middle age crisis


recam resah melayu

kusutnya pergolakan jiwa melayu sekarang menghadam konflik antara 'ketuanan melayu' dan 'keadilan untuk semua', hinggakan menyebut akan nama melayu itu sendiri sudah terasa ada dosa.. harus adilkah kita menitah hak sama rata dengan segala bangsa yang ada atas pertiwi ini? atau harus mengutamakan akan kita bangsa yang seagama dengan kita terlebih dahulu?

begitu jualah dilema antara perjuangan 'menubuhkan negara Islam' dan 'berkongsi kuasa'.. hingga ada yang berpendapat menolak adil jika negara Islam ditubuhkan dalam watan yang berbilang kaum dan agama ini.. maka akan sebahagian lagi berusahalah mentarbiyah para kafirun agar mereka memahami akan konsep negara Islam yang adil sedangkan jelas di fikiran mereka bahawa keadilan hanya berlaku jika berlaku perkongsian sempurna, tiada siapa melebihi sesiapa tanpa pilih kasih..

malah kebanyakan dari kita telah menjadi teragak2 mengaku antara jadi melayu atau Islam.. kata mengangkat melayu sudah kita jenamakan menyokong assabiyah.. manakala kata Islam pula kita pakejkan menjadi menegakkan satu agama demi keadilan semua agama lain.. huru-hara kita dengan pengistilahan assabiyah dan perkauman.. haru-biru kita menjelaskan perjuangan agama yang memihak pada satu kelompok dalam sebuah negara yang berbilang bangsa yang terbaur dalam kebebasan beragama.. ironinya, kita membenci assabiyah bila berkisah tentang bangsa tetapi kita menolak sekularisasi ketika berunding tentang pembinaan negara yang samarata..

penjenamaan bangsa dan negara

kekuatan yang ada pada kekuasaan melayu ialah bangsa dan agamanya.. sinonim melayu itu dikaitkan dengan Islam, hatta dlm perlembagaan negara juga jelas disebut bahawa seorang melayu itu beragama Islam.. kerna itu antara perkataan popular terkini ialah mengasimilasikan kedua2 istilah itu sebagai satu jenama baru melayu-Islam.. menggantikan jenama 'melayu baru' yang lebih berbau perkauman..

begitulah sensitifnya untuk mencuit tajuk berkenaan bangsa2 yang tinggal di tanah melayu ini.. bila mana kita menyebut akan kepentingan satu kaum maka menyahutlah kaum yang lain memperkatakan hak mereka pula.. sensitiviti ini yang menyebabkan orang melayu mula merasa berdosa menjadi melayu..

pun jualah sensitifnya kita bilamana ada yang mencuit akan kesucian Islam berbanding agama2 lain di malaysia ini.. maka tatkala bangsa lain mempersoalkan kedudukan agama rasmi dalam negara yg bebas beragama ini maka berkerat rotan berpatah arang pula akan kita mempertahankannya.. sensitiviti ini yang menyebabkan Islam mula difokuskan sebagai suatu simbol diskriminasi..

nasionalisme merdeka

diambang merdeka dahulu kita berpasakkan bangsa diatas nama nasionalisme.. kita dianjur mencintai bangsa dalam memerdekakan negara.. kita berpadu dibawah semangat kebangsaan untuk bergerak juang memerdekakan bangsa agar negara bebas dari penjajahan..lalu dimanakah kita harus menapakkan perjuangan kali ini?

doktrin kuat nasionalisme dapat dibaca dari gagasan sukarno yang mengasaskan pancasilanya yang masyhur, yang kemudiannya mempengaruhi merdeka negara-negara lain yang lebih muda.. "kita tidak memilih agama bukan kerna kita tidak mahu mengangkat tinggi agama.. tapi kita memilih bangsa kerna marhaen di setiap pelusuk tanah ini adalah sama.. kita bebas beragama tetapi bangsa kita satu.. bangsa indonesia"..

itulah jua yang dipegang oleh gerakan kiri kemerdekaan tanah melayu yang dizahirkan dengan 'perlembagaan rakyat', dimana setiap bangsa yang lahir di tanah ini maka berbangsa melayu jualah dia.. walaupun agamanya tidak bersamaan melayu tetapi hidup, berkomunikasi dan mengaku melayu jualah semua warga yang mahu merdeka..

sekularisme melayu

kalau kini kita mahu mengutamakan agama sebagai nadi perjuangan ini maka bagaimanakah kita mahu bertoleransi dengan perkongsian seluruh institusi dan jentera negara secara sama rata dengan para kafirun yang semakin mengukuhi perpaduan bangsanya..

selama ini kita berkisah sekitar bangsa kerna bangganya kita menjadi melayu.. kecelaruan yang berlaku menyebabkan kita jadi malu menjadi melayu dan menggunakan jenama Islam sebagai memperkuat jatidiri kita.. tiadalah kesalahan melainkan bahawa nadi melayu itu Islam jualah ia..

yang menjadi persoalan ialah bagaimana menyatupadukan muslim dalam konteks tanah melayu yang mmg lebih sinonim dengan kepelbagaian bangsa daripada kebebasan agama.. bagaimana unsur2 Islam ini dapat menyeimbangi keperluan kafirun yg ada terhadap pelestarian budaya bangsa mereka.. dan bagaimanakah pula kita mahu bersikap, sebagai melayukah atau sebagai muslimkah? apalagi caca marbanya kita memahami akan perbezaan melayu dan muslim itu..

