peristiwa di Almuyasayi'
Dari tafsir al-Azhar karya Prof Dr Hamka, dikisahkan beberapa hadis mengenai asbabun nuzul ayat-ayat 5-8 dari surah al-munaafiquun, berkenaan dengan Abdullah bin Ubay bin Salul, yg dianggap perancang dari segala kemunafikan yg berlaku di zaman Nabi saw.
Ibnu Ishaq menguraikan hal ini dalam rangkaian kejadian yang berlaku ketika peperangan yang dipimpin oleh Nabi saw sendiri (Ghazwah) dalam menaklukkan Bani Mushthaliq pada tahun ke-6 hijrah di suatu tempat yg bernama Almuyasayi', pada sebuah telaga tempat mengambil air minuman.
Semasa Rasulullah saw dalam perjalanan pulang ke madinah, beliau dan para sahabat singgah di tempat berhenti pengambilan air minuman tersebut, berhenti rehat sambil mengambil air minuman. Umar al-Khattab turut ikut dalam rombongan tersebut, diiringi oleh Jahjaah bin Mas'ud dari Bani Ghifaar yang bertugas menjaga dan memberi makan kuda Umar ra.
Ketika berebut2 dan bertolak2an mengambil air, Jahjaah berebut dengan Sinan bin Wabar al-Jihniy pengikut dari Bani 'Uun bin Khazraj. Perebutan mengadu kekuatan mengambil air antara mereka berdua telah berlaku perkelahian. Tiba2 kerana terdesak, Sinan berteriak, "Tolonglah saya, hai kaum Anshar!" dan Jahjaah mendengar teriakan itu pula dengan sekuat suara berteriak, "Tolonglah saya hai Muhajirin!".
Mendengar perkelahian tersebut, sedang Sinan membangkitkan nama golongannya, Abdullah bin Ubay, bertujuan membuat suasana lebih kacau, berkata dengan sangat marah di hadapan beberapa kaumnya, "Apakah memang telah mereka mulai? Mereka mendesak kita, maka telah menandingi kita di kampung halaman kita sendiri. Demi Allah, pada pandanganku di antara kita dengan petualang-petualang Quraisy itu adalah sebagai pepatah org tua2 juga; 'Gemukkan anjingmu, akhirnya engkau dimakannya'. Demi Allah kalau kita pulang segera ke Madinah pastilah org2 yg kuat akan mengusir org2 yg lemah itu."
Belum merasa puas, Abdullah bin Ubay meneruskan ucapannya pada kaum yg hadir, "Inikah yang telah kalian lakukan selama ini? Kalian halalkan kampung halaman kalian utk org2 itu, kalian serahkan hartabenda kalian kepada mereka. Padahal, demi Allah, kalau kalian berpegang teguh harta kalian, tidak seboros itu kalian kepada mereka, niscaya mereka akan pindah ke tempat lain."
reaksi Rasulullah saw
Adapun dalam golongan itu hadir seorg pemuda dari Muhajirin bernama Zaid bin Arqam (anak dari Arqam yg menyediakan rumahnya, ketika Islam masih sembunyi2 di Makkah, utk pertemuan rahsia antara Nabi saw dan org2 yg telah menyatakan keimanan tetapi belum berani menyatakan diri pada umum). Maka mendengar itu, Zaid meninggalkan tempat itu dan menemui Rasulullah saw mengkhabarkan segala yg didengarinya, kebetulan Umar ra berada dalam majlis Rasulullah saw.
Mendengar perkhabaran Zaid, lebih dahulu disambut oleh Umar ra seraya berkata kepada Rasulullah saw, "Perintahkanlah Ubbaad bin Basyr, suruh dia membunuhnya."
Tetapi dengan tenang Rasulullah saw bersabda, "Bagaimana kata org nanti, ya Umar! Mereka mengatakan Muhammad membunuh sahabat-sahabatnya. Tidak! Bukan begitu! Perintahku ialah sekarang juga kita berangkat, tinggalkan tempat ini!"
