retorika integrasi nasional

On Thu, Sep 11, 2008 at 3:49 PM, Uya wrote:
ok. why must we be susah hati about reducing our quota? I wanna hear your thoughts.

persoalan yg pertama muncul dlm otak benak aku ialah jika setelah lebih 40 tahun org melayu dibantu dan dibantu dengan berbagai cara tetapi pencapaian pendidikan org melayu masih kita anggap tidak memberangsangkan.. kualiti akademik anak2 melayu masih jadi igauan kita.. bagaimana agaknya keadaan org melayu selepas 40 tahun lagi jika org melayu dibiarkan bersaing tanpa bantuan khusus? kalau selepas 51 tahun merdeka, mentaliti umum remaja melayu (ini hasil sistem pendidikan negara) masih tidak terbuka dan tumpul, bagaimana agaknya jika mereka tidak di'paksa' mengambil peluang..

kebanyakan dari golongan neo-liberal melayu merasakan bahawa org melayu mampu berjaya jika diberi saingan.. golongan ini melihat realiti dalam kelompok mereka tetapi tidak melihat hakikat jutaan yg lain di luar bandar.. tunjukkan contoh melayu luar bandar yang berjaya tanpa bantuan langsung? mmg kita melihatnya sebagai diskriminasi tetapi kita melihat dari konteks yang lebih luas bahawa org melayu yg dipaksa mengambil peluang pun belum tentu berjaya, berbanding terpaksa berjuang merebut peluang.. berapa peratus sebenar org melayu yg mampu bersaing dan berjaya? sedang kita sendiri belum hilang dari berkisah tentang cantas mencantas antara sesama melayu dalam merebut peluang yg disediakan.. jika mereka2 ini mampu bersaing mengapakah tidak mereka mencantas peluang bangsa lain? aku lebih percaya bahawa melayu tidak mampu mencantas bangsa lain kerna itu dia menyerang lawan yang setaraf dengannya, iaitu org melayu sendiri..

terkini terdapat cubaan menyamakan kedudukan sar dengan srjk.. apa yang akan berlaku seterusnya? kita masih jauh dalam berkisah tentang integrasi nasional kerna menghilangkan sekolah cina dan tamil sendiri pun kita tak mampu.. maka jika sar di samatarafkan dengan srjk maka sampai bila pun kita dah ter check-mate dengan isu sekolah cina dan sekolah tamil nih.. maka itu bunyi saranan seorang sahabat terasa lebih rasional iaitu mewujudkan sekolah inggeris semula sebagai pusat integrasi nasional.. kita takkan mampu menghilangkan prejudis bangsa cina dan india untuk mengajak mereka menghapuskan sekolah cina dan india dan menuntut ilmu di sekolah kebangsaan.. siapa yang lebih risau dan takut sebenarnya?

terasa panjang sangat lak.. apa yg aku cuba nak sampaikan ialah bila kita berkisah tentang melayu, bukanlah kita nih sibuk sangat dgn bangsa kita, tapi kita melihat malaysia nih dalam perspektif yang lebih besar.. hakikatnya selagi tiada wujud keseimbangan sosial dalam masyarakat majmuk malaysia nih, maka selagi itu kita takkan dapat membuang prejudis perkauman bukan hanya pada org melayu tetapi juga pada cina dan india.. selagi kita tak dapat buang prejudis perkauman nih, selagi itu integrasi nasional hanyalah ayat marketing utk menutup mulut supaya tidak membicarakan isu2 antara kaum sensitif..

cuma yg kita sebut nih psal melayu.. tapi jika melayu nih boleh di'jatuh'kan dari perlembagaan, adakah kita merasakan bahawa Islam dapat kita perkukuh dan tegakkan? jika dalam kedudukan istimewa agama Islam kita tak mampu berbuat apa2, adakah kita jadi lebih hebat ketika kouta org melayu sebagai penduduk asal, kouta bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kouta agama Islam sebagai agama rasmi ini kita hapuskan.. jgn lak bagitau kita hapus kouta penduduk asal saja tapi kita nak pertahan kouta bahasa kebangsaan dan kouta agama rasmi.. i believe its comes as a package.. ini yg paling aku susah hati..


wallahualam..


