diskusi buluh kasap?


maaf.. tapi aku tak paham laa.. bila ada antara kita nih dok sebut itu ini.. bawa keluar macam2 isu.. tapi kat penghujung kita kata kita tak boleh buat apa2.. bila ada yg bagi pilihan, kita kata pilihan2 tuh sama jer.. padahal kita percaya dan yakin bahawa isu yg kita tebarkan itu adalah isu yg betul dan hak.. kalo kita takleh buat apa2 buat apa kita nak bincang? thats doesn't count personal attack and personal defensive arguement..


kalo kita buka topik sekadar nak kongsi pandangan.. itu namanya sembang kedai kopi.. bukan utk ilmu.. kalo untuk ilmu perbincangan bukan setakat betul atau salah.. setuju atau bangkang.. tapi mencari satu titik yg boleh kita sama2 bersetuju.. kalaupun tak mencapai persetujuan bersama, tapi kita nampak arah perjalanan kita adalah sama..

maka bila dah napak arah perjuangan.. kena ada solusi.. kena ada rancangan.. kena ada strategi.. bagaimana nak melakukannya.. bagaimana nak bergerak.. bagaimana nak susun pelan.. ini yg patut lebih dibincangkan.. cara dan sikap..

serangan peribadi hanya menunjukkan kecetekan kita.. kita perlekehkan pandangan sesama bangsa.. kita tutup kebaikan dan kita warwarkan keburukan.. ini dah membudaya dlm masyarakat melayu.. tapi mahu kemana kita dengan budaya macam nih?

perbezaan politik contohnya bukanlah satu sebab untuk kita terpisah.. seharusnya kita jadikan itu satu kelebihan buat bangsa kita.. satu pihak buat utk kebaikan melayu, dan satu pihak lagi lawan untuk buat lebih baik uk org melayu.. melayu bukan musuh kita.. kalo nak hancurkan.. musuh kita yg nyata ada di depan mata.. mereka itu yang harus kita kalahkan..

dalam perjuangan kena fokus.. jgn mudah tersasar dari tujuan.. apa guna kita hentam geng melayu yg tuh buat tak betul.. pastuh nanti geng melayu yg tuh kata geng melayu yg nih pun sama gak buat benda tak betul.. kita kena terima pendapat.. kalo kita rasa pendapat org betul, kita pakai.. kalau tak betul, abaikan.. dan bergerak semula..

jangan buang masa asik dok pertikai benda2 yg kita tahu zaman berzaman takkan selesai.. kita kena fokus.. kita dlm 'perang'.. kalo kita dok asik leka bertekak2, bila masa kita nak buat keje? tak buat keje, camna kita nak maju? org melayu dah maju sangat ker? org melayu nih dah mapan? dah boleh berdikari? dah ada teknologi sendiri? bangsa melayu nih dah merdeka ker? jangan asik pandai berkokok di gelanggang sendiri saja..

ingatlah.. bangsa melayu nih hebat.. kalo kita dok kutuk bangsa melayu.. bukan bangsa nih yg salah tapi kita yg patut dipersalahkan.. kalo kita tunjuk satu org bangsa melayu yg tak berguna, kita jgn lupa, satu jari tunjuk kat dia, satu jari tunjuk ke tanah, tiga jari tunjuk kat diri kita.. bermakna satu salah dia, satu salah penguasa tanah melayu, dan tiga salah kita..

aku tak peduli korg org umno ker, org pas ker, org adil ker, pengikut abuya ker, sokong nik aziz ker, sokong siti ker... atau ko benci sapa2 pun pemimpin.. kita semua adalah melayu yg ada tanggungjawab terhadap agama.. tanggungjawab terhadap tanah melayu.. tanggungjawab terhadap bangsa melayu..

kita disini berbincang untuk mencari dan menetapkan halatuju buat anak bangsa.. buat generasi yang bakal mengambilalih kepimpinan bangsa dan negara.. generasi yang akan mempertahankan dan mendaulatkan kembali agama Islam.. ini harapan.. dan harapan akan hanya tinggal harapan kalau kita tidak fokus dalam tugasan yg dipikulkan ke generasi kita oleh generasi yg telah memikul tugasan menghalau penjajah keluar dari bumi melayu.. mereka dah buat.. kita?

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008