Dengan segera disampaikan kepada org banyak perintah Rasulullah saw, berangkat semua sekarang, sedang belumlah hilang lelah perjalanan.
Rupanya telah ada yg memberitahu Abdullah bin Ubay tentang perkataannya yg disampaikan oleh Zaid bin Arqam kepada Rasulullah saw. Entah kerana takut atau memang begitu perangai munafik, segeralah Abdullah bin Ubay menemui rasulullah saw, lalu bersumpahlah dia di hadapan beliau bahawa dia tidaklah pernah dia berkata seperti itu.
Di kalangan org Anshar masih ada org yg segan kepada Abdullah bin Ubay dan cuba membelanya dengan berkata, "Ya Rasulullah! Zaid ini masih kanak2, mungkin tidak begitu terang baginya perkataan Abdullah, mungkin dia tidak bercakap sampai seperti itu."
Ketika mulai berangkat, Rasulullah saw didatangi seorg sahabat muda Anshar bernama Usaid bin Hudhair, mengucapkan salam secara kenabian (Assalamu'alaika ya Rasul Allah!) dan bertanya, "Ya Rasul Allah, tuan hamba berangkat tidak seperti biasanya; biasanya pada saat-saat begini engkau tidak berangkat, apakah agaknya sebabnya?"
Lalu Rasulullah saw bertanya pula kepada Usaid, "Belumkah sampai kepada engkau apa yg diucapkan oleh kawanmu itu?"
Usaid bertanya, "Kawan yg mana ya Rasul Allah?"
"Abdullah bin Ubay", kata baginda
"Apa ucapannya itu, ya Rasulullah?"
"Dia mengatakan bahwa apabila dia telah kembali ke Madinah, maka org2 yg mulia akan mengusir org2 yg hina."
Lalu Usaid menjawab, "Engkaulah ya Rasul Allah, demi Allah yg akan mengusirnya dari Madinah, kalau tuan hamba mengkehendaki demikian. Demi Allah dialah yg hina dan tuan hambalah yg mulia."
Kemudian Usaid menyambung, "Ya Rasul Allah! Kasihanilah dia! Demi Allah, Tuhan telah mendatangkan tuan hamba kepada kami, di saat-saat kaumnya akan melantiknya menjadi raja! Kepalanya akan dberi mahkota! Tiba-tiba tuan hamba datang, maka kehormatan yg dia inginkan itu tidak jadi didapatnya!"
Setelah itu berjalanlah Rasulullah saw dari pagi sampai petang dan pada malamnya hinggalah pagi, dan terus berjalan hingga matahari terbenam pula, barulah saat itu berhenti dan org banyak pun turut berhenti. Kerna terlalu penat kerna berjalan tanpa henti, maka selesai mengerjakan solat mereka tertidur dengan nyenyaknya, sehingga tercapai maksud Rasulullah saw membawa berjalan jauh2 lebih dari sehari semalam, supaya org tidak mempunyai kesempatan utk membincangkan isi ucapan Abdullah bin Ubay yg sangat menyinggung perasaan.
Menurut Ibnu Ishaq, waktu itulah turun surah al-Munaafiquun, tepat menuju Abdullah bin Ubay dan org2 yg seumpama dia. Setelah selesai menerima wahyu, Rasulullah saw memanggil Zaid bin Arqam, lalu dengan penuh kasih sayang memiat telinga anak muda itu seraya berkata kepadanya, "Inilah diakui Allah pendengaran telinganya!"
pendirian Abdullah bin Abdullah bin Ubay
Maka sampailah pula kepada anak Abdullah bin Ubay yg bernama Abdullah, Abdullah bin Abdullah bin Ubay, berita tentang ucapan ayahnya itu.
