kronologi 'cina penumpang'
23 ogos:
ketika berkempen pilihanraya kecil permatang pauh di batu belah, datuk ahmad ismail, ketua umno bahagian bukit bendera, membuat kenyataan bahawa orang cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak sama seperti orang melayu..
28 aug:
perkataan yang menyifatkan orang cina sebagai kaum penumpang mencuit kemarahan mca dan dap yang menyelar datuk ahmad dalam media
31 aug:
gerakan mahu tindakan diambil terhadap datuk ahmad berhubung kenyataannya yang bersifat hasutan terhadap masyarakat cina
02 sept:
pemuda dap (dapsy) membuat laporan polis terhadap datuk ahmad atas dakwaan menghasut
datuk seri najib, naib presiden umno, membuat kenyataan akhbar bahawa pendapat datuk ahmad adalah pendapat peribadi dan bukan pendapat parti, seterusnya memohon maaf kepada masyarakat cina bagi pihak parti..
03 sept:
siasatan polis dimulakan terhadap datuk ahmad..
lim kit siang, pemimpin dap, tidak menerima permohonan maaf datuk seri najib dan mendesak datuk ahmad sendiri yang membuat permohonan maaf..
04 sept:
datuk seri abdullah juga berpendapat datuk ahmad perlu meminta maaf secara peribadi pada masyarakat cina
datuk ahmad berpendirian tidak perlu meminta maaf kerna berpendapat media cina memanipulasi kenyataannya..
05 sept:
semua 13 bahagian umno pulau pinang menyokong tindakan datuk ahmad ismail..
tan sri koh tsu koon, pemangku presiden gerakan, memberitahu bahawa gerakan akan mengkaji kedudukan mereka dalam barisan nasional jika umno gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat..
breach of contract
"semasa menuntut kemerdekaan, orang-orang melayu telah rela dan sanggup memberi hak kewarganegaraan kepada orang-orang cina. namun hak ini diberi bila mana orang-orang cina juga telah pada masa itu bersetuju bahawa hak dan ketuanan melayu tidak boleh dan tidak akan dipertikaikan. dan agama Islam sebagai agama rasmi negara yang pada ketika itu disebut tanah melayu dan juga dikenali dengan nama malaya.
ini kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh bapa-bapa pemimpin kita dahulu. hak kewarganegaraan diberi kepada orang cina adalah sebagai satu pakej dimana orang cina akan menerima dan menghormati hak-hak dan ketuanan melayu.
it comes with a package. orang cina tidak boleh hanya menerima hak kewarganegaraan dan kemudiannya mempertikaikan hak dan ketuanan melayu. bila ini berlaku maka berlakulah suatu 'breach of contract' terhadap kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama dahulu.
saya ingin menambah, jika orang-orang cina boleh mempertikaikan hak adn ketuanan melayu, maka dalam konteks yang sama orang-orang melayu juga berhak mempertikaikan hak kewarganegaraan orang-orang cina. siapakah yang mula mempertikaikan hak-hak keistimewaan orang melayu? jawabnya pemimpin-pemimpin cina. maka itu kini tiba masanya pula untuk orang melayu membangkitkan dan membalas apa yang telah dimulakan oleh pemimpin cina. it is just fair.
apakah bila orang cina mempertikaikan hak kami orang melayu - mereka tidak salah dan bilamana kami orang melayu bercakap tentang orang cina - ianya menjadi salah dan kami dianggap dan dicop sebagai 'rasict'. this is not fair"
datuk ahmad ismail - press conference 05 september 2008
keterlaluan menjaga hati orang lain
jika cina boleh mempertikaikan hak keistimewaan orang melayu dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi, maka melayu juga boleh mempertikaikan hak warga orang cina.. this is very strong arguement.. tapi dalam situasi bangsa malaysia ini adalah perkataan yang boleh mendatangkan kemarahan kerna berbau perkauman.. tapi siapa yang bersifat perkauman?
