aku berbual panjang semalam dengan seorg veteran melayu singapura.. satu pandangan dari dalam tentang melayu dan singapura.. moga kita sebagai melayu dapat mengambil iktibar dan menjadikannya salah satu alasan untuk diri kita mengapa kita harus mempertahankan kedaulatan melayu di tanah melayu..
hampir semua org tahu, menjadi satu rahsia umum, tentang bagaimana melayu dianaktirikan dan ditekan di singapura.. tapi kita tak rasa dan kita tak tahu bagaimana ia dilakukan.. sekurang2nya aku tak benar2 memahami keadaan sebenar yg berlaku..
di bidang pertahanan, tidak ada melayu yang memegang pangkat besar.. rata2 hanya setangkat berpangkat kapten.. tiada melayu berada di jabatan strategik.. ini semua berlaku kerna pendapat bahawa melayu di sempadani oleh malaysia dan indonesia.. dan mengikut sejarah dan budaya, jika berlaku peperangan org melayu akan berpihak kepada org melayu.. jika ada mana2 melayu yang berpotensi untuk meningkat.. mereka akan diberi jawatan, seperti pengurus, dan mereka akan direndamkan dalam posisi itu hingga bersara..
dalam pentadbiran negara, hanya ada beberapa melayu yang dilantik sebagai menteri dan menteri itu hanyalah pak turut.. perlantikan ini hanyalah semata2 untuk mengelabui mata org melayu.. hanya sekadar memberi bukti bahawa pentadbiran negara juga memberi peluang kepada melayu memegang kuasa..
sama juga mengapa mereka menjadikan fandi ahmad sebagai idol singapura.. supaya org melayu dapat berbangga dan berpuashati dengan pencapaian org melayu, dan itu hanya satu.. ini satu cara bagaimana melayu diperolok2an supaya leka dan berpuashati dengan pencapaian mereka..
mengikut kisahnya, pada zaman mudanya, melayu ditekan bukan secara keras tapi secara halus.. jiwa melayu dilemahkan dengan berbagai cara.. dia adalah satu2nya melayu yg berjaya mendapatkan ijazah dizamannya.. kursus yg diambilnya, yg diawali sekitar 8 org melayu, hanya dia seorg saja melayu yg lulus.. itu pun dengan berbagai dugaan dan tekanan.. hampir tidak ada melayu singapura yang berkelulusan ijazah pada zamannya..
dalam bidang pelajaran, terdapat diskriminasi di antara murid melayu dan cina.. guru2 hanya memberi perhatian kepada murid2 cina.. jika ada murid2 melayu yang berpotensi, berbagai tekanan akan dikenakan.. kesalahan kecil mereka akan digembur2kan untuk mematikan semangat.. atau mereka akan menggunakan taktik memuji dengan berlebihan.. hingga anak melayu itu terhanyut dalam arus pujian yang belum sepatutnya dia nikmati..
ketika krisis ekonomi 1997, pekerja2 melayu adalah pilihan pertama untuk pengurangan pekerja.. beribu2 melayu menganggur dalam umur yg hampir kepada persaraan.. kebanyakan melayu hanya terlibat dalam sektor kerajaan.. dengan jawatan rendah.. jika ada yg berpotensi akan dipersulitkan laluan karier mereka.. dia berkisah tentang bagaimana seorg pilot melayu yang gagal mendapat pekerjaan kerna namanya Muhamad Kamal.. walaupun mukanya seperti cina..
perniagaan pula bukanlah arena permainan melayu.. semua jaringan perniagaan dikuasai oleh cina.. tidak ada tycoon melayu di singapura.. org melayu menjadi takut untuk bersaing dalam perniagaan kerna berpendapat tidak mungkin untuk memecahkan monopoli cina..
walaupun begitu, komennya, masih banyak melayu singapura tidak sedar.. mereka bermegah2 dan sombong dengan kedudukan dan pangkat mereka.. mereka memperlekehkan org2 melayu yg mahu berusaha.. memperkecilkan semangat mereka2 yg mahu berubah.. masih tidak memahami akan kepentingan menguasai ilmu dan kemahiran.. dan masih terkinja2 mengikut acuan budaya asing.. ini masalah melayu singapura.
namun dia melihat ada gelombang kebangkitan dalam generasi muda.. semakin ramai yg memahami kepentingan penguasaan ilmu dan kemahiran.. sudah semakin banyak melayu yang memegang ijazah.. ini adalah satu perkembangan yang baik padanya..
adalah penting pada pendapatnya kita mengubah kumpulan2 kecil antara kita.. memperkuat dan bergerak dengan lebih progresif.. tak perlu besar2.. bila banyak kumpulan kecil melayu yg mantap.. nanti akhirnya akan bergabung menjadi satu kekuatan yg luarbiasa.. yg boleh mengembalikan kedaulatan dan kegemilangan melayu..
dia mengakhiri kisahnya dengan satu pernyataan yg sangat menyayat hatiku..
"kamu org melayu ada sesuatu yang dipanggil tanahair, aku org singapura takder tanahair.."
bangunlah bangsaku! jadikan ini penyuntik semangat kita.. jangan sampai kita kehilangan tanah melayu.. ini tanah melayu.. ini tanahair kita.. warisan nenek moyang kita.. tempat tumpah darah kita.. jangan sampai kita merempat di tanah kita sendiri.. Allahu Akbar!
Bismillahhirrohmannirrohim.
Takkan Melayu Hilang Di Dunia !
Insyaallah.
:)