bahasa melayu, orang melayu dan tanah melayu


salaam..

maaf kalo aku berpendapat melintang dengan pendapat org lain.. bila kita dok sembang2 citer psal kepentingan bahasa inggeris terutama dalam sektor pekerjaan dan perniagaan, aku terasa macam kita terlalu mengagungkan bahasa inggeris dan seolah2 merendahkan kedudukan bahasa melayu dalam bidang ekonomi dan teknologi.. maaf sekali lagi kalau aku terkasar bahasa dan seolah menghentam pula aliran inggeris.. bukan itu maksud aku.. aku hanya melihat soal pemerkasaan bahasa melayu nih dari perspektif yang berbeza dan aku juga melihat penumpuan kita dalam pembangunan anak2 melayu yang berdaya saing dalam konteks tanah melayu seolah2 sedikit melencung dari matlamat pembangunan sebuah bangsa bernama melayu..

bahasa jiwa bangsa..

org melayu guna bahasa melayu.. kalo jumpa org melayu yang pakai bahasa melayu lama maknanya jiwa melayu lama :lol: sama juga kalo jumpa melayu guna banyak sangat bahasa slanga maknanya jiwa melayu dia pun dah slanga.. itulah ikut takrifan ayat tuh..

bahasa melayu nih dinamik.. sebab bangsa melayu nih dinamik.. sebab tuh kita mudah mengadaptasi bahasa lain ke bahasa melayu.. sama seperti bangsa melayu yg mudah beradaptasi dgn org dan budaya lain.. bahasa tak rosak dengan perkataan baru selagi alunan dan jalur bahasa tetap mengikut jalan bahasa melayu.. sama seperti org melayu yang takkan rosak dek budaya org selagi dia masih kenal budaya melayu..

aku paham akan kepentingan bahasa inggeris dlm bidang pekerjaan dan perniagaan.. cuma yg aku tak paham kenapa mesti syarikat tempatan di malaysia nak guna bahasa inggeris sebagai bahasa internal mereka.. kalau memang ada keperluan antarabangsa aku leh gak terima.. tapi untuk urusan dalam negeri mengapa perlu bahasa inggeris? mana letak keutamaan bahasa kebangsaan?

lebih dari itu malah dianggap bahasa inggeris disinonimkan dengan bahasa untuk maju.. aku terima pakai kepentingan bahasa inggeris dalam pengkajian ilmu dan teknologi.. tetapi aku juga merasakan potensi bahasa melayu dalam ilmu dan teknologi..

aku melihat satu sindrom dlm masyarakat melayu yang menghubungkaitkan kekurangan kemahiran dalam pengendalian bahasa inggeris dengan kualiti kerja.. yang penting dalam peningkatan sesuatu bangsa ialah cara dan kualiti kerja.. menguasai bahasa inggeris untuk penimbaan ilmu sangat penting kerna hampir setiap ilmu itu ditulis dan didiskusikan dalam bahasa inggeris.. aku paham itu.. tetapi untuk menguasai bahasa inggeris hingga ke tahap lidah dan fikiran pun dalam bahasa inggeris aku rasa bukan keperluan..

bahasa hanya medium komunikasi.. kualiti kerja bukan semata kerna kualiti bahasa inggeris.. org jepun lebih jauh dalam teknologi bukan kerna kebolehan menguasai bahasa inggeris tetapi kualiti kerja dalam konteks budaya.. bangsa eropah sendiri ramai yang tidak menguasai bahasa inggeris dengan baik.. begitu juga rusia dan cina..

aku melihat dikalangan bangsa melayu sering dianggap tidak pandai kerna tidak boleh berbahasa inggeris.. yg ditekankan ialah menguasai bahasa bukan menguasai teknologi.. bangsa kita dipinggirkan kerana penguasaan bahasa bukan kerna kualiti kerja..

aku hanya boleh berharap org melayu meningkatkan kualiti dan budaya kerja.. bahasa inggeris hanya alat.. kita jangan terlalu fokus merendahkan bangsa kita kerana penguasaan bahasa inggeris.. pada pendapat aku sebagai medium komunikasi, majoriti bangsa melayu dah cukup menguasai bahasa inggeris, malah lebih baik dari bangsa lain..

