i do have my own bad time.. i guess everybody had it.. cuma kadang2 kita lupa cari hikmah.. dari masa remaja aku jadi tumpuan kawan2 mengadu.. dari masalah dalam diri hinggalah ke masalah keluarga dan teman wanita/lelaki.. aku tumpahkan perhatian aku pada setiap yang memohon belas kasih.. being the ear.. dan dlm byk situasi aku menyelesaikan masalah diorg..
ada ketika jika semua kawan2 sekeliling aku takder masalah, aku akan emncari kawan baru yang mempunyai masalah.. aku berpendapat bahawa aku berbuat begitu untuk melarikan diri dari masalah aku sendiri.. itu pendapat aku, tapi Allah punya rencana lain..
kita seringkali merasa dugaan dan cubaan Allah tuh sangat berat.. hanya saja kita terlupa bahawa Allah tidak akan menduga kita lebih dari yang kita mampu.. jika Dia duga kita dengan kesedihan dan kesakitan.. mungkin saja Dia sedang menyediakan kita untuk suatu nikmat yang besar.. jika kita kuat dan berusaha dengan sabar mencari hikmah insya-Allah..
Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia2.. baik sesuatu yang berlaku pada kita mahupun yang berlaku disekeliling kita.. waima rumput yang bergoyang itu petunjuklah jua kita kita mahu berfikir.. tidak ada tanpa sebab Allah menyampaikan berita atau menunjukkan sesuatu kejadian kepada kita tanpa ada kebaikan didalamnya buat kita..
sesungguhnya binatang itu juga dijadikan supaya kita dapat berfikir.. sebagaimana kisah Qabil yang diajar mengebumikan Habil oleh sang burung.. apatah lagi bila sahabat dan saudara mara kita ditimpa musibah.. adakah berita itu sampai kepada kita tanpa makna? jika pun kita tidak dapat membantu secara fizikal dan material, sesungguhnya peristiwa itu terjadi supaya kita mendapat fikiran..
baik dan buruk itu dari Allah.. itu qada dan qadar yang kita imani.. bila kita ditimpa musibah bersabarlah dan carilah hikmah.. bila Allah menguji kita dengan kenikmatan maka bersyukurlah dan carilah hikmah.. setiap kenikmatan dan kepedihan itu ada hikmah yang tersendiri..
Post a Comment