aku full loan balance & bagi package value diff ada gak la dekat 2 ribu. campur lagi introducer komisen yg tong-tong dgn opismet husb aku yg beli sebulan earlier

boonchert@
haah.. belum lagi officer bank (no offense to all bankers) yg tanya soalan macam siut.. aku bgtau salesman keter aku dulu, aku tanak loan kat bank tuh, cari bank lain or else aku tak jadi beli, terus gagap salesman tuh.. (giler ker apa aku nak banned bank.. salah negera kot..)

amri_ya@
hahaha....tu hang kira hang punya hangin.....hang lupa, dia pun hangin gak. Dah terlampau ramai orang melayu yang dia layan baik2 tak penahnya beli....especially yang mai dressed up cam executive, tanya seribu macam punya soklan.

Then again salesman tu pun kena layan coz dah memang keje dia. keje tak ikhlas tu....ala pedulikkan....ramai lagi slaesman lain...lagipun dia bukan penting pun lam kehidupan seharian korang

boonchert@
aku bkan hangin psal dia tak layan aku, cuma aku hangin sikap org melayu yg suka pandang org melayu lain sebelah mata.. kita underestimate org kita sendiri.. kalo pun org melayu tuh tak beli, tapi patut kita upgrade knowledge org kita sendiri.. contohnya, walaupun kawna kita tak ada obsesi utk jadi jutawan tapi kita kena jugak share info on how to be a millionaire, sekurang2nya ilmu kewangan tuh ada dlm org melayu.. kalo dia tak kaya pun dia akan tahu camna nak kaya, just in case dia tukar fikiran.. my one peanut laa..

azami_a@
Aku lak kalau pi pasaraya,banyak orang tanya pasai kat kredit,aku jawab kerja pak guard, boleh pakai kad ke?terus depa belah buat donno saja.

chocaddict71@
haaa ramai lagi kut orang2 malaysia yang pandang rendah dekat orang2 malaysia sendiri...
nak pegi bank mcm pegi immigration jugak kut, kena dressing kow -kow...funny how kat negara orang kita di pandang tinggi dari kat negara sendiri....

boonchert@
hakikatnya negara kita mmg dah merdeka.. tapi realitinya, mentaliti org kita adalah mentaliti org yg dijajah.. ini yg jadi tanggungjawab generasi kita, bukan nak ubah generasi nih tetapi sebagai generasi pencetus untuk generasi seterusnya supaya tak jadi macam generasi yg dok ada sekarang.. ini yg semua warga dlm generasi kita nih kena buat.. insya-Allah..


Read On 0 ulasan

what can we do? (part 3)

pelasterian instrumen ekonomi Islam..

salah satu sumber asas ekonomi Islam ialah zakat.. zakat bukan sekadar dikumpul tetapi digunakan sepenuhnya.. mewujudkan perkampungan org miskin yg dibantu penuh rumah dan pembangunan ekonomi untuk rakyat yg daif dan tidak berumah.. pembinaan hospital pakar dan sekolah berasrama khusus untuk org miskin dengan prasarana yg sebaik yg ditawarkan oleh institusi swasta.. dengan cara ini setiap zakat yg terkumpul dapat disalurkan dengan lebih cekap dan berkesan..

begitu pula halnya dengan institusi infaq dan waqaf yg harus menjadi suatu peluang yg ditunggu2 oleh setiap rakyat dalam membina kemakmuran ummah.. semua ini adalah apparatus yg boleh memperkukuh ekonomi ummah dan meleraikan kebergantungan pada yang lain..

benarlah sukar untuk kita menerima namun beginilah pendapatku.. bahawasanya apa sahaja yg kita perkerjakan itu adalah menjadi hak kita untuk menikmati keuntungannya.. namun dlm Islam harta dunia ini hanyalah amanah dan dipinjamkan oleh Allah swt, maka kerna itu nanti kita akan dipersoalkan akan tentang kemanakah kita belanjakan harta2 tersebut.. adapun apa yg kita dapatkan itu bukanlah kerna usaha kita tapi kerna rahmat Tuhan semata2.. adalah benar segala takdir itu adalah milik Tuhan dan Tuhan akan memberikan rahmat-Nya pada yg berusaha bukan sekadar berharap dalam malas.. namun masih janji Tuhan bahawa Dia akan menyempurnakan rezeki hamba-Nya sebelum dijemput maut..

perihal harta yg ditinggalkan

ramai yg suka meriwayatkan hadis yg mengisahkan nasihat Nabi saw kepada Saad bin Waqas ra, "adalah lebih baik meninggalkan harta kepada anak2 kamu daripada membiarkan dia miskin dan meminta2".. tapi ramai yg tidak tahu siapa Saad bin Waqas ra dan mengapa Nabi saw menasihatkan begitu kepadanya, sedangkan kita sedar dan faham bahawa Nabi saw tidak meninggalkan apa2 kepada isteri dan anak2nya ketika baginda wafat.. adapun Saad bin Waqas ra itu adalah seorang yg kaya tetapi dia mahu menghibahkan semua hartanya kepada Islam.. kerna itu beliau ditegur oleh Nabi saw kerana tidaklah adil membiarkan anak2 beliau dalam kemiskinan sedangkan sebelum itu tidaklah mereka pernah tidak cukup makan.. meletakkan hak pada tempatnya..

jika kita telusuri hidup Nabi saw dan para sahabat ra yg begitu takut dipersoalkan tentang harta yg dikumpulnya.. hingga Nabi saw sendiri mengingatkan bahawa setiap org harus membuat wasiat sekurang2nya dalam selang waktu 3 hari.. membawa makna setiap dari kita harus melihat semula harta yg kita kumpul sekurang2nya dalam selang waktu 3 hari.. bukan untuk kita menghitung2 kekayaan apalagi bermegah2.. tetapi supaya kita menginsafi bahawa perlunya kita mewasiatkan 1/3 daripada harta kita untuk Islam.. bukan sibuk membahagi2kan harta dikalangan waris kerna hak waris sudah terperlihara dalam faraid..

maka berpendapat juga aku bahawa walaupun 2.5% itu hak zakat yang khusus asnafnya, namun ada lagi 1/3 bahagian dalam harta kita yg sebenarnya perlu kita kembalikan kepada ummah.. hak waris adalah 2/3 bahagian setelah ditolak zakat dan pembahagian faraid bukan menunjukkan harta untuk pemilikan sebaliknya atas hak untuk dipertanggungjawabkan..

kapitalis Islam..

ini beza langit dan bumi antara sistem modal kapitalis yg menjunjung demokrasi dan sistem modal dalam Islam.. dalam sistem ekonomi moden yg kita paham dan ikut, betapa dimana ada kehendak di situ ada pasaran, maka berniagalah mendapat untung dan modal terkumpul pada individu.. dlm sistem ekonomi Islam, dengan berbagai instrumen seperti zakat, infaq, waqaf dan sedekah, kapital ekonomi berada pada ummah, bukan pada individu..

jika kita mahu melakukan sesuatu, modal itu boleh diberi dari ummah, maka berkreatiflah kita melipatgandakan modal tersebut, namun setelah itu kita kembalikan ia semula kepada ummah melalui instrumen yg wujud.. sekali lagi, modal itu pada dana ummah, baitul-mal, dsb.. bukan individu.. dengan itu seluruh ummah mengecapinya dan bukan dimegah2kan oleh sekelompok kasta tinggi dalam masyarakat..

sosialis Islam..

adalah benar ada yg mengaitkan keserupaan sistem ini denga sistem sosialis yg didukung oleh hampir semua negara komunis terutama rusia dan china.. pokok asas yg penting dlm sistem ini ialah pentadbir, atau yg kita sebut khalifah.. kegagalan sistem komunis kerana tiadanya jiwa Islam dlm pentadbiran dan pelaksanaan.. kerna itu sekali lagi kita tekankan bahawa ekonomi adalah urusan kedua selepas kita perkukuh urusan wahid iaitu kekuatan persaudaraan..

dan pertanyaannya sekali lagi ialah selepas perbincangan panjang, selepas faham dan selepas melihat pilihan yg kita ada.. bolehkah kita melakukannya? dan aku sangat teruja dengan pendapat sahabatku.. "walaupun mungkin bukan dalam generasi yg ini, tetapi kita perlulah memulakannya.. masih banyak kelemahan di dalamnya yg perlu dibahas dan diperincikan lagi.. dan jangan lupa menyiapkan generasi seterusnya yg lebih mampu melakukannya dari kita.. ini tanggungjawab kita sebagai generasi pencetus.. insya-Allah.."


