aku tak pasti sama ada aku boleh kaitkan dengan budaya kita atau tidak, tapi yang pasti ialah dari kecil, sekolah hingga besar, kalau sebut psal ibadah kita hanya terbayang rukun Islam saja.. mana2 perbuatan kita yang diluar skop rukun Islam yang kita tahu kita tak rasa macam ibadah.. kalo dapat pahala pun kita tak rasa besar mana berbanding dengan ibadah yang kita tahu dlm rukun Islam.. maka bila org alim yang kita kenal adalah org yg banyak berzikir, banyak solat, banyak puasa, bayar banyak zakat, dan banyak kali naik haji.. ini 'labelling' kita..
selalunya kita tak rasa menuntut ilmu dan mencari nafkah untuk keluarga itu suatu ibadah yang besar.. kita kata itu biasa laa, kalau tidak macammana nak hidup.. kita hanya kata itu rutin biasa.. maknanya, kalo ikur sifir melayu, pahala pun biasa2 jer laa..
sedangkan sabda Rasulullah:
“Barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah" (Al-Bukhari)
"mencari yang halal itu adalah fardhu di atas fardhu" (Al-Baihaqi)
satu lagi persoalan mati.. kita nih adalah org2 yang kuat berangan2.. kita nih rasa kita lagi hebat dari Tuhan.. kenapa aku cakap macam tuh? sebab kita selalu rasa kita hidup lama lagi.. semua yang kita nak buat tuh tak jadi 'urgent' sebab kejap lagi kita leh buat, esok boleh buat, minggu depan leh buat.. pastuh bila berhutang lak, kita leh janji nak bayar sikit2 dalam 10 tahun.. bila kita melabur, kita leh lak cakap hujung tahun nih bila dapat untung, kita pergilah/buatlah apa2 yang kita suka.. kita nih kuat berangan2..
kita lupa bahawa aceh tuh jadi parang jarak padang tekukur dlm satu hari.. tak siapa pun jangka.. banjir di johor sekelip mata saja air dah naik sampai paras dada.. siapa sangka? cuba lihat anak2 dan isteri kita.. kalau tak ada anak cuba lihat mak bapak.. kalau takleh tengok, cuba tenung gambar mereka dan cuba bayangkan apa akan berlaku kalau kita mati esok pagi? (dah byk kes aku jumpa kengkawan mati dlm tidur).. dan apa jadi pada kita kalau mereka takder esok pagi..
waktu aceh dilanda tsunami, aku tak nampak org berkejar2 ke hulu ke hilir cari duit, emas perak dan harta benda mereka.. tapi mereka terjerit2, berlari2 ke sana sini, menangis meraung macam org gila.. mencari anak2 mereka.. anak2 yg kita dok marah dan pukul tiap hari (sebab sayang) itulah harta kita yang sebenar.. cuba fikirkan apa akan jadi (nauzubillah) kalau kita tiada.. macammana mereka nak 'survive'?siapa yang akan bela mereka? org nak ker jaga anak kita jika anak kita memberatkan tanggungan mereka?
bukan aku citer kena jadi kaya raya.. tapi cuba fikirkan, apa yang akan berlaku jika kita mati esok pagi? cukupkah apa yg kita tinggalkan untuk mereka? adilkah kita? atau zalimkah kita? dan fikirkanlah semula adakah kita benar2 menyayangi mereka?
itu kalau kita mati.. macammana pula kalau mereka mati dulu esok pagi (nauzibillah).. tak terkilan ker kita tak hantar mak bapak kita pergi haji/umrah? seronok ker kita tak perlu belikan buku atau makanan yang anak kita merengek2 minta tiap hari? lapangkah hati kita jika tiada lagi isteri yg merengek2 nak mintak gelang tangan seurat atau cincin sebentuk? masa tuh tak guna dah ada duit, sebab org yg mintak dah tak ada..
dan adakah kita cari harta nih semua semata2 untuk dunia? tak pernahkah tersentuh hati kita nih lihat anak2 yatim meminta sedekah? tak tersentuhkah hati kita melihat org2 miskin kelaparan hingga sanggup mencuri? tak tersentuh lagikah hati kita melihat org melayu diperhambakan oleh para kafirun? tak pernah terlintaskah di hati kita untuk merubah semua ini? dan perlukah kita melakukan itu bulan depan saja? atau kita hanya mampu sekadar berdoa saja? makbul ker doa kita tuh?
Post a Comment