malaysia - tanah melayu atau negara berbilang kaum?
menelusuri denai simpang siur melepasi setengah abad kemerdekaan membawa kita kembali ke persimpangan dilema perkauman dan kontrak sosial.. jika perjuangan dulu jelas fokus melepaskan tanah air dari kekangan penjajahan kolonial, kini fokus identiti negara dan kestabilan antara kaum kembali menjadi kekeliruan nasional dijajaran riuh rendah isu menyatupadukan melayu dan memperkasakan kedudukan Islam..
ketika melayu menolak malayan union, menolak jualah ia akan jus soli.. namun disaat hampirnya kemerdekaan melayu berlapang dada mengurniakan warga pada bangsa asing.. melayu bangsa beradab menyantun diri menghargai penglibatan bangsa asing dalam kemerdekaan buminya.. maka bangsa asing ini berbahasa jualah menghargai duduk tempat bangsa melayu ditempat sewajarnya..
setengah abad berlalu, generasi berganti rupa dan pikiran.. kalau dulu warga diberi untuk menghargai, kini warga itu menuntut hak setaraf sama berdiri.. sudah bersediakah melayu mengharung meritokrasi menerima diri hidup di negara berbilang kaum.. tidaklah lagi tanah ini tanah melayu melainkan malaysia lah menjadi nama bangsanya..
bila harum nama negara dibawa oleh bukan melayu berbangga jualah kita tetapi meredam sekam di dalam dada melihat penghargaan negara terhadap mereka yg kita rasa berlebihan sifatnya.. terasa kurang adil bila nama kampung menang dijulang sedang ayam lain yg bersabung.. sudah mampukah kita memuksa hak kelebihan kita dan menganggap setiap warga itu sama-sama empunya pertiwi ini..
kontrak sosial dimaterai oleh nenek moyang kita dengan nenek moyang mereka.. hanya generasi itu yg benar2 memahami dan meyakininya.. generasi ini masih teraba2 akan maksud sebenarnya dibalik laungan yg berbaur nada politik.. masih relevankah hak istimewa org melayu sedang negara ini dibangunkan bersama oleh mereka?
agihan kuasa - politik vs ekonomi
adapun kestabilan kepelbagaian kaum hanya boleh benar2 dikecapi apabila setiap bangsa besar yg bermastautin di negeri tersebut seimbang dari segi ekonomi dan politik.. sedang sangatlah kita insafi bahawa ekonomi dan politik negeri ini terbahagi dua antara dua kaum, cina dan melayu..
mutakhir ini kaum cina mula memperkuat kedudukan dlm politik sedang melayu dari mula deb dilancarkan masih bersusah payah memperkuatkan kuasa ekonominya.. sedang bangsa lain mulai mantap menunjuk kuasa politik, melayu masih melurus telunjuk mencari salah bangsa sendiri..
hebat mereka mengacah kita berpecah politik supaya telus lurus mereka menyusur.. mmg nampak mereka juga berpecah politik tetapi bersatu jualah dalam ekonomi.. benarkah melayu tidak boleh bersatu sebagai satu negara besar?
kaedah tindakan - makro dan mikro
atau mungkin kita terlalu melihat dan bertindak secara makro terhadap org melayu walhal melayu ini asalnya bersatu dan bergerak secara mikro.. begitulah asal nama tanah ini adalah persekutuan tanah melayu.. beberapa negeri bersekutu bertambah mutu.. maka bila kerajaan dipusatkan, sistem dan struktur melayu berubah..
org melayu tidak begitu peduli dengan perkara yg berlaku jauh dari mereka.. walaupun simpati dan sentimen kedengaran dimana2.. melayu tidak peduli harga minyak dunia naik melampau.. tidak menjadi pasal pada mereka moral pemimpin yg tidak berada di kawasan mereka.. hidup melayu sangat sederhana hanya mengambil berat apa yg menyentuh kehidupan mereka.. yg menjadi kerisauan melayu adalah kenaikan harga barang harian dan projek pembangunan yg berlaku di kawasan mereka..
bolehkah melayu diurus secara mikro? seharusnya fungsi pimpinan setempat diperkasa kembali.. sultan, org besar daerah, menteri besar, penghulu, ketua kampung, pegawai daerah, imam, dsu.. tidakkah seharusnya kerajaan pusat yg bergantung pada kerajaan negeri? bukan seperti yg berlaku sekarang kerajaan pusat lebih berkuasa dari kerajaan negeri hingga ke titik bengiknya..
adalah diumpamakan bapa dan anak menantunya.. sudah seharuslah anak menantu menguruskan kebajikan rumahnya sendiri.. bapa hanya memantau dan memberi nasihat.. hanya menjadi penghubung antara sekalian anak menantu.. memastikan tiada cela terjadi secara dalaman mahupun konflik dengan keluarga lain.. menjadi pemimpin pusat kerajaan keluarga tetapi setiap anak menantu mempunyai autonomi sendiri dalam jajahan masing2..
modus kebergantungan - negeri di sebuah negara
jika kerajaan negeri kuat dan tidak meminta2 dan mengharap dari kerajaan pusat maka pembangunan dan penggunaan dana akan lebih efisien.. setiap negeri membangun dengan cara dan keperluan mereka tersendiri..
begitu jugalah kerajaan negeri terfokus mempergunakan hasil negeri dan membangun serta mempromosikan negerinya sebagai pusat ekonomi apa jua yg dipilihnya.. rakyat setiap negeri juga bebas berkreatif tanpa menunggu kebijakan nasional.. rakyat kuat membangun negeri, negeri kuat mendokong negara..
maka kekuatan kerajaan pusat adalah kerna kekuatan kerajaan setiap negeri, bukan kuatnya negeri kerana pusat.. maka pembangunan dirancang mengikut khusus yg diperlukan oleh negeri tanpa memaksakan pembangunan yg kita rancang demi keuntungan nasional..
mungkin saja jika melayu disetiap negeri dapat fokus membangunkan ekonomi mereka secara bersamaam maka dapatlah diputuskan kekangan ekonomi di peringkat nasional.. penglibatan secara makro terlalu mengusutkan org melayu hingga membunuh terus keinginan mereka untuk bersaing.. kalah sebelum berjuang..
dengan mengurangkan kebergantungan negeri kepada negara maka rakyat terbebas dari terus mengharap dan meneka2 arah tuju nasional.. rakyat terfokus mengurus gajah di depan mata dan tidak lagi terlalu sibuk bertanya khabar kuman di seberang laut..
kestabilan nasional - retorikal merdeka?
malaysia truly asia.. kita menonjolkan kepelbagaian dan keharmonian.. saling hormat dan bekerjasama tetapi bukanlah mudah menghapus buruk sangka.. ibarat mengurus api di dalam sekam.. umpama bom jangka menunggu masa.. monopoli harus kita pecahkan.. korban dan terkorban.. mangsa dan pemangsa.. tolak ansur dan tarik bertahan.. perjuangan mengisi kemerdekaan itu tidaklah boleh dianggap lebih mudah dari mendapatkannya..
jika melayu sudah mantap ekonomi dan bebas kebergantungan pada bangsa lain maka tiadalah mereka terlalu merisaukan permasalahan retorikal.. jika jurang perbezaan antara melayu dan bangsa lain tidak curam bergaung, tidak akan ada lagi suara salakan dan lolongan ketakutan yg tidak berasas.. maka ketika itu merdeka lebih manis dan indah dilaungkan..
Post a Comment