[copy : i-Planning ]

Read On 0 ulasan

what can we do? (part 2)

power of sultan

mmg tidak pernah berlaku dlm dunia mana sekalipun, namun hampir tidak dapat kita nafikan bahawa sistem kerajaan kesultanan melayu itu mirip sistem khalifah yg terdapat dalam Islam.. sultan diberi kuasa pemutus melampaui jurisdiksinya sekarang yg hanya tertakluk pada adat dan agama org melayu.. pentadbiran sehari2 masih dilakukan oleh pembesar negeri yg terdiri dari menteri besar, dewan undangan negeri, majlis mesyuarat negeri, dsb. hanya setiap pelaksanaan haruslah mendapat perkenan sultan yg akan bertanggungjawab penuh terhadap rakyatnya..

decentralisation administration

setiap negeri punya kuasa autonomi sendiri untuk mentadbir.. persekutuan sebagai pentadbir negara keseluruhan, memfokuskan pada dasar luar dan dasar antara negeri.. negeri punya kuasa penuh mentadbir tetapi boleh disyaratkan sumbangan kepada persekutuan.. pemusatan kuasa menyebabkan keadaan pilih kasih dan tidak seimbang.. tiada total kuasa pemutus di persekutuan.. maka kemajuan negeri terletak pada rakyat yg menetap di negeri tersebut, dan tidak perlu meletakkan setiap alasan dan kesalahan pada persekutuan.. hubungan antara negeri dipereratkan dengan hubungan raja2 antara negeri.. bagi negeri yg tiada bersultan, maka persekutuan yang menjadi naungannya.. persekutuan tidak boleh campur tangan dengan urusan negeri.. jika terdapat apa2 kepincangan dalam sesuatu negeri, teguran hanya boleh diberikan dengan sidang majlis raja2 melayu dan menyampaikannya kepada sultan.. sebarang keputusan majlis raja2 melayu adalah terpakai juga sebagai undang2..

draf sistem kerajaan negeri

sultan
|
-------------------------------------------------
| | |
penasihat sultan pentadbir negeri dewan
| | undangan
---------------- menteri besar negeri
| | |
mufti pembesar majlis
istana mesyuarat
negeri

pentadbiran umumnya terdiri dari dua kelompok, satu kelompok yg dinamakan penasihat sultan yang merupakan sekumpulan penasihat yg dipilih sendiri oleh sultan atau majlis penasihat yang telah diasuh dan mempunyai keahlian dibidang masing2.. dan kelompok kedua adalah yg dipilih oleh rakyat.. menteri besar bertanggungjawab penuh kepada sultan, sebagaimana perdana menteri bertanggungjawab secara terus kepada yang dipertuan agong.. sistem ini adalah sama seperti yg kita ada sekarang.. namun yg dikesalkan ialah had kuasa yg berada dalam kelompok penasihat sultan.. yg wujud sekarang adalah pemisahan kuasa antara kelompok istana dengan pentadbiran negeri..

begitu jualah sistem dlm persekutuan.. perdana menteri mempunyai kuasa dalam menjalankan pemerintahan negara secara umum dan tidak tertaklok pada kuasa negeri2 yang tiada bersultan.. manakala mufti negara yang merupakan entiti penasihat utama tidak hanya memantau urusan syariah sebaliknya turut memberi nasihat kepada yang dipertuan agong apabila perdana menteri atau parlimen mengusulkan sesuatu kepadanya..

rakyat mutlak boleh memberi usul melalui wakil2 yang mereka pilih, tetapi yang dipertuan agong bertanggungjawab penuh dalam menghalusi semula berdasarkan pikirannya pula, maka jika tidak dapat dipersetujuinya, yang dipertuan agong akan memulangkan semula dengan catatan, kepada parlimen untuk dibahas dan diperincikan semula..

majlis raja2 melayu
|
yang dipertuan agong
|
----------------------------------------------------------------------
| | | |
mufti negara perdana menteri wakil agong parlimen
| negeri2 tanpa sultan
kabinet

dan untuk negeri2 tanpa sultan.. wakil agong itu seumpama tindakan khalifah yg melantik gabenor dari kalangan sahabat2nya yg soleh..

wakil agong
|
-------------------------------------------------
| | |
mufti pentadbir negeri dewan
| undangan
menteri besar negeri
|
majlis
mesyuarat
negeri

non-muslim malaysian

maka mereka akan diwakili oleh wakil2 mereka dalam setiap pentadbiran kerajaan negeri dan pusat.. taraf kewarganegaraan mereka tetap terpelihara.. mereka dianggap mempunyai status yg sama dengan raikyat keseluruhannya namun mereka harus menjunjung langit dimana mereka berpijak.. kebajikan golongan miskin dikalangan mereka masih menjadi tanggungjawab kerajaan.. mereka akan terus diberi keistimewaan untuk meneruskan pegangan agama dan budaya mereka.. ini Islam yang santun dalam mentadbir setiap makhluk dengan adil dan saksama..
hikmah dalam teguran

malah dengan syaitan yg dilaknat sekalipun Allah swt memberikan peluang menentang hingga ke hari kiamat.. setiap yg berlaku itu datang bersama hikmah untuk sesiapa yg mahu merenungnya.. sesungguhnya ditegur itu satu rahmat, kecuali kita mencuaikannya.. maka rugilah siapa yg tidak dapat mempelajari kesilapan dirinya sendiri..

Read On 0 ulasan

what can we do? (part 1)

teguran dari timur tengah

kawan aku kata apa yg berlaku di timur tengah itu merupakan teguran keras kepada umat Islam seluruhnya.. "jangan kita pandang jauh kekacauan di negeri org selain mencerminkan semula diri kita tentang apa yg berlaku dalam negeri kita ini.. sori laa aku cakap psal palestin nih dlm konteks Islam bukan dalam konteks kemanusiaan sejagat.." perli kawan aku merujuk pada kata2 seorg aktivis palestin dlm suratkhabar yg kata isu palestin nih bukan isu Islam-yahudi tapi isu kemanusiaan sejagat.. whatever..

"dalam gesaan yg didengar akan pentingnya kekuatan ekonomi dalam pembangunan ummah, kita terlupa mengutamakan sesuatu yg lebih utama.. ekonomi adalah nombor dua, yg pertama ialah kekuatan persaudaraan.." sambung kawan aku tuh dengan semangat..

"Tuhan dah tunjuk terang kat kita.. negara2 Islam yg kaya di timur tengah hampir tidak mampu berbuat apa2 selain kasihan dan simpati terhadap penderitaan umat Islam di tebing gaza.. mengapa dengan kekuatan ekonomi masih saja umat Islam merasa tidak berupaya? kerana kita lupa bahawa urusan yg paling wahid ialah kekuatan persaudaraan.. ini lebih yg ada dalam zionis tapi tidak dlm diri kita.."

persaudaraan Islam

meninjau semula kemelut dalam negeri kita, betapa org melayu yg memegang tanggungjawab menjaga Islam juga berlumba2 memperkasa ekonomi.. betapa org melayu yang bersaudara seagama dan sebangsa itu menjunjung tinggi ilmu ekonomi kapitalis yg bersifat mengumpul kekayaan berbanding ekonomi Islam yang bersifat memberi semula kepada ummah.. begitu tebalnya cinta kita kepada dunia dan diri kita sendiri berbanding cinta kepada sahabat kita.. hingga sudah menjadi jampi serapah kita betapa wang boleh memutuskan persaudaraan..

hampir semua melayu setuju bahawa melayu berpecah sekurang2nya kepada dua parti.. maka setiap satu itu menganggap dirinya lebih baik dari yg satu lagi.. tak ubah pertelagahan sunni dan syiah yang mencetus perang saudara iran-iraq.. ini telah berlaku zaman berzaman.. runtuh kesultanan melayu juga akibat dari pergeseran kuasa dan harta yg memperlihatkan si adik menjemput british datang konon membantunya.. terkini kerna si kaduk berpecah undi, maka si kitul yg menjadi undi penentunya.. kita berharap org lain menyudahkan persengketaan kita.. kerana kita lupa yg numero uno itu kekuatan persaudaraan.. kita tak mampu nak menghadam kekuatan luarbiasa yg terdapat dalam diri Hasan ra ketika menyerahkan kekuasaan kepada Muawiyah ra demi keutuhan umat Islam..

