50 tahun merdeka.. aku tak tahu apa lagi yg melayu leh pertahankan.. kuasa? dah jelas kita makin bagi kuasa kat org lain.. kita pegang jadi ketua saja.. tapi bila bangsa pendatang yg buat kerja.. yg untung kaum pendatang laa..
lihat saja rezab melayu skrg.. dah tukar lagi undang2.. skrg nih rezab melayu dah boleh tukar taraf jadi freehold.. aku pun tak tahu berapa lama lagi kg baru boleh dipertahankan..
kouta melayu di universiti dah makin dipertikaikan.. makin mengecik.. pastuh agensi melayu (mara) buat institusi pendidikan guna duit melayu tapi dah buka pada bangsa pendatang..
bangsa pendatang kutuk pelajar melayu yg masuk ipta/ipts tuh kerna kouta melayu takder kualiti.. graduan melayu pulak ramai menganggur seolah2 membenarkan tempelak mereka..
skrg nih lesen kontraktor kelas F nak dibatalkan.. sedangkan kelas F paling banyak melayu.. bukan sengaja nak duk kelas F tapi masalah melayu yg paling besar modal..
peradaban melayu dah berusia lebih 1,400 tahun.. dari jumlah tuh lebih 500 tahun tanah melayu dijajah.. bermakna org melayu hanya merasa kebebasan kurang dari 900 tahun.. itu termasuklah tanah melayu nih merdeka semula dah 50 tahun..
kalau kita kira dari kesultanan melaka bermula lebih 600 tahun dulu atau mungkin dari kerajaan langkasuka yg dikatakan bermula 1100 tahun dulu atau mungkin jika berpandukan tinggalan di lembah bujang, peradaban melayu dah wujud sejak abad ke-2 lagi.. bermakna hampir 2,000 tahun dulu..
org melayu adalah org yg dah lama bertamadun.. hinggalah pada sekitar abad ke 14, kita mula dijajah.. dan bermulalah satu era baru bangsa melayu yg terjajah.. hampir 450 tahun.. hampir setengah abad kita dijajah.. terlalu jauh org melayu diubah, dicanai dan di'brainstorm' oleh para kolonial hinggalah menjadi seperti bangsa yg kita lihat pasca penjajahan sekarang.. 450 tahun mengubah melayu hingga kita begitu mirip dengan penjajah..
adakah kita boleh bangkit dalam masa 50 tahun? adakah kita mampu kembali gemilang menjadi bangsa melayu yg sebenat dalam masa 50 tahun? penjajah perlu masa 450 tahun.. berapa generasi melayu tuh?
kita bertanggungjawab atas pengisian kemerdekaan.. dan kita telah melakukannya dengan agak baik berbanding iran yang mempunyai peradaban gemilang selama 6,000 tahun.. berbanding ethiophia (dulu habsyah) yang mempunyai peradaban 3,000 tahun.. malah turkey yang dikatakan antara peradaban pertama di dunia..
kita dah melakukan pengisian dengan agak baik tapi belum cukup baik.. kalau dulu kita boleh berbangga dengan budaya kita, tapi kini budaya melayu hanyalah kosmetik.. digunapakai hanya untuk kegunaan rasmi.. malah ada diantara melayu yg malu nak berpakaian melayu di majlis rasmi dan berbangga dengan pakaian penjajah..
ini adalah peninggalan penjajah.. malah telah berkali2 dlm sirah Nabi saw mengkisahkan betapa pentingnya Islam mempunyai imej yg berbeza dengan para kafirun.. pengkisahan tentang janggut hinggalah kepada cara azan mengingatkan umat Islam akan waktu solat.. semua itu diperhalusi agar tidak menyamai perbuatan org kafir..
'reality-check'.. kita berjalan2 sejenak ke masjid putrajaya.. berapa ramaikah orang melayu yang boleh dibezakan dari segi berpakaian dengan para kafirun.. amat sedih melihat anak gadis melayu berseluar pendek dan berbaju t-shirt ketat memakai jubah yg disediakan oleh pihak masjid utk org2 kafir sebelum masuk ke perkarangan masjid..
itu dari segi luaran.. dalaman org melayu sendiri bagaimana? adakah hanya malas, dengki, dendam, dsb saja yang sinonim dengan org melayu? adakah ramah tamah kita tidak ikhlas? adakah sikap kurang ajar terhadap org yg lebih tua itu dianggap wajar? melayu hilang ruh..
'reality-check'.. kita habiskan pula waktu kita di dataran merdeka di malam kemerdekaan.. rata2 anak2 melayu menunggu bunyi jam di bangunan sultan abdul samad berdentang jam 12mlm dan terkinja2 keseronokan bercampur lelaki perempuan.. apa yg melayu? yg mana sifat melayu?
dari konsert jalanan yg bertebar sekitar kuala lumpur bermula dari sebelum maghrib.. hingga pesta bunga api di tgh malam.. lumba haram selepas tamat konsert.. seterusnya berdedai2 anak2 melayu pulang selepas subuh.. sampah sarap yg tinggal dipagi hari sebagai habuan kepada dewan bandaraya.. inikah bentuk generasi yg dipertanggungjawabkan kepada kita.. masih besar dan banyak lagi tugas yg perlu kita lakukan..
bukan aku memperkecilkan pahaman bahawa kita harus kembali kepada Islam dan mengaku Islam.. mengaku Islam lebih penting dari mengaku bangsa melayu.. tetapi ini akan tambah mengelirukan generasi muda.. jika mereka mengaku Islam.. Islam yg bagaimana? Islam arab saudi kah? iran kah? turkey kah? syiria kah? jordan kah? kerana bangsa itu adalah fitrah manusia..
malah ketika daulah Islam di zaman Nabi saw sendiri mengakui akan keberadaan bangsa.. arab, parsi, turk, habsyah, dsb.. malah di kalangan kaum arab juga diperakui akan perbezaan kabilah.. tetap mereka berpegang pada Islam.. tapi tidak mereka menidakkan bangsa mereka.. malah ketika Saad bin Waqas memegang tanggungjawab dakwah hingga ke negeri China, tidak dia mengubah identiti bangsa..
kerna itu penting kita menguatkan semula bangsa melayu dengan Islam.. bukan menolak bangsa dan hanya mengambil agama.. Islam adalah jiwa dan melayu aadalah raganya.. kemanakah kita isikan jiwa jika kita kehilangan raga..
ini cabaran pengisian kemerdekaan.. pengisian jiwa Islam dalam raga melayu.. maka penting kita kenal apa itu melayu.. raga melayu harus dibersihkan dari penjajahan.. kita harus kembali menjadi melayu untuk mempertahankan Islam.. kembalikan ruh Islam ke dalam jiwa melayu.. insya-Allah..
Post a Comment