dasar subsidi melayu


aku paham generasi kita ni ramai yg pening psal melayu n malaysia.. panjang cite ni sbb kita kena paham perjalanan malaya, persekutuan tanah melayu n malaysia.. mengapa melayu nak merdeka, kenapa tubuh mara, n apa yg kita sebut kontrak sosial, hak istimewa melayu n malaysian malaysia.. Kita jg kena paham org melayu, adat budaya n agamanya..


selayang pandang merdeka melayu

pertamanya, jgn awal2 lagi kaitkan dulu apa yg aku sebut psal melayu dengan perkauman.. aku hanya cakap psal diri aku dan orang2 yang sama macam aku..

asal mula citer melayu di zaman british nih tanak merdeka.. melayu lebih selesa ditadbir oleh british kerna merasa dikendong bagai anak emas.. hanya bila kesedaran untuk bebas muncul selepas menginsafi betapa kita hanya digula2kan maka kebangkitan itu paling ditakuti oleh org2 cina.. kerna walaupun pada masa itu british memanjakan org melayu dengan cara memberi kerja yang mudah dan memberi gaji bulanan pada org melayu hingga org melayu merasa manja, disebaliknya british mempercayakan sistem ekonomi pada org2 cina..

org2 cina inilah sejak zaman british lagi menguasai setiap bidang ekonomi.. ketakutan akan hilangnya segala kepentingan ekonomi mereka (british dan org cina) di tanah melayu ketika itu yang membuatkan british memaksakan jus soli sebagai syarat utama merdeka..

adapun kesedaran mahu merdeka ini ditunjangi oleh aliran Islam terutama dari timur tengah.. dan kerna merasakan tekanan yang berat dari org melayu sendiri maka pemimpin2 melayu ketika itu terpaksa jua bertolak ansur membuka ruang menjadi warga pada bangsa2 asing.. demi untuk merdeka tanpa revolusi.. kerna gerakan komunis ketika itu hanya akan menjadikan revolusi merdeka org melayu menjadi hanya setahap perang saudara..

merdeka kita dengan apa yang disebut kontrak sosial.. melayu memberi hak mereka dan keistimewaan pada bangsa2 lain untuk menjadi warganegara sedang mereka menghormati melayu hak org melayu sebagai penduduk asal dan agama Islam sebagai agama org melayu..

bila merdeka, kuasa politik tidaklah mutlak pada org melayu tapi dikuasai oleh melayu.. tetapi kuasa ekonomi tetaplah pada org2 cina.. malah bilamana british keluar sepenuhnya, pegangan ekuiti diwariskan pada org2 cina.. org melayu tak perasan semua ini kerna ketika itu melayu sedang sibuk membentuk negara.. malah ketika melayu bertungkuslumus membentuk negara untuk masyarakat majmuk, org2 cina aktif mengambilalih kontrak2 besar british utk penguasaan org2 cina..

sekitar 10 tahun selepas merdeka, barulah org melayu menyedari akan ketidakseimbangan yang berlaku dalam kek ekonomi negara.. ini yang diterjemahkan dalam pru 1969.. apa yang berlaku bukanlah kerna sentimen politik melainkan kerna telah lama memendam rasa akan kesilapan pemimpin sendiri..

maka ketika deb dilancarkan, fokus ialah untuk menyeimbangkan penguasaan ekonomi ini atas dasar menginsafi bahawa kestabilan negara hanya akan dapat dikecapi sekiranya org melayu itu dapat berdiri sama tinggi bersaing sihat dengan org2 cina.. fokus juga dilakukan dibidang pelajaran, menginsafi kemunduran melayu bukan kerna bodoh tetapi kerna tidak mendapat peluang yang seimbang berbanding org2 cina yang mampu memberikan pendidikan yang terbaik buat anak2 mereka..

apa yang kita kesalkan sekarang ialah pemimpin2 melayu yang memanipulasi hak-hak org melayu untuk kepentingan peribadi.. walaupun ini berlaku sejak dulu tetapi ia semakin menjadi2 dan semakin ramai yang melakukannya hingga menjejaskan sasaran sebenar deb..