krisis kepimpinan

umat Islam mencapai gemilang dlm pemerintahan khalifah, dari Umayyah, Abbasiyah hinggalah Othmaniyah.. walaupun mengalami naik turun namun tak pernah merasa terhina dan putus asa selepas kejatuhan khalifah Islam yg terakhir dari kerajaan Othmaniyah.. selepas itu kita teraba2 membawa panduan masing2 hingga mudah dakyah ditusukkan disetiap rusuk umat Islam.. tinggallah kepada kita yg akhirnya jadi keliru dengan Islam itu sendiri.. hampir sukar membezakan yg mana benar dan yg mana batil, segelintir memandang jijik kepada sunnah Nabi saw dek kerana terbiasa dengan tabiat para kafirun yg kita anggap lebih moden dan sesuai dengan zaman, nauzubillah..

ini kekurangan umat Islam.. ini punca umat Islam tidak mampu bersatu.. krisis kepimpinan.. kita sudah tiada khalifah.. tidak ada satu pusat yg menjadi kuasa pemutus dalam maslahat ummah.. maka kita berpegang pendirian sendiri2.. kita menerima fatwa hanya yg membolehkan apa yg kita mahu tanpa melihat lebih dalam.. ini yg perlu kita perbaiki.. tetapi bagaimana?

Read On 0 ulasan

harimau mati meninggalkan belang..





* image courtesy of Sebutir...
Read On 0 ulasan

bla bla bla..


receh menceh menyeseh
gulam gutam gumintang

this time around every year..

*sigh*


Read On 0 ulasan

debat3: a very late review

ini debat dah lama dah.. cuma baru beberapa hari nih aku akhirnya berjaya tengok sampai habis kat youtube.com.. korang boleh kata husam menang, boleh kata kj menang.. bagi aku debat nih hanya kesimpulan kepada kesemua serabut politik melayu yg berlaku selama nih..

tajuk debat ialah transformasi politik malaysia.. bila citer psal malaysia nih isu akan terfokus pada org melayu.. isunya pun dah hampir klise.. hudud pas, protes pru12, hikayat 16/9, uitm, auku, ketuanan melayu, perpecahan dalaman.. lagu lama, lirik pun lama..

kesimpulan aku pun sama, husam pun sama, kj pun sama, pas sama, umno pun sama.. itu bukan aku yg cakap tapi yg dok berdebat tuh yg setuju..

husam kata pru12 itu transformasi politik.. org melayu berpindah ke pr kerana sedar kebobrokan umno sudah tidak boleh diubat lagi, hanya menunggu mati.. kj kata org undi pr kerana protes umno dan mahu umno berubah, jika umno berubah maka org melayu akan kembali kepada umno..transformasi pru 11 lebih besar dan lebih signifikan.. tapi aku berpendapat jika melayu pecah dua maknanya dua2 parti melayu nih sama2 berharap pada undi bukan melayu..

kj kata pas nih dikuasai oleh dap.. org melayu perak tertindas dan hilang kuasa.. husam kata kalo nak kira pas nih menang paling sikit tapi untung paling besar dapat jadi mb di 3 negeri.. dia kata juga selama nih yg tindas dan buat melayu hilang kuasa nih adalah akibat umno.. maknanya pusaing kot mana pun melayu tetap tertindas, yg boleh diperbaiki ialah taraf bukan-melayu sahaja..

husam kata umno ada arrogance of power, kj kata pr pun dah menjangkit penyakit tuh dan hikayat 16/9 tuh adalah bentuk arrogance of power.. maknanya pr dan umno mmg ada penyakit yg sama.. cuma husam kata pas takder arrogance of power seperti umno yg menolak apa saja kata pembangkang.. emm.. ok.. maknanya kalo umno penuh kudis satu badan, pas cuma ada kurap saja.. dua2 org melayu tolong garu..

kj cabar husam buat pendirian pasal hudud.. husam kata juga bukan pas kelantan tanak buat hudud tapi kerajaan persekutuan halang.. husam cabar balik kj buat pendirian psal hudud.. kj kata pas nih tak kukuh pendirian kalo kena gertak dgn dap terus termasuk kepala.. maknanya sama saja kalo mengharap dua2 parti melayu nih sampai ke sudah tak terlaksana hukum Islam..

husam kata sepatutnya org melayu seluruhnya patut tinggalkan umno dan masuk pas baru melayu jadi kuat.. kalau tidak sampai bila pun melayu tak bersatu.. dan kj pun cakap benda yg sama juga, org melayu perlu sokong semula umno untuk memperkukuhkan perpaduan melayu.. yg aku nampak yg sokong pas tuh org tuh jugak, yg sokong umno pun org yg itu jugak.. yg makin ramai yg dok tengah2 sebab dah terseliuh akal memikirkannya..

dan sebab itu aku terpaksa bersetuju bila kawan aku kata buang masa jer debat tuh.. cuba syiok dengar org bertekak saja.. seronok menjerit dan tepuk tangan.. lepas tuh takder apa2 pun yg boleh.. sebab sang umno akan tetap kata dia betul, dan sang pas pun berpendapat dia yg paling betul.. sama dua2 betul.. umno kata pas temberang, pas kata umno kelentong.. sama dua2 sengal..

setakat nih yg lain ialah dasar manifesto.. pas guna dasar Islam walaupun menggeletar bila kena tampar depan kawan karib dapnya, dan umno guna dasar kebangsaan walaupun kelam kabut simpan keris bila kena jerkah dgn kawan sepanjang zaman mcanya.. dasar lain tapi ujung ceritanya sama..

tapi aku tertarik dengan soalan hu pang chau yg merupakan pengerusi kelab penyokong pas, "cina jadi 'mb' perak, tapi adakah melayu ditindas? dan jika ditindas kenapa tidak pindah ke negeri umno?"

aku berpikir pula.. kalau cina merasa ditindas dinegeri umno, mengapa tidak berpindah ke kelantan atau pindah saja ke negera lain? emm.. bunyi cam org umno pulak aku..

ini wajah politik.. kita kata org tuh, org tuh kata kita.. yg sedihnya dua2 nih pemimpin muda dua parti melayu.. nadanya hanya mengikut tradisi pemimpin2 hebat mereka.. sampai ke sudah bertekak tak selesai sebab kita tunjuk menunjuk bila ada masalah.. tapi apa yg kita boleh lakukan? jawapan klise kawan aku, "kita org kecik, mana leh buat apa2, tanggung jer laa timun digolek dua durian.."

Read On 0 ulasan

berbeza batin dan zahir..

bukan main meloncat2 kawan aku bila aku cadangkan bahawa donlod haram lagu barat pun satu cara nak buat kafir2 nih rugi.. dvd pirate pun buat diorg rugi.. maka eloklaa org tgok dvd cetak rompak dan burn cd mp3..

dengan mata yg berbinar2 kawan aku berkata, "itu sama laa macam ko curi babi kat atas bukit tuh dan jual kat pasar cina.. boikot bukan sekadar tak beli tapi juga tak promosi.. ko tanak makan kfc tapi ko kata kat org ayam kfc tuh sedap giler menjilat jari.. ko kesian tgok org miskin tapi ko masih beli baju harga beratus2.. apa yg kita fikir itu kena sejajar dengan apa yg kita buat dan kata.."

"hiburan barat nih adalah satu bentuk penjajahan minda.. kita kata kita tak terikut2 hanya sekadar mendengar dan tengok.. tapi lihat saja betapa kita menyerupai apa yg kita dengar dan tengok.. selain daripada hidung kita yg kemek dan kembang nih, semua yg boleh diadjust dah kita adjust.. kita kata kita tak puja pelakon penyanyi tapi most of the time lidah kita lebih basah dengan lagu barat daripada berselawat ke atas Nabi saw.. kita sentiasa kata mmg idola kita tapi ironinya bibir kita nih mengkumat-kamit lagu jeniper lopes, metallica, iron maiden, scorpion,.."

"mana ada budak2 skrg dengar iron maiden scorpion tuh bro.. lu citer zaman bila nih?" sorg lagi kawan aku mencelah..

