kata-kata yang bagus
sebuah perkataan yang baik dari seorg sahabat lama:
"mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
subhanallahu wabihamdihi.. itulah perkataan yang terbaik dan paling disukai oleh Allah swt.. memuji dan mengucap syukur.. menginsafi bahawa segala yang berlaku pada diri kita dan persekelilingan kita adalah yang terbaik ditakdirkan buat diri kita.. maka pujian jualah buat Tuhan Maha Agung Maha Pencipta sekalian alam.. mencari hikmah yang terkandung dalam setiap peristiwa sama ada secara langsung atau tidak dengan penghidupan kita adalah rahmat dalam perjalanan hidup yang singkat.. maka tunduk sujud bersyukur kita atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
kita hidup di zaman yang serba celaru dan serabut membuatkan kita berlumba2 mengejar sesuatu yang fana dalam hidup kita yang sementara.. hampir saja kita memperkecilkan keberkatan pahala yang kita cari buat penghidupan baqa di akhirat.. dalam kesibukan mengejar keuntungan dan keselesaan duniawi kita sering keciciran mengendung bekal untuk kehidupan yang kekal abadi..
kalau dulu zaman para leluhur kita berusaha membebaskan diri dari kekuasaan penjajahan.. tidak jauhlah kita sekarang berikhtiar penuh daya melepaskan diri dari kekangan jerut ekonomi.. bermulalah kita bahawa kerja yang kita lakukan sekadar untuk menyuap nasi ke dalam perut kita dan keluarga kita.. adapun mencari rezeki untuk menafkahi keluarga itu adalah antara perkara terbaik yang setanding dengan jihad.. kemudian kita mengumpul2 harta agar lebih selesa dan sedikit terbantu anak cucu kita dalam memulakan kehidupan mereka kelak..
dalam mencari rezeki ini tiadalah upaya kita melainkan kudrat dari Allah swt.. "sesungguhnya tiadalah mati anak Adam melainkan setelah dicukupkan rezekinya.." maka jika rezeki kita telah tetap apakah makna berusaha? "setelah selesai solat jumaat maka bertaburanlah kamu mencari rezeki.." tiadalah usaha itu membuahkan hasil melainkan pahala jualah yang menjadi imbalannya.. hasil itu milik Tuhan sedang usaha itulah pekerjaan kita sebagai hamba-Nya.. malah usaha itu sendiri tiadalah kekuatan melainkan hasil olahan pikiran menghadam kebijaksanaan Tuhan.. kerna itu tiadalah usaha tanpa berfikir dan tiadalah hasil tanpa tawakal.. maka pahala jualah dari awal fikiran hingga ke hasilnya..
harta-harta yang baik
kekaburan dalam mengumpul harta membuatkan kita merasa dunia ini milik kita.. kita diduga dengan riak dan takabbur.. berbangga dengan pencapaian kita dan harta yang Tuhan kurniakan kepada kita.. terlupalah kita akan harta sebenar dan makna hakikat sebuah kekayaan.. "apabila mati seorg manusia maka tinggalkan segalanya melainkan 3 perkara; ilmu yang diajarkannya, harta yang disedekahkannya dan doa anak yang soleh.." subhanallah..
"setinggi-tinggi ilmu manusia itu ibarat setitis air di lautan.." begitulah kerdilnya kepintaran kita di sisi Tuhan yang Maha Bijaksana.. kita berusaha menimba ilmu namun dilupa jangan terang hati kita itu rahmat Tuhan yang Maha Pengasih.. maka ilmu yang menjadi kebaikan kepada kita itu tiadalah menjadi makna yang besar jika tidak kita sampaikan kepada manusia lain.. "sampaikanlah oleh kamu walaupun sepatah perkataan.." maka inilah harta kita dunia dan akhirat..
"ambillah apa yang cukup buat kamu.." apakah yang menjadi pengukur cukup buat manusia yang sentiasa berasa kekurangan? kekurangan itu fitrah manusia.. kerna itu kita mencari kesempurnaan.. maka bertanyalah ke dalam hati tentang apakah bentuk kesempurnaan yang kita cari.. makan, minum, pakai dan tempat berlindung adalah asas penghidupan.. keselesaan yang kita cari bukan untuk bermegah2 melainkan untuk menenangkan hati kita supaya lebih kyusu' dan tawadu' menghambakan diri kita kepada-Nya..
maka bilamana keselesaan yang diberikan kepada kita membuat kita bertambah jauh dari-Nya, itulah saat kita diduga dengan dugaan yang paling besar.. bilamana solat dan ibadah kita tidak membawa kita lebih dekat kepada Tuhan maka takutilah bahawa rahmat Tuhan itu semakin menjauh dari kita.. titik hitam yang bakal menjadi segumpal kegelapan di dalam hati kita..
lihatlah kembali akan segala rezeki yang dinikmatkan kepada kita.. dari mula awal cara memikirkannya hingga ke kaedah melaksanakannya seterusnya dalam menguruskan harta yang dilimpahkan pada kita.. kerna dalam setiap titik usaha itu ada pahala yang kita cari bukan sekadar memuaskan ghairah nafsu dunia.. dalam setiap perjalanan itu pahalalah yang harus kita kutip sedang hasilnya itu hanyalah nikmat dari Tuhan yang menafkahi kita..