sejak zaman berzaman, jika yg kita sebut melayu maka Islam jua lah ia.. kerna beberapa waktu ini kita terkesima dengan kes2 murtad di kalangan melayu maka kita cuba mensekularkan melayu itu terpisah dari agamanya.. walhal tiadalah boleh mengaku2 melayu jika tidak beragama Islam.. adakah menyebut akan kepentingan melayu itu menjadikan kita bersikap assabiyah?

perjalanan singkat yang panjang

adapun terdapat dua perkara utama yang cuba disentuh.. pertama, akan bagaimanakah bentuk perpaduan yang mahu kita ciptakan buat generasi kita yang asalnya berbangsa melayu dan beragama Islam.. kedua, tidakkah keadilan sejagat itu dapat diperolehi hanya selepas yang berhak berada pada tempat yang sewajarnya..

setelah zaman berzaman kita memecah perbezaan kenegerian dalam bangsa melayu ini, merobek kasta negeri dan semangat kenegerian, sekarang generasi terkini melayu terbahagi pula pada melayu baru dan melayu lama, ditambah pula dengan perbezaan wajah nasionalis dan Islam.. ditambah pula dengan melayu yang berlabel politik.. melayu umno, melayu pas dan melayu pkr.. bagaimanakah pula menyatukan pecahan2 ini..

awal mula melayu kembali bersatu ketika penjajah mahu menghilangkan kedaulatan raja-raja melayu di tanah melayu.. penubuhan malayan union dianggap sebagai satu cubaan menghapus hak orang melayu terhadap tanahnya.. maka dengan meniupkan semangat nasionalisme, mempertahankan tanah ini sebagai hak org melayu..

kemudian peniupan semangat kemerdekaan ke dalam jiwa melayu menjadi alat untuk membebaskan bangsa.. malah unsur2 hizbul muslimin menekankan akan pembebasan negara di dalam wadah bangsa.. dalam konteks tanah melayu, sinonim melayu dan Islam menjadikan gerakan ini seakan bersatu dalam menebus merdeka buat melayu dalam memperkasakan Islam.. bangsa dan agama sentiasa disebut seiring..

disaat kemerdekaan, melayu dalam keterpaksaan mengakui akan penglibatan bangsa lain dan memberikan taraf warga.. walau tiada tertulis dengan jelas tetapi kontrak sosial yang menganggap hak melayu yang istimewa di tanah melayu bukan semata untuk mengangkat melayu sebagai warga kelas satu tetapi berlaku atas dasar saling memahami dan menghormati peranan masing2 dalam struktur negara..

kericuhan kaum tanggal 13 mei menjadi satu loncatan kesedaran akan kekuatan ekonomi dalam menjana keperkasaan ummah.. melayu menyedari akan ketidak seimbangan yang berlaku merupakan satu api dalam sekam terhadap kestabilan negara.. maka fokus melayu beralih dari semata2 atas kekuasaan politik kepada menignkatkan kekuasaan ekonomi.. deb digubal bukan semata untuk memanipulasi kontrak sosial tetapi diinsafi lebih jauh dalam mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara yang berbilang kaum..

kita bergelut dengan ekonomi dari era bumi hijau ke zaman industrialisasi.. kemudian kita berpindah ke kaedah penswastaan dan kini dalam era globalisasi kita kembali mempromosikan kempen bumi hijau kembali.. yang nyatanya melayu masih mencari sekepal nafkah dengan kebergantungan pada kerajaan dan orang lain.. kita berjaya meningkatkan taraf hidup dari segi material tetapi kita sebenarnya masih berada ditahap yang sama..

setelah setengah abad, disaat kita memberi ruang perkongsian politik dan meningkatnya ekonomi melayu secara umum, kita bersikap seperti fitrah manusia yang berumur separuh abad.. dibalik kegilaan politik dan keghairahan ekonomi, kita mencari2 nilai diri kita yang sewajarnya.. kita menginsafi kembali akan perlunya melayu kembali pada jalan agamanya..

Islam dalam kontrak sosial

persoalannya apakah halatuju gerakan Islamisasi yang berlaku ini? bagaimanakah kita mahu mengembalikan keutuhan politik dan penguasaan ekonomi kembali pada genggaman kita? disaat kuasa politik kita yang semakin rapuh dan kuasa ekonomi yang berkembang lambat dikalangan melayu, bagaimanakah kita mahu bangsa dan agama lain tunduk mengakui kontrak sosial baru sedang kontrak sosial yang lama sudah kita robekkan..

apabila kita memperkatakan tentang ketuanan melayu, apakah bezanya apabila kita memperkatakan tentang pembentukan negara Islam? bagaimanakah mampu agama itu ditegakkan tanpa bangsa yang mendokongnya.. assabiyah kah kita bila kita mempertahankan bangsa yang mmemperkukuhkan Islam di tanah air ini? bagaimanakah kita mahu bersikap adil pada bangsa lain sedang bangsa kita tidak mampu berdiri dan bersatu berbanding mereka?

adilkah kita jika kita kongsikan apa saja yang kita ada sekarang sedang kita tahu bahawa kita tidak mampu bersaing dengan mereka yang telah sedia ada kemahiran sejak dari dulu lagi? bolehkah kita menegakkan negara Islam sedang kita tidaklah menguasai segala sektor yang diperlukan dalam pembentukan negara? bukankah kita perlu lebih dahulu menegaskan kekuatan kita sebelum kita membuka ruang lebih besar pada org lain?

kita mahu berlaku adil.. tetapi adilkah kita pada agama dan bangsa kita sendiri? kita mahu keterbukaan sedang kita sendiri tiada bersatu tegas seperti mereka.. dimana keutamaan kita? memberi keadilan pada para kafirun atau memberi peluang pada kroni Islam? dimanakah kita berpendirian dalam isu ini?

wallahualam..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008