Hazairi:
Kita sering risau dan takut bila kita sedar yang Cina dah ramai masuk politik dan kita sering luahkan cemuhan seperti 'Jangan biar orang kafir pegang negara kita!!!' Lepas tu kuarkan keris..
Kalau kita kaji balik sistem politik Madinah di zaman Rasul dalam piagam Madinah, beberapanya adalah:
1. Orang Islam dan bukan Islam mempunyai kuasa politik yang sama.
2. Orang Islam dan bukan Islam dianggap sebagai sebuah Ummah dan wajib untuk pertahankan Madinah.
So, saya rasa kita boleh relate hubungkait Madinah yang mempunyai pelbagai agama dan suku-kaum dengan negara kita. Dan apakah komen anda kalau kita contohi piagam Madinah, kita letakkan kat negara kita:

2. Orang Islam dan bukan Islam dianggap sebagai rakyat Malaysia dan wajib untuk pertahankan negara Malaysia.
So, ada sebarang komen tentang ini?
usoPkuChai:
awal mula sosiopolitik madinah keadaan blum Islam n ketika hijrah pun ansar bkan yg memegang kuasa mutlak hatta ekonomi madinah dipegang oleh yahudi. Sampai shj Nabi saw ke madinah, baginda bina masjid sbg pusat masyarakat, bkan skadar tempat solat tp jg tmpt mesyuarah, dakwah n ilmu. permasalahan diselesaikn di masjid bkan balairaya. Ini pusat penyatuan ummah n siasah. hanya ansar n muhajirin.
Kemudian krn ekonomi bpusat di pasar yahudi, baginda buat pula pasar Islam. maka krn kukuh siasah n ekonomi Islam, muslim disegani n dihormati. Nabi saw mmg berbincang dgn kepala suku kafirun ttp bkan bkongsi kuasa. Ansar n muhajirin yg mentadbir madinah dgn Islam, bkan btolak ansur buta dgn kafirun. Islam lembut tp tegas. Wallahualam.
joedett:
1.Siapa kata org Islam dan bukan Islam memiliki kuasa politik yg sama di bawah Piagam Madinah? Kalau kamu boleh bercakap ttg Piagam Madinah seharusnya kamu lebih mengerti corak pemerintahan Islam ke atas bukan Islam ketika itu.
Ketika zaman Rasulullah di bawah Piagam Madinah Islam yg memerintah bukan Islam,bukan sebaliknya atau berkongsi kuasa. Tidak ada istilah kongsi kuasa sebenarnya, tidak ada kompromi ttg ini.
Bukan Islam cuma berhak 'memerintah' di atas komunitinya sendiri tapi masih tertakluk di bawah pemerintahan dan undang2 yg ditentukan oleh org Islam.
Kita janganlah terkeliru dengan sistem demokrasi ala barat yg memberikan hak 'samarata' kehulu, samarata kehilir dgn sistem pemerintahan Islam yg ditadbir oleh Majlis Syura. Sebab itulah juga sistem pemilihan pemimpin negara tidak boleh ditentukan oleh bukan Islam sepertimana yg berlaku sekarang di bawah sistem 'demokrasi' ini.
2.Sepatutnya begitulah, tapi setakat teori yg terlalu ideal sj. Tanggungjawab utk mempertahankan negara adalah tanggungjawab yg seharusnya dipikul bersama. Tapi kalau kita ikuti dan fahami perjalanan sejarah, perkara ini tidak berlaku atau jarang2 berlaku di dalam mana2 sejarah Islam. Malah dicatatkan dalam sejarah ketika zaman Rasulullah puak yahudi dan bukan Islam yg pada mulanya berjanji utk menyertai peperangan mempertahankan negara, seringkali mungkirjanji atau berpaling tadah. Jadi secara realitinya di dalam sebuah negara umat Islam atau negara Islam,tanggungjawab mempertahankan negara biarlah diserahkan kpd org Islam sendiri.
Kalau kita kaji realiti semasa sebagai contoh Malaysia/Singapura, baik angkatan tentera Malaysia mahupun Singapura tidak dianggotai oleh kaum2 yg bertentangan. Maksudnya cuma segelintir tentera bukan Melayu di dlm ATM itupun dalam unit Renjer, malah dalam pasukan tentera Singapura yg diperintah Cina org Melayu bukan saja tidak dibenarkan memegang jawatan tinggi, malah tidak dibenarkan memegang senjata! Hanya dibenarkan dalam bahagian2 yg tidak melibatkan persenjataan seperti bahagian masak-memasak, pengkeranian dsb. Mengapa agaknya?
Bayangkan pula kalau kedua2 negara ini berperang. Adakah org2 Cina Malaysia akan berganding bahu menentang musuh dr luar spt Singapura? Cina mahu berperang dgn Cina? Atau lebih munasabah kalau Cina ini akan menjadi musuh dalam selimut?
Jadi ada baiknya kita berpijak di bumi yg nyata.
usoPkuChai:
alhamdulillah dah ada yg sambung.. aku selit lagi sikit..
kalau kita lihat apabila utusan Islam dihantar kepada kerajaan2 kafir, maka anjurannya ialah sama ada menerima Islam, tunduk pada Islam atau memerangi Islam.. ini yang sering dimanipulasi oleh orientalis bahawa Islam ditegakkan dengan paksaan dan perang..
tetapi jika kita paham, adil itu dibawah Islam sahaja.. bagaimanakah mahu adil jika asas kita dikongsi separuh Islam dan separuh kafir?
maka itu kena kukuhkan jemaah dan perkasakan Islam.. barulah kita boleh berkisah tentang keadilan untuk semua..
wallahualam..
sayangnya, selepas setengah abad, kita masih dalam krisis memilih jatidiri dan belum dapat fokus untuk perjalanan sebenar.. kita masih ditahap memilih landasan perjuangan maka sebab itu perjuangan sebenar kita belumlah bermula..
kita terikut2 dengan politikus demokrasi yang dah jelas pada kita hanya mempropagandakan harapan untuk kita padahal memperjuangkan perut dan usus mereka sendiri..
tak bolehkah kita gunapakai kedua2nya, demi bangsa dan agama.. jemaah kuat maka Islam hebat.. bukan demi umno dan pas.. bila bercakap psal melayu kita bukan bercakap pasal umno dan bila bercakap pasal Islam kita tak bercakap psal pas..
biar politikus2 saja yg guna terma umno - pas nih.. pada aku, sebagai tukang pangkah kertas undi demokrasi kita patut lebih pintar mempergunakan mereka untuk kesejahteraan kita.. tak kira siapa pun yg jadi kepala, kita pastikan kita yang mendapat nikmatnya.. kalo diorg tak betul, kita guna musuh2 mereka untuk gegar atau kita tukar pula..
inilah yang dilakukan oleh kumpulan yang satu lagi.. diorg manipulasi org politik.. kalo kita pula main ikut saja permainan politikus.. kita jangan jadi kulit wayang tapi seharusnya kita jadi tok dalang yang menggerakkan wayang kulit.. bukan seperti sekarang kita hanya jadi penonton disebalik tabir wayang kulit teruja dengan bayang2..
wallahualam..