"aa.. itu je yg aku tahu.. hehe.. contoh beb.. contoh.."

"ok sambung2.." aku menyingkatkan waktu mengarut..

"kita tengok dulu kenapa Nabi saw nih nak sangat berbeza dari org kafir.. ikat serban pun kena beza dari serban kafir.. nak panggil org datang solat kat masjid guna azan dan tak guna loceng.. sampai puasa bulan muharram pun Nabi saw sabda puasa juga sebelum dan selepas.. supaya tak sama dengan puasa org kafir.. potong misai dan bela janggut supaya berbeza dari org yahudi.. maknanya kita org Islam nih kena berbeza bukan sahaja jiwa dan fikiran tetapi juga secara fizikal.. bukan sekadar bersikap berbeza tetapi juga kena kelihatan berbeza.."

"tapi besar serban tuh bukan ukuran besar imannya, pakai tudung bercadur pun kena tangkap basah jugak," perlahan aku dengar kawan aku yg sebelah kiri menyahut..

"cuba tgok kopiah dlm keter ko tuh.. masa bila ko pakai kopiah tuh? masa solat jumaat jer kan? atau kadang2 bila gie kenduri arwah.. kenapa ko pakai kopiah masa tuh? sebab adat ker sebab ibadah nak ikut sunnah tutup kepala? kenapa ko minum nih tak pakai kopiah tuh? kenapa kat opis tak pakai kopiah? masuk mall, tengok wayang, tgok konsert.."

"tak sesuai laa bro gie dangdut pakai kopiah.. nanti org kata dunia nak terbalik pak lebai berdangdut.."

"thats the point.. bila ko pakai kopiah ko jadi malu kalo buat tak tentu arah.. ko malu nak buat maksiat.. ko bayangkan ko pakai serban pastu gie melepak sebelah minah salleh topless kat tepi pantai.. sesuai tak? ini yg kita namakan sunnah.. bila kita ikut sunnah, insya-Allah kita terpelihara.. sekurang2nya kita masih ada malu.. ada malu tuh tanda ada iman.. pakai tudung buat maksiat pun masih sorok2, kalau tak pakai tudung dia cemolot depan 7-11 jer.."

"isk ko nih.."

"hehe.. sowi tershashul.. yg aku cuba nak sebut ialah kita kena berbeza.. hiburan kita pun kena berbeza.. dan kita tak boleh selama2nya hanya menentang dgn hati tapi mulut kita bersiul lagu diorg.. tak tengok wayang tapi kita hayati agenda diorg.. ubat yg baik camna pun kalo ada alkohol kita leh avoid, kasut cantik camna pun kita leh tak beli psal ada kulit babi, kita cari juga alternatif lain utk hiburan.. takkan benci kita hanya sekitar anjing dan babi sahaja.."

keadaan hening sebentar, aku menyuap lambat roti canai sambil cuba menghadamkan pendapat kawan aku..
Read On 0 ulasan

sembang masjid


kawan aku citer minggu lepas, kwsn perumahan dia tuh baru, buat jawatankuasa nak buat masjid, semua dah submit dah kat majlis agama dan pejabat tanah.. alih2 ada satu lagi grup buat jawatankuasa lain dan buat submission satu lagi utk buat masjid yg sama.. mmg elok laa makna byk org suka nak masjid.. tapi yg berebut2 sangat sampai buat jawatankuasa lain kenapa?

its all about money.. mmglaa usaha tuh free.. tapi bila dah dapat kelulusan, ada ker org kwsn perumahan tuh nak gotong royong sama2 bertukang buat masjid tuh? dah tentulaa pakai kontraktor.. kontraktor nih tak kena bayar ker? sapa yg nak amik kontrak nih? daripada bagi org luar baiklaa bagi sapa2 yg ada dlm jawatankuasa tuh.. kan? aku pun tak kisah janji melayu.. tapi toksahlaa sampai bermusuh2.. silaturrahim kena jaga.. itu asas jemaah..

buat masjid pulak kena buat cantik2.. elok laa masjid cantik, ibadah tenang, pasang air-cond semua.. alhamdulillah.. tapi yg sedih bila pengerusi sendiri kata supaya collection jumaat banyak.. bayangkan masjid punya collection 3k-4k.. jgn terkejut kalo aku kata itu collection seminggu.. org melayu nih mmg sangat murah hati.. alhamdulillah.. tapi habis waktu solat kunci masjid.. takut ilang kipas, takut kena rompak.. kalo arab saudi semua org kena solat on-time.. nak solat lambat jadi malu..jadi mmg takder org solat lambat boleh laa kunci..

kalo psal masjid pun kita kacau bilau macammana nak boikot israel dan amerika?
Read On 0 ulasan

jihad, boikot dan syurga..


kawan aku sebut semalam.. yahudi tahu dia buat apa pun dia akan menang sekarang nih.. diorg hanya akan takut bila org Islam solat subuh di masjid sama banyak dengan jumlah solat jumaat.. selagi nak bangkit solat subuh kat umah pun sakit urat belakang.. sama laa aku.. selagi kita tak sama2 gie solat jemaah subuh kat masjid lupakan solat hajat tuh.. jangan mengarut nak citer jihad.. kita belum sungguh2 lagi.. jom kita promosi solat subuh jemaah kat masjid.. insya-Allah..

aku terkedu mendengarnya.. astaghfirullah..


kawan aku tegur kenapa kita masih dengar lagu barat dan tengok filem barat sedangkan kita kata nak boikot amerika dan israel? kenapa boikot separuh2, benda yg mmg kita tak pakai pun.. kalo nak boikot, boikot benda yg kita guna tiap2 hari.. nih kita sebut boikot dan kutuk caci maki tapi kita dok menyanyi dan tercangak depan tv nengok citer diorg.. tapi sanggup ker kita nak wat jihad kecik camtuh? kalo nak buang cd dan dvd atau delete mp3 dan torrent pun kita teragak2, lupakanlah nak jihad halau duta atau nak suh anak kita berenti belajar kat amerika.. kita nih boikot mana yg kita tak rugi saja.. kalo ada untung kita dok cari sebab, cari alasan, nak bolehkan apa yg kita pilih.. subhanallah..

aku jadi malu pada diriku sendiri.. astaghfirullah..


maka berkata pula aku pada kawan aku tuh..
kita jihad bukan psal nak menang.. kita jihad psal nak syurga.. jihad tuh cara short-cut masuk syurga.. tuh pun kalo dapat syahid.. sama juga dengan buat benda2 lain.. bukan sekadar benci pada musuh Islam tetapi juga sebab rindu syurga dan takut neraka.. kita cari nafkah anak bini pun bukan sebab kita nak bagi makan anak bini, yg bagi makan Allah swt, kita usaha saja sebab usaha tuh dapat pahala, nak pahala supaya dapat redha Allah swt, dengan redha insya-Allah syurga milik kita.. tiada kekuasaan pada diri kita ini, semuanya kerna iradat Allah swt semata2.. Allah swt beri pilihan bukan sekadar utk kita memikirkan apa yg perlu kita pilih, kerna Dia tahu yg telah, sedang dan akan kita perbuat, tetapi memahami kenapa kita buat pilihan tuh.. kerna itu kunci rahmat itu ilmu.. kerna beramal tanpa ilmu itu adalah sebodoh2 manusia.. namun bukanlah alasan utk tidak beramal, hanya jangan sekadar mengikut2.. sesat kepala sesat ekor..

wallahualam..
Read On 0 ulasan

aduhai..


kedup ikan kurau,
rapi ikan parang,
hidup kita bergurau,
mati tergolek sorang.

sayang sarawak sungainya sempit,
tajau ikan lambung-lambungan,
hendak kubawa kerandaku sempit,
tinggallah intan tingal kesayangan.
Read On 0 ulasan

malaysia merbahaya


"ko tengok malaysia nih dah nak jadi apa.. ari tuh budak2 hilang.. nih tgok gangster malaysia nih.. betullah cakap ko, dalam negeri pun kacau bilau macammana nak gie jihad kat palestin," kawan aku menunjukkan satu tajuk berita dalam utusan malaysia hari nih..

aku mmg dah pasan malaysia nih dah tak berapa aman.. zaman nih dah tak boleh buat macam zaman aku kecik2 dulu.. dlm berita tuh polis kata tahun lepas jer mereka berjaya tumpaskan 10 geng penyamun.. geng ah meng, mamak, modesto, ah seow, netagi, hartamas, tiger, aman aa o, ah tok dan yg terbaru geng jongos.. geng jongos nih jer ada 26 kes samun sekitar lembah klang, johor dan kedah, dan 8 kes rogol kat selangor..

