melayu dan babi


teringat kisah dua sahabat, seorg jawa dan seorg melayu, di pulau bali.. pulau bali nih banyak hindu, dan makanan peberet kat bali ialah bab1 guling (bab1 panggang).. banyak yg bela bab1 di kwsn rumah..

satu hari dua org kawan nih melawat satu kampung di bali.. ntah camna tiba2 jawa nih lari naik atas rumah sambil berteriak, "bab1 melayu! bab! melayu!"..

mamat melayu pun bengang lah.. dia pun kejar jawa tuh atas rumah.. dah lepas kasi pelempang, melayu tuh bertanya dgn nada marah, "apasal ko kata melayu bab1?"

jawa tuh dlm keadaan terpinga2 tunjuk ke arah halaman rumah.. rupanya jawa tu nampak sekumpulan anak bab1 tuh berkejaran ke arah dia, sebab tuh dia lari naik atas rumah.. bab1 lari rupanya..

melayu dan bab1.. sangat sensitif..

aku penah duk kat utara lama, selalu nampak geng2 melayu yg dah berumur duduk kat kedai simpang masuk masjid.. minum arak.. selamba jer.. tapi bila kata sup ada babi.. siap termuntah..

penah aku terlihat di sebuah lapangan terbang antarabangsa di luar negeri, bagaimana dua gadis melayu yg tgh 'window shopping', dalam keadaan panik bergegas ke bilik air kerana terpegang patung bab1..

terkini ada dua isu bab1 yang agak hangat di tanah melayu..

isu pertama.. penternakan bab1 secara haram di melaka.. dah kuau suratkhabar, dah keluar tv, dah macam2 bincang sana sini.. tetap saja penduduk melayu terpaksa menghadapi pencemaran yg berlaku yg diakibatkan oleh ladang bab1 tersebut..

pernah terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa tanah melayu adalah pengeksport bab1 terbesar di asia tenggara.. hinggalah datangnya berbagai jenis virus yang membunuh.. ada kurang tapi rasanya masih yang terbesar di asia tenggara.. tanah melayu adalah pusat bab1 asia tenggara..

banyak isu boleh kita bongkar dari kes ini.. tapi kita hanya akan lihat dari aspek ekonomi dan dari aspek ketuanan melayu..

dari aspek ekonomi, dapat kita lihat bagaimana ladang2 haram ini dipertahankan oleh persatuan penternak bab1 berlesen.. mereka tidak sewenang2 menyokong ladang haram ini dihapuskan, sebaliknya mereka minta ladang haram ini diberikan lesen.. begitu permainan mereka..

kerna bangsa pendatang itu berpendapat bahawa adalah tidak adil untuk menutup terus ladang haram tersebut kerana pemiliknya akan mengalami kerugian yang besar.. mereka saling menyokong antara mereka..

ini sifat yg kurang ada dalam bangsa melayu.. walaupun ahli persatuan penternak bab1 itu semuanya menternak bab1 secara besara2an dan terpaksa membayar lesen yg mahal, tetap saja mereka mahu bangsa mereka yg terlibat dgn ladang haram ini dipertahankan.. kekuatan dan perpaduan sesuatu bangsa itu menentukan survival bangsa itu sendiri..

bangsa pendatang nih sanggup bersaing sesama mereka.. mereka boleh berniaga benda yg sama dalam satu tempat.. mereka lebih sanggup bersaing dengan bangsa mereka sendiri asalkan tidak dengan bangsa melayu.. org melayu buka restoran sebelah2, lepas seminggu, petang2 dah bau kemeyan.. kita org melayu sanggup bersaing dgn bangsa cina daripada bersaing dgn bangsa kita sendiri.. ini harus kita insafi..

dari aspek ketuanan melayu, bab1 adalah satu cara menghalau org melayu secara halus untuk keluar dari kawasan tersebut.. disebabkan pencemaran, tanah melayu akan mengalami penurunan harga, jika org melayu tidak bertindak maka akhirnya selepas satu generasi tanah tersebut akan berpindah milik dengan harga yg rendah..

bila kita nak kacau ladang bab1, isu org melayu anti-cina dibesar2kan.. tapi kalau mereka sentuh seala macam isu sensitif org melayu, tidak pulak kita bangkitkan mereka anti-melayu.. malah yg mempertahankan melayu pula dilabel ultra-melayu.. ini kebijaksanaan bangsa pendatang memanipulasi sentimen perasaan orang melayu..

kerna itu melayu harus bertindak.. bukan sekadar mengeluh dan mengadu sana-sini.. lihat saja nanti andai kata ladang2 itu diarahkan untuk ditutup, mereka akan melakukan berbagai cara untuk mempertahankannya.. sedangkan melayu yang menjadi mangsa pencemaran boleh bersabar selama 40 tahun.. begitulah sabarnya org melayu.. atau boleh juga kata begitulah takutnya orang melayu pada bangsa pendatang.. kita rasa tidak boleh berbuat apa2.. hanya bergantung pada kuasa kerajaan.. kalau kerajaan boleh buat apa2.. org kerajaan yg kita minta tolong pun org melayu.. sama sifat..