Hazairi:
So, apa pendapat anda semua tentang Lim Guan Eng memerintah Pulau Pinang? Adakah ini satu pencabulan?
Yerla, sebab mengikut pendapat di atas2 tu, hanya Islam sahaja yg boleh memegang politik, tapi kat Penang, Cina dok pegang? So? Adakah politik Islam dicabuli?
joedett:
Jangan terkeliru dgn sistem. Satu sistem politik Islam, yg satu lagi politik demokrasi ala barat. Rasulullah dulu mengamalkan politk Islam sedangkan Malaysia mengamalkan demokrasi. Anda sendiri yg menyebut ttg Piagam Madinah dan cuba membandingkannya dgn politik demokrasi 'kesamarataan' sedangkan kedua2nya berbeza secara prinsipnya
Hazairi:
Kedua-duanya takda beza langsung ngan demokrasi raja berpelembagaan negara kita.
Piagam Madinah dipersetujui oleh majoriti penduduk Madinah ketika itu. Itulah namanya demokrasi!!! Tula sebab masa dipersetujui, takde berlaku pertelingkahan yang besar.
Sama juga cam perlembagaan kita. Dipersetujui oleh setiap kaum di negara kita.
Tolong jangan ckp yang Islam itu tidak demokratik. Islam adalah adil dan saksama. Islam = demokrasi.
usoPkuChai:
boleh tak cuba terangkan balik camna piagam madinah yg ko paham..
Hazairi:
Orang Madinah ketika itu sgt mengalukan kedatangan Rasul ke kota Madinah. Delegasi Madinah yg diwakili oleh 12 ahli-ahli daripada setiap puak melantik baginda Muhammad SAW sebagai seorang pemimpin untuk menyelesaikan masalah-masalah pergaduhan yang asik berlaku di antara mereka.
Hasilnya, perlembagaan bertulis pertama di dunia dan semua ketua-ketua bersetuju dengan perlembagaan berikut.
Tak nampak kah bahawa Islam itu demokrasi?
Setiap puak melantik satu ketua, dan semua ketua2 itu melantik baginda Rasul.
Cuba terangkan kat aku, mana bahagian dalam sejarah Nabi Muhammad yang tak menunjukkan Islam itu adalah demokrasi?!!!!!
abede:
bagaimana pula dengan perlantikan Khalifah?
Hazairi:
Takda pun dalam sejarah menunjukkan bukti bahawa baginda Rasullah SAW melantik 'successor' nya sendiri. Ini telah mengakibatkan pergaduhan sesama muslim sendiri yang sebelah pihak mahukan Abu Bakar dan sebelah lagi mahukan Ali.
Tahukah anda bahawa Khalifah Uthman ibn Affan dilantik hasil drp perbincangan kaunsel majlis-majlis perwakilan? Ini adalah bukti bahawa Islam mengamalkan demokrasi untuk menggelakkan daripada berlakunya perbalahan sesama sendiri.
abede:
hadis berikut menunjukkan Rasulullah telah melantik khalifah yang pertama diantara keempat-empat sahabat dan bukannya berdasarkan pilihan ramai...
hadis berikut juga menunjukkan bahawa Rasulullah melantik khalifah yang pertama dan bukanlah berdasarkan suara majoriti seperti didlm amalan demokrasi seperti di malaysia.
wallahualam
Hazairi:
Takda satu ayat yang menyebutkan Rasul SAW telah melantik Abu Bakar untuk menggantikan baginda.
Sekiranya aku meminta untuk menjadi khalifah nescaya orang yang lebih baik dari aku iaitu Abu Bakar telah melakukannya.
Ayat diatas menjelaskan Abu Bakar telah meminta untuk menjadi khalifah. Tapi ayat itu tidak membuktikan bahawa Rasul SAW melantik Abu Bakar sebagai khalifah.
abede:
hehe..hang silap...sebenarnya ayat itu tidak bermaksud Abu bakar yang meminta ia bermaksud bahawa Abdullah memberitahu bapaknya iaitu Umar tidak meminta utk menjadi khalifah kerana baginya Abu bakar lebih layak kerana telah disebut oleh Rasullulah akan nama Abu Bakar tetapi oleh kerana Abu bakar juga tidak mintak jawatan maka dia pun tidak akan memintanya..(baca bagi habis riwayat tu)
Sebenarnya Rasulullah ada menyebut perlantikan khalifah ini tetapi dengan cara berhikmah tanpa sedar mengikut turutan diantara sahabat yang 4 tu...dlm satu riwayat lain kalau tak silap aku sewaktu baginda memberi khutbah...tapi sori aku tak jumpa riwayat itu..nanti aku check balik
Ok dlm kes ini tak perlulah kita pertikaikan siapa yang menjadi turutan sebenarnya iaitu yang menjadi pertikaian tu tetapi apa yang pasti Rasulullah memilih sahabat yang empat ni dan bukannya orang lain yang diberi mandat oleh orang ramai..so dlm kontek ini bolehlah ditafsirkan bahawa perlantikan khalifah bukanlah berdasarkan suara majoriti penduduk madinah tetapi pilihan Rasulullah iaitu diantara sahabat yang 4 itu..cuma cara Rasulullah adalah dengan cara yang paling berhikmah dan ditambah pula sifat mulia sahabat iaitu menolak utk jawatan dari Abu Bakar kepada Umar kemudian kepada osman dan kepada Ali dan akhirnya kembali semula kepada Abu Bakar iaitu menerusi cara baiat syura.
Cuma dlm kontek kajian kita ini adalah ...sistem pemilihan khalifah yang pertama bukanlah mengikut cara demokrasi suara ramai seperti cara demokrasi di malaysia ni.
Satu lagi bukti bahawa pemilihan khalifah bukanlah dibuat mengikut cara demokrasi iaitu menerusi perlantikan khalifah kedua Islam iaitu Saidina Umar, dimana nama saidina Umar sendiri telah dipilih sendiri oleh saidina Abu Bakar disaat dia sedang sakit...maka perlantikan Umar bukanlah menerusi cara demokrasi seperti yang kita kenali di Malaysia.
Cara perlantikan Khalifah mengikut acuan demokrasi hanya boleh dikatakan berlaku pada perlantikan Ali bin Abu Talib sahaja dimana Ali telah dilantik secara paksa oleh golongan pemberontak tak puas hati dengan pemerintahan Osman..dan kemudian Osman dibunuh..
