bila kita bersembang, mmg mudah jadi nak syok sendiri sebab napsu nak menang dlm manusia nih besar.. aku tak citer godaan setan lagi, aku cuma sentuh godaan napsu dlm diri kita sendiri.. maka kita bersembang macam org lain semua dah tak betul, kita saja yg betul belaka.. kita cut-n-paste istilah2 arab dan kata2 ulama malah sabda Nabi saw dan firman Allah swt utk perkuat dan sokong kata2 kita.. cuma benarkah pentafsiran kita sedang ulama fiqh sendiri berpecah mazhab? imam syafie sendiri pernah menukar fatwa antara dua negeri.. pada aku perbezaan pendapat itu sendiri adalah satu hikmah..
mmg dah fitrah manusia merasa dirinya lebih hebat dari org lain.. sebab tuh ramai ulama sentuh psal ujub sebagai satu racun yg menghapuskan ibadah.. maka sebab tuh ramai dari kita buat labelling dan berpuak2.. sedangkan puak terbaik kita pun tak jauh beza dari puak yg kita dok kutuk2, keji dan maki.. pun kita berjaya cari2 nas dan dalil membolehkan apa yg kita nak buat..
contohnya kita samakan org dgn anjing, kita pun gunapakai Tuhan pun buat camtuh.. eloklaa kalo ada yg merasa dia sama tahap dgn Tuhan boleh gunapakai cara Tuhan.. tapi kita lupa Nabi saw tak penah maki org.. Allah swt tuh Tuhan baginda saw juga.. malah firman Allah swt tuh turun dari mulut Nabi saw.. tapi Nabi saw tak pernah marah sampai maki hamun dan caci keji manusia lain.. kita koner juga.. baginda tuh nabi, kita manusia.. tak sempurna.. emm..
yahudi buat macam2 kat Nabi saw.. ada satu pengkisahan, seorg wanita yahudi akan berak depan pintu rumah Nabi saw tiap2 pagi sblm Nabi saw keluar ke masjid.. Nabi saw tak marah dan tak doa pun yg buruk2 utk yahudi tuh.. tapi bila satu pagi bila beliau tak nampak berak tuh, dia gie cari pompuan yahudi tuh.. rupanya tgh sakit.. pompuan tuh yg terharu dgn ziarah Nabi saw dan masuk Islam.. citer pengemis yahudi buta yg disuap Nabi saw tiap hari tuh takyah sebut laa.. dah byk kali citer..
ini adab muslim.. kita mengaku muslim, konon nak wujud negara Islam, tapi kita dah sedia ker nak tadbir negara Islam nih? negara Islam bukan sekadar buat undang2 dan implement tapi kena ada ruh Islam dalam jemaah.. kita toksah citer laa adab kita pada para kafirun yg dok ada, kita sesama muslim pun ntah mana adabnya.. sebab tuh agaknya tanah melayu nih takleh jadi negara Islam sebab jemaahnya tak ready.. mulut saja cakap penuh istilah arab tapi camna kita nak tarbiyah para kafirun yg makin yakin kebenciannya pada caca murba org Islam..
mmg betul ada waktunya kita kena keras, tapi cuba tengok balik sirah.. apa yg Nabi saw maksudkan dgn keras? ada ka Nabi saw maki hamun dulu baru pancung kepala kafir? Umar ra sendiri tak jadi pancung kepala kafir kerana wujud marah dlm dirinya.. kita? tgh marahlaa lagi sedap maki hamun.. sindir perli bagi org sakit hati.. inikah muslim yg nak membentuk negara Islam? mana hablum min annas kita?
masa aku mula2 dikisahkan psal pelacur dan anjing tuh, aku bertanya kenapa pelacur dan anjing? bukankah lebih baik kisah org buta dgn kambing atau pembunuh dgn kucing.. maka diterjemahkan pada aku bahawa mengikut fitrah manusia org yg menjual maruah itu adalah yg paling rendah martabatnya, dan sebab itu pelacur dijadikan contoh.. dan begitu jugalah anjing yg menjadi simbol keji dan sial.. maka bermakna serendah2 martabat manusia masih dapat pengampunan Allah swt kerna menjaga hubungan sesama makhluk.. masih ada kasih sayang walaupun pada makhluk yg kita anggap paling keji dan kotor.. ini asas Islam.. kasih sayang..
bagaimana pula kasih sayang jemaah muslim di tanah melayu nih? kita sayang puak2 kita saja.. kita jaga silaturrahim puak2 kita saja.. kita nih mmg assabiyah.. org melayu bukan sahaja berpuak2 dgn sikap kenegerian malah kita berpuak2 secara politik.. waima kita berpuak2 antara label Islam..
