gejala keruntuhan akhlak yang berlaku adalah satu petanda kerosakan budaya yang berlaku dlm masyarakat.. kita dok citer semua kes yang berprofil tinggi.. selebriti nih profil tinggi dan selalunya kita hubungkaitkan dengan tangan2 politik.. politikus nih simbol kuasa dalam negara.. kesimpulan mudah kita sebenarnya nak kaitkan masalah kerosakan budaya dengan penyalahgunaan kuasa (power abuse). citer profil tinggi nih..
bila citer tentang penyalahgunaan kuasa, kita cuit lak sistem yg kita dok ada nih tak betul.. sistem yg ada nih lemah, sebab tuh wakil rakyat kita mudah salahguna kuasa.. yang kita lupa siapa yang pilih wakil rakyat tuh? rakyat laa kan.. maka kita kata laa rakyat malaysia nih bodoh tatau nak pilih wakil yang baik.. nih dah macam citer kempen pilihanraya laa pulak.. kena camnih sebab demam pilihanraya dah nak mula.. :lol:
kita telusuri lagi.. kalo kita kata kita paham akan sistem yang baik.. sistem Islam.. maka kita pun patut tahu mana calon wakil yang baik.. tapi yang herannya wakil yang kita kata paling sesuai tuh tak menang.. heran kan? kalo ikut teropong aku ada dua sebab..
sebab yang paling sensasi ialah salahguna kuasa masa pilihanraya.. kita kata kerajaan yg memerintah manipulasi undi.. sebab tuh dia menang.. ada pengundi hantu.. ada pengundi gelap.. kita pertikai undi tentera dan undi pos.. mcmmana tak pertikai, undi pos dari luar negeri sebulan sblm pilihanraya dah mengundi siap dah.. susah nak citer bab nih.. tapi manipulasi undi sebegini hanya berguna kalau beza undi kecil.. kalo mmg 70% kalah tak terhantu undi dia..
pada pendapat aku pulak, rakyat sendiri mmg pilih org yg kita tak suka tuh.. atas apa pun jua alasan, mmg mereka suka nak undi calon yang kita tak suka.. kita mmglaa marah, adat org kalah mana ada ikhlas terima kekalahan.. kalo tak luka pun melecet gak laa hati..
realitinya majoriti rakyat malaysia dah pilih kerajaan yang ada sekarang.. adakah mereka betul atau buduh? kita yang kalah (termasuk yg tak mengundi tahun dulu) mesti kata diorg buduh.. tapi adakah majoriti rakyat malaysia buduh? maka kita berada di negara yg salah.. atau adakah mereka lebih rasional dan realistik dari kita?
mungkin mereka tak bersedia untuk hidup dalam sistem yang kita angankan.. atau mungkin saja mereka tak sesuai.. maka sekali lagi kita berada di negara yg salah.. kalau kita tak salah.. apa pula yg salah?
semua org melayu nakkan sistem Islam.. tapi persoalannya Islam yg mana? kita rasa kita lebih Islam.. mereka pun rasa yang sama, dan mereka adalah majoriti.. ini sama perasaan kelompok al-Arqam dulu.. mereka buat sistem Islam yang org lain tak sedia nak terima.. sebab majoriti rakyat malaysia tak sedia dan rasa tak sesuai hidup dlm sistem macam tuh.. maka mereka terpinggir.. tapi mereka tak cepat marah dan tak putus asa sebab mereka rasa sistem mereka dah betul.. kita?
kita dok komplen macam2 yang berlaku dlm negara nih.. kita marah itu dan ini.. tapi realitinya kita hidup dan ikut sistem yang dah ada.. kalau betul kita rasa kita dah betul.. dan contohnya kalau kita rasa sistem pentadbiran Islam yg dijalankan oleh PAS tuh betul.. kenapa tidak kita ramai2 pindah ke kelantan.. itu contoh pentadbiran Islam.. kalo tak menyeluruh pun, mengarah ke arah itu..
kita pindah dan bernaung di bawah kerajaan yg kita rasa betul.. kita naikkan ekonomi kelantan.. kita jadikan kelantan pusat segala-galanya.. tak rasional? kita nih yg tak suka maksiat dan rindukan sistem Islam nih minoriti.. maka kita kena bergabung.. kita dok kelantan.. kalau semua minoriti nih bergabung duk satu tempat maka kita ada kuasa.. kalau negeri lain tanak berurusniaga dgn kita pun, kita ada kuasa beli (purchasing power) kita sendiri.. kita berurusniaga sesama kelompok kita.. kita buat dan ikut sistem Islam yang kita idamkan.. dulu kicap al-Arqam tuh pun org Arqam jer yg makan..