Itu pun kalau dilihat masih boleh dipertikaikan cara perlantikannya mengikut acuan demokrasi kerana kita tak tahu samada jumlah mereka yang menyokong itu ramai ataupun sedikit ataupun ianya hanya menerusi kekerasan ataupun suara ramai...
wallahualam
Malaysia kalau nak ikut sistem pemilihan khalifah islam sepatutnya membubarkan terus sitem demokrasi al-kafirun ini dan hanya menggunakan kuasa raja-raja sebagai ketua negara dengan melantik Ahli syura yang terdiri dari ulama-ulama besar dlm negara yang kemudian bertindak sebagai anggota pemilihan kepada Khalifah.
Khalifah haruslah dipilih yang menuruti faktor-faktor yang ketat terutamanya ianya haruslah terdiri daripada orang Islam dan memiliki kehebatan dlm ilmuan berkaitan Islam dan boleh membuat ijtihad berdasarkan Al-quran dan hadis...dan lain-lain keistimewaan lagi la..
Dan satu lagi syarat terpenting adalah Khalifah haruslah akur dengan setiap keputusan syura walaupun bercanggah dengan pendapatnya...
Rasanya waktu tu barulah aman malaysia
Barulah malaysia boleh digelar negara islam dimana sudah tentu pentadbiran malaysia akan menurut acuan Al-quran..dan al-kafirun langsung tidak akan ada ruang utk mengangkat muka di tanah milik raja-raja melayu ini..
tapi.. malangnya malaysia ni adalah negara islam hadhari..
yangmana mustahil rakyat seperti kita dapat mengubahnya...apa yang boleh kita lakukan adalah cuba sedikit-demi sedikit memperbaiki sistem pemerintahan kita kepada lebih kearah islam..walaupun acuan yang kita ada bukanlah acuan 100% dlm islam tapi kita percaya dengan sistem ini juga kita dpt mengembalikan kepimpinan ulama utk menerajui malaysia..oleh itu...pilihlah kepimpinan ulama bukan kepimpinan ular dlm semak
wallahualam
Hazairi:
Kalau betul lah sekalipun Rasul SAW ada memilih khalifah untuk mewarisi kepimpinannya (di mana belum ada sapa dapat membuktikan benda ni), memang orang Islam terpaksa akur, kerna itu adalah pilihan baginda sendiri berlandaskan wahyu ataupun berlandaskan pemilihan kepimpinan seseorang itu.
Dan apabila khalifah-khalifah yang seterusnya menjadi khalifah, mereka hanyalah manusia biasa dan bukan maksum seperti Rasullulah SAW. Pemilihan seseorang pemimpin berdasarkan kronism atau nepotism akan mengakibatkan ketidakpuasan dikalangan rakyat.
Itulah sebab selepas Muhammad SAW wafat, muslim sampai sekarang asik bergaduh sesama sendiri dan musuh utama Islam adalah muslim itu sendiri!
Islam adalah demokrasi. Aku memang suka kepimpinan melalui ulama. Tetapi harus dijalankan dengan proses demokrasi. Supaya kita dapat memilih ulama-ulama yang berkaliber untuk mentadbir negara. Bukan dengan cara kronism atau nepotism!
abede:
syiekh..kut mana mai islam adalah demokrasi..kan dah aku tunjuk rantaian perlantikan khalifah islam terawal yang bukannya dari sistem demokrasi pilihan kesukaan rakyat seperti kat malaysia ni...hehehehe...
Kalau nak ikut acuan islam sebenar iaitu seperti sistem khalifah islam terawal...khalifah sebagai peneraju utama negara tidak sepatutnya dilantik oleh sistem demokrasi rakyat tetapi haruslah dipilih oleh ijmak ulama negara yang dipilih menjadi ahli syura...
kut mana mai demokrasi rakyat syeikh?.....hang tiru islam mana? islam hadhari ka syiekh?
kalau betullah cara islam adalah cara demokrasi pilihan ramai ..hmm memang jadi macam Malalaysia sekarang inilah..hancog. Pemimpin yang tak layak akan terus memimpin.
Fitrah manusia hanya mahu pemimpin yang memenuhi selera temolok mereka shaja..orang mana mau susah-susah dlm beragama ni.
Sebab tulah sebenarnya tidak ada kompromi dlm pemerintahan islam..khalifah sepatutnya terdiri dari Ulama yang dilantik oleh majlis ulama dan bukanlah cara demokrasi pilihan rakyat ramai..
tapi nak buek camna yob...ini negara islam hadari....Islam yang haq kena ikut tulujuk la pelan-pelan kayuh..
Hazairi:
Untuk memilih ahli-ahli ulama yang boleh menyalurkan suaranya dalam majlis syura, kita memerlukan demokrasi. Setiap kawasan atau negeri, rakyatnya berhak memilih ulama yang mereka anggap berkaliber untuk menjadi ahli-ahli syura. Jika ahli-ahli ulama yang terpilih adalah berdasarkan kronism, maka kita boleh lihat penyalahgunaan kuasa oleh ulama-ulama ini. Perlu diingat, tak semua ulama-ulama mempunyai pendapat yang sama.
Itulah sebab, Islam asik dipecahkan dengan pelbagai fahaman dan mazhab dan akhirnya berperang sesama sendiri!!
Berebut sapa kena jadi khalifah, berebut sapa kena jadi raja dan macam-macam.
Islam adalah demokrasi. Tak semestinya cara yang dibuat oleh orang2 Arab setelah kewafatan Nabi Muhammad itu adalah betul. Buktinya pi la tgk apa jadi ngan depa. Perang, perang dan perang. Islam yang hampeh.
usoPkuChai:
emm.. aku berlapang dada dengan pendapat ko.. cuma pada aku apa yg ada dalam demokrasi mmg ada dalam Islam tetapi Islam bukanlah total demokrasi..
kita balik pada persoalan asal.. perkongsian kuasa.. maka aku bertanya lagi.. pada pendapat ko, bagaimanakah Islam dapat ditegakkan oleh sebuah kerajaan campuran, yg mempunyai kemungkinan diterajui oleh pemimpin kafir?
Hazairi:
Ketika zaman Rasulullah SAW di Madinah, di bawah perlembagaan Madinah, orang bukan Islam memerintah dikalangan komunitinya. Begitu juga apa yang kita lihat di Malaysia ini. Sebagai contoh, Pulau Pinang, majoriti penduduknya adalah bukan Islam, maka kita dapat lihat, pemimpin Pulau Pinang yang dilantik oleh komunitinya yang majoriti adalah yang bukan Islam, memilih pemimpin yang juga bukan Islam. Begitu juga yang berlaku di Madinah ketika itu, bezanya Madinah kawasannya kecil dan Malaysia kawasannya besar. Apa-apa pun, kerajaan Pulau Pinang masih bernaung dibawah pemerintahan persekutuan yang diterajui oleh pemimpin Islam.