sejak dari perbincangan kemerdekaan berlangsung, orang melayu telah dimomokkan dengan perkataan 'racist'.. dari dulu kala lagi bila org melayu cuba memperkatakan sesuatu tentang bangsa pendatang isu perkauman akan dimainkan.. apalagi apabila memperkatakan perihal melayu sebagai tuan tanah kepada watan ini.. lihat saja pertembungan konsep negara Islam oleh pas yang tanpa gagal dibidas oleh dap yang mendokong konsep malaysian malaysia.. hatta dlm isu ahmad ismail ini, malah org melayu pula diingatkan agar menjaga hati dan sensitiviti kaum lain..
kita hampir tertelan lidah sendiri tatkala isu JE, yang walau telah membuka mata akan betapa besarnya industri ternakan babi nasional, yang telah menyebabkan kerajaan memberikan pampasan yang besar pada para penternak, begitu juga perihalnya penternak babi haram di melaka dan cadangan pemodenan ternakan kambing di sepang.. begitu pula kata2 terkulum tatkala dap mengetuai pakatan rakyat dalam memansuhkan deb demi untuk memberi keadilan pada semua bangsa.. kita hampir tak berbunyi ketika dap mengusulkan agar suara azan diperlahankan di pulau pinang dan puchong.. begitu juga kita terkedu bila papan tanda yang awalnya mempunyai tulisan jawi diganti dengan papan tanda bertulisan cina dan india.. apalagi yang mampu kita buat bila majlis peguam memulakan siri forum yang mahu mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi atas alasan kebebasan beragama.. semuanya dilakukan demi keadilan untuk semua..
walau telah berkali2 diperjelaskan bahawa dasar ekonomi baru gagasan almarhum tun razak bukan semata agenda perkauman melayu melainkan sebagai usaha untuk mencipta keharmonian dan kestabilan negara.. biarpun telah menjadi pengetahuan pada semua bahawa kestabilan antara kaum hanya boleh dizahirkan dengan keseimbangan ekonomi dan sosial.. belum ada yang lupa apa yang berlaku di tahun 1969 itu bukan sekadar pertembungan politik..
malah kalau kita lihat konsep muhibbah antara kaum itu hanya beriya2 dilakukan oleh org melayu sahaja.. apalagi sekarang yang semakin jelas budaya nasional mulai menonjolkan budaya cina.. tarian singa lebih dipopularkan dalam menyambut tetamu berbanding kompang dan bunga manggar.. unsur2 cina mula berkembang biak dengan segar malah dikalangan orang melayu sendiri.. unsur2 melayu mulai hilang malah generasi muda melayu sendiri mencaci hina budaya yang mereka anggap ketinggalan zaman, bidaah dan sesat.. bahasa melayu sendiri kedengaran asing waima generasi muda bangsa asing, malah generasi muda melayu juga, lebih memandang tinggi bahasa inggeris dan mandarin dari bahasa kebangsaan..
kalau dulu racial card ini dijaga oleh kerajaan atas dasar semangat muhibbah.. maka setiap kali kita mahu bercakap, mulut kita disumbat dan kita dipaksa beralah.. kini racial card dipegang oleh pakatan rakyat.. bukan sekadar mulut kita tersumbat tapi terdapat trend yang menyetujui 'keadilan' yang diperjuangkan.. lebih gerun lagi buat orang melayu apabila 'keadilan Islam' yang menjadi tiketnya..
memang benar Islam itu adil tapi bagaimanakah mahu adil jika jentera Islam itu sendiri goyah.. adakah kita mampu berIslam dan adil jika setiap kali kita menyebut 'negara Islam' kita ditampar oleh 'malaysian malaysia'..
perkataan nasionalis sudah kita anggap sebagai keji tetapi bukankah semangat cintakan tanah air itu juga terkandung dalam Islam.. mencintai jemaah itu bukankah dituntut dalam Islam? jika hak jemaah sendiri tak mampu kita pertanggungjawabkan bagaimana pula kita mahu memberi keadilan utk para kafirun? semakin kacau berbicara bila nasionalis itu ditafsir sebagai umno dan Islamik itu ditafsir sebagai pas.. maka tiada Islam lah umno dan tiada cintakan jemaah lah pas.. siapakah yang menang bila muqabalah itu menjadi dosa besar?
06 sept: pemuda mca mendesak supaya mca mula memikirkan tindakan keluar dari barisan nasional jika umno tidak bersikap tegas berhubung isu perkauman.