and justice for all

isu yg dipermainkan ialah perkauman.. satu pihak berpegang pada doktrin ketuanan melayu dan satu pihak lagi bersikap pada doktrin malaysian malaysia.. kita cuba citer yg pendek2 jer..

masa melayu kecoh dok berarak bantah malayan union.. isu asasnya ialah jus soli.. beri hak sama taraf pada semua kaum yang ada kat malaya.. org melayu anggap hanya kedaulatan raja-raja Melayu tuh yang boleh menjaga dan mempertahankan org2 melayu.. sebab tuh british kena mintak persetujuan raja- raja melayu dan org melayu pun risau bila raja-raja melayu hilang kuasa..

bila mula cakap2 psal merdeka, ada dua kelompok yg berbeza pendapat, umno menekankan ketuanan melayu dan Islam sebagai agama rasmi manakala PUTERA-AMCJA berpendapat semua yang menjadi warganegara akan dikenali sebagai melayu dan istilah melayu tidak mempunyai implikasi agama.. ujung citer nih hartal tapi lepas tuh umno yg ketuai delegasi merdeka ke britain..

waktu dekat2 nak merdeka nih dato onn, yang awalnya mencetuskan kerisauan ttg raja-raja melayu, merasakan keperluan untuk membuka keahlian umno pada semua warganegara tapi ditentang keras oleh ahli-ahli umno.. dato onn tubuh parti negara tapi tak dapat sokongan dari ahli umno malah juga dari ahli mca dan mic.. maka persekutuan tanah melayu merdeka dengan asas parti perikatan dgn apa yg kita kenal sebagai kontrak sosial..

apa yang dikatakan kontrak sosial nih sebenarnya ialah berkisah tentang orang melayu dianggap penduduk asal dan diberikan beberapa hak istimewa berbentuk kouta manakala orang bukan melayu diberi hak penuh sebagai warganegara..


ada dua perkara perlembagaan yang menyentuh apa yg dikatakan kontrak sosial nih, artikel 14-18 berkenaan memberi taraf warganegara pada bukan melayu dan artikel 153 tentang kouta khusus yang diberikan pada org melayu..

adapun suruhanjaya reid yang menggubal rangka dasar perlembagaan persekutuan tanah melayu ada mencadangkan supaya artikel 153 nih bersifat sementara dan dikaji semula selepas 15 tahun..

ketika awal penubuhan malaysia, pap mempertikaikan kouta melayu ini dan menuntut meritokrasi.. perdebatan lee kuan yew dengan syed jaafar albar melahirkan apa yg difahami sebagai malaysian malaysia.. tetapi gagasan ini pun tak diterima oleh mca kerana takut pada gagasan melayu raya oleh sukarno.. natijah pertikaian ini ialah singapura keluar dari malaysia..

ayat masyhur lee kuan yew dalam parlimen pada masa itu:
"mengikut sejarah, hanya sekumpulan kecil org melayu yg berpindah ke malaysia 700 tahun dahulu. dari 39% org melayu di malaysia sekarang, satu per tiga adalah pendatang baru seperti setiausaha agung umno, dato' syed ja'afar albar, yang datang ke malaya dari indonesia beberapa waktu sebelum perang dan berumur lebih dari 30 tahun. maka adalah salah dan tidak masuk akal untuk kumpulan kaum tersebut berfikir bahawa mereka lebih layak dipanggil org malaysia dan org lain hanya boleh menjadi org malaysia hanya melalui budi bicara mereka."

pada hujung 90an, dap pula menuntut dasar meritokrasi dan sekali lagi isu malaysian malaysia diperdebatkan terutama oleh lim kit siang dan hishamuddin hussein.. ini mula lagenda hunus keris umno.. tapi lepas pru12 panglima tuh dah mintak maaf pada org cina dan simpan balik keris..

ayat popular lim kit siang ketika itu:
"bagaimana anda mahu bukan melayu menyerahkan hati dan jiwa mereka kepada negara dan berkorban untuk negara, jika anda terus berkata begini? mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu negaraku hanyalah ritual, cinta sebenar pada negara berada di dalam hati."

dalam memperkatakan isu nih, kita sebut juga visi mahathir mohamed pada awal millenium yang menyebut tentang bangsa malaysia.. visi ini pula dikritik oleh abdul ghani othman.. mahathir mohamed memaksudkan bangsa malaysia sebagai bangsa yg boleh dikenali dengan negaranya, bercakap bahasa malaysia dan mendokong perlembagaan.

citernya ialah satu mahu mempertahankan kouta melayu bukan saja dalam pemberian kontrak kerajaan tetapi juga dalam sistem pendidikan, pembahagian tanah, keutamaan agama Islam, dsb. dan satu lagi mahu persamaan hak dan dasar meritokrasi dalam semua persoalan tuh..

aku tanak komen panjang kali nih..
aku biarkan korang digest sendiri..

sebagai tambahan aku salinkan ucapan pemimpin umno, mca dan mic yang mewakili kaum mereka masing2 pada awal kemerdekaan persekutuan tanah melayu supaya dapat kita lebih memahami keadaan ketika itu..

Dalam ucapan Tunku Abdul Rahman sejurus selepas mengambilalih jawatan Presiden UMNO, beliau mengatakan:

"...when we (the Malays) fought against the Malayan Union the others took no part in it because they said this is purely a Malay concern, and not theirs. They also indicate that they owe their loyalty to their countries of origin, and for that reason they oppose the Barnes Report to make Malay the national language. If we were to hand over the Malays to these so-called Malayans when their nationality has not been defined there will be a lot of problems ahead of us." However, he continued that "For those who love and feel they owe undivided loyalty to this country, we will welcome them as Malayans. They must truly be Malayans, and they will have the same rights and privileges as the Malays."


Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin, dilaporkan dalam akhbar tempatan bertajuk "Tun Tan Answers Critics on special Previleges" dalam pada 30 april 1969, berkata:

"The Malays, through umno, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities."


Ucapan Presiden MIC merangkap menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom Tun V.T. Sambanthan di Dewan Rakyat pada 1 jun 1965:

"Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do - since we are speaking on racial lines - what did the Malay leadership do? The had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship?

If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the indian race, is not welcomed in Ceylon , is not welcomed in Burma . Look at my brother Chinnese race, it is not welcomed in Thailand , in Vietnam , in Cambodia , in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma , as we know, Indian have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said, "We shall tkae them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens." And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinnese, Ceylonese and others became citizens...

As I said, it has been my great good fortune to have born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here."


About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008