Sama juga dulu di Madinah. Walaupun terdapat pelbagai suku kaum yg diwakili oleh pemimpin berlainan, mereka masih bernaung di bawah Muhammad SAW yang dilantik oleh penduduk Madinah sebagai pemimpin tertinggi Madinah.
Maksud aku dengan demokrasi adalah kebebasan memilih pemimpin.
usoPkuChai:
pengundi melayu masih majoriti di penang, tp xpala fakta tu. Kt sambung.. bagaimana pula pendapat ko kl pemimpin Islam malaysia bernaung pada kerajaan persekutuan yg diterajui oleh pemimpin kafir? dan bagaimana pula jika org Islam mengangkat pemimpin kafir atas dasar kebebasan memilih pemimpin?
Hazairi:
Taktau plak ttg pengundi Melayu masih majoriti di Penang. Tapi kalo ikut demografi penduduk, seperti yang di ambil dr petikan wikipedia:
Ethnic Chinese: 645,300 (41.7%)
Malay: 639,300 (41.3%)
Indian Malaysian: 151,000 (9.8%)
Others:
Bumiputra - other than Malay: 6,200 (0.4%)
Other Malaysians: 6,400 (0.4%)
Other non-Malaysian citizens: 98,600 (6.4%)
Dari statistik di atas, orang yg bukan Islam melebihi orang Islam di Pulau Pinang.
Balik kpd persoalan kerajaan persekutuan yg diterajui oleh pemimpin bkn Islam.
Ada sesetengah pendapat mengatakan kafir itu maksudnya orang yang tidak percaya kepada ajaran Islam dan juga memerangi Islam.
Cuba kita lihat ayat di bawah:
Tidakkah jelas di situ bahawa Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu...
Sekarang cuba kita kaji dulu, mengapa muslimin dan muslimah boleh memilih orang yg bukan Islam menjadi pemimpin?
1. Tiada pemimpin Islam yang mahu bertanding menjadi pemimpin
atau
2. Pemimpin Islam yang mahu bertanding dilihat seperti munafik manakala pemimpin bukan Islam yang bertanding dilihat lebih berkaliber untuk memimpin.
Sekarang, persoalannya, siapakah kita anggap musuh?
Islam yang munafik atau orang bukan Islam yang tidak memerangi agama kita?
Bukankah telah banyak ayat yang ditulis dalam Al-Quran bahawa Allah sangat mengkeji orang Islam yang munafik dan Allah juga tidak melarang berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu?
Itulah sebab, di Kedah dan Kelantan, rakyat memilih pemimpin-pemimpin PAS yang dianggap mempunyai kekuatan agama yang baik.
Di negeri-negeri lain, rakyat terpaksa memilih orang-orang yang bukan Islam yang tidak memerangi Islam berbanding memilih pemimpin Islam yang dianggap munafik.
P/S: Saya hanyalah manusia biasa, segala yg tertulis di atas hanyalah pendapat berdasarkan kajian yg telah dibuat oleh saya. Jika ada kesilapan, tolong betulkan.
usoPkuChai:
insya-Allah.. kt ni bersembang, mana yg betul tu betullah, kl berbeza pendapat tu rahmat.. Kt sambung.. Kafir ni ikut pahaman aku x beriman pd Allah swt. Yg ko sebut tu beza antara kafir harbi n kafir zimmi.. masa Nabi saw hantar utusan pd raja2 kafir dulu pilihan ada 3: terima Islam, tunduk pd Islam atau perang. Mana2 kerajaan yg tunduk pd Islam, Nabi saw lantik sorg shbt utk tadbir, baginda saw x lantik org kafir tadbir.. ini persoalan asas aku.. Manakala munafik tu aku setuju, sbb tu aku bpendapat yg kt kena buat ialah hapuskn munafik atau kt tegur dgn lbh keras pemimpin yg x btul ni bkan bg kuasa kat kafir.. itu patut jd fokus kt.. apa pendapat tuan?
abede:
perbezaan pendapat dalam berlainan mazhab dlm islam bagi aku adalah suatu kemudahan dan kebaikan kepada umat islam dan ianya memang perlu ada utk menjadi agama yang syumul dan sesuai secara global sepanjang zaman....cuma malangnya bagi mereka yang tidak memahami erti perbezaan pendapat dlm mazhab sahaja yang akan mengatakan bahawa perbezaan pendapat ini adalah suatu kelemahan dan membawa kehancuran, ...sebenarnya ianya bukanlah masalah sistem islam tetapi masalah umat yang tak faham.
Demi Allah aku tidak akan mengatakan sahabat-sahat nabi yang bersama-sama nabi menegakkan tonggak Ad-din semasa hayat baginda adalah membawa kesalahan...kerana Rasulullah pernah bersabda : "Hendaklah kalian berpegang teguh pada Sunnahku dan Sunnah para Khalifah ar-Rasyidin..."
Pegangan yang diakui benar adalah pegangan ASWJ dimana terdapat juga sebahagian ulama yang berpendapat bahawa Al-jamaah adalah para sahabat yang bersama Rasulullah dlm menegakkan agama Islam dan mereka tidak berada dlm kesesatan..Asy-Syathibi, Al-l'thisham 2:262 maka adakah benar utk kita mengatakan mereka itu silap??
nauzubillah.
adapun Rasulullah amatlah sayang kepada sahabat-sahabat seperjuangan baginda kerana ada dinyatakan dlm hadis seperti dibawah..namun apa pula kedudukan kita utk mencemuh para sahabat dan mengatakan mereka itu silap?
Hadis Abu Said r.a katanya:
berkenaan tentang bai'at Abu Bakar sila rujuk antara hadis dibawah ini...
Hadis Aisyah r.a katanya:
Hazairi:
Aku tidak pernah mengatakan sahabat-sahabat nabi membawa kepada kesalahan. Bukankah perbincangan kita berdua adalah tentang demokrasi dan saudara mengatakan Islam itu tidak demokrasi? Cuba baca artikel berikut:
Ketika Abu Bakar merasa bahawa sakitnya akan membawa ajal, beliau memanggil kaum muslimin, seraya meminta pertimbangan mereka tentang siapa yang tepat menjadi khalifah. Pendapat yang muncul pada musyawarah tersebut berkisar di antara Ali dan Umar, tidak ada yang lain. Kesempatan meminta pertimbangan tersebut berlangsung hingga tiga bulan. Setelah tiga bulan itu, beliau dapat mengetahui majoriti pendapat kaum muslimin, kemudian beliau segera mengumumkan bahawa Umar ialah khalifah sesudah beliau. Setelah Abu Bakar meninggal kaum muslimin datang ke masjid Nabawi dan membai'at Umar untuk memegang tampuk pemerintahan khalifah. Dengan bai'at inilah Umar menjadi khalifah, bukan kerana adanya permintaan pendapat, juga bukan kerana pengumuman dari Abu Bakar.