26 kes samun bermakna purata sekurang2nya 2 kali menyamun dalam masa sebulan.. samun keter pastuh jual dgn harga 10% dari harga pasaran.. busuk2 satu keter RM15,000 makna sebulan RM30,000.. itu keter murah.. modus operandi samun masa pemandu nak kuau bukak pintu gate rumah.. nih nyonya depan umah aku pun dah kena sekali tapi samun duit saja dek budak2 naik motor.. masa bukak pagar laa.. terus pasang pagar automatik..

"dulu aku gie skolah kayuh basikal subuh2 sapiee, gelap lagi.. yg mak bapak aku takut lori hantu.. skrg nih tghari buta pun org tak berani gie dekat pagar kalo ada org bertanya, nak buka tuh toksah citer laa.."

"ko tengok kwsn perumahan nih, bila siang sapa yg ada? mmg lagi senang merompak siang buta sebab mmg takder org langsung.. rumah india hujung tuh penyamun siap bawa lori, jiran2 dia ingat dia pindah umah.. habis licin satu rumah.. sib baik bini dia tak gila.."

"susah nak cakap beb.. apek sebelah rumah nih lepas keter dia kena 'tarik' jam 3 pagi, dia panggil polis ronda siap buat peti polis kat pagar umah.. tapi skrg aku tak nampak pun polis singgah.. apek tuh kata kena bayar.. mana ada free.. kalo kita tak bayar dia tak datang.."

teringat masa aku buat report kata maid aku kena kidnap.. baru seminggu keje dgn aku.. mmg kena kidnap pun sebab jiran aku kata, "org naik motor dua org marah2 dia bawa pergi.. saya ada jerit tapi itu lelaki cepat2 jalan.. saya ingat awak punya maid ada takut laa.."

bila aku buat report kata diculik, terkelip2 mata sarjan tuh.. pastuh dia tanya ada barang hilang tak.. kendian dia suggest aku wat report kata maid aku lari.. sebab dia kata susah nak cari indon nih.. kalau report culik nanti susah aku jugak.. aku tanya dia kalo camtuh tak report pun takpa.. dia kata report tuh just in case kalo maid aku tuh dijumpai mati atau apa2 maka aku kiranya dah tak bertanggungjawab lagi.. aku pun takleh nak kata apa dah..

"polis nih yg leh pakai trafik jer.."

"isk ko nih.. kan tuh ada polis wat keje tangkap gangster tuh.. tangkap penyeludup.. cuma mana laa dia leh semua.. superman pun tak tangkap semua org jahat.."

"susah laa cakap dgn ko nih.. takkan ko dah lupa ketua polis sendiri kata jenayah meningkat.. maknanya mmg malaysia nih dah bahaya.. takleh nak jalan tgh2 malam tak tentu hala.. ko tengok kat kl tuh penagih dadah berlambak2 tepi jalan, tak tangkap pun.."

"kalo nak tangkap semua separuh malaysia nih kena buat penjara"

"hah! tuh makna mmg byk laa org jahat kat malaysia nih.. kena kaji laa kenapa.. mmg dah susah nak cari makan ker malaysia nih sampai kena merompak menipu.. tuh merogol tuh apahal? ko tak baca bulan lepas budak sekolah rogol pembantu klinik.. toksah citer laa yg suka sama suka.. yg suka sama tak suka nih pun banyak.. belum citer pati yg buat hal lagi.."

"pada aku laa.. nih semua adalah harga yg kita bayar untuk modernization.. kalo kita nak buat ikut sunnah nanti semua org tak sanggup pulak.. pompuan takleh keje malam.. pompuan takleh jalan sorg2.. tv majalah semua citer 'bosan'.. nih contoh nak boikot usa konon2 nih.. ko rasa org sanggup tak tengok wayang amerika? ko rasa ada yg marah tak kalo semua lagu amerika kerajaan banned? setakat tak makan kfc dan mcD boleh laa sebulan dua.. tapi yg pegang franchise kfc mcD tuh sapa? yg rugi besor tuh sapa?"

"haa.. nih kempen boikot nih org melayu mmg pilih2.. mana yg dia suka dia kata takder pilihan.. mana yg mmg dia tak pakai dia boikot laa.. ko hingat budak2 yg keje kat kilang amerika tuh sanggup berenti keje psal palestin? lagi kita pujuk kilang2 tuh stay masa dia nak pindah ke china dulu ada laa.. nih internet nih.. boleh ker kita tak pakai server2 amerika? boikot susu tin dgn biskut boleh laa.."

"kita dah stuck dlm system nih.. semua benda nih dah sebati dlm kehidupan seharian kita hinggakan kita rasa kita dah tak boleh hidup tanpa benda2 tuh.. contohnya kita cari duit banyak supaya konon kita akan jadi lebih selesa.. tapi yg aku nampak selesa yg kita sebut tuh hanya ilusi.. bila duit banyak lagi banyak problem kita.. bila keter mahal kita risau calar, risau kena curi, risau eksiden, sampaikan anak2 makan dlm keter pun kita jadi risau, takut kotor.. amendenyer yg selesa?"

"betul jugak cakap ko.. kumpul duit buat rumah besar konon selesa.. lepas tiga bulan mengeluh penat berkemas.. mula laa restrict anak takleh main atas, bilik tak leh buka.. ilusi selesa.. mmg betul bila kita tak peduli semua tuh baru kita selesa.. pakai baju murah janji selesa.. tak macam budak aku napak kat sunway minggu lepas.. tgahari panas pakai jaket.. meleleh2 peluh.. biul.."

"dunia nih buat kita tertipu.. mmg susah nak lawan nafsu.. bila kita selesa makan nasi goreng, org sebelah pulak order tomyam dengan ikan 3 rasa.. mulut kunyah tapi hidung kembang kuncup mula rasa apa yg kita makan tak sedap.. tgok org pakai keter cantik ko rasa nak tolak keter ko masuk parit.. padahal sama jer.."

"tak sama beb.. rasa yakin diri tuh beza.."

"haah.. yakin atas pandangan org lain.. sebab tuh ko tuh tak kawin2.. takut org mengata bini ko.. nak cari yg perfect mana ada dlm dunia nih.. kalo ada pun dah dikebas org.."

"alaa ko nih asik topik tuh yg ko bawak ke tengah.. macammana aku nak gie jihad kalo bini cun melecun kat umah.."

"ko cari syurga dunia ker syurga akhirat?"

"tabik tuan!"

Read On 0 ulasan

intifada jiwa

"aku akan rasa bersalah kalo aku tak sebut benda nih kat ko.." pagi2 lagi kawan aku yg sorg nih menyapa aku.. sama ada nak confront aku atau dia sedang confront diri dia sendiri..

"akan kisah Nabi saw melarang pemuda berjihad kerana harus memelihara ibunya yg tua dan sakit itu aku berlapang dada dengannya.. tapi aku juga berpendapat kalo kita terus-terusan memperkuat alasan pada diri kita untuk tidak melakukan sesuatu yg hati kita sendiri rasa keperluannya mendesak.."

aku tumpukan perhatianku pada butir2 percakapannya sambil terus menikmati kopi hitam pekat kurang gula yg masih panas..

"selama nih kita sering bagi alasan untuk menghalalkan kemalasan dan ignorance kita.. sama kisah dengan manipulasi yg kita lakukan terhadap satu hadis tentang amar ma'ruf nahi mungkar.. kita kena halang kemungkaran dengan tangan, kalau tak mampu dgn mulut, dan sekurang2nya membenci di dalam hati, maka itulah selemah2 iman.. obviously, org kita terus pilih benci dlm hati.. konon sekurang2nya masih ada iman.."

teringat akan daku perihal kisah seorg kawan yg mengadu suaminya menempelak setiap kali dia cuba mula mengaji setiap hari.. kata suaminya, "kalau mengaji tak betul jangan mengaji, berdosa.." sambil terus berlalu menonton tv di ruang tamu..

maka benar kalau mengaji tanpa tajwid yg betul berdosa tapi jika kita tidak berlatih mengaji setiap hari bagaimanakah akan betul bacaan kita.. jika membaca Quran itu sendiri masih mengeja2, bagaimana mahu belajar tajwid dan mahraj huruf..

dengan menghalang sesuatu perkara baik ketika ia bermula, maka pegangan itu membantutkan segalanya.. begitu juga bila kita cuba nak buat baik, berbagai permasalahan dan hukum-hakam dibariskan di depan kita, sehingga melemahkan semangat dan membunuh jiwa yg mula bertatih menuju jalan yg lurus..

