sindrom raja2 melayu terakhir


siapa rakyat?

apa sebenarnya yg berlaku? satu soalan asas yg mudah tapi tak ramai yg dapat menjawabnya dengan ringkas dan tepat.. kebiasaannya kita akan mendapat jawapan akan penuh retorik dan meleret2.. waktu soalan nih dilontarkan dengan spontan di suatu petang aidilfitri, dengan sertamerta aku menjawab.. di zaman nih semuanya kerana duit..

org tanya kenapa setelah menang cemerlang dalam pru11 tiba2 bn leh kalah besar dalam pru12.. dalam masa 4 tahun tiba2 rakyat bertukar pegangan.. aku tanya sapa rakyat tuh? nih masalah besar kita.. yg patut bercakap bagi pihak rakyat tuh sapa? semua org rakyat.. yg sokong bn pun rakyat, yg sokong pr pun rakyat.. jadi bila satu pihak kata mmg dia bercakap bagi pihak rakyat, yg satu lagi tuh pun mendapat sokongan rakyat jugak.. jika satu pihak berkata dia bercakap bagi pihak majoriti rakyat, yg satu pihak lagi pun kata sokongan rakyat pada dia lebih besar.. nih sapa sebenarnya rakyat yg tiba2 berpindah sokongan nih?

sorg kawan aku kata melayulah yg berpindah sokongan.. lihat sajalah ramai melayu yg mengambil bahagian dalam demonstrasi jalanan dan menyokong pr.. emm.. tapi aku kata masih ramai juga yg berada dalam umno dan faktanya bn masih menang pru12 kerna sokongan org melayu.. makin bertambah sokongan pada pr, aku setuju.. tapi untuk kata pr adalah suara majoriti melayu.. aku rasa agak berlebihan dan syok sendiri..

pada pendapat aku kalau pru12 nih disebabkan oleh org melayu tak suka umno patutnya pru11 bn takkan dapat kemenangan paling cemerlang dlm sejarah bn.. sebab sblm tuh semua org melayu baik penyokong, pengikut mahupun simpatisan tragedi anwar dah berbondong2 keluar dari umno dan serang umno habis2an tapi kalah teruk juga.. malah lebih teruk dari pru10 tatkala bahang reformasi masih panas..

aku kata rakyat yg kita dok sebut hampir tiap hari tuh ialah kumpulan kapitalis yg memegang ekonomi malaysia.. waktu pru11, lepas che det turun takhta pm, diorg lihat paklah seorg yg lebih liberal dan terbuka, dapatlah mereka mengembangkan sayap.. maka berbondong2 mereka sokong walaupun yg totok dap.. tapi sayangnya mereka pun terkelabu jugak.. sama kelabu dengan kapitalis2 melayu yg sudah pasang angan2 untung besar dengan kontrak kerajaan dan komisyennya..

realitinya yg berlaku ialah dinasti paklah tidaklah mempermudahkan angan2 mereka.. kalo dulu kapitalis cina nih byk terlepas kontrak2 besar kerajaan sebab pm yg ultra melayu sedang membina melayu kelas pertengahan dan atas.. dalam empayar baru pulak, mereka terpaksa membayar komisyen yg bukan kecik untuk setiap anugerah kontrak kerajaan, dan yg paling menyakitkan hati mereka ialah bukan hanya kontrak mega billion ringgit jer yg kena bayar komisyen tapi yg kecik2 puluh2 ribu pun kena potong juga.. semua projek kena lalu saluran lembaga kelulusan projek yg sama.. lebih teruk dari dulu.. kalo dulu mmg kuota terhad tapi boleh laa ramai yg dapat, skrg kuota besar tapi komisyen besar dah laa bahagian2 yg mega habis kroni dinasti badawi sapu semua..

ini yg buat para kapitalis dan opportunis nih marah, terlebih lagi dipihak yg mmg dah zaman berzaman hidup meniaga.. ingatkan boleh laa dapat alibaba kan mana2 kouta kaum yg baru nak belajar meniaga, sudahnya terpaksa tanggung macam2 lagi.. ini yg buat 'rakyat' berpindah sokongan dan sokong siapa saja yg boleh jatuhkan dinasti yg ada.. inilah golongan rakyat yg paling 'sengsara' hidup dalam cengkaman dinasti badawi.. inilah 'rakyat' sebenar yg sedang diperjuangkan..