Begitu pula ketika Umar luka parah, kaum muslimin segera meminta beliau agar menunjuk peganti tetapi beliau menolak. Setelah mereka terus memaksa, beliau menunjukkan enam orang sahabat sebagai calon peganti. Setelah beliau meninggal para calon itu memberikan kepercayaan kepada salah seorang dari mereka, iaitu Abdurrahman bin Auf, untuk mengumpulkan pendapat kaum muslimin dan meminta pertimbangan mereka. Kemudian Abdurrahman mengumumkan bai'at kepada Utsman. Kaum muslimin pun segera melaksanakan bai'at kepada Utsman. Dengan akad bai'at inilah beliau sah menjadi khalifah bagi kaum muslimin, bukan kerana penunjukan Umar dan bukan kerana pengumuman Abdurrahaman din Auf.
Untuk keterangan lanjut, artikel itu dipetik dari:
http://www.ehoza.com/v4/forum/religious-talk/2464-sistem-pemerintahan-khilafah-islam-1-a.html
1. ...beliau memanggil kaum muslimin, seraya meminta pertimbangan mereka tentang siapa yang tepat menjadi khalifah...
2. ...Setelah beliau meninggal para calon itu memberikan kepercayaan kepada salah seorang dari mereka, iaitu Abdurrahman bin Auf, untuk mengumpulkan pendapat kaum muslimin dan meminta pertimbangan mereka...
3. ...Dengan akad bai'at inilah beliau sah menjadi khalifah bagi kaum muslimin, bukan kerana penunjukan Umar dan bukan kerana pengumuman Abdurrahaman din Auf...
Cuba lihat ketiga-tiga ayat itu. Dimanakah yang membuktikan Islam itu tidak demokratik seperti yang saudara cakapkan pada post-post sebelum ni? Sebelum perlantikan khalifah, pendapat kaum muslimin dikumpulkan untuk menentukan siapa menjadi khalifah seterusnya. Inilah namanya demokrasi..
joedett:
Analogi hampir diantara politik Islam vs demokrasi adalah hak2 wanita dlm Islam vs women's lib.Misalnya poligami dipandang sebagai penindasan terhadap wanita sedangkan di dlm Islam dianggap sebagai kaedah penyelesaian.Bagaimana mahu diterangkan 'keadilan' ini dr kacamata Islam kpd pejuang kebebasan wanita berfahaman 'moden'?
Kesamarataan dan keadilan dalam Islam tidak sama dgn kesamarataan dan keadilan mengikut acuan barat.
Negara umat Islam yg majoriti rakyatnya bukan Islam akan diperintah oleh bukan Islam kalau mengikut prinsip demokrasi barat apabila majoriti sentiasa dibenarkan.
Jangan terkeliru yg mana politik Islam dan yg mana demokrasi ala barat.
Hazairi:
Seperti yg saya cakap, demokrasi yang dimaksudkan adalah dalam pemilihan pemimpin. Jika seorang pemimpin muslim itu telah meminda undang-undang yang lari drp ajaran Al-Quran, maka yg dipersalahkan juga bukan setakat pemimpin itu, malah muslimin dan muslimah yang memilih pemimpin itu.
Itulah sebabnya muslim harus bersatu supaya jangan biarkan kepimpinan itu bersifat menyeleweng ajaran Quran.
Jika satu hari nanti, jika orang yg bukan Islam yg menjadi pemimpin negara kita yg mempunyai 60% penduduk muslim, jangan salahkan sistem itu, salah kan muslimin dan muslimah itu sendiri.
usoPkuChai:
sekali lagi aku berlapang dada dgn apa yg ko kata demokrasi dlm Islam.. cuma dlm siasah Islam, walaupun diambil pendapat dari semua org, tetap juga majlis syura yang buat keputusan.. bukan bergantung pada majoriti org ramai tapi keputusan majlis syura..
kisah pemilihan usman ra sebagai khalifah tuh tanda kekuasaan majlis syura, yg ketika itu dipertanggungjawabkan pada abdurrahman bin auf.. sebab tuh kena paham kenapa ali ra berpendapat abdurrahman bin auf mempermainkannya.. tetapi kerna keputusan syura dan maslahat ummah, ali ra akhirnya setuju berbaiah dgn usman ra..
ini beza antara demokrasi yg kita paham dgn so-called demokrasi yg ada dalam Islam.. majlis syura.. bukan semata2 public vote.. ini yg kita kena paham pendirian yg patut ahli2 pas ikut..
wallahualam..
Hazairi:
Majlis syura tetap mengambil berat pandangan orang ramai. Cuba baca artikel yg diberi itu. Satu lagi, pemilihan ahli-ahli dalam majlis syura juga bukankah berdasarkan demokrasi?
Sama juga macam sistem negara kita ni. Kita memilih pemimpin, setelah pemimpin dipilih, mereka sendiri akan bermesyuarat dikalangan orang-orang atas saja untuk menentukan kenaikan harga minyak atau benda-benda lain. Pendapat rakyat tidak diendahkan.
Seperti yg nyatakan, demokrasi dalam pemilihan pemimpin. Bukan maksudnya semua keputusan kecik-kecik kena ada undi, kalo dak tiap-tiap minggu kita kena pi mengundi.
usoPkuChai:
emm.. camnih laa.. call it what u want.. mmg dari zaman selepas perang lagi demokrasi nih dipaksaterimakan dengan cara menyamakan konsep pemilihan majoriti ini dengan kaedah saksama dlm Islam.. macam aku cakap awal2 dulu, bolehlaa kalo ko nak kata demokrasi tuh ada dalam Islam..
btw majlis syura itu bukanlah berdasarkan pengundian tetapi di'tunjuk'kan.. bukan kita buat undi sapa dapat banyak dia menang tapi muzakarah, kerna kita bincang peribadi pemimpin dan maslahat jemaah..
macam nih.. menjadi pemimpin dlm Islam bukanlah suatu yg ringan dan direbut2kan.. penanggungjawabannya adalah besar.. maka itu tiada yg menawarkan diri sebaliknya pemimpin itu ditunjuk oleh golongan ulama..
macam ulama sendiri, sapa yg nak mengaku ulama? tetapi kemuliaan itu diberi pada seseorg kerana keilmuan yg terserlah dari dirinya.. kita tak tawar diri nak jadi ulama atau kita tak suka2 mengaku2 jadi ulama..
begitu juga bila kita nampak benda tak betul, maka kita kena tegas bertanggungjawab.. contohnya, bila kita berada dalam golongan mualaf yg belum mahir jadi imam, kita kena terus ke depan dan mengimamkan solat mereka.. tapi ini hanya berlaku dlm keadaan tertentu..
itu antara perbezaan pemilihan pemimpin ala demokrasi barat dan 'demokrasi' yg ada dalam Islam..
wallahualam..
abede:
hmm susah sungguh nak bagi hazairi ni faham perbezaan demokrasi yang kita prektis dengan konsep pemilihan khalifah dlm islam...