"terus.. apa point ko?" aku bertanya..

"pada pendapat aku, kita tidak boleh terus mengharap org lain melakukan sesuatu yg sepatutnya kita lakukan.. walaupun ketika ini kita merasakan belum mampu melakukannya, kita harus terus menerus menanam semangat mahu dan berusaha keras mencari jalan agar kita mampu berjuang bersama mereka.. ini yg harus jadi teras kita.. bukan terus menunjuk org lain utk berbuat sesuatu untuk menutup apa yg kita sendiri tanak buat.." nadanya mula memanas..

"emm.. begini sahajalah sahabatku.. aku bersetuju dengan pendapatmu.. namun kita harus ambil kira situasi dunia terkini.. cuba kita lihat kenapa negara2 arab yg lebih dekat dengan isu palestin sendiri seperti tidak mampu berbuat apa2 apabila usul gencatan senjata palestin ditolak mentah2 oleh majlis keselamatan pbb yg dikuasai oleh amerika.. adakah kerna mereka tidak peduli?"

"asal pbb itu menjadi satu gabungan negara2 seluruh dunia untuk mencapai kesepakatan.. tapi kuasa veto diberi pada kuasa2 besar yg menang perang dunia dulu.. maknanya seluruh dunia akan ditadbir oleh pemenang2 perang yg terdahulu.. jika negara2 oic yg tidak bergigi dlm pbb ini cuba menjalankan resolusi sendiri tanpa mengikut kata majlis keselamatan pbb, maka satu lagi perang dunia akan tercetus.. yg jadi persoalan ialah adakah seluruh negara2 yg menyokong kuat palestin ini sudah bersedia untuk dihancurluluhkan oleh mereka2 yg akan menggunakan nama pbb?"

"yg pasti negara2 eropah takkan mahu negara mereka hancur lagi setelah penat lelah membangunkannya selama lebih kurang 67 tahun selepas perang dunia kedua? relakah saudagar2 di tanah arab itu kehilangan segala kemewahan yg mereka kecapi skrg kerna mungkin yg paling besar ialah negara2 ini akan kalah ditangan negara2 veto yg sedia dgn senjata canggih.. jangan tengok jauh, kita tgok diri kita sendiri, sanggupkah kita melihat negara yg kita bangun atas perit jerih pejuang kemerdekaan hancur di depan mata kita dan dijajah semula? bolehkah kita bersatu dan menang, atau sekurang2nya bertahan, jika meletus satu lagi perang dunia? revolusi dlm negeri itu sendiri mengambil masa puluhan tahun untuk kembali stabil.."

"walaupun aku setuju dgn pendapat ko tetapi kalau kita lihat dari perspektif lain, palestin, iraq, afghanistan telah berkorban demi keselesaan dan kemakmuran umat Islam yg lain.. sekurang2nya para syuhada palestin tidak kalah.. mereka mendapat syahid.. kita harus melihat semua ini sebagai satu teguran Allah swt kepada kita.. jangan sampai kita lupa.. bukankah setiap kejadian-Nya itu bukanlah satu yg sia2 melainkan ada pengajaran buat mereka yg mahu mengambilnya.."

"maka yg mampu kita perbuat ialah apa yg boleh kita perbuat.. kita kaji kenapa palestin dibuli oleh israel.. dimanakah kelemahan umat Islam di sebelah sana? kita perbaiki kelemahan tersebut di sebelah sini.. jika kita tersentuh utk jihad maka hijrahlah kita ke palestin, kerna palestin itu mmg bumi para syuhada sudah ribuan tahun.. hingga hampir kiamat nanti pun tetap ada jihad di daerah itu.."

"aku letih memikirkannya.." keluh kawan aku dengan muka mendung..

"bersabarlah sahabat.. takdir Tuhan itu tetap, janji-Nya tidak pernah dimungkiri.. sehingga tiba harinya, kita perbuatlah apa yg mampu kita perbuat.. moga palestin dapat menyemarakkan jiwa jihad dalam setiap hati umat Islam.."

"amin.."
Read On 0 ulasan

al-banjirun


banjir in progress

kawan aku mengeluh pahang surut kelantan pulak banjir.. tiap2 tahun, musim yg sama, tempat yg sama, masalah yg sama.. yg kita buat standby tolong mangsa banjir tapi tak usaha nak elakkan banjir..

aku keluh resah..


pengantin banjir

kawan aku kagum tengok gambar pengantin bersanding dalam banjir.. org tua2 kata untung org kawin musim hujan.. murah rezeki..

aku senyum2..


banjir dek hujan emas

kawan aku terdiam bila dengar komen mangsa banjir kat tv tadi kata banjir nih sebab pembangunan.. nasib baik hujan air.. kalo hujan api di palestin langsung tak membangun..

aku bangun diam2..

Read On 0 ulasan

tabligh dan jihad


sekitar tahun 80an, dalam usia muda, aku pun pernah tidak setuju bila org keluar dakwah berbulan2 tinggal anak bini tak terjaga, kasihan melihat anak bini yg ditinggalkan terpaksa meminta2 simpati sanak saudara untuk makan-minum.. ironinya, hari ini aku rasa pedih bila dengar org mencaci-maki golongan tabligh dengan alasan2 logik dan masuk akal..

mereka kata, "kalo pun nak tegakkan agama, tegakkan dulu dalam rumah.. jangan tinggalkan anak bini yg cari nafkah dan bayar hutang.. baik tak payah berlaki kalo tak boleh bagi makan.." sama dengan ayat2 aku dulu.. marah betul.. tuh baru keluar tabligh belum kalo ada yg nak pegi jihad di palestin..

susahnya menegakkan sunnah di zaman keliru nih..

bila seorg lelaki keluar berdakwah bermakna dia keluar ke jalan Allah swt.. meneruskan sunnah dalam menyebarkan syiar Islam.. dakwah nih tugas setiap muslim.. begitu juga yg berkelana ke india, pakistan dan bangladesh utk menuntut ilmu.. ini semua perjalanan atas nama Allah swt.. bukan kecil pahalanya..

apabila ada perempuan dan anak2 yg bapanya keluar ke jalan Allah swt, maka pada masyarakatlah tertanggungnya pertanggungjawaban menjaga dan memelihara keluarga tersebut.. sama seperti janda2 dan anak2 yatim.. itu semua adalah tanggungjawab sosial masyarakat dalam menjaga kebajikan mereka..

"tapi zaman nih mana boleh jaga tepi kain org," tempelak kawan aku..

"salah tempat ko guna peribahasa tuh tuan.."

"org melayu boleh kesian kat org dua-tiga hari saja.. kalo tiap2 hari kena bagi makan dia rasa rugi.. dia yg penat cari duit, kena tanggung org lain pula.. mana aci.. jaga org tua pun macam tuh.. nak letak kat rumah org tua takut malu dikata org kampung, bela sendiri rasa sengsara, mula marah semua adik beradik, diam2 doa orgtua tuh cepat2 mati.. nih wajah kesian dan malu org kita.."

masyarakat kita nih skeptikal dengan jubah dan serban.. tak tahu ajaran mana.. tapi kita nih rasa semacam bila org tabligh nih datang umah ajak kita gie masjid.. dalam hati kita dok sebut, "macam dia sorg masuk syurga".. kita dok kata 'kubur masing2' demi menghalalkan kemalasan kita..

kata janda nih pulak disinonim dgn gatal dan miang.. bila kita tolong janda, satu kampung mengumpat kata kita nak menggatal dgn janda.. bila warung kopi kita dok minum tuh tokehnya janda, almaklum bersoal jawab laa kalo duduk lama2 dan balik lambat..