mara ditubuhkan khusus menggunakan dana khas utk pembangunan org melayu.. ini dana untuk org melayu.. kerna org melayu tidak mampu berpersatuan seperti org2 cina.. kita mengharapkan agensi ini dapat menjadi pemangkin untuk mempercepatkan proses keseimbangan antara melayu dan kaum cina..

aku tegaskan disini bahawa segala bentuk bantuan dan keistimewaan untuk org melayu bukanlah semata2 supaya melayu jadi kaya raya dan berkuasa tetapi sasarannya adalah untuk menyediakan melayu supaya boleh bersaing dan menyeimbangi kekuatan kaum cina, kerna dengan adanya keseimbangan ini maka barulah kita boleh mewujudkan kestabilan nasional dan seterusnya melaksanakan dasar yang lebih terbuka..



daulat bahasa melayu

jiran aku yang berbangsa cina dan india sering menyebut bahawa anak2 mereka tidak mempunyai semangat setiakawan seperti mereka.. golongan cina yang merentasi zaman merdeka memahami akan makna kontrak sosial sepenuhnya.. berbanding generasi cina dan india yang muda2 yang merasakan bahawa mereka didiskriminasi tanpa adil dan meminta2 hak sama seperti melayu..

"kita paham, ini tanah org melayu, kita hidup sama2, sama2 cari makan, apa mau gaduh2, ini orang2 muda semua bodoh tak tau, dia mau syok saja, tak pikir mau aman, tak macam kita dulu, aku punya anak cakap melayu pun tak pandai, malas belajar, sombong.."

kalau cakap melayu pun tak pandai macammana boleh nak mengaku warganegara? kita boleh bandingkan mentaliti org2 cina yang fasih berbahasa melayu, malah yang fasih dengan loghat utara, kelantan dan melaka (sekadar contoh), dengan mentaliti org2 cina yang bukan sekadar pelat tapi ada yang tak boleh berbahasa melayu.. asimilasi bahasa ini berkadar terus dengan semangat perkauman mereka..

begitu pula dengan org melayu moden yang lebih selesa berbahasa inggeris waima dengan sesama melayu.. bukan kita kata tak boleh tetapi kesesuaian dan letak martabat bahasa melayu itu sendiri sudah hilang darjatnya..

dalam isu bahasa ini kita tak boleh sekadar berharap polisi kerajaan sebaliknya setiap dari kita yang mengaku melayu harus melestarikan bahasa kita sendiri.. kita tidak boleh rendah diri berbahasa melayu dalam bidang ilmu dan perniagaan.. malah ramai generasi muda melayu merasa ketinggalan kerna dikatakan tidak fasih berbahasa inggeris sedang pekerjaan mereka itu tidaklah melibatkan urusan global melainkan hanya urusan domestik..

kita kena mula berbahasa melayu dengan org2 cina dan dalam setiap urusan.. jika mereka berbahasa inggeris tetaplah jawab dengan bahasa melayu.. bermakna kita paham bahasa inggeris tetapi kita mendaulatkan bahasa ibunda kita sendiri.. hanya inilah caranya kita mengangkat semula bahasa melayu.. lihatlah org2 cina yang tidak pernah merasa ketinggalan zaman menggunakan bahasa cina sebolehnya dalam setiap urusan mereka..



melayu subsidi

mrsm dan itm dibina atas dasar memberi peluang yang lebih besar pada anak2 melayu menggunakan dana khusus.. aku agak sedikit terkilan bila ada yang lebih suka membuka ruang bangsa2 asing menggunakan dana khusus untuk melayu ini.. anak2 cina dan india punya peluang yang banyak dalam ipta dan ipts lain tetapi mengapa mereka tetap mahukan kouta di uitm? begitu jugalah mrsm kita bina supaya dapat kita kumpulkan anak2 melayu luar bandar yang berpotensi untuk kita asuh dan didik dengan cara yang lebih sistematik dan menggunakan kaedah2 yang diluar sistem pelajaran sekolah2 kebangsaan.. kita buat sebagai fast-track untuk anak2 melayu..