BAYAN:
hmm lagi susah sungguh apabila konsep pemilihan khalifah dlm islam nak di praktikkan nanti....jangan-jangan yang dok setuju kat dalam ni pun ragu-ragu ngan keputusan syuranya...
abede:
bukan kata susah..tapi selagi BN UNM.O yang mengaku islam memegang tampuk pemerintahan selagi itulah konsep pemilihan khalifah dlm islam tak bleh jadi...
Aku pula kalau keputusan ijmak ulama memang aku akan ikut...sebenarnya syura dan ijmak ulama tu sama saja..iaitu kesepakatan ulama..so far setiap keputusan kesepakatan ulama ataupun ijmak ulama memang aku ikut..Sesetengah orang saja yang tak ikut contoh mudah keharaman merokok, brapa kerat yang ikut?
Hazairi:
Sistem khalifah mmg boleh dilaksanakan. Tetapi persoalannya kuatkah muslimin dan muslimah kita ni semua? Kita tak boleh nak bersatu. Bila dah takleh nk bersatu, maka kalau ada khalifah pun tak guna. Rusuhan dan macam-macam akan berlaku.
Kepimpinan melalui ulama memang menjadi cara yang terbaik untuk membangunkan negara ke arah keIslaman. Tetapi, muslim itu sendiri kena tunjuk mereka itu betul-betul kuat, barulah orang bukan Islam terpaksa tunduk dan terpaksa akui pemerintahan Islam yg sebenar.
Ni bila sembang pasal negara Islam, pegi kat pub, penuh orang Islam yg mabuk dan layan GRO, camna orang bukan Islam nak ada konfiden ngan kita?
usoPkuChai:
'jalan yg lurus' tuh hanya ada satu.. bila ada persoalan maknanya kita kena 'selesai'kan persoalan tuh dan itu yg patut jadi fokus seluruh jemaah.. seterusnya kekuatan dan kesatupaduan ummah itu berada pada genggaman pemimpinnya, sebab itu jangan sampai salah pilih khalifah..

hadis Umar ra: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Umar telah ditanya: Mengapa anda tidak memohon jawatan Khalifah? Ayahku menjawab: Sekiranya aku meminta untuk menjadi khalifah nescaya orang yang lebih baik dari aku iaitu Abu Bakar telah melakukannya. Tapi jika aku membiarkan urusan pemerintahan ini kepada mu nescaya orang yang lebih baik dari aku iaitu Rasulullah s.a.w telah meninggalkan urusan pemerintahannya kepadamu. Menurut Abdullah lagi: Aku telah mengetahui bahawa Umar tidak meminta untuk menjadi khalifah ketika beliau
menyebut nama Rasulullah s.a.w
hadis berikut juga menunjukkan bahawa Rasulullah melantik khalifah yang pertama dan bukanlah berdasarkan suara majoriti seperti didlm amalan demokrasi seperti di malaysia.
Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w bersabda: Segala urusan pengikut Bani Israel akan diatur oleh para Nabi. Apabila seseorang Nabi itu meninggal dunia, dia akan digantikan oleh seorang Nabi yang lain. Tetapi sesungguhnya tidak akan ada Nabi selepasku. Pada suatu ketika nanti akan muncul Khalifah. Para sahabat bertanya: Apakah yang anda perintahkan kepada kami? Nabi s.a.w menjawab: Patuhilah pelantikan khalifah yang pertama, kemudian yang seterusnya. Penuhilah hak-hak mereka, sesungguhnya Allah akan menanyakan tentang apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka
wallahualam
Hazairi:
Takda satu ayat yang menyebutkan Rasul SAW telah melantik Abu Bakar untuk menggantikan baginda.
Sekiranya aku meminta untuk menjadi khalifah nescaya orang yang lebih baik dari aku iaitu Abu Bakar telah melakukannya.
Ayat diatas menjelaskan Abu Bakar telah meminta untuk menjadi khalifah. Tapi ayat itu tidak membuktikan bahawa Rasul SAW melantik Abu Bakar sebagai khalifah.
abede:
hehe..hang silap...sebenarnya ayat itu tidak bermaksud Abu bakar yang meminta ia bermaksud bahawa Abdullah memberitahu bapaknya iaitu Umar tidak meminta utk menjadi khalifah kerana baginya Abu bakar lebih layak kerana telah disebut oleh Rasullulah akan nama Abu Bakar tetapi oleh kerana Abu bakar juga tidak mintak jawatan maka dia pun tidak akan memintanya..(baca bagi habis riwayat tu)
Sebenarnya Rasulullah ada menyebut perlantikan khalifah ini tetapi dengan cara berhikmah tanpa sedar mengikut turutan diantara sahabat yang 4 tu...dlm satu riwayat lain kalau tak silap aku sewaktu baginda memberi khutbah...tapi sori aku tak jumpa riwayat itu..nanti aku check balik
Ok dlm kes ini tak perlulah kita pertikaikan siapa yang menjadi turutan sebenarnya iaitu yang menjadi pertikaian tu tetapi apa yang pasti Rasulullah memilih sahabat yang empat ni dan bukannya orang lain yang diberi mandat oleh orang ramai..so dlm kontek ini bolehlah ditafsirkan bahawa perlantikan khalifah bukanlah berdasarkan suara majoriti penduduk madinah tetapi pilihan Rasulullah iaitu diantara sahabat yang 4 itu..cuma cara Rasulullah adalah dengan cara yang paling berhikmah dan ditambah pula sifat mulia sahabat iaitu menolak utk jawatan dari Abu Bakar kepada Umar kemudian kepada osman dan kepada Ali dan akhirnya kembali semula kepada Abu Bakar iaitu menerusi cara baiat syura.
Cuma dlm kontek kajian kita ini adalah ...sistem pemilihan khalifah yang pertama bukanlah mengikut cara demokrasi suara ramai seperti cara demokrasi di malaysia ni.
Satu lagi bukti bahawa pemilihan khalifah bukanlah dibuat mengikut cara demokrasi iaitu menerusi perlantikan khalifah kedua Islam iaitu Saidina Umar, dimana nama saidina Umar sendiri telah dipilih sendiri oleh saidina Abu Bakar disaat dia sedang sakit...maka perlantikan Umar bukanlah menerusi cara demokrasi seperti yang kita kenali di Malaysia.
Cara perlantikan Khalifah mengikut acuan demokrasi hanya boleh dikatakan berlaku pada perlantikan Ali bin Abu Talib sahaja dimana Ali telah dilantik secara paksa oleh golongan pemberontak tak puas hati dengan pemerintahan Osman..dan kemudian Osman dibunuh..