"sebab tuh mana ada org melayu leh gie jihad kat palestin tuh? baru balik lambat melepak kedai kopi pun dah kena soal jawab dgn bini.. nak duk masjid dan keluar berhari2? lagi macam2 caci maki.. zaman dulu bila dengar ada kerajaan Islam kena serang macam tuh, kerajaan2 Islam lain semua akan hantar pasukan untuk membantu berperang bersama2 diorg mempertahankan Islam.. fi sabilillah.."

"jihad nih hidup pun menang, mati pun menang.. tak akan kalah.. bila syahid kompem syurga siap boleh bawa saudara-mara masuk syurga.. zaman sahabat dulu dengar jer ada jihad semua nak ikut.. semua nak mati syahid.."

"org melayu jihad lain.. dia buat demo jerit 'hancur israel! hancur yahudi! Allahu Akbar!' pastuh tekak kering dia gie minum kat kedai mamak.. sembang palestin caci maki amerika pastuh dia menguap balik rumah tidur.. kita nih duk tunjuk amerika patut macam nih, oic patut macam tuh, tapi kita nih kat sini lagi.. nak mati syahid camna kalo jihad air liur saja?"

"sama laa kita jugak yop! tapi kan ko penah dengar kisah Nabi saw tak bagi seorg pemuda pergi jihad kerna ada ibu yg tua.. maknanya tak semua org diwajibkan berjihad.."

sedikit berkerut dahi kawan aku..

"aku mmg setuju tapi niat kita camna? adakah kita tanak gie jihad sebab ada tanggungjawab atau kita tanak gie jihad sebab takut mati?"

"maka sebab itu aku berpendapat nak bercerita psal sabillillah nih bukan cerita psal org tapi citer psal diri kita sendiri.. kita tak boleh mengumpat caci maki org sebab kita tak tahu apa yg ada dalam hati org.. kalo nak cerca kena mengata diri sendiri, baru betul.. jangan marah dan persoal apa yg org lain buat tapi tanya apa dan kenapa dalam diri kita sendiri.. jgn cakap apa yg kita tak tahu.. hati dan niat org kita tak tahu.." aku cuba menenangkan hati kawan aku..

"alhamdulillah.. aku berlapang dada dengan pendapat ko.."

teringat kata2 kawan aku yg satu lagi, yg sampai skrg aku macam tak percaya dia gie ikut jihad kat afghanistan, "ko hingat senang nak mati syahid! aku berdiri berlari kejar askar rusia tuh tapi satu peluru dia pun tak hinggap kat badan aku.. berbulan2 aku cuba utk syahid, akhirnya aku akui bukan rezeki aku nak syahid kat sana.."

Allahu Akbar!

Read On 1 ulasan

sunday chat


gaza under fire

usa granted another 'licence to kill' for israelis to do whatever it takes to protect jews land in palestin..

whats wrong with the above sentence?
its the true colors of the insane democracy..

am i wrong?


backsit safety

put on safety belt to lower the possiblity of death during accident.. and its also proven that slowing down could do the same..

but car are meant to be fast, so lets buckle-up and obey the 110km/h highway's speed, not slower.. the risk has been lower..

am i right?


mouse at 40

the mouse, built by engineer Bill English, was first introduced in Dec 9, 1968, at the 'mother of all demos' by Dr Douglas Engelbart in California..

"at the end of the demonstration, there was dead silence and then everyone stood and applauded. that was when we knew we had achieved something special."

u damn right!

Read On 0 ulasan

gebang subuh


tahun baru hijrah

kawan aku marah betul bila tahun baru di palestin disambut dengan letupan bom dari israel.. marahnya berlanjut dari yahudi ke amerika yg menghalalkan.. tapi arab yg haramkan pun tak gi palestin.. kata kawan aku tuh satu dunia kutuk israel dan amerika tapi sorg pun tak sanggup pi mati di palestin..

aku cuma berkata2 dalam hati..


tahun baru masihi

kawan aku kata tahun lepas kita buka tahun baru dgn kes video skodeng soi lek, tahun nih pulak kisah private wild party.. ada selebriti tv, ada artis, dan ramai budak2 remaja.. advance dah org malaysia.. agak2nya apa pulak program tahun depan..

aku tak terkata apa..


pasport palsu dan pendatang haram

kawan aku bagitau imigresen salahkan muka pendatang haram indo, india dan china susah nak bezakan dgn muka org malaysia yg 'truly asia' psal tuh senang masuk pkai passport palsu.. kawan aku cadang kat pintu masuk tuh interview laa sket kalo tak pandai cakap melayu maknanya bukanlah org malaysia.. tapi yg bingungnya ada india dan cina malaysia nih pun tatau cakap melayu.. nih nak salahkan sapa pulak?

aku nak kata apa lagi..
Read On 0 ulasan

kisah lanun kapal tangki dan pencuri handphone

[moved : i-Planning ]
Read On 0 ulasan

PPSMI: the result of 4th kohort

"result pmr dah keluar!" laung kawan aku, yg anak sulongnya baru sekolah rendah, menyeringai menghulurkan beberapa akhbar harian kepadaku.. tak lain dia nak suruh aku komen la tuh.. dia pun tolong bacakan untuk aku, terutama statistik subjek sains dan matematik yg hangat.. aku dah agak dah.. maka kuteruskan menghirup kopi O pagi aku sambil menalakan telingaku untuk menangkap suara dia..

sains
jumlah calon = 456,795
jwb dlm inggeris = 235,510 (51.2%) [2007 = 21.5%]
jwb dlm melayu = 141,658 (30.8%)
jwb bhs campur = 82,627 (18.0%)

matematik
jumlah calon = 462,051
jwb dlm inggeris = 124,209 (26.9%) [2007 = 4.6%]
jwb dlm melayu = 91,955 (19.9%)
jwb bhs campur = 245,887 (53.2%)

lulus bahasa inggeris 74.8% [avg 2003-2007 = 71.2%]

agak mengejutkan aku bila merenung statistik yg kawan aku tolong tulis atas tisu tuh pagi tadi.. nampaknya para pelajar melakukan sesuatu yg berbeza dari keluhan yg aku kerap dengar dari para ibubapa, para guru dan ahli2 politik..

dengan mata yg bercahaya kawan aku menepuk bahu aku, "ko nampak apa yg aku nampak?"

"jadi apa masalahnya?" spontan aku bertanya semula, sambil mencuba utk bersedia mendengar bebelan paginya.

maka bermulalah sessi dia-cakap-aku-dengar untuk beberapa ketika.. walaupun aku sedikit meluat dengan nada ceramahnya tapi dia punya point yg aku rasa agak kuat, itulah yg membuat aku bertahan mendengar analisanya..

bila lebih dari separuh pelajar menjawab soalan sains dalam bahasa inggeris, yg mempunyai bahagian subjektif yg memerlukan kemahiran membuat ayat, bermakna pelajar2 agak selesa dengan penggunaan bahasa inggeris.. belum dicampur lagi dengan jumlah pelajar yg menjawab menggunakan kedua2 bahasa melayu dan inggeris..

sangat menarik melihat peningkatan secara purata sebanyak 20% dalam kecenderungan para pelajar untuk menjawab dalam bahasa inggeris.. mungkinkah mereka menjawab sekadar menghafal apa yg mereka baca dan dengar sahaja? sebab tuh lebih mudah cut-n-paste dari buat ayat sendiri atau nak translate..