namun kita buka juga kouta untuk bangsa asing dengan alasan untuk menimbulkan saingan.. adakah pelajar2 melayu di mrsm dan uitm itu tidak mampu bersaing? mrsm sebelum ada kouta bangsa asing telah sedia mempunyai rekod cemerlang dalam peperiksaan.. pelajar2 uitm masih menjadi rebutan syarikat2 besar kerna track record alumni mereka yang telah berada dialam pekerjaan.. maka apakah 'untuk menimbulkan persaingan' dengan menggunapakaikan dana org melayu untuk bangsa lain? apakah matlamat utama mara dan apakah rasionalnya kerajaan menubuhkan mara sekiranya agensi itu juga harus bertanggungjawab terhadap bangsa2 lain?

walaupun melayu telah disinonimkan dengan subsidi, tapi berapa ramai yang mengerti mengapa dan untuk apa subsidi ini diperuntukkan? kita ambil contoh subsidi baja dan baka pokok pada petani2 melayu.. siapakah yang mengkontrol harga baja dan benih? adakah kita begitu naif mempercayai bahawa petani2 cina dan petani2 melayu membeli baja dan benih ini pada harga yang sama dari pembekal2 yang kebanyakannya terdiri dari org2 cina.. ini bukan sekadar prejudis..

dibidang pelajaran pula, berapa ramaikah anak2 melayu yang mampu melanjutkan pelajaran hingga ke luar negeri tanpa pinjaman dan biasiswa kerajaan? berapa banyak yayasan melayu yang menyediakan bantuan ini berbanding persatuan2 cina yang begitu tegar terhadap kebajikan anak2 bangsa mereka? berapa banyak persatuan cina memberi bantuan biasiswa pada anak melayu?

begitu pula dalam sektor perniagaan, org melayu masih hijau dalam berniaga.. di saat org2 cina mula menguasai pasaran saham, org melayu baru bertatih2 mahu meniaga kecil2an.. berapa ramai jutawan melayu dlm senarai org kaya malaysia berbanding org cina? ini hakikat bahawa selagi jurang ini tidak kita rapatkan maka meritokrasi itu hanya sekadar satu kaedah utk melebarkannya..

maka benar jualah org melayu tidak akan beranjak paradigma jika terus-terusan dibantu.. tetapi bagaimana pula jika tidak kita bantu langsung? walau perlahan tapi kita bergerak.. kesedaran mulai muncul terutama dalam generasi kita.. kita mulai faham bahawa kebergantungan kita tidaklah selamanya.. ini suatu anjakan dalam mentaliti generasi kita.. maka bergeraklah kita dengan lebih pantas menggunakan bantuan yang ada berbanding generasi lalu yang tidak memahaminya.. ini tanggungjawab kita..



asimilasi kaum dan integrasi nasional

sungguh benarlah adil itu bukan samarata melainkan meletakkan hak pada tempatnya.. sebelum kita melihat lebih jauh akan integrasi nasional secara menyeluruh, haruslah kita lihat kedudukan melayu dan hak sebagai penduduk asal yang berbesar hati mengangkat bangsa pendatang sebagai warganegara tanahnya sendiri..

asimilasi kaum harus sejajar dengan pengukuhan daya saing dan jatidiri melayu.. kita harus menginsafi apa yang berlaku di indonesia dan singapura.. camourflage bangsa indonesia telah memperlihatkan bagaimana bangsa cina menguasai terus segala sektor dan bangsa asal masih jauh ketinggalan.. kerna itu mudah sekali mencuit sentimen seperti yang berlaku di era reformasi indonesia.. begitu juga suppression terhadap melayu singapura disegala bidang dimana hampir mustahil org melayu menjawat jawatan penting malah org melayu tidak ada yang memegang jawatan tinggi dalam struktur tentera kerana kesetiaannya dipertikaikan.. ini semua adalah rahsia umum..

sekali lagi melebihkan bangsa melayu bukanlah atas dasar perkauman sempit tetapi kita harus melihat lebih jauh akan ketrampilan melayu dalam berbagai sektor sebelum kita mahu melihat racisme itu terkikis.. kita tidak akan dapat memuksa prejudis kaum selagi kita tidak merasa dapat bersaing dengan lebih sihat dan dapat menari di atas pentas yang sama dengan skill yang sama.. maka sebelum itu kita tidak akan merasa bersedia untuk mengangkat seorang obama utk menjadi ketua negara tanah melayu..

cukuplah dulu.. selamat bersahur..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008