Itu pun kalau dilihat masih boleh dipertikaikan cara perlantikannya mengikut acuan demokrasi kerana kita tak tahu samada jumlah mereka yang menyokong itu ramai ataupun sedikit ataupun ianya hanya menerusi kekerasan ataupun suara ramai...
wallahualam
Malaysia kalau nak ikut sistem pemilihan khalifah islam sepatutnya membubarkan terus sitem demokrasi al-kafirun ini dan hanya menggunakan kuasa raja-raja sebagai ketua negara dengan melantik Ahli syura yang terdiri dari ulama-ulama besar dlm negara yang kemudian bertindak sebagai anggota pemilihan kepada Khalifah.
Khalifah haruslah dipilih yang menuruti faktor-faktor yang ketat terutamanya ianya haruslah terdiri daripada orang Islam dan memiliki kehebatan dlm ilmuan berkaitan Islam dan boleh membuat ijtihad berdasarkan Al-quran dan hadis...dan lain-lain keistimewaan lagi la..
Dan satu lagi syarat terpenting adalah Khalifah haruslah akur dengan setiap keputusan syura walaupun bercanggah dengan pendapatnya...
Rasanya waktu tu barulah aman malaysia
Barulah malaysia boleh digelar negara islam dimana sudah tentu pentadbiran malaysia akan menurut acuan Al-quran..dan al-kafirun langsung tidak akan ada ruang utk mengangkat muka di tanah milik raja-raja melayu ini..
tapi.. malangnya malaysia ni adalah negara islam hadhari..
yangmana mustahil rakyat seperti kita dapat mengubahnya...apa yang boleh kita lakukan adalah cuba sedikit-demi sedikit memperbaiki sistem pemerintahan kita kepada lebih kearah islam..walaupun acuan yang kita ada bukanlah acuan 100% dlm islam tapi kita percaya dengan sistem ini juga kita dpt mengembalikan kepimpinan ulama utk menerajui malaysia..oleh itu...pilihlah kepimpinan ulama bukan kepimpinan ular dlm semak
wallahualam
Hazairi:
Kalau betul lah sekalipun Rasul SAW ada memilih khalifah untuk mewarisi kepimpinannya (di mana belum ada sapa dapat membuktikan benda ni), memang orang Islam terpaksa akur, kerna itu adalah pilihan baginda sendiri berlandaskan wahyu ataupun berlandaskan pemilihan kepimpinan seseorang itu.
Dan apabila khalifah-khalifah yang seterusnya menjadi khalifah, mereka hanyalah manusia biasa dan bukan maksum seperti Rasullulah SAW. Pemilihan seseorang pemimpin berdasarkan kronism atau nepotism akan mengakibatkan ketidakpuasan dikalangan rakyat.
Itulah sebab selepas Muhammad SAW wafat, muslim sampai sekarang asik bergaduh sesama sendiri dan musuh utama Islam adalah muslim itu sendiri!
Islam adalah demokrasi. Aku memang suka kepimpinan melalui ulama. Tetapi harus dijalankan dengan proses demokrasi. Supaya kita dapat memilih ulama-ulama yang berkaliber untuk mentadbir negara. Bukan dengan cara kronism atau nepotism!
abede:
syiekh..kut mana mai islam adalah demokrasi..kan dah aku tunjuk rantaian perlantikan khalifah islam terawal yang bukannya dari sistem demokrasi pilihan kesukaan rakyat seperti kat malaysia ni...hehehehe...
Kalau nak ikut acuan islam sebenar iaitu seperti sistem khalifah islam terawal...khalifah sebagai peneraju utama negara tidak sepatutnya dilantik oleh sistem demokrasi rakyat tetapi haruslah dipilih oleh ijmak ulama negara yang dipilih menjadi ahli syura...
kut mana mai demokrasi rakyat syeikh?.....hang tiru islam mana? islam hadhari ka syiekh?
kalau betullah cara islam adalah cara demokrasi pilihan ramai ..hmm memang jadi macam Malalaysia sekarang inilah..hancog. Pemimpin yang tak layak akan terus memimpin.
Fitrah manusia hanya mahu pemimpin yang memenuhi selera temolok mereka shaja..orang mana mau susah-susah dlm beragama ni.
Sebab tulah sebenarnya tidak ada kompromi dlm pemerintahan islam..khalifah sepatutnya terdiri dari Ulama yang dilantik oleh majlis ulama dan bukanlah cara demokrasi pilihan rakyat ramai..
tapi nak buek camna yob...ini negara islam hadari....Islam yang haq kena ikut tulujuk la pelan-pelan kayuh..
Hazairi:
Untuk memilih ahli-ahli ulama yang boleh menyalurkan suaranya dalam majlis syura, kita memerlukan demokrasi. Setiap kawasan atau negeri, rakyatnya berhak memilih ulama yang mereka anggap berkaliber untuk menjadi ahli-ahli syura. Jika ahli-ahli ulama yang terpilih adalah berdasarkan kronism, maka kita boleh lihat penyalahgunaan kuasa oleh ulama-ulama ini. Perlu diingat, tak semua ulama-ulama mempunyai pendapat yang sama.
Itulah sebab, Islam asik dipecahkan dengan pelbagai fahaman dan mazhab dan akhirnya berperang sesama sendiri!!
Berebut sapa kena jadi khalifah, berebut sapa kena jadi raja dan macam-macam.
Islam adalah demokrasi. Tak semestinya cara yang dibuat oleh orang2 Arab setelah kewafatan Nabi Muhammad itu adalah betul. Buktinya pi la tgk apa jadi ngan depa. Perang, perang dan perang. Islam yang hampeh.
usoPkuChai:
emm.. aku berlapang dada dengan pendapat ko.. cuma pada aku apa yg ada dalam demokrasi mmg ada dalam Islam tetapi Islam bukanlah total demokrasi..
kita balik pada persoalan asal.. perkongsian kuasa.. maka aku bertanya lagi.. pada pendapat ko, bagaimanakah Islam dapat ditegakkan oleh sebuah kerajaan campuran, yg mempunyai kemungkinan diterajui oleh pemimpin kafir?
Hazairi:
Ketika zaman Rasulullah SAW di Madinah, di bawah perlembagaan Madinah, orang bukan Islam memerintah dikalangan komunitinya. Begitu juga apa yang kita lihat di Malaysia ini. Sebagai contoh, Pulau Pinang, majoriti penduduknya adalah bukan Islam, maka kita dapat lihat, pemimpin Pulau Pinang yang dilantik oleh komunitinya yang majoriti adalah yang bukan Islam, memilih pemimpin yang juga bukan Islam. Begitu juga yang berlaku di Madinah ketika itu, bezanya Madinah kawasannya kecil dan Malaysia kawasannya besar. Apa-apa pun, kerajaan Pulau Pinang masih bernaung dibawah pemerintahan persekutuan yang diterajui oleh pemimpin Islam.