"adapun dalam setiap rezeki kita ada hak org lain.." kerna bukanlah harta yang kita cari melainkan redha Allah swt.. mengembalikan hak org lain dalam rezeki kita merupakan satu tuntutan besar.. tiadalah berkurang rezeki kita kerna "rezeki itu tetap untuk setiap manusia'.. hatta jika kita berikan rezeki yang sepatutnya milik kita, insya-Allah kembali jualah kepada kita.. begitulah kita seharusnya menyelidiki sama ada rezeki kita pada hari ini adalah benar2 milik kita atau kita hanyalah penyalur kepada rezeki org lain.. "dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat" begitu seiring kedua2 perkataan ini banyak kali di dalam firman-Nya..
harta manusia yang terbaik adalah anak yang soleh.. kerna anak yang soleh itu adalah tanggungjawab kita sebagai ibubapa.. begitu jualah tangungjawab kita menjadi anak yang soleh kepada kedua ibubapa kita.. tiadalah redha Tuhan jika tiada redha ibubapa terhadap anaknya.. dan anak yang soleh itu tanggungjawab kita menyalutinya dengan ilmu yang bermanfaat dan meninggalkan harta yang mencukupi keperluannya..
besarlah tanggungjawab kita dalam mengasuh anak2 kita.. tiadalah patut kita mengharap apa2 balasan dari anak2 kita melainkan doanya.. namun kita sebagai anak berbaktilah sepenuh upaya waima hanya sekadar menjenguk dan bertanya khabar untuk membahagiakan ibubapa kita.. sesungguhnya doa ibubapa itu makbul terhadap anaknya.. peneguhan anak yang soleh ini merupakan satu usaha dalam membentuk generasi mukmin yang seterusnya, insya-Allah..
hari-hari yang berkah
merindui ramadhan yang menjadi rahmat terbesar buat manusia dimana segala amalan kita dilipatgandakan oleh Allah swt Maha Suci Tuhan yang menjadikan kita dan sekalian alam ini.. maka penuhilah bulan yang mulia ini dengan pencarian pahala dan keredhaan Allah swt.. zikir mengingati-Nya sepanjang masa dan selawat buat junjungan Nabi saw mengharap syafaat baginda kelak..
bersedekah merupakan satu jalan penghubung antara kita dengan Tuhan dan juga kita dengan makhluk.. bersedekahlah dengan kekayaan yang kita ada.. kita sedekahkan ilmu kita supaya menjadi keberkatan buat manusia lain.. kita infaqkan harta kita dijalan agama supaya menjadi manfaat buat jemaah.. dan kita wakafkan anak kita yang soleh supaya menjadi penerang pada ummah.. insya-Allah..
ringan tapi berat.. ringan kerna mudah segalanya itu ada pada kita.. jika kita mahu tiadalah kita akan menghitung2 harta yang dipinjamkan oleh Tuhan kepada kita.. tiadalah kita teragak2 utk melakukannya jika kita benar2 menginsafi bahawa Allah swt itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. berat kerana kita merasakan kita menzalimi diri kita sendiri.. sedang zalim itu menyimpan dan tidak menyampaikan sesuatu yang bukan milik kita..
sesungguhnya ukuran kaya itu bukanlah segala apa yang kita kumpulkan melainkan miskin jualah kita jika tiada kita memberi untuk memudahkan penghidupan manusia lain.. apalah makna hidup kita jika bukan untuk memudahkan hidup ini buat saudara kita.. hatta jika kita membaca sepotong ayat Quran dan menyedekahkan pahalanya pada ibubapa kita, maka tidaklah berkurang pahala itu buat kita juga.. apalagi dalam menginfaqkan lipatan wang kertas dan ketulan emas untuk kesejahteraan ummah..
diriwayatkan Khalifah Umar ra akan sentiasa mencari org miskin untuk makan bersama dengannya setiap hari.. insafilah bahawa dalam setiap makanan yang kita buang dan bazirkan setiap berbuka puasa dan sahur itu merupakan rezeki orang lain yang tidak kita sampaikan.. begitu pula perkataan "berkah rezeki itu berada pada butiran makanan yang terakhir.." kita membuang2 berkah dan hanya mencari kenyang..
begitulah jua puasa kita yang sekadar menahan lapar dan dahaga namun pengisiannya juga lapar dan dahaga.. kita mengaku berpuasa namun kita mengeluh2 sepanjang hari.. kita mencari2 waktu utk berehat dan tidur.. kita penuhi hari2 kita dengan kesibukan pakaian dan kuih raya.. sedang kita lepaskan waktu2 yang terbaik sepanjang ramadhan yang singkat ini.. belum tentu kita masih dizinkan bertemu dengan ramadhan tahun hadapan.. moga ramadhan ini kita ditemukan dengan lailatul qadar agar Tuhan mengampunkan segala dosa2 lalu yang sangat kita kesalkan.. amin..
wallahualam..
Post a Comment