aku teringat satu citer psal sorg cikgu dah pencen dah.. dia jadi pengurus rumah anak yatim.. ada sorang budak pompuan kena buang dari rumah anak yatim psal kes tak senonoh.. walaupun cikgu tuh yang uruskan tapi keputusan tuh dari pihak lebih atas.. kira cikgu tuh hanya menjalankan tugas.. budak nih tak puas hati.. mak budak lagi tak puas hati.. (rumah anak yatim nih bukan hanya untuk anak yatim tetapi juga utk org miskin).. siap bawa gengster gie ugut cikgu mintak duit.. siap dengan pisau kat perut cikgu..
kemudian ada pula satu lagi budak pompuan.. asal mula dia dapat bantuan laa dari peyakin.. tapi lepas mak dia kawin lagi, bantuan pun ditarik semula.. mak budak nih pun tak puas hati..
ntah camna citer.. budak yg kena buang skolah nih pulak leh bersekongkol dgn mak budak pompuan yg dah tak dapat bantuan nih paksa budak pompuan tuh mengaku yg cikgu nih buat gangguan seksual pada dia.. maka jadilaa kes polis..
sian cikgu nih kena fitnah, kena gari pi balai polis.. camna nak cakap lagi.. sebab org lebih kesian pada pengakuan budak umur 10tahun daripada seorg cikgu pencen.. sampai cikgu nih pun akhirnya letak jawatan pengurus.. tapi akhirnya buang kes sebab takder kes.. budak pompuan tuh mengaku dia bohong..
bukan aku nak citer psal apa yg murid buat kat cikgu tapi bagaimana tersentuhnya aku bila dengar jawapan dia.. org dok suh dia saman malu balik.. almaklum citer tak elok nih tak kira betul atau tidak, org dah kira betul jer.. tapi jawapan dia buat aku terkedu..
"itu murid aku.. mana boleh cikgu saman murid.. aku yang ajar dia.. kalau dia tak baik maknanya aku yang tak pandai mengajor.. korg bukan cikgu bolehlaa cakap macam2.. itu murid aku.."
Post a Comment