Sama juga dulu di Madinah. Walaupun terdapat pelbagai suku kaum yg diwakili oleh pemimpin berlainan, mereka masih bernaung di bawah Muhammad SAW yang dilantik oleh penduduk Madinah sebagai pemimpin tertinggi Madinah.
Maksud aku dengan demokrasi adalah kebebasan memilih pemimpin.
usoPkuChai:
pengundi melayu masih majoriti di penang, tp xpala fakta tu. Kt sambung.. bagaimana pula pendapat ko kl pemimpin Islam malaysia bernaung pada kerajaan persekutuan yg diterajui oleh pemimpin kafir? dan bagaimana pula jika org Islam mengangkat pemimpin kafir atas dasar kebebasan memilih pemimpin?
Hazairi:
Taktau plak ttg pengundi Melayu masih majoriti di Penang. Tapi kalo ikut demografi penduduk, seperti yang di ambil dr petikan wikipedia:
Ethnic Chinese: 645,300 (41.7%)
Malay: 639,300 (41.3%)
Indian Malaysian: 151,000 (9.8%)
Others:
Bumiputra - other than Malay: 6,200 (0.4%)
Other Malaysians: 6,400 (0.4%)
Other non-Malaysian citizens: 98,600 (6.4%)
Dari statistik di atas, orang yg bukan Islam melebihi orang Islam di Pulau Pinang.
Balik kpd persoalan kerajaan persekutuan yg diterajui oleh pemimpin bkn Islam.
Ada sesetengah pendapat mengatakan kafir itu maksudnya orang yang tidak percaya kepada ajaran Islam dan juga memerangi Islam.
Cuba kita lihat ayat di bawah:
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu ; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (8.) Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9.) [Surah Al-Mumtahina, ayat 8-9.]
Tidakkah jelas di situ bahawa Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu...
Sekarang cuba kita kaji dulu, mengapa muslimin dan muslimah boleh memilih orang yg bukan Islam menjadi pemimpin?
1. Tiada pemimpin Islam yang mahu bertanding menjadi pemimpin
atau
2. Pemimpin Islam yang mahu bertanding dilihat seperti munafik manakala pemimpin bukan Islam yang bertanding dilihat lebih berkaliber untuk memimpin.
Sekarang, persoalannya, siapakah kita anggap musuh?
Islam yang munafik atau orang bukan Islam yang tidak memerangi agama kita?
Bukankah telah banyak ayat yang ditulis dalam Al-Quran bahawa Allah sangat mengkeji orang Islam yang munafik dan Allah juga tidak melarang berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu?
Itulah sebab, di Kedah dan Kelantan, rakyat memilih pemimpin-pemimpin PAS yang dianggap mempunyai kekuatan agama yang baik.
Di negeri-negeri lain, rakyat terpaksa memilih orang-orang yang bukan Islam yang tidak memerangi Islam berbanding memilih pemimpin Islam yang dianggap munafik.
P/S: Saya hanyalah manusia biasa, segala yg tertulis di atas hanyalah pendapat berdasarkan kajian yg telah dibuat oleh saya. Jika ada kesilapan, tolong betulkan.
usoPkuChai:
insya-Allah.. kt ni bersembang, mana yg betul tu betullah, kl berbeza pendapat tu rahmat.. Kt sambung.. Kafir ni ikut pahaman aku x beriman pd Allah swt. Yg ko sebut tu beza antara kafir harbi n kafir zimmi.. masa Nabi saw hantar utusan pd raja2 kafir dulu pilihan ada 3: terima Islam, tunduk pd Islam atau perang. Mana2 kerajaan yg tunduk pd Islam, Nabi saw lantik sorg shbt utk tadbir, baginda saw x lantik org kafir tadbir.. ini persoalan asas aku.. Manakala munafik tu aku setuju, sbb tu aku bpendapat yg kt kena buat ialah hapuskn munafik atau kt tegur dgn lbh keras pemimpin yg x btul ni bkan bg kuasa kat kafir.. itu patut jd fokus kt.. apa pendapat tuan?
abede:
perbezaan pendapat dalam berlainan mazhab dlm islam bagi aku adalah suatu kemudahan dan kebaikan kepada umat islam dan ianya memang perlu ada utk menjadi agama yang syumul dan sesuai secara global sepanjang zaman....cuma malangnya bagi mereka yang tidak memahami erti perbezaan pendapat dlm mazhab sahaja yang akan mengatakan bahawa perbezaan pendapat ini adalah suatu kelemahan dan membawa kehancuran, ...sebenarnya ianya bukanlah masalah sistem islam tetapi masalah umat yang tak faham.
Demi Allah aku tidak akan mengatakan sahabat-sahat nabi yang bersama-sama nabi menegakkan tonggak Ad-din semasa hayat baginda adalah membawa kesalahan...kerana Rasulullah pernah bersabda : "Hendaklah kalian berpegang teguh pada Sunnahku dan Sunnah para Khalifah ar-Rasyidin..."
Pegangan yang diakui benar adalah pegangan ASWJ dimana terdapat juga sebahagian ulama yang berpendapat bahawa Al-jamaah adalah para sahabat yang bersama Rasulullah dlm menegakkan agama Islam dan mereka tidak berada dlm kesesatan..Asy-Syathibi, Al-l'thisham 2:262 maka adakah benar utk kita mengatakan mereka itu silap??
nauzubillah.
adapun Rasulullah amatlah sayang kepada sahabat-sahabat seperjuangan baginda kerana ada dinyatakan dlm hadis seperti dibawah..namun apa pula kedudukan kita utk mencemuh para sahabat dan mengatakan mereka itu silap?
Hadis Abu Said r.a katanya:
Di antara Khalid bin Al-Walid dan Abdul Rahman bin Auf telah terjadi sesuatu, lalu Khalid mencaci beliau. Mendengar hal itu, Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu mencaci sahabatku walaupun salah seorang dari kamu membelanjakan emas sebesar gunung Uhud sekalipun, dia tidak dapat menandingi salah seorang ataupun separuh dari mereka. (Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa
Arab sahaja]: 4611)
berkenaan tentang bai'at Abu Bakar sila rujuk antara hadis dibawah ini...
Hadis Aisyah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w berkata kepadaku semasa baginda sakit: Panggilkan Abu Bakar dan saudara lelakimu untuk ku. Aku ingin menulis sepucuk surat, kerana aku bimbang terhadap orang-orang yang menentang akan berkata: Akulah orang yang paling berhak, sedangkan Allah dan orang mukmin tidak reda melainkan Abu Bakar

Post a Comment