2008/9/12 Uya wrote:
please define ; keseimbangan sosial & prejudise at current perspektif meaning NOW with relevance to the current generation from your eyes.

idealisnya, keseimbangan sosial wujud bilamana monopoli tidak berlaku.. apabila semua kaum mempunyai keupayaan untuk bersaing dan bekerjasama dalam apa jua bidang, maka prejudis antara kaum dapat kita kecilkan.. untuk mencapai ini, banyak pengorbanan yang harus dilakukan oleh kedua2 belah pihak.. dan pengorbanan ini yg belum mampu total kita lakukan..

reality check, semua org tahu dan yakin bahawa ekonomi malaysia dikuasai oleh org2 cina.. hampir mustahil org melayu boleh berniaga tanpa terlibat dengan org cina, berbanding org cina yang boleh menjalankan hampir apa saja dengan bantuan sesama org2 cina.. ironinya, kuasa beli terbesar di malaysia ini adalah di tangan org melayu..

reality check, antara org melayu dan org cina tidak pernah saling mempercayai sepenuhnya.. bukan hanya dijurangi oleh budaya tetapi juga agama.. sejak zaman berzaman org melayu dan org cina hidup berasingan walaupun sering berbaur.. hingga kini org melayu lebih selesa membeli rumah di kawasan perumahan melayu berbanding tinggal di kawasan cina.. ironinya, org cina boleh hidup di kawasan melayu..

reality check, sekolah kebangsaan itu pusat integrasi kaum tetapi org cina dan india tetap mempertahankan sekolah cina dan tamil.. sekolah kebangsaan bukan sekolah melayu tapi sekolah malaysia.. ironinya, org melayu sendiri kerap memuji sekolah cina lebih baik dari sekolah kebangsaan..

reality check, sistem politik malaysia mempunyai unsur melayu supreme.. kedudukan tertinggi dan penting sentiasa dipegang oleh org melayu.. sejujurnya mmg wujud kesangsian tentang kesetiaan org cina dan india.. dlm konteks terkini kita mempertikaikan kesetiaan org cina dan kepada malaysia tetapi wujud kebimbangan adakah mereka tidak akan bersikap berat sebelah terhadap kaumnya sendiri.. ironinya, org melayu sering menyebut akan perkongsian kuasa..

kouta ekonomi dibuat utk org melayu supaya org melayu dapat ditolong bersaing dengan org cina yang sudah mempunyai kepakaran dalam perniagaan, menginsafi bahawa org cina yg telah memonopoli bidang ini sekian lama, tidak akan berbesar hati dengan mudah mengajar dan menjadi mentor pada org melayu..

kouta perumahan dibuat supaya tidak berlaku pengasingan total org bukan melayu di sesuatu kawasan.. kouta rezab tanah melayu dibuat supaya org melayu tidak terpedaya menjual semua tanah yang mempunyai potensi untuk dibangunkan.. yg mana akan menyebabkan org melayu tersingkir ke tanah2 yang kurang nilai ekonominya..

kouta pendidikan dibuat utk memberi peluang kepada pelajar melayu yang berpotensi, agar anak2 melayu ini kelak dapat meningkatkan kesedaran dan menyiapkan kepimpinan buat generasi yang seterusnya.. bertujuan membuka minda lebih ramai melayu yang dulunya lebih selesa hidup di kampungnya sendiri..

kouta politik dibuat supaya dapat memastikan org melayu tidak dibiarkan ketinggalan jauh berbanding org cina.. bertujuan memberi ruang lebih besar dengan pelaksanaan dasar2 yang kelihatan memihak melayu tetapi mempunyai tujuan yang lebih besar..

but melayu are easy to pleased.. bila kita nampak beberapa jutawan melayu, kita sudah merasa org melayu mulai bersaing dalam ekonomi malaysia.. bila kita lihat org cina bersikap baik pada kita, kita boleh jemput dia bersama2 memimpin negara.. bila kita jumpa lebih banyak masjid, kita yakin bahawa agama Islam dipertahankan.. org melayu takkan melawan waima ditekan sekalipun..

maka apa yg kita katakan keseimbangan sosial ialah merujuk pada persepsi melayu sendiri.. sebahagian dari org melayu merasakan kebolehan untuk bersaing, cuma disayangkan ini hanya sekumpulan kecil org melayu.. sebahagian besar lagi org melayu masih merasa tidak berdaya tanpa bantuan..