isu kedua.. sedang hangat disebarkan di internet gambar2 beberapa gadis melayu (diandaikan sedang mengambil jurusan veterinar) berposing ceria dengan bab1..

anj1ng dan bab1 adalah perkara taboo dlm masyarakat melayu.. dari kecil kita didik untuk menjauhi kedua2nya.. kita kenal kedua2nya sebagai dua jenis binatang yang menjijikkan dan mesti kita jauhi.. kerna Islam dengan terang mengatakan bahawa anj1ng dan bab1 adalah najis yang berat..


maka gemparlah apabila pelatih veterinar tersebut memegang haiwan tersebut dengan wajah ceria.. yang menarik dilihat dalam isu ini bukanlah tentang gambar tersebut tetapi reaksi org melayu melihat gambar tersebut.. ada dua isu yang boleh kita kupas dari gambar2 tersebut..

benarlah tidak haram memegang kedua2 binatang tersebut tetapi penjelasan mengenai betapa beratnya hukum najis terhadap keduanya maka sangatlah kita dituntut untuk menjauhinya, dan hanya menyentuhnya dalam keadaan yang amat diperlukan.. tidak akan pula kita berposing ceria dengan tahi kita sendiri apalagi tahi kawan kita.. apatah lagi dengan bab1.. ini isu sikap kita terhadap najis..

isu yg kedua ialah tentang bagaimana pelajar2 veterinar malah kedoktoran dikehendaki berurusan dengan bab1.. ada para pelajar kedoktoran dikehendaki membedah bab1 sebelum belajar membedah mayat.. dengan alasan bahawa anatomi bab1 paling menyerupai manusia.. dan pelajar veterinar pula dikehendaki memegang bab1 dan anj1ng sebagai sebahagian dari keperluan kursus mereka.. kuatkah alasan untuk pembelajaran?

anj1ng dan bab1 adalah perkara yang merimaskan org melayu.. banyak dari org melayu akan melarikan diri jika melihat dua binatang ini.. kita akan meloncat ke atas kerusi kalau kita perasan ada anj1ng lalu bawah meja kita.. tapi sejauh manakah sensitiviti kita terhadap kedua binatang ini? adakah sekadar ketakutan dan kegelian akan kenajisannya?


antara isu lain yang relevan ialah akan sikap org melayu terhadap hukum Islam sendiri.. anj1ng dan bab1 itu haram dimakan kerna ia adalah najis berat.. akan tetapi memegang kedua haiwan tersebut tidaklah haram..

akan tetapi kita org melayu pula mudah meringankan sesuatu yang haram disentuh.. contohnya berpelukan antara bukan muhrim.. itu haram.. tapi jelas dalam majalah dan suratkhabar malah di televisyen kita lihat secara terbuka da tanpa merasa dosa mereka melakukan perkara yg haram tetapi kita tidak meloncat dan malah ada antara kita yang berkata itu perkara biasa..

sensitiviti kita terhadap hukum adalah berpilih2.. apa yg kita rasa jijik walaupun tidak haram kita akan mencemuh.. tapi apa yg kita rasa suka walaupun haram kita akan membenarkannya.. walaupun tidak dengan hati tapi kita merelakan dengan mata kita..

inilah sebahagian kisah melayu dan bab1.. sesungguhnya Tuhan tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia2.. tiadalah Tuhan menjadikan sesuatu makhluk itu hanya untuk dicerca sebaliknya untuk kita kaji dan insafi.. setiap kejadian Tuhan tuh datang bersama hikmah.. ada petunjuk yang nak disampaikan kepada manusia.. kenapa anj1ng dan bab1 itu haram dan najis.. sebagai petunjuk.. mungkin kena kaji perangai dan sifat babi.. baru kita paham bagaimana pula sifat kita..

About this entry

  1. Anonymous said...

    Bukan orang Melayu. Tp ISLAM.

  2. Anonymous said...

    Memang benar, m'megang babi itu hukumnya haram dan kita tidak digalakkan untuk m'megangnya. Tetapi didalam agama ISLAM juga ada di ajar cara untuk membersihkan kotoran tersebut. Pasti semua pun tahu cara "SAMAK" bukan?

    Saudara, Islam itu mudah. Jangan lah kita cepat menghukum orang. Bagi saya, kelakuan gadis ini tidak seberat kes yang lebih teruk diluar sana. Seperti, berzina, mabuk di kelab malam. Itu yang sepatutnya kita fikirkan.

    Gadis ini, melalukan pembelajaran nya sebagai doktor veterinar. Ada sebab dia pegang dan sebabnya kukuh.

    Kesalahan dia hanya mem'publish'kan gambar ini. Tetapi mungkin ini hanya untuk simpanan dirinya. kita taktahu macam mana boleh tersebar. Segala yang terjadi pasti ada jawapannya. Jangan cepat kita menghukum!

  3. Anonymous said...

    Saya amat bersetuju dengan blogger :_
    1. Memang tidak salah untuk tujuan pembelajaran tetapi cuba fikiran seorang doktor menyentuh pesakit manusia yang tidak bernajis pun menggunakan sarung tangan getah.
    2. Memanglah dalam Islam ada cara SAMAK namun kita ada cara supaya najis berat itu tidak terkena kepada kita.

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008