setiap muslim itu khalifah
Allah swt berfirman bahawa manusia itu dicipta untuk dijadikan khalifah di atas bumi. dan apabila manusia mulai lupa pada-Nya, maka diturunkan pula nabi2 pada setiap kaum yg lupa, bermula dari Nabi Nuh as, untuk mengajak manusia kembali menyembah Allah swt. maka setelah wafat Nabi saw, sebagai rasul yang terakhir, para wali pula mengambil alih urusan mengajak manusia seluruhnya kembali ke jalan Allah swt. adalah menjadi wajib bagi setiap dari kita pula untuk mengembangkan syariat Allah swt dengan mensyumulkan Islam.
jika kita lihat sejak dari zaman para rasul yg awal hinggalah ke rasul yang terakhir, perjalanan mengembangkan syariat Allah swt ini menempuh jalan yg sama. pembentukan daulah di zaman Nabi Musa as, Nabi Daud as, Nabi Sulaiman as, dan Nabi Muhammad saw (sekadar mengambil beberapa contoh), kita akan mendapati bahawa raja2 besar ini akan mengirim utusan kepada kerajaan2 besar yg lain untuk mengajak mereka menyembah Allah swt dengan ancaman azab dari Allah swt.
perang salib ratusan tahun merupakan penerus pada perjuangan para anbiya dalam memperluaskan syiar Islam. malah para kafirun kristian juga mengikut2 akan kaedah ini dengan dasar yang salah dan kejam seterusnya melabelkan apa saja perang atas nama agama sebagai suatu perkara yg menjadi dosa besar. ironinya, mereka mencipta agama baru bernama demokrasi dan memperluaskan syariat kafir mereka ke atas semua negara2 yang asalnya Islam. hanya saja demokrasi ini telah disekularkan hingga perang untuk menegakkan demokrasi tidaklah menjadi suatu dosa lagi.
kalau kita baca sirah para Nabi yang mempunyai kerajaan besar, kita akan terlihat betapa kerasnya ajakan terhadap kaum kafirun. masuk Islam, tunduk pada Islam atau memerangi Islam. tidak ada pilihan untuk memimpin kerajaan dalam keadaan kafir. begitu pulalah, bagaimana demokrasi menghina keras negara komunis dan sosialis, terutamanya pula kerajaan Islam. harus kita insafi bahawa semenjak jatuhnya empayar Islam Othmaniyah, pupuslah kerajaan Islam yg sebenar diganti oleh kerajaan2 kafir.
simbol kemajuan: ilmu atau ekonomi?
dan di dalam kerajaan demokrasi, ditanam pula mazhab2 ekonomi sehingga kita merasakan keperluan materialistik sebagai satu keperluan asas yg paling penting dan tanda kemajuan. budaya ilmu yg menjadi simbol kemajuan dalam empayar Islam kini bertukar rupa menjadi budaya kapitalis sebagai simbol maju dan membangun. kalau dulu manusia dihormati kerana ilmunya tetapi kini kekayaan merupakan penghormatan yg paling tinggi. ini bidaah peradaban moden.
maka apakah yg kita cari dalam hidup ini? benarlah anggapan bahawa kekuatan ekonomi itu merupakan nadi pembangunan sesuatu kaum, akan tetapi bagaimanakah lurus dan rapat saf jemaah jika budaya kapitalis ini membenarkan pengumpulan harta atas nama meritokrasi pada sekelompok golongan sahaja? bukankah sepatutnya harta yg sebenar itu adalah apa yg kita laburkan pada jalan Allah swt dan bukan hanya mengenyangkan perut dan memuaskan nafsu kita sendiri sahaja. inilah zaman keliru yg penuh fitnah.
berbeza batin dan zahir
begitu pula keadaannya jika kita melihat suruhan Rasulullah saw dalam membezakan penampilan muslim dengan kafir, cukur misai dan membela janggut untuk dibezakan dengan puak yahudi. dan zaman ini pula serban dan janggut sudah dianggap simbol terroris. kita merasa kecil jika tidak berpakaian dan berkelakuan seperti para kafirun. berilah seribu alasan namun telah jelas Nabi saw mahu muslimin itu berbeza dari org kafir seperti contoh pemilihan jumaat sebagai hari kebesaran, cara memanggil dengan laungan azan, mengucapkan salam, kiblat, dsu. lihat saja kita sekarang, apakah beza kita dengan org kafir? dimana garis pemisah kita sehingga kini mulai teragak2 untuk memberi salam kepada saudara muslim kita kerana tidak pasti akan keimanan pada zahirnya.
yg jelas ini adalah sebahagian dari perancangan besar para kafirun sejak kekalahan berterusan dalam perang salib. mereka bertukar kaedah dengan cara menjauhkan muslimin dari saudara dan agamanya. kita jadi takut untuk terlihat sebagai muslim, malah terdapat liberisme baru yg menamakan anak agar sedikit berbau kafir supaya tidak nanti didiskriminasi di masa depan, tak usahlah kita bahaskan akan nama gelaran kafir yg sudah sering kita gunakan dengan bangga. apa ada pada nama, tapi bagaimanakah kita akan dipanggil di akhirat kelak?
cadangan utk hijrah minda
tanpa kita sedari, kemunafikan itu juga telah mula membarah dalam jemaah. dan yg lebih hebat lagi kita melabelkan org lain sebagai munafik sedangkan para sahabat dan ulama salaf ketika dikhabarkan berkenaan ciri2 munafik, tidaklah mereka tersenyum2 seperti kita memikirkan si anu dan si polan yg serupa kelakuannya hingga kita merasa benar sungguh mereka itu munafik, sedangkan para sahabat dan ulama salaf tunduk dan mengkaji diri mereka sendiri agar tidak ada ciri2 org munafik dalam diri mereka sendiri. Nauzubillah.
mmg agak keterlaluan untuk dianjurkan yg berikut pada zaman moden ini tetapi bersamalah kita memikirkannya:
1-bermuhasabah diri agar terhindar dari kelakuan dan ciri2 munafik
2-berusaha membezakan diri kita dari kelihatan sama seperti org kafir
3-berpindah kefahaman mengenai sistem ekonomi, dari berlumba2 mengumpul kekayaan peribadi kepada berlumba2 'meminjamkan' harta kita kepada Allah swt
4-memberi lebih banyak pengiktirafan dan kehormatan besar pada golongan berilmu berbanding golongan yg berharta
5-bersungguh menyebarkan syiar Islam dan tidak tunduk pada sistem ciptaan kafirun
wallahualam.
Post a Comment