Maka berkisah Ibnu Ishaq, bahawa menurut berita yg disampaikan kepadanya oleh 'Aashim bin Umar bin Qatadah, bahawa Abdullah (anak) itu menghadap Rasulullah saw lau disampaikan perasaan hatinya, "Ya Rasul Allah, aku mendengar berita bahwa tuan hamba bermaksud hendak membunuh Abdullah bin Ubay kerana ucapannya itu. Kalau memang demikian maksud tuan hamba, kepada akulah perintahkan mengerjakan pembunuhan itu, aku akan bawa kepalanya ke hadapan tuan hamba. Demi Allah, seluruh Khazraj tahu bagaimana hormatnya aku kepada ayahku. Kalau tuan hamba menyuruhkan org lain menjalankan perintah itu terhadap ayahku, lalu ayahku dibunuhnya, aku takut tidak akan tahan hati melihat org itu berjalan di muka org banyak, lalu aku bunuh pula dia. Niscaya aku telah bersalah membunuh seorg beriman kerna menuntut bela atas pembunuhannya atas org kafir. Dengan demikian aku pun masuk neraka pula."
Rasulullah saw menjawab, "Engkau teruskan berlaku hormat kepada org tuamu. Kami telah menganggapnya seorg sahabat selama dia masih ada di antara kita."
Tetapi apa yg terjadi selepas itu, dimana2 saja org berkumpul dan sampai kepada perbicaraan Abdullah bin Ubay, maka kaum yg menghormatinya telah bertukar mencela dan menghinakannya, sehingga ke mana pun Abdullah bin Ubay pergi, org menunjukkan muka yg tidak senang.
Maka berkata Rasulullah saw kepada Umar ra, "Bagaimana pendapatmu sekarang, hai Umar! Kalau aku kabulkan permintaanmu supaya dia dibunuh di waktu itu, niscaya akan bangunlah serentak membelanya sekalian org yg menyesalinya, mencelanya dan memburukkannya sekarang ini. Yaitu org2 yg kalau aku suruhkan mereka membunuhnya sekarang, mereka segera melakukannya."
Lalu Umar ra menjawab, "Tahulah aku bahasanya siasat yg dipakai Rasulullah lebih besar berkatnya daripada apa yg aku fikirkan."
Selanjutnya menurut riwayat dari Ikrimah dan Ibnu Zaid, setelah sampai kembali ke Madinah, maka Abdullah bin Abdullah bin Ubay berdiri di depan muka pintu kota Madinah dengan pedang terhunus. Tiap2 org yg lalu dihadapannya dibiarkan berlalu dengan tidak ditegurnya. Tetapi setelah dilihat ayahnya sendiri yg datang dan bermaksud hendak masuk ke dalam kota melalui pintu itu, Abdullah (anak) menegur, "Mundur!"
Dengan tercengang ayahnya bertanya, "Apa yg terjadi? Mengapa engkau larang aku masuk? Mengapa engkau suruh aku mundur?"
Anaknya menjawab dengan tegas, "Ayah tidak boleh melampaui pintu ini untuk masuk ke dalam kota Madinah sebelum Rasulullah saw memberimu izin! Kerana Rasulullah adalah orang yg mulia, sedang ayah adalah org yang hina!"
Maka terpaksalah ayahnya berhenti di muka pintu menunggu Rasulullah saw, yg biasanya berjalan di belakang-belakang untuk menjaga kalau ada yg tersesat atau ketinggalan.
setelah tidak berapa lama, Rasulullah saw muncul. Abdullah (ayah) terus menghadap Rasulullah saw dan mengadukan perbuatan anaknya. Maka tampillah Abdullah (anak) memberikan penjelasan, bahawa ayahnya tidak akan diberinya izin masuk ke dalam kota Madinah, kalau tidak Rasulullah saw yg mengizinkannya.
"Sekarang aku izinkan," ujar Rasulullah saw.
"Kalau sudah Rasulullah yang mengizinkan, bolehlah ayah melalui pintu ini."
Post a Comment