Makna Melayu


kulit buku Berpetualang Ke Aceh
“Melayu bukan setakat satu bangsa sahaja, ia sebenarnya adalah satu konsep penyatuan ummah melalui satu agama. Sepertimana American adalah satu konsep penyatuan pelbagai bangsa dalam satu negara ideal yang dibentuk abad ke 18 Masihi sebagai tindakbalas kepada dasar imperial lapuk Eropah.”
Makna Melayu sejati
Dipetik dari buku "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti"
Tulisan : Radzi Sapiee

penting untuk kita mengenali akar umbi melayu.. asal usul leluhur melayu.. mmg zaman skrg nih melayu dah mula berpecah semula.. menjadi enau dlm belukar.. kita pecahkan melayu dengan kesukuan, kenegerian, dan paling menyedihkan mengasingkan melayu dengan Islam..

ini sama dengan agama.. antara sebab mengapa Allah swt turunkan beribu2 org nabi dan beratus2 rasul.. sebab semakin jauh kita berevolusi, generasi yg baru semakin jauh dengan kebenaran.. lihat saja agama majusi, akhirnya tersesat menyembah api.. agama nasrani, tersesat dengan konsep anak tuhan.. agama yahudi, tersesat dlm pahaman perkauman yg sempit.. tapi kalau kita telusuri semuanya akan mengarah kepada agama Nabi Ibrahim as, yg disempurnakan oleh Nabi saw dengan Islam..
Sultan Malikul Salih (Merah Silu) - Sultan kerajaan Melayu-Islam pertama - Samudera Pasai
begitu juga kalau kita kaji dengan teliti, melayu itu begitu rapat dengan Islam.. kalau kita baca satu kisah bagaimana terjadinya bangsa melayu.. ceritanya akan menhantar kita ke kesimpulan yg sama.. berbilang bangsa yang bencikan peperangan, mahukan perdamaian, mencari sesuatu yang murni, akhirnya tinggal bersama di satu kawasan dan memanggil diri mereka melayu..

malah pengkisahan Perlak, kisah Nakhoda Khalifah yg belayar meninggalkan parsi kerna bencikan perpecahan dan kehancuran.. bertemu dengan tanah yg aman.. kelompok ini adalah kelompok Salman al-Farisi... baca sirah Nabi saw utk mengenali lebih dekat siapa Salman al-Farisi.. ttg bagaimana perjalanan seorg raja yang mencari kebenaran yg sebenarnya..

kerna itu melayu dahulukala tidak pernah menentang untuk memeluk agama Islam.. bila sampai saja syiar Islam ke tanah melayu, org melayu terus mengenali kebenarannya dan menggapainya dalam pelukan bangsa melayu..

dengan memahami akar umbi kita, maka kini telah jelas dimanakah pangkal jalan kita.. maka sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan.. melayu kembali kepangkuan Islam.. disitulah kekuatan melayu.. itulah jatidiri melayu..

dalam era kemodenan, pasca kemerdekaan, kita harus sama2 bangkit untuk mengembalikan kedaulatan melayu di tanah melayu.. maka raihlah kembali ruh Islam dan mantapkan aliran kersani dlm tubuh melayu.. kembalikan kesatuan melayu dan singkirkanlah kudis2 kesukuan dan perbezaan ideologi.. kita harus bangkit bersama2 menjadi suatu bangsa yang benar2 merdeka..

insya-Allah..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008