evolusi dependisme?

ini pun bukan cara baru.. mmg dari dulu pun golongan nih dah buat macam nih.. masa ura2 nak merdeka dulu pun, golongan nih dah awal2 lagi sokong haluan kiri, bukan kerna perjuangan merdeka, tetapi perjuangkan untuk dapat hak hidup sebagai warga.. sebab masa tuh diorg takut haluan kanan yg pada masa tuh keras tak nak jus soli.. sebab tuh juga bila haluan kiri kata kena jadi 'melayu' diorg takder dakwa dakwi terus setuju asalkan dapur mereka terus berasap.. bila haluan kiri terhapuskan, dan haluan kanan terpaksarela setuju iktiraf org asing sebagai warga terus saja diorg sokong haluan kanan asalkan perut mereka kenyang.. apa sangat nak heran bila diorg boleh buat apa yg diorg buat sekarang.. mmg itulah kaedah survival mereka..

yg jadi heran ialah bagaimana golongan nih boleh mencorakkan warna politik malaysia.. tapi taklaa menjadi sesuatu yg sulit untuk dibaca bahawa melayu mmg terbahagi dua.. jadi mana2 bahagian melayu yg mendapat sokongan golongan nih akan menang.. itulah yg menjadikan golongan ini sangat disayangi oleh pemimpin2 melayu kiri dan kanan.. sebab itulah rakyat yg ini mendapat berbagai2 layanan istimewa kerna mereka penting bagi golongan2 melayu yg perlukan sokongan untuk berkuasa.. maka tak heranlah suara rakyat2 ini sebenarnya yg diperjuangkan.. dan sememangnya merekalah yg paling sengsara berbanding melayu..

yg lebih heran ialah bagaimana kelompok ini boleh bersatu begitu kukuh dan padu, berbanding melayu.. adakah org melayu ada sindrom raja2 terakhir yg saling bertelagah kerna berebut kuasa? lupakah kita bagaimana raja2 melayu di zaman keruntuhan kesultanan melayu sering bertelagah sesama sendiri akan perihal takhta, hingga sanggup meminta bantuan penjajah untuk menghapuskan seteru mereka, yg tidaklah org asing melainkan kerabat mereka juga? apa kesudahannya? adinda raja sanggup memberi apa sahaja pada british asalkan kekanda raja dapat diturunkan takhta dan dinyahkan dalam buangan.. kerna apa? kuasa dan harta.. apa sudahnya? lebih 400 tahun kita dijajah? inikah yg mahu kita ulangi?

tak ramai org melayu yg perasan kebergantungan mereka pada org cina.. dalam politik kita bergantung pada mereka apalagi dalam ekonomi.. bila bertani, melayu berharap peraih cina akan amik.. bila buat projek, melayu berharap pemborong cina akan pasarkan produk mereka.. jika tidak tak kemana peniaga melayu.. sikit2 bolehlaa berharap pada kerajaan tapi pasaran tetap dikuasai oleh peniaga2 cina.. nak meniaga kena amik 'supply' dari cina, nak buat projek pembinaan pun kena amik barang2 dari cina sebab cina boleh beri harga lebih murah dari melayu, sebab melayu yg duk jual tuh pun beli dari cina, waima nak bertani dan berternak pun benih, baja, makanan, dsu semua dari cina.. dimana kedudukan org melayu? sebagai pembuat dan pembeli.. melayu lebih pandai dan rajin makan gaji.. ini ekonomi melayu..

melerai kebergantungan melayu terhadap org lain harus menjadi fokus kita.. survival org melayu terletak pada sikap org melayu sendiri.. bukan pada kerajaan, bukan pada pemimpin, bukan pada org lain.. org melayu harus mencorakkan sistem sosioekonomi org melayu sendiri.. kita kena mulai berkorban dengan harga mahal dan kualiti rendah produk melayu.. inilah perjuangan dan pengorbanan kita.. kita kena mulai rela ditipu dan dikecewakan oleh kontraktor2 melayu.. inilah jihad dan syukur kita.. kita kena mulai bernas mengkritik dan memberi teguran membina secara terus kepada usahawan2 melayu.. inilah istiqamah kita.. insya-Allah jika kita berusaha ikhlas memperbaiki, Tuhan akan menolong kita.. bukankah itu janji-Nya?

wallahualam..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008