malah aku berpandapat alangkah baiknya kita dapat memakmurkan bahasa melayu di tanah melayu.. dalam urusan dalam negeri lebih baik kita gunakan bahasa melayu dengan bangga.. dalam konteks malaysia, ini dapat mengurangkan rasa rendah diri kita dengan bangsa lain.. bila rasa rendah diri untuk berkomunikasi nih hilang, maka kita dapat menumpukan tenaga dan fikiran kita dalam pembentukan kualiti dan budaya kerja melayu..

dari segi kualiti dan budaya kerja nih, terutama di luar tanah melayu, bangsa melayu dikenali sebagai satu sumber tenaga kerja yang boleh diandalkan.. antar kualiti yang dikagumi dan diakui oleh bangsa lain ialah sikap kita yg kurang cakap tapi kerja siap (humble but efficient), berbincang dengan baik utk menyelesaikan masalah bukan berdebat/bertengkar (focus on problem's solution), kebolehan melakukan berbagai kerja dlm satu masa yg ditetapkan (multi-tasking), berorientasikan hasil kerja (result-oriented), mudah bekerja dalam satu pasukan (team player), berkebolehan memotivasikan rakan2 dan mengurus tanpa mewujudkan ketegangan.. (unstressful/motivational management), malah bekerja dengan baik dalam tekanan (work best in stress environment) dan ini menunjukkan bahawa pengurusan tekanan (stress management) kita sangat baik.. dan seribu satu macam pujian lagi.. ini semua budaya kerja melayu..

ini yang harus kita didik dan tanamkan dalam bangsa melayu yang baru mengenali alam pekerjaan.. ini seharusnya fokus kita.. bukan tekan mereka menguasai bahasa inggeris.. bukan aku kata biarkan tapi fokus dan visi kita perlu dijajarkan semua.. alhamdulillah baik kalau boleh menguasai bahasa asing, dan dalam konteks tanah melayu, lebih baik kalau kita dapat memperkasakan penggunaan bahasa melayu..

jangan malu bercakap melayu.. itu bahasa kita.. ini aku citer dalam persekitaran kerja dan meniaga.. kesian nengok org melayu masuk restoran melayu (yang anggun sket) kat tanah melayu tapi malu nak buat pesanan makanan dalam bahasa melayu.. sedangkan semua yg makan tuh org yang mengaku warganegara melayu (bukankah bangsa pendatang nih dah mengaku warga tanah melayu).. cakap jer laa melayu.. nak buat apa terbelit lidah cakap bahasa inggeris.. ini aku cakap dlm konteks sosial..

kalau nak cakap dgn anak kat rumah dalam bahasa asing, inggeris ker, mandarin ker, tamil ker, spanish ker, france ker, itu baik untuk pertumbuhan anak.. sebab mmg ada kajian menunjukkan bahawa kanak2 yang belajar banyak bahasa itu mempunyai potensi perkembangan minda yang lebih besar.. itu beza sebab kita citer dlm konteks yang berbeza..

sama juga dalam konteks pendidikan tinggi, universiti, kolej, kursus profesional.. apalagi kalo belajar diluar negeri, penguasaan bahasa penting.. sebab ilmu itu byk dlm bahasa inggeris dan bahasa arab.. atau mungkin yg belajr di pakistan dan negeri yang sewaktu dengannya, bahasa urdu penting.. kalau eropah mungkin lebih byk lagi bahasa kena belajar sebab setiap negara punya bahasa mereka sendiri..

kalau kita tengok eropah, komunikasi antarabangsa mereka inggeris, tapi penguasaan mereka sekadar untuk komunikasi.. mereka bangga dengan bahasa mereka sendiri walaupun mereka tahu bahasa inggeris itu penting.. mereka belajar bahasa untuk memahami tapi bukan untuk jadi org inggeris, itu pendapat mereka.. sebab tuh bahasa mereka diakui..

diperingkat antarabangsa, bahasa melayu nih org kenal bahasa indonesia saja.. diorg lebih kenal bahasa indonesia daripada bahasa melayu.. malah ramai yang anggap org tanah melayu bercakap dalam bahasa inggeris dan takder bahasa sendiri.. dia kata kita bercakap dalam bahasa indonesia.. hilang bahasa hilang budaya hilang bangsa..

teringat cerita Munshi Abdullah dalam salah satu bukunya, betapa org melayu mentertawakan dia bila dia kata org melayu kena belajar bahasa melayu.. padahal ramai org melayu zaman tuh bertutur dalam bahasa melayu tetapi gagal menguasai bahasa melayu dengan baik..

wallahualam..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008