aku amik contoh ( bendera bulan ).. kenapa selama nih org tak suka ( bendera bulan )? org bukan tak suka Islam tapi ramai org tanah melayu nih ada sentimen terhadap org kelantan.. ini realitinya.. maka bila org kelantan berkata ttg kerajaan ( bendera bulan ) terasa benar angkuh dan sombong seolah2 kerajaan negeri lain tidak mengikut Islam yg sebenar.. dan yg menjadi penolakan org melayu terhadap ( bendera bulan ) bukan kerana benar atau tidak tetapi kerana aura sombong dan angkuh org kelantan yg mereka anggap hanya mengagungkan sejarah kelantan mereka sahaja.. lihat saja kelantanese networking di jabatan2 kerajaan.. kalo seorg naik jadi boss maka segala anak buah dlm jabatan tuh hampir pasti dimonopoli oleh org kelantan.. maaf jika pendedahan ini menyakitkan..
mmg mudah kita nak tunjuk salah org.. dah jelas apsal tak ikut? begitu? maka tak hairanlah dakwah kita hanya pada org kafir.. kita dah tanak tarbiyah org Islam.. kita anggap semua org yg lahir2 dah Islam nih ada ilmu setinggi kita.. sebut dua ayat paham berjela2.. bila kita lihat kemungkaran lebih mudah kita jatuhkan hukuman daripada memahami mengapa ia berlaku supaya boleh kita pantau di masa depan.. kita nih malas.. sebab tuh kita cakap berdegar2.. kita lebih cepat nak pancung org murtad daripada mencari jalan memberi kefahaman dan solusi yg lebih mantap..
bila Allh swt jadikan sesuatu kejadian itu menjadi pengetahuan kita maka kita mempunyai pilihan mencari hikmahnya.. adakah peristiwa itu berlaku sekadar iktibar buat diri kita dan menjadi panduan dalam perjalanan hidup kita selanjutnya.. atau adakah kita yg dipertanggungjawabkan utk membenarkan kemungkaran tersebut.. maka jika kitalah yg bertanggungjawab, sepertimana kata ramai dari kita yg kita tak boleh berdiam diri melihat saja, maka hendaklah kita memikulnya.. kita tidak boleh sekadar bercakap.. kalo benar kita peduli, kita kena turun tangan.. kita kena dekati untuk memberi faham atau memperbetulkannya.. atau adakah kita merasa tanggungjawab kita terlaksana dengan sekadar caci maki dan berlepas tangan?
diceriterakan di zaman Nabi saw, datang seorg wanita mengaku berzina dan memohon utk dihukum.. Nabi saw tidak berkata apa2 melainkan menyuruh wanita itu pulang.. hanya setelah 3 kali wanita itu mendatangi Nabi saw barulah Nabi saw menyuruh para sahabat menghukumnya.. dan tidak pula dikisahkan sama ada Nabi saw menyuruh para sahabat mencari teman zinanya juga untuk dihukum.. wallahualam.. ramai dari kita amik pakai kisah nih utk menetapkan hukuman terhadap penzina tetapi apa sebenarnya hikmah penghukuman dalam Islam?
begitu juga akan maksud halal haram.. mengapa ada halal, haram, makruh, harus, sunat dan wajib? pada org umum hanya sekadar pedoman utk mengetahui hukum sesuatu perkara supaya menjadi panduan hidup.. dan seharusnya bagi golongan cerdik pandai nih sepatutnya melihat lebih halus lagi.. lebih memahami hikmah dijadikan dosa dan pahala.. bukan sekadar tentang syurga dan neraka tetapi apa fungsinya dlm kehidupan di dunia.. bukankah dunia ini jalan ke akhirat?
tiga komponen yg crucial diperbincangkan di zaman ini.. politik, ekonomi dan pelajaran.. ketiga2 komponen ini memerlukan penyelarasan semula dengan Islam.. dan penyelarasan semula ini akan berlaku jika jemaah kembali kepada Islam.. bukan sekadar pembetulan akal tetapi juga pemurnian hati.. benarlah kita harus menggunakan akal yg dikurniakan kepada kita tetapi kita lupa bahawa akal kita ditadbir oleh hati.. kerna itu ada yg berpendapat kita harus mula dgn hati sebelum akal..
maka kerna itu adalah lebih baik kita berdiam diri jika kita tahu perkataan kita tidak membawa apa2 kebaikan pada org lain.. begitu juga berdiam diri ketika tahu kata2 kita merosakkan hati org lain tanpa sebab yg wajar.. akan tetapi kita dianjurkan oleh Allah swt utk berpesan2 pada kebenaran dan berpesan2lah jua pada kesabaran.. rugilah masa hidup kita jika kita meninggalkan salah satu antara keduanya.. dan ianya bukan tentang bagaimana hendak membuat pilihan tetapi bagaimana hendak memahami pilihan yg kita buat..
wallahualam..
Post a Comment