evolusi demokrasi
ketika kafir kristian menganjurkan perang salib untuk menghalang pengluasan syiar Islam, mereka berterusan kalah kerana kukuhnya keimanan org Islam ketika itu. kerna jelas bahawa mereka berjihad untuk mempertahankan Islam. setelah berlaku revolusi perindustrian di eropah, para kafirun ini membawa gagasan baru yg memisahkan agama dari kehidupan harian, sekularisme, kerana mereka tidak merasakan kebenaran dalam kristian yg mereka anuti.
dalam revolusi ini, terciptalah ideologi2 baru yg memperkatakan khusus tentang kehidupan sosial tanpa mengaitkan agama, seperti komunis, sosialis, demokrasi, kapitalis, dsu. tidak dikaitkan langsung dengan kristian. maka diterimapakailah satu dibahagian laindan satu lagi dibahagian lain, dan mana2 yg sesuai menyusup masuk bercantum menjadi satu ideologi yg bersepadu, mewujudkan agama baru ciptaan manusia tapi bukan atas nama agama.
perancangan dilakukan sedemikian rupa hingga jatuhlah empayar Othmaniyyah dan terbebaslah masjidil haram dari khalifah yg sebenar. seterusnya, dilakukan migrasi besar2an untuk mengambilalih masjidil aqsa. empayar turki ditadbir oleh negarawan sekular, masjidil haram diurus oleh dinasti raja dan masjidil aqsa dirampas oleh yahudi. kekalahan total Islam dalam perang salib versi baru.
kemudiannya, semua negara2 kecil yg terjajah 'dimerdekakan' dengan syarat menggunapakai demokrasi. satu sistem yg menonjolkan pentadbiran oleh rakyat yg dilihat lebih adil, sedangkan hanyalah satu cara untuk menempatkan kekuasaan berdasarkan nafsu dan menghapuskan kekuasaan Islam mutlak. sistem syura yg sepatutnya dianggotai oleh ulama2 diganti dengan sistem parlimen yg digenggam oleh org politik yg dipilih kerana popularitinya.
revolusi ilmu
dalam negara demokrasi itu, ditanam pula asas2 ekonomi yg berpihak pada golongan kaya dengan wayang meritokrasi. dianjurkan kepentingan membangun negara dengan menekankan akan unsur2 materialistik. sehingga berlumba2lah rakyat meningkatkan taraf hidup mereka dengan mengumpulkan harta sebagai tanda kemajuan. maka meritokrasi menjarakkan lagi jurang status hidup rakyat.
kalau dulu yg berilmu itu yg mulia, bertukar menjadi siapa kuat dialah kudrat dan terkini yg berharta itulah yg berkuasa. ini proses evolusi yg berlaku dalam peradaban manusia. ada zaman peradaban berlandaskan ilmu, ada zaman berasaskan kekuatan fizikal dan ada zaman yg berteraskan materalisme. ketiga2nya penting tetapi keutamaannya berbeza mengikut zaman, dan keghairahan mahupun ketakutan manusia juga berbeza di antara zaman2 tersebut. sesungguhnya umat Islam telah pernah mencapai puncak kegemilangan dengan ketiga2 kekuatan ini namun ilmulah keutamaannya.
pasca perang dunia, kita melihat lonjakan peradaban negara2 yg kalah perang, contohnya jepun, didasarkan pada budaya ilmunya, malah kita mulai melihat kejatuhan blok barat kerana peralihan keutamaan dalam peradaban mereka. dengan melihat keadaan ini, kita seharusnya melihat pula kepada halatuju peradaban kita. apakah keutamaan kita sekarang?
manusia dimerdekakan oleh Islam dengan ilmu. telah kita baca berapa ramai ilmuan Islam yg tidak jemu2 mengkaji dan terus mengkaji, selepas satu bidang berpindah pula pada bidang yg lain. sedang kita hanya mengharap kajian org lain dan mengikut2. tidakkah kita belajar dari sejarah manusia? sanggupkah kita mengkaji ilmu tanpa memikirkan adakah ilmu itu akan mendatangkan duit pada kita? bolehkah kita belajar dan mengkaji tanpa memikirkan pengiktirafan di atas sekeping kertas? kita mulai hilang rasa ikhlas dalam menuntut ilmu.
sistem kalut dan migrasi hati
ini yang berlaku dalam sistem pendidikan kita skrg yg dilandaskan pada suatu sistem yg asalnya dibentuk untuk melahirkan tentera yg hanya akan mengikut perintah. sudah sampai waktunya kita memikirkan suatu sistem pendidikan yg berorientasikan maslahat jemaah, membangun insaniah bukan sekadar tahu dan faham tapi boleh mengaplikasikan ilmu itu untuk kesejahteraan manusia seluruhnya.
apa yg ada dalam sistem pendidikan kita skrg secara umumnya ialah sekolah kebangsaan dan sekolah agama. seolah tiada kesepaduan antara dunia dan akhirat, hingga anak2 kita merasa tidak mungkin mengasimilasikan kedua2 ilmu tersebut. jika disebut sekolah agama maka hanya mengaji Quran, tauhid, feqah, sirah, adab, dsu. jika disebut sekolah kebangsaan maka ditekankan bahasa, matematik, sains, dsu. anak2 kita lemas di antara dua arus yg berlawanan. kerna itu lulusan sains kita tidak ramai yg bernuansakan Islam, merasakan Islam hanya teori2 klise dan tidak relevan lagi, maka kajian sains didasarkan pada kitab2 barat tanpa merujuk Quran. dan bagaimanakah ilmuan sains yg kita harapkan? hanya sekadar bertujuan mencari kemasyhuran dan harta. begitu juga ahli ekonomi kita yg pintar membuat berbagai kaedah keuntungan, hanya untuk diri sendiri.
Islam kebanyakan dari kita hanyalah sekitar fardhu ain dan fardhu kifayah kita mengharapkan org lain. kita terbelit dengan sistem kafirun. lihat saja waktu bekerja kita, waktu rehat yg terbatas antara makan tengahari dan solat zuhur serta kekalutan pulang kerja dan solat asar. pekerja kilang yg lebih menyukai syif malam yg memberi tambahan elaun dan begitu pula keperluan untuk tidur yg cukup kerna masuk kerja awal pagi. dalam keadaan ini dimanakah kemungkinan untuk bangun solat di sepertiga malam yg akhir? bagaimanakah pula kita mahu mengikut anjuran Nabi saw supaya mempersiapkan diri dan pergi awla ke masjid pada hari jumaat? dan tak perlulah kita huraikan pula akan pengimarahan masjid dalam zaman yg serba sibuk dengan kerja dari pagi hingga petang. maka mengakulah kita bahawa sistem yg kita anuti ini adalah sistem kafir yg menjauhkan kita dari agama dan jemaah.
namun dalam kekalutan sistem ini, tetaplah jua hadir kesedaran dan keinginan dalam hati sebilangan antara kita yg menjaga sunnah walaupun hakikat istiqamahnya sering terhalang jua. moga Tuhan mempermudahkan buat kita semua. bukan alasan tapi aku merasakan keperluannya kita merubah sistem yg ada sekarang, kadang sayu melihat masjid2 besar dan indah hanya penuh sejam dua ketika solat jumaat dan solat aidilfitri. kesibukan dunia begitu menghambat hati kita dari duduk lebih lama di tikar sejadah.
wallahualam.
Post a Comment