"tapi aku tak nampak pun statistik yg lulus? memanglah laporan sebut ada peningkatan tapi secara umum saja, tak bagi pun statistik.. mesti tak memberangsangkan," aku cuba mencuit bahagian minda yg biasanya skeptikal..

namun aku terbaca juga laporan yg mengatakan bilangan pelajar luar bandar yg mendapat gred A utk kedua2 subjek itu lebih tinggi dari pelajar2 bandar.. jadi apa maknanya semua ini?

antara pendapat kawan aku yg kadang2 bijak ini,

i- jurang pendidikan antara dua generasi..

generasi muda mampu untuk mencuba dan berubah, kerna itu bila mereka diajar dalam bahasa inggeris, mereka juga lebih selesa menjawab dlm bahasa inggeris..

berbanding generasi tua yg pesimis dan tidak mahu menyusahkan diri mereka.. generasi nih yg bising nih sebab mereka rasa sukar utk membantu anak2 mereka belajar, sebab beberapa istilah sains/math dlm bahasa inggeris tuh mereka sendiri tak paham atau keliru, sebab tak sama dengan apa yg mereka belajar dulu, sebab mereka rasa bersalah pada anak mereka, sebab mereka tak mahu kalah ego bila ditempelak anak sendiri, sebab mereka tak mahu belajar lagi..

ii- ada maksud lain yg tak kena mengena dgn pelajar

guru2 nih pun banyak yg gagap cakap inggeris, maka bila mengajar terasa sedikit bodoh, rasa malu pada diri sendiri walaupun pelajar tuh tak perasan..

org2 berkepentingan pula tak mahu bila anak2 kena beri penekanan pada bahasa inggeris lebih lagi maka nanti terpaksa kurangkan penekanan belajar bahasa sastera ibunda mereka yg mmg dah susah syllabusnya.. lama2 nanti pupus pulak bahasa kebangsaan mereka sebab sibuk nak belajar bahasa inggeris.. generasi yg ada pun cakap 'broken english' saja, bunyi macam sedap tapi grammar berterabur sampai mat salleh pun tak paham..

org politik pula hanya ikut pendapat populis, terutama dalam era memposisikan diri nih.. mana2 yg hangat tuh semua nak jadi hero.. bukan tengok betul2 pun, semuanya hearsay.. bukan ada yg penah tanya budak2 sekolah tuh.. kalo tanya pun mmglaa jawapannya susah, dulu masa diorg sekolah pun bila org tanya kata susah juga..

iii- komen tuh fakta atau statistik tuh auta?

ada org komen kalo nak tingkatkan penguasaan inggeris kena beri penekanan pada subjek bahasa inggeris sendiri bukan penggunaan kat subjek lain.. tapi statistik tunjuk yg lulus bahasa inggeris meningkat signifikan dengan yg menjawab sains/math dalam bahasa inggeris..

nih namanya 'applied knowledge'.. macam sains kalo ajar teori saja tanpa beritahu macammana nak guna pun tak guna.. belajar algebra tapi bila budak2 tak nampak apa gunanya dlm kehidupan seharian pun tak bermakna.. sama dengan baca Quran tapi tak tahu maksud.. baca bukan main sedap tapi setakat kopiah atas kepala saja perangai lagi haru dari kutu simpang.. ilmu setakat tahu maksud tapi tak tahu pakai, tak dapat guna, tak jadi amalan..

iv- yg kecoh org bandar bukan org kampung

org bandar yg takut sangat kalo anak tak pandai sebab takleh nak ajar skill lain.. bila mak bapak keje pejabat, anak2 kena ada sijil bagus baru leh keje pejabat.. sebab tuh penting anak nih pandai.. nak ajar anak meniaga mana ada masa pagi dah pegi, balik dah petang.. skrg nih sebab malu dgn kengkawan, terpaksa antar anak gie tuisyen dari sekolah rendah lagi, kos tuh sapa nak tanggung?

org kampung biasanya dia paksa jer anak dia belajar, tanak belajar kena rotan, peksa dapat merah kena rotan, kalo teruk2 bodoh sangat sekolah pun diorg masih boleh ajar anak2 diorg skill tangkap ikan, cucuk tanam, atau skill2 kerja kasar menggunakan tulang empat kerat..

tuh yg sudahnya budak2 bandar nih yg stress.. stress budak kampung sama saja, dulu masa ajar matematik dan sains dalam bahasa melayu pun susah jugak main hapal saja.. tuh yg kita nampak jurang pelajar luar bandar dengan bandar makin rapat.. kiranya dlm 5 tahun lagi budak kampung bukan sekadar cakap "go straight don't belok2"..

v- manipulasi eksperimentasi

org kata kesian budak2 nih jadi bahan eksperimen kerajaan.. apa yg kita takut sebenarnya? takut budak2 nih tak pandai atau takut budak2 tak pass peksa? nih org zaman skrg nih terlalu 'paper-oriented'.. semua nak result 'high-fly'..

salah ker mencuba untuk berubah? kalau undi parti politik boleh pulak bereksperimentasi.. kalau pun eksperimentasi nih gagal dan budak2 tuh tak pass peksa tapi grup budak2 nih antara yg tahu sikit2 dah cakap omputih.. cemey2 bila besor esok taklaa gagap sangat bila kena urat dgn mek salleh, exposure dah ada.. sikit2 paham laa.. takder laa asik jawab "i don't know sepatah haram"..

vi- mendaulatkan bahasa kebangsaan

daulat kemendenyer? yg lahir dan membesor kat malaysia pun ramai yg tak fasih cakap melayu.. tuh yg jadi wakil rakyat pun cakap melayu pelat.. org melayu korporat pun rasa keparat sebut istilah ekonomi dlm bahasa melayu.. hatta bawa novel inggeris dianggap lebih educated dari yg baca novel melayu.. toksah cakaplaa kalo papan tanda kat tepi jalan pun nak kena tulis segala macam bahasa yg ada.. daulat berulat..

tengok statistik.. peningkatan kelulusan subjek yg paling tinggi ialah punjabi (56.2%) dan iban (30%).. bayangkan yg dapat semua E (maknanya termasuk bahasa melayu) sebanyak 440 org.. memang 0.1% tuh kecik tapi ada patut ker ada lagi org yg gagal bahasa melayu lepas setengah abad malaysia merdeka? mungkin org melayu risau bila baca statistik lulus arab komunikasi menurun..

tapi tengok gak statistik wayang melayu berbanding wayang dari luar negara yg tak dialihbahasa pun.. tv tuh berapa peratus citer yg cakap melayu, tinggi tak ratingnya? tuh daulat laa tuh.. byk ruang lain kenapa sibuk yg ini?

kenapa tak sibuk bila baca statistik lulus menurun untuk pelajaran geografi yg diajar dlm bahasa melayu? buat2 tak napak? ke pasal tak penting? patutlaa ada anak dara melayu teringin sangat nak gie main salji kat bangladesh..

vii- tukar balik ajar dlm bahasa melayu

bukan tak boleh.. tapi kosnya pun bukan kecik.. kata ekonomi tengah teruk, kerajaan takder duit, bila tukar, maknanya kena tukar buku teks.. bukan sikit2 tuh.. kalau tahun nih saja pelajar2 pmr dari sekolah bantuan kerajaan berjumlah 442,791 org.. satu buku RM10 pun dah makan RM4 juta ++.. tapi elok gak kot utk merangsang ekonomi so org meniaga buku dan printing boleh bidding projek baru, apalagi tgh musim tender terbuka nih..

mudah dipaham org risau sebab dua subjek nih subjek core, subjek penting, hidup mati laku atau tidak sijil tuh nanti.. budak2 nih amik 7-9 subjek.. maknanya tolak sains/math, tolak subjek bahasa, rasanya kurang2 ada 5 subjek yg diajar dalam bahasa melayu.. maknanya 60%-70% pendidikan di sekolah diajar dalam bahasa melayu.. so apa sebenarnya?

Viii- keputusan pmr vs keputusan kementerian pendidikan

rasanya yg lebih utama ialah keputusan para ngo, sebilangan ibubapa dan guru2 dan ahli politik.. upsr ari tuh pun dah tunjuk statistik yg hampir sama.. polanya signifikan dengan keputusan pmr..

kesimpulannya ialah budak2 nih boleh, kalau susah pun masih boleh.. yg tak bolehnya kita nih yg otak dah mulai beku dan minda yg sibuk memikirkan segala macam masalah negara serta hati yg marah pada geng2 yg sokong sangat program nih, almaklum dulu tak berapa berani nak sebut, sekarang dah takder buntut diktator yg perlu dijilat lagi..

budak2 skrg nih lagi pandai dari kita dulu.. diorg tengok kartun bahasa inggeris ketawa dengar ayat2 jenaka, kita dulu ketawa tengok kartun tuh meloncat2, nak ikut sebut pun berpintal lidah nak paham, haram..


"alaa soalan senang kot? tak macam soalan masa kita sekolah dulu," tempelak aku cuba memainkan perasaan kawan aku tuh..

"allo kawan! baca star nih, pakar dari britain (Cambridge International Examinations) yg buat evaluation process dan setting standard pmr pun mengaku kata kertas soalan tahun nih lagi tinggi standard dari negeri dia."

"mamak! kasi budak nih roti banjir!"

"aku tau kau setuju dgn aku, tapi tanak mengaku," kata kawan aku dgn muka 'puas hati'..

Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008