bukan cerita dongeng tentang kisah bagaimana org melayu tidak dapat melangkah lebih jauh dalam perniagaan kerana monopoli org cina.. hingga ada yang mengatakan kita harus menjadi cina jika mahu berjaya berniaga seperti cina..

begitu juga bukan cerita tahyul bilamana org bukan melayu menjadi adun atau mp maka kebajikan cina akan lebih diberi tumpuan berbanding kebajikan pengundi melayu.. cina boleh berjaya di kampung melayu tetapi melayu takkan sanggup duduk di kampung cina.. kenapa ini berlaku kalo bukan kerna prejudis?

berapa ramai org melayu kesal kerana generasi melayu sekarang lebih selesa berbahasa inggeris berbanding mengukuhkan martabat bahasa melayu.. tetapi ramai dari org melayu tidak peduli jika ada warganegara malaysia yang masih tidak fasih malah tidak tahu berbahasa kebangsaan..

org melayu nih mmg berpandangan jauh.. terlalu jauh hingga tidak berpijak di bumi nyata.. kita bercakap tentang integrasi nasional, keseimbangan sosial, perkongsian kuasa, keadilan untuk semua tetapi dimana posisi kita sekarangsebenarnya?

tiada siapa yang suka pada label apalagi bersikap perkauman.. org melayu dari awal lagi tidaklah bersikap racisme.. mana ada satu negara dalam dunia yang mengangkat bangsa pendatang bersama2 untuk merdeka? tapi bila org melayu minta supaya kaum lain memperlahankan sedikit momentum mereka supaya org melayu boleh belajar dan bersaing sama padan dengan mereka, org melayu dianggap bersikap perkauman..

jika di singapura, dasar meritokrasi dikatakan sangat berjaya.. hilangkah prejudis dalam setiap bangsanya? begitu pula indonesia yang menghilangkan perbedaan kaum dalam mewujud paksa bangsa indonesia.. sirnakah racisme? malah kepincangan sosial berlaku bukan antara penduduk asal dengan bangsa pendatang tetapi membarah pula perkauman antara penduduk asal.. ini retorik integrasi nasional..


2008/9/15 Uya :
So, kupas punya kupas, what do we do now? What kind of stand do we take? If we want to.

pendirian aku mudah.. aku masih berharap Islam dapat tegak di tanah melayu nih.. dan aku berpendapat hanya melayu yang boleh melakukannya.. sebab itu dlm situasi apa pun buat masa ini aku masih akan bias.. bagi aku keadilan yg sebenar hanya dengan Islam.. dengan itu apa yg kita harapkan dengan keseimbangan sosial ini hanya akan berlaku apabila Islam menjadi landasan sebenar.. kerna dalam Islam tiada perkauman hatta berlaku adil jua terhadap para kafirun.. sedangkan sejarah telah tertulis zaman demi zaman bahawa para kafirun ini tidak akan dapat berlaku adil pada org Islam kerna sistem negara dan ekonominya tidak ada jiwa Tuhan..

kita tgok saja apa yg berlaku pada sekeliling kita, pada diri kita.. bagaimanakah kita mahu berIslam secara total sedangkan sistem yg kita ikut dan yakin skrg ini bukan sistem Islam.. kita bekerja mencari rezeki untuk menafkahi keluarga.. tujuan asal cukup sekadar kita berdiri untuk beribadat.. kita buat negara bukan untuk kekuasaan tapi kerana menubuhkan negara itu wajib.. kita bersaing bukan untuk kenikmatan dunia tetapi apa yg kita cari ialah keredhaan Tuhan.. ini jiwa Islam.. ini yg semua dari kita cari..

maka dalam menuju apa yg kita cari, kita kena perkukuhkan jemaah.. Nabi saw dah tunjuk dalam piagam madinah.. kalau kita nak keadilan, kemakmuran dsb. kita kena perkukuh jemaah.. kita kena pertahan jemaah.. hikayat liberal dan demokrasi yg hebat disebut skrg nih hanya kulit pada aku.. mmg kita bekerjasama dgn para kafirun tetapi keutamaan kita adalah pada maslahat jemaah.. ini yg kita kena buat dan ini yg kita kena berpendirian..

wallahualam..

2008/9/15 Uya :
ok. I now understand clearly where you are coming from. I am confused lately with what is going on.



About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008