kalau pulak ada isu org kelantan nih susah nak terima org luar.. kita buka laa kampung baru kat kelantan.. kampung johor.. kampung selangor.. kampung kedah.. kita tunjukkan pada kerajaan yang ada dan pada majoriti rakyat malaysia bahawa kita memang benar2 nak bernaung bawah panji Islam.. hijrah.. jom laa..
atau mungkin juga kita nih hanya angan-angan saja.. kita tanak usaha dan kita berharap 'miracle' berlaku.. kita nih tukang ikut2 saja.. kita sebut kita tak suka tapi kita ikut juga.. kita ikut air mengalir hanyut terus masuk ke dalam loji kumbahan.. pastuh kita komplen busuk.. macammana kita leh sampai kat situ kita tak peduli.. benarkah kita angan2 saja?
gila agaknya usop suh pindah kelantan.. apa nak dibuat kat kelantan tuh.. dah kampung aku kat sini apsal lak aku nak pindah.. makbapak aku kat sini.. periuk nasi dan rezeki aku kat sini.. takkan nak mula balik dari kosong.. anak bini aku tanak duk kelantan.. aku tak berkenan dgn org kelantan..
macam2 alasan kita boleh bagi.. kita tak suka tapi kita nak duduk juga dlm loji kumbahan.. kita nak Islam diimplementasikan bukan kita nak implemen Islam.. kita nak org buat dan kita ikut.. itu mmg budaya melayu.. ikut-ikutan.. kalo suh angkat tangan, kita tengok keliling dulu.. ada org angkat baru kita angkat.. tipikal melayu..
tapi ini pun pendapat aku saja.. aku pun tak tinggal kat kelantan.. dulu bertahun kat indonesia, skrg kat iran.. dua2 negara mengaku negara Islam.. tapi aku tetap rasa malaysia lebih Islam.. nanti ada kesempatan aku gie lak negara arab.. kalo aku rasa masih Islam lagi malaysia.. maknanya mmg aku kena balik dok kelantan.. :wink:
sistem yg malaysia ada tuh dah ok.. cuma masalahnya tukarlah kerajaan mana pun, tetap cara yang betul adalah sistem khalifah.. nih kang ada lak kata aku org DIN.. kita ada dah khalifah.. raja2 melayu tuh khalifah lah.. cuma bila khalifah dah lepas kuasa kat parlimen.. konon2 rakyat boleh perintah negara.. maka beginilah jadinya.. buatlah undang2 camna pun, bila bab nak implemen rakyat guna kuasa yang dia ada untuk elakkan diri dari dihukum.. kita manipulasi undang2 yang kita buat sendiri..
kalo mmg kita tak sanggup lepaskan apa yg kita ada skrg, atas sebab apa pun laa.. maka sama bila kita berada di negeri kafir, kita kena dakwah.. bila kata dakwah nih, org melayu biasanya terbayang serban atas kepala, kalau tak pun janggut bawah dagu.. sebenarnya betul tuh.. itulah pakaian Islam.. kita nih pakai ikut cara kafir.. simpan janggut panjang sikit kena tegur dgn pak sedara, esok cukur habis.. malu tak bertempat org melayu nih..
ini yang kita kena dakwah (educate) org melayu.. dan perjalanan kita pun jadi cam musafir lah.. sebab kita berada di negara yg bukan kita pilih.. maka dakwah tuh jihad.. sebab kita menyebarkan syiar Islam.. kita menerangkan pasal Islam pada org yang tak paham.. kita tunjuk teladan camna org Islam yang sebenar.. tapi janganlaa kita anggap diorg tuh kafir lak.. kita dalam usaha nak perbetul.. kena istiqamah.. sikit pun takpa tapi berterusan.. takleh putus asa.. sebab kita sedang berjihad..
kena guna semangat jihad nih.. bukan nak jadi teroris.. tapi jihad fisabilillah.. di jalan Allah swt.. kita beri penerangan bagaimana sistem negara Islam dan bagaimana sistem Islam.. bila kita jihad makna kena sungguh2.. dan bila kita jihad maknanya kita kena gunapakai adab2 berjihad.. taklehlaa main sental saja.. kutuk sana sini.. kdg2 bila ditempat yg wajar bolehlaa.. tapi kena tawadhu sama.. kena hati2.. bukan org nak lawan Islam, mereka tak paham saja.. so tak perlulaa ada yang cedera parah.. kalo cedera pun hati jer.. tuh pun Allah balas berkali lipat..
bila pilihan dah terang.. tak perlulah kita cakap benda busuk2 dan dalam waktu yg sama kita pun membusuk juga.. maka sekarang terpulang pada diri kita sendiri.. nak hijrah ker